03/01/2020 - 04/01/2020 - LIFESTYLE BLOGGER

Selasa, 3 Mac 2020

TIPS PENJAGAAN RAMBUT DENGAN SAFI SHAYLA BOTANICAL SILK | 5X HYDRA THERAPY

10:53 PG 18
TIPS PENJAGAAN RAMBUT DENGAN SAFI SHAYLA BOTANICAL SILK | 5X HYDRA THERAPY
Bagaimana korang menjaga rambut eh?Lagi-lagi yang bertudung?Ramai dikalangan wanita yang memakai tudung kurang prihatin tentang penjagaan. Yelah dah bertutup siapa nak tengokkan. Hey salah tu, wanita bertudung lagilah kena jaga tau. Wanita bertudung juga perlukan penjagaan rambut yang rapi, kalau tak jaga, rambut korang akan berbau, banyak kelemumur, rosak dan gugur. 

Tips Penjagaan Rambut Untuk Wanita Bertudung

1. Tidak perlu basuh rambut setiap hari. 2 atau 3 hari sekali sudah memadai. Cuci rambut anda 2 jam sebelum memakai tudung.
2. Keringkan secara semula jadi tanpa pengering rambut
3. Pilih fabrik tudung yang sesuai
4. Rehatkan rambut sebaik sahaja sampai dirumah. 
5. Syampu rambut dengan produk yang sesuai dengan Safi Shayla Botanical Silk. 


Safi Shayla Botanical Silk

Bagi memastikan rambut sentiasa berada dalam keadaan bersih dan segar, sangat penting agar wanita tampil lebih yakin dengan apa jua keadaan. Lebih 80% wanita di negara ini memakai hijab/bertudung sepanjang masa dan kini ianya menjadi satu trend fesyen.

Mengikut aliran semasa dan gaya hidup terkini pengguna yang sentiasa berubah, Safi tampilkan 3 jenis syampu rambut di pasaran yang mengekalkan kesegaran berpanjangan, menjadikan rambut kekal sihat, segar dan  bermaya.


Kenapa Memilih Safi Shayla Botanical Silk

Kami pilih SAFI Shayla Botanical Silk kerana banyak kelebihannya terutama pada yang bertudung macam kami ni. Kami ni kalau hangpa nak tau, kerja dari pagi sampai ke petang dan kadang kadang kena kerja kat luar. Panas uii. Kami memang rasa tak selesa bila bertudung ni mulalah kepala berpeluh. Lepas tu rambut jadi berbau, kelemumur keluaq dan rambut start gugur. Memang rasa stress hangpa hoiii


Dah bertahun tahun El merupakan pengguna produk Safi. Termasuklah untuk penjagaan rambut, Safi tetap pilihan El. Pelbagai produk penjagaan rambut yang terbaik dari Safi tetapi baru-baru ini Safi telah mengeluarkan Safi Shayla Botanical Silk


Jadinya Safi adalah penyelamat kami. Safi Shayla Botanical Silk ni best sangat hangpa hoii. Rambut hangpa jadi wangi sangat!!! Kami suka!!! Lagi satu rambut jadi ringan dan lembut selepas dicuci. Bau kepam, masalah rambut dan kulit kepala dah tak ada hoii

SAFI Shayla Botanical Silk ini banyak kelebihannya terutama pada yang bertudung macam El. Tak bertudung pun boleh pakai juga. Seisi keluarga boleh pakai tau


Kelebihan lain Safi Shayla Botanical Silk 

🌸Bau wanginya boleh bertahan sehingga 48 jam

🌸SAFI SHAYLA Botanical Silk Shampoo diformulasikan dengan 100% Actan Botanical dan 0% Paraben * - kaya dengan nutrien untuk memanjakan rambut dari akar ke ujung dengan aroma segar yang unik tahan lama hingga 48 jam **.

🌸Campuran Sutera Botanikal dengan Lipid Layer Enhancer membantu mengekalkan kelembapan sambil menguatkan & memulihkan cahaya semulajadi untuk kilauan halus & rambut yang boleh diurus.

🌸Organik Habbatus Sauda
Sumber nutrien kaya untuk melindungi dan menyuburkan kulit kepala.

🌸Minyak Argan
Meninggalkan rambut lebih lembut, sutera, lebih mudah diurus dan menambah bersinar yang sihat dan menarik

🌸Rose Oil
Mengembalikan kelembapan & lipid semulajadi untuk rambut yang kusam dan tidak teratur untuk rambut kilau halus.

🌸Chamomile Oil
Chamomile oil ni sangat bagus untuk korang yang ada masalah rambut yang rapuh dan mampu menyihatkan dan menguatkan rambut korang.

🌸Sunflower Oil
Minyak bunga matahari banyak digunakan oleh jenama syampu yang lain juga kerana ianya sangat bermanfaat untuk rambut yang kering dan kusam

Untuk Safi Shayla Botanical Silk ini ada 3 jenis syampu.

Silky Sheen Care


Intense Nourishment
 

Hair Fall Rescue

 

Kami memang recommend sangat kat hangpa produk Safi ni sebab lagi satu produk Safi Shayla Botanical silk ni tiada pewarna, alkohol SLS dan tiada animal testing.

Hangpa boleh dapatkan Safi Shayla Botanical Silk ini di pasaraya besar, online seperti Lazada, Shopee, Watsons online dan banyak lagi.