MENDAKI SULING HILL BUKIT MERTAJAM - LIFESTYLE BLOGGER

Sabtu, 4 Januari 2020

MENDAKI SULING HILL BUKIT MERTAJAM

Suling Hill next pendakian kami. Terletak di Bukit Mertajam. Selepas subuh kami terus gerak ke Suling Hill. Cuaca sangat baik. Sampai di sana, melihat beberapa kereta sudah pun ada. Ingatkan kami paling awal. Selalunya El akan mendaki seawal pagi sebelum pukul 8. Time tu cuaca pun masih sejuk. 



Ada dua jalan kalau korang nak mula mendaki Suling Hill. Bila tanya hikers kat situ diorang suruh start daki belah kanan pintu berpagar besi tu. Start mendaki just jalan biasa santai2 sahaja. 10 minit barulah start mendaki jalan tar. Dia punya curam tu yang buat penat haha. Mujurlah tak ada tangga. Kalau tak mau semput mak!!



Sekejap jer kami sampai ke puncak. Memang tak adventure sangat. Maybe Suling Hill ini sesuai untuk mereka yang baru cuba nak mendaki. Tetapi view kat atas tu tak mengecewakan.




Setelah rehat sekejap di puncak, kami pun balik dengan menuruni tangga. Ha nak balik tu baru ada tangga. Selesalah sikit nak turun. Sebelum ini El google ada plantar untuk bergambar di sediakan disitu. Patutlah El mencari tak jumpa, rupanya ada dibahagian bawah sikit.




 



Ramai juga yang berbasikal mendaki di Suling Hill ni. Memang kagumlah tengok diorang berkayuh bersungguh2. Kuat betul stamina diorang. Korang juga boleh masak makanan dekat sini. Ada disediakan dapur. Tapi bahan-bahan korang kenalah bawa sendiri. Better bawa alatan memasak pun sendiri. Almaklumlah pelbagai kaum ada disitu hihi.






Ok next pulak di mana pendakian kami. Tunggu!!

2 ulasan:

  1. syoknyer..bila laa mokcik nak boleh wat aktiviti hiking gini..

    BalasPadam
  2. i love this kind of activities.

    ray bru follow sini. #1648

    salam kenal ^^

    BalasPadam