5 PILIHAN HADIAH UNTUK BABY DI LOVINGLY SIGNED - LIFESTYLE BLOGGER

Jumaat, 31 Januari 2020

5 PILIHAN HADIAH UNTUK BABY DI LOVINGLY SIGNED

Si manja adalah anugerah paling berharga untuk mereka yang bergelar ibu dan bapa. Kehadiran si manja bagaikan puteri dan putera comel yang menceriakan hidup mereka. Siapa yang tak terhibur dengan keletah si manja kan? Yang ada anak kecil tu mesti rasa hilang penat bila nampak muka anak lepas balik kerja.


Yang sedang menanti kehadiran si manja tentunya tidak sabar melihat wajah si manja. Tentunya ada di diantara ibu-ibu, saudara-mara, rakan-rakan tercari-cari apakah hadiah yang sesuai untuk bayi yang comel itu nanti.


Membeli hadiah untuk baby newborn or infant adalah aktiviti yang paling mengujakan. Masalahnya sekarang di mana nak beli hadiah untuk baby or infant? Now day, people suka cari barang secara online. Semua dihujung jari. Lagi jimat, cepat dan lagi best hadiah dibalut dengan cantik dan dihantar terus ke rumah. Surprise!!!Seronokkan si penerima dapat surprise dari anda. 


Personalized Baby Gifts By Lovingly Signed

Menyedari mustahil untuk mendapatkan Hadiah untuk Bayi yang cantik secara personalised, Lovingly Signed ditubuhkan untuk menukar cara pemberian hadiah bayi di negara Asia

Teruja tengok hadiah barangan baby dalam website Lovingly Signed ni. Lovingly Signed Hong Kong merupakan laman web yang memberikan perkhidmatan menjual produk barangan bayi berupa personalised gift di mana setiap barangan yang dijual, kita boleh mengabadikan nama bayi / penerima di atas hadiah tersebut. Kebanyakan material sangat esklusif, kemas, warna pastel yang menarik dan lembut.


Di Lovingly Signed mempunyai pelbagai hadiah mewah peribadi untuk meraikan pelbgai majlis untuk menyambut kelahiran baby seperti tahun pertama kehidupan mereka, baby shower, baby 100 days, ulang tahun pertama bayi dan banyak lagi. 

 Selain baju, koleksi di Lovingly Signed termasuk kegemaran baby Hong Kong seperti blanket, topi, stokin, alat mainan, buku cerita dan pelbagai hampers juga disediakan. Pilih barang-barang anda dan masukkan kotak hadiah unik anda sendiri!


5 hadiah pilihan untuk si manja 

1) Gift Hamper

Senang kalau dapat carikan hadiah set lengkap untuk baby atau newborn. Untuk set gift hamper dari Lovingly Signed ini ada dua pilihan biru untuk baby boy dan pink untuk baby girl. So comel kan. Warna pastel yang lembut. Semua barangan dari Lovingly Signed ini diperbuat daripada 100% kain kapas. 



Disediakan dalam sebuah kotak yang diikatkan dengan reben ini, GIFT HAMPERS LOVINGLY SIGNED welcome gift nampak sangat ekslusif dan mewah. 

Korang boleh letakkan nama si manja comel sebanyak 10 aksara. Dalam set ini terdapat jubah tuala, baju rompers, selimut dan anak patung. Ianya sesuai untuk bayi berumur 0-6 bulan.


2) Baby bib

Sekarang ni baby bib memang menjadi pilihan ibu-ibu bukan setakat untuk menjaga kebersihan baby ketika baby muntah, lelehan air liur baby, ketika makan malah ianya seperti suatu fesyen untuk baby. Nampak kool jer bila baby pakai baby bib. Tambahan pula terdapat pelbagai design yang menarik di Lovingly Signed. Korang juga boleh custom nama baby korang tau. 




3) Blanket

Selimut atau blanket juga sangat diperlukan untuk baby ataupun newborn untuk menjaga keselesaan mereka. Di Lovingly Signed juga ada pelbagai design blanket/selimut.

Selimut dari Lovingly Signed ini tampak mewah. Baby pasti terasa lembut dan hangat diselimuti dari kain yang diperbuat daripada 100% kain kapas. Selimut yang serba boleh ini boleh bawa dengan bayi anda di mana-mana. Ia adalah hadiah yang terbaik untuk keselesaan baby. 


4) Toy untuk si manja

Tidak sah kalau tak belikan hadiah mainan/toy untuk si manja baby or infant. Terdapat barangan patung/doll di Lovingly Signed yang sangat comel. Sesuai dan selamat dijadikan mainan untuk si manja 



5) Baby Hooded Towels

Menarik pula tengok koleksi Hooded Towels dari Lovingly Signed ni. Bolehlah pertimbangkan untuk hadiahkan untuk  cousin yang tidak lama lagi menimang cahaya mata Julai ni. 


Memang best sangat shopping hadiah baby di Lovingly Signed ini selain barangan mereka yang comel-comel, anda boleh custom made dan personlized nama baby anda di pakaian, tuala dan sebagainya. 


Setiap barangan yang kita beli tu mereka akan letakkan di dalam kotak yang esklusif dan tampak mewah. Cer bayangkan kalau sesiapa yang terima hadiah dari Lovingly Signed ni mesti jatuh cinta dengan pembungkusannya. 


Anda dah ada pilihan di Lovingly Signed. Jom order satu untuk si manja! Untuk keterangan lanjut atau lain-lain koleksi. Boleh layari ke : 

16 ulasan:

  1. Barangan Lovingly Signed ni sangat sejuk mata memandang kerana warna pastel. Sesuai sangat warna untuk bayi yang baru lahir.

    BalasPadam
  2. Haaa senang bila ada platform yg jual barang bayi camni..mudah kita nak pilih je kan?

    BalasPadam
  3. Wow comey nya... Nak jugak.. Ehh tapi dah xdak baby dah... Kikkiki.. Nak kena tambah ke caner ni

    BalasPadam
  4. comel sangat nihh , tapi kalau kita suka mesti yang terima pun suka juga ...senang haaa sebab dah siap set2...mesti sampai bila2 dihargai walaupun baby dah besar ...

    BalasPadam
  5. Memang best shopping online ni sbb tak perlu keluar tumah tapi sis tak puas la sbb nak gak feel barang yg dibeli esp klu baju ...

    BalasPadam
  6. Eh.
    Comel pula pilihan towel dan bip dia tu. Boleh la nak cari hadiah untuk bagi kat rakan pejabat yang baru melahirkan baby girl awal tahun hari tu

    BalasPadam
  7. Comelnye barang-barang baby kat Lovingly Signed ni. Rindu bau baby

    BalasPadam
  8. okay, nak belilah nnti nak hadiahkan dekat anak buah. selama ni tak tau nak beli apa. hehe :)

    BalasPadam
  9. Rasanya yang gift hamper tu yang sesuai lagi kalau nak bagi dekat families with new born. Senang tak payah pening kepala nak fikir hehehe

    BalasPadam
  10. Comelnya semua gift tu. Suka mereka sulam nama. Nampak special dan eksklusif.

    BalasPadam
  11. Cantiknya barangan baby ni. Nanti nak survey lah..anak buah pun baru bersalin..nak cr hadiah utk baby dia

    BalasPadam
  12. semua barangan nampak comel... Boleh saya tinjau nanti.

    BalasPadam
  13. Eeee geramnya comel2 sangat. Dah la tak lama lagi nak bersalin. Mood mmg tgh nak shopping barang baby ni.

    BalasPadam
  14. Alah comel pulak nampak baby hooded towel tu hah. Senang bila boleh beli online macam ni, jimat masa. Heheh :)

    BalasPadam
  15. waa bestnya ada personalized mcm ni tentu sekali lebih bermakna.. jemput join GA mama ye el

    BalasPadam