JOM RAMAI-RAMAI KE MATTA FAIR 2020 - LIFESTYLE BLOGGER

Sabtu, 22 Februari 2020

JOM RAMAI-RAMAI KE MATTA FAIR 2020


Ada tak yang tengah menunggu apa-apa berita mengenai MATTA Fair tu? Kalau dah kaki melancong tu mustahil la tak ada. El rasa ramai je yang tengah menunggu perkhabaran mengenai MATTA Fair ni kan. So, El akan share sedikit info mengenai MATTA Fair. Kalau diikutkan, MATTA Fair ni akan berlangsung pada bulan Mac dan September seperti yang berlaku pada tahun-tahun sebelum ni. Tetapi disebabkan beberapa faktor yang tak dapat dielak, ia terpaksa di tangguhkan sehingga ke bulan Mei.


Ia dianjurkan oleh pihak MATTA sendiri which is full name nya ialah Malaysia of Tour & Travel Agents dan persatuan ini dikelolakan oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia. Seperti tahun-tahun yang sudah, ia diadakan secara besar-besaran di PWTC dan masih dikekalkan di situ bagi tahun 2020 ini disebabkan review positif daripada pengunjung di mana ia lebih mudah diakses kerana mempunyai banyak pengangkutan awam yang tersedia. Tiket masuk bagi MATTA Fair pula ialah RM4 seorang. 


MATTA Fair atau dikenali juga sebagai expo pelancongan ini merupakan acara tahunan bagi agensi-agensi pelancong di Malaysia. Jadi, pada yang belum tau, apa yang boleh dijangkakan daripada MATTA Fair 2020 promotion package? Jawapan El, sangat banyak. Jika MATTA Fair pada tahun lepas mempunyai 293 pempamer yang menyertai expo ini, jadi apa yang El jangkakan, jumlah itu bakal bertambah pada tahun ini kerana begitu banyak kesan positif dan keuntungan yang diperolehi daripada MATTA Fair yang lepas. Jadi secara tidak langsung, sudah pasti banyak agensi yang dapat menawarkan pakej-pakej percutian pada harga yang tidak masuk akal kepada kita.


Sepanjang expo pelancongan ini berlangsung, ia boleh dibahagikan kepada 3 bahagian utama bagi memudahkan kita untuk mencari booth dan agensi yang dapat menawarkan pakej percutian menarik.

Pakej Percutian Antarabangsa

Di bahagian ini, ada banyak agensi-agensi pelancongan yang bakal memberi tawaran-tawaran pelancongan diluar jangkaan. Menurut rekod yang dicatatkan pada MATTA Fair 2019, antara negara yang menjadi pusat tumpuan pengunjung ialah Korea Selatan, Japan, Vietnam, Thailand, Australia, Turki dan banyak lagi. Pakej percutian secara berkumpulan ke luar negara adalah yang terlaris dan jika tidak ingin melepaskan peluang ini, wajib datang ke MATTA Fair 2020.

Pakej Percutian Domestik

Berlainan pula bagi percutian di dalam negara. Jika berminat untuk mendapatkan pakej percutian di dalam negara, boleh lah berkunjung ke booth Lembaga Pelancongan Negeri bagi mendapatkan info-info terkini mengenai destinasi-destinasi pelancongan yang menarik. Selain daripada mencari pakej percutian, ramai juga pengunjung yang mencari pakej murah bagi pas masuk untuk beberapa taman tema yang terkemuka di Malaysia. Antaranya yang terkenal ialah LEGOLAND, Sunway Lagoon, Desaru Theme Park, dan beberapa lagi taman tema yang lain. Jadi kalau bercadang untuk menghabiskan masa untuk melancong di dalam negara sahaja, boleh la start survey tawaran terbaik yang ada di bahagian pakej domestik ini.

Bahagian Pakej Umrah

Seperti yang kita tahu, pakej bagi umat islam untuk melakukan umrah bukanlah murah bagi sesetengah rakyat di Malaysia. Tetapi jika ingin cuba mendapatkan tawaran pakej umrah yang lebih murah daripada harga biasa, boleh lah survey di MATTA Fair ini. Banyak agensi-agensi yang terbaik hadir sebagai pempamer bagi menawarkan pakej umrah pada harga yang berpatutan, murah dan mampu milik. Mana tahu, jika ada rezeki, tawaran yang disediakan di sana dapat memenuhi bajet yang ada untuk menunaikan umrah pada masa akan datang. 


Janganlah berputus asa dan bersedih jika kita tidak berpeluang untuk datang ke MATTA Fair ini. Kita tidak akan rugi kerana masih terdapat lagi platform yang boleh digunakan bagi merebut tawaran-tawaran menarik untuk percutian nanti. Korang boleh cuba menggunakan aplikasi Traveloka sebagai pilihan kedua. Ramai yang masih beranggapan bahawa Traveloka hanya satu aplikasi yang berfungsi untuk menempah hotel penginapan. Mereka silap. Kini Traveloka sudah pun memulakan langkah dengan menawarkan perkhidmatan untuk mencari tiket-tiket penerbangan di dalam dan diluar negara. 



Sebagai contoh, korang boleh mendapatkan harga promotions on Jetstar flights sebagai syarikat penerbangan untuk ke destinasi-destinasi menarik di dalam negara dan negara di benua Asia. Selain daripada itu, boleh juga membandingkan harga-harga airline di Traveloka bagi memudahkan membuat pilihan mengikut bajet percutian ada. Nasihat El, jangan lupa untuk melihat juga pembelian pas masuk secara online ke tempat-tempat menarik seperti taman-taman tema, Aquaria, LEGOLAND dan banyak lagi yang telah ditawarkan oleh Traveloka.

7 ulasan:

  1. El! Aku nak ajak pegi bercuti ke Penang pun Pak Imam aku liat benor nak dibawaknya.. Sakit naw hati ni tau.. ;(

    BalasPadam
  2. Seronok ni kalau dapat pi matta fair.. Tgk la kalau ada kesempatan blh la mai

    BalasPadam
  3. Kalau dpt pergi mmmg dpt grab dan tengok banyak tempat murh.. Syok. Tapi tu la taknak berhimpit.. Sudhnya tengok travloka

    BalasPadam
  4. best ni, Nak pergilah ke Matta fair untuk mencari pakej menarik untuk bercuti dalam dan luar negara...

    BalasPadam
  5. Kaki travel memang suka datang ke Matta Fair ni sebab banyak pakej menarik bercuti yang disediakan

    BalasPadam
  6. Macam2 ade dekat matta fair ni kan.. Rasa seronok lak kalau lah dekat dh lama pergi

    BalasPadam
  7. Thanks for sharing, hopefully my then the situation will be better

    BalasPadam