THE BEST AYAM PASU DI GOLDEN SANDS RESORT PENANG | KAMPUNG BUFFET - LIFESTYLE BLOGGER

Sabtu, 15 Februari 2020

THE BEST AYAM PASU DI GOLDEN SANDS RESORT PENANG | KAMPUNG BUFFET

Salam semua. Pernah tak makan ayam pasu?At least korang pernah tak dengar tentang ayam pasu?Dulu pernah viral pasal ayam pasu ni kan?Kalau nak rasa the best ayam pasu El rekemen try dekat Golden Sands Resort Penang. Terbaik. Ayam lembut dan wangi. Sedap makan dengan sos barbeku dan sos black pepper. Makan saja pun sedap!


Selain ayam pasu, meh la El share antara menu yang ada di Kampung Buffet di Golden Sands Resort Penang. Nak fefeling kampung, sarung dulu kain batik barulah best nak makan. Haha kami diberi kain sarung batik. Ha ikutlah kekreatifan memasing cara pakai. El try buat ala-ala pario. El ingat boleh menang tapi tak ada rezeki. 


Kebanyakan blogger ni semua El kenal. Halah pi mai pi mai muka tu juga yang buat review haha. Tahniah Barry Teh menang. 


Selesai buat catwalk kain sarung, weols pun dijemput untuk melihat demo masakan untuk menu asam pedas ikan merah oleh Chef Rizal. El pun suka asam pedas. Tak kira ikan apa pun. Tapi El suka letak belacan sedikit. 


New Kampung Buffet ini diadakan setiap hari Jumaat dari 6.30pm-10.00pm. Time tu bolehlah tengok sunset. Memang romantik sangat. Banyak pilihan menu. Bahagian outdoor ada bakar/grill. Kampung Buffet ini terdiri dengan sepuluh stesen dengan pilihan yang berbeza. Ada kambing grill, ayam pasu, seafood bakar. Boleh hirup udara pantai sambil makan. El suka kalau buat barbeku outdoor. 



Antara main course yang dihidangkan seperti ayam rendang minang, daging goreng dengan celery, asam pedas ikan pari dan bendi, udang masak lemak cili padi dan nenas, nasi kukus daun pandan dan mee goreng basah bersama makanan laut.











Untuk pencuci mulut, pengunjung boleh mendapatkan hidangan yang beraneka jenis seperti kuih sago merah, bingka pandan, talam jagung, agar-agar sirap bandung dan cendol, puding gula hangus, bahulu and bubur pulut hitam



  



Tengah-tengah makan tu kan, tiba-tiba datang seorang pakcik dengan basikal tuanya. Rupanya pakcik ni jual kacang putih. Panggilan glamour pakcik ni is KP Man (Kacang Putih Man). Teringat masa sekolah rendah, kalau time rehat selalu beli kacang dekat uncle india tu. Mengamit kenangan betul. 



Harga Kampung Buffet

Setiap Jumaat 
6.30pm-10.00pm

Adult RM118nett
Child RM59nett

Untuk tempahan boleh contact:
Tel: 604-8861911
E-mail: suleiman.tar@shangri-la.com
Website: www.shangri-la.com

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum..
    Salam rindu yunk..
    Ibu Aqil dtg ziarah ni bawa rezeki..
    Hihihihi!
    Amboi el kemain lapor perut aku nengok ayam tu.. Eh!

    BalasPadam