2020 - LIFESTYLE BLOGGER

Selasa, 1 Disember 2020

LUNCH RM5 DARI EASTIN HOTEL | #HATILOKAL

1:12 PTG 1
LUNCH RM5 DARI EASTIN HOTEL | #HATILOKAL

Tengah bz cuci ayam, ikan udang semua nak masak tengahari, tetiba dapat call dari Eastin Hotel. Katanya nak bagi barang. Sekali makan tenghari daa. Tinggal ayam, ikan udang semua kat sinki. Kita makan dulu haha. Lapar dari pagi tak makan sebab sibuk pergi market, JPJ, kedai alat tulis macam-macam hal.



Rupanya Eastin Hotel buat promosi menu lunch #HatiLokal. Sekarang ni susah sangat nak order food yang proper untuk makan lunch lagi-lagi mereka yang bekerja dekat Bayan Lepas dan Free Trade Zone sekarang ni adalah kawasan PKPB. Sebab tulah Hotel Eastin ni mengambil inisiatif untuk memberikan hidangan makan tengahari #HatiLokal semurah RM5 sahaja. Selalu order kat hotel ni mahal kan. 




Korang grablah peluang ni.


Satu hari satu menu


Isnin : Nasi Goreng + Egg

Selasa: Nasi Lemak + Ayam Rendang+ Egg

Rabu: Yong Chow Fried Rice + Egg

Khamis: Gulai Ayam + Nasi Puti + Egg

Jumaat : Nasi Tomato + Ayam Masak Merah + Egg


Korang boleh preorder awal sehari antara pukul 11am-5pm. Boleh self pickup ataupun delivery.

- FIRST COME FIRST SERVE BASIS.

- FIRST COME FIRST SERVE BASIS dan LIMITED ORDERS DAILY.

- FREE DELIVERY : To QUEENSBAY (no min order)

- FREE DELIVERY : To FTZ AREA  (min 10 boxes)

- FREE DELIVERY : To Bayan Baru, Sg. Dua, Bukit Jambul, Bayan Lepas, Sg. Ara dan Relau (min 5 boxes)










Korang trylah hidangan lunch dari Eastin Hotel ni. Rugi sebab murah dan mampu bayar hihi


Korang juga boleh order daily antara pukul 11am-1pm. Call cepat buat order awal 046121128, WHATSAPP 016 4175531 OR EMAIL fnbreservations@pg.eastin.com

Sabtu, 28 November 2020

RESEPI CRUNCHIE CHOCOLATE SMOOTHIE | CHOCOLATE SMOOTHIE

9:11 PG 2
RESEPI CRUNCHIE CHOCOLATE SMOOTHIE | CHOCOLATE SMOOTHIE

Hai korang. Assalamulaikum. Selalu kalau nak minum shake or smoothie beli je kat luar. Malas nak buat. Tapikan kalau buat sendiri lagi jimat dan berbaloi. Semua boleh minum hihi. Kali ni El nak share Resepi Chocolate Smoothie ataupun Chocolate Shake iaitu Crunchie Chocolate Smoothie. Bahan-bahan pun senang jer. Kalau ada bahan nak buat kek/kuih lagi senang. Tak payah beli lain.




Resepi Crunchie Chocolate Smoothie


Bahan-bahan:

1. Meadow Fresh Full Cream Milk (sebarang jenama pun boleh)
2. Biskut coklat yang telah dihancurkan
3. Susu pekat
4. Dark chocolate yang telah dicairkan
5. Ais ketul
6. Susu tepung
7. Serbuk koko
8. Air panas

Caranya:

1. Masukkan susu, ais ketul, susu tepung, susu pekat, biskut coklat dan serbuk koko dan air panas.
2. Blend semua sehingga sebati
3. Tuangkan ke dalam gelas besar
4. Taburkan sedikit biskut coklat hancur tadi
5. Siap



Di sini el sediakan video untuk lagi senang nak tengok cara buat. Jangan lupa untuk subscribe untuk tengok pelbagai resepi. Thank you


Selamat Mencuba!


RESEPI TOMATO BUN SLIDERS | TOMATO BURGER

8:51 PG 1
RESEPI TOMATO BUN SLIDERS | TOMATO BURGER

Hi korang. Assalamulaikum. Hari ni el nak share Resepi Bun Sliders. Menu simple senang sangat. Boleh bawa pergi piknik, potluck dan sebarang majlis-majlis.



Resepi Tomato Bun Sliders
Bahan-bahan:
1. Tomato
2. Marina beef salisbury burger (sebarang burger pun boleh)
3. Salad
4. Chilli sauce
5. Mayonis
6. Mother's choice cheddar cheese (sebarang cheese pun boleh)
Caranya:
1. Goreng Marina beef salisbury burger sehingga keperangan. Angkat.
2. Potong tomoto menjadi dua
3. Potong marina beef salisbury beef dan cheddar cheese menjadi empat,
4. Letakkan marina beef salisbury burger keatas tomato, diikuti dengan cheddar cheese,
salad dan chili sauce.
5. Sedia untuk dihidangkan.




Di sini el sediakan video youtube cara buat Tomato Sliders. Jangan lupa subscribe channel el untuk tengok pelbagai resepi.



Selamat Mencuba!

Jumaat, 27 November 2020

PETUA GIGI PUTIH DALAM MASA 7 HARI | WHITEKISH MAGIC CHARCOAL

9:20 PG 1
PETUA GIGI PUTIH DALAM MASA 7 HARI | WHITEKISH MAGIC CHARCOAL

Korang ada masalah gigi kuning, mulut berbau, karang gigi dan malu untuk senyum? Benarlah pendapat yang mengatakan bahawa senyuman yang indah boleh menakluk dunia, bagaimana pun, untuk memeliharanya memerlukan usaha berterusan.


Senyuman menawan adalah senyuman yang diberikan sepenuh keikhlasan. Namun terdapat faktor penyumbang yang menjadikan senyuman itu sesuatu yang cukup bernilai iaitu keputihan gigi.


Sebagai wanita, kebersihan gigi perlu menjadi keutamaan. Mungkin para lelaki juga menitikberat soal kebersihan gigi kerana komunikasi pasti menjadi lebih selesa dan menyenangkan. Keyakinan diri pasti akan lebih terserlah dengan senyuman yang terukir di bibir.


Antara penyebab gigi kuning ialah:


1)      Malas menggosok gigi dan cara menggosok gigi yang salah

2)      Tabiat minum kopi dan teh berlebihan akan menjadi gigi kuning

3)      Perokok tegar

4)      Pola pemakanan yang salah

5)      Gigi berlubang

6)      Penuaan


Bukan korang sahaja yang mengalami masalah ini, kami satu keluarga juga berdepan masalah gigi kuning juga. Suami El merupakan perokok tegar. El pula coffee lover. Anak-anak pula memang pemalas nak gosok gigi. Memang menyumbang ke arah masalah gigi kuninglah semua ni.  



Korang pernah tak cuba putihkan gigi menggunakan kayu arang. Jangan tak tau dulu masa El kecil, arwah abah selalu paksa El gosok gigi dengan kayu arang. Tiap pagi tu arwah abah menjeritlah suruh anak dia gosok gigi dengan arang. Terpaksalah tumbuk kayu arang tu sampai hancur lumat. Kemudian ambil secubit gosok dengan jari. Ha tonyohlah depan arwah abah. Adui mengamit kenangan pula. Tapi bila dah besar dah ada family ni memang rutin tu dah tak buat. Duduk dalam bandar dan rumah tinggi manalah nak dapat kayu arang sekarang ni kan.



Tetapi baru-baru ini viral pula pasal pemutih gigi dari arang tempurung kelapa iaitu WHITEKISH Magic Charcoal. Korang pernah dengar tak?Pertama kali El dengar tentang arang tempurung kelapa ni. Katanya WHITEKISH Magic Charcoal ni akan berikan gigi putih dalam masa 7 hari. Kalau korang nak tahu, El dan family dah cuba WHITEKISH Magic Charcoal ni. Memang betul dengan penggunaan yang kosisten, gigi kembali putih dan berseri selepas 7 hari penggunaanya.


APA ITU WHITEKISH



WHITEKISH diperbuat daripada bahan semulajadi iaitu arang aktif dari tempurung kelapa. Ia tidak mengandungi bahan penghakis (peroxide) yang boleh menyebabkan kerosakkan gigi. Dengan menyerap segala “Food Chemical” dan membunuh bakteria yang menyebabkan mulut berbau, WHITEKISH dapat membantu mengembalikan gigi yang putih dan senyuman yang menawan! Korang tak perlu risau kerana WHITEKISH ini:-


1)      Diperbuat daripada 100% bahan semulajadi,

2)     Produk hasil buatan Malysia

3)     Penghantaran percuma ke seluruh Malaysia

4)     Mempunyai kelulusan dari KKM. (NOT200700100K)


WHITEKISH dapat membantu korang untuk mendapatkan gigi yang putih, menghilangkan bau mulut yang kurang menyenangkan dan mengembalikan senyuman menawan korang!



Antara kelebihan WHITEKISH adalah:


·                     Memutihkan gigi

·                     membunuh bakteria yang menjadi punca mulut berbau

·                     Membantu menghilangkan karang gigi

·                     Meneutralkan tahap ph dalam mulut

·                     Tiada bahan penghakis (peroxide)

·                     Keberkesanan dapat dilihat seawal 1 minggu (dengan penggunaan yang betul)



Cara menggunakan WHITEKISH Magic Charcoal dengan betul dan tepat



Testimoni Pengguna WHITEKISH Magic Charcoal 




Testimoni El dan Keluarga Sebelum dan Selepas Pengunaan WHITEKISH


Setelah seminggu kami sekeluarga menggunakan WHITEKISH, resultnya sangat memuaskan hati. Lagi-lagi bila tengok gigi sendiri, gigi suami dan gigi anak-anak semakin kurang kuningnya. Untuk minggu pertama kami guna 2x sehari. Selepas gigi kuning dah mula pudar, kami guna 2x seminggu pula. Tetapi jangan lupa tau gosok gigi dengan ubat gigi biasa juga sebagai rutin harian.


Korang boleh tonton video Whitekish Magic Charcoal di youtube el. dan jangan lupa subscribe okay. 






Dapatkan
Pack COMBO WHITEKISH korang sekarang!Hanya RM65.00 sahaja.



Pack COMBO WHITEKISH mengandungi:


1.       2 x WHITEKISH

2.      1 x Microfibre toothbrush

3.      1 x Pouch Bag

 



Rabu, 14 Oktober 2020

EKSKLUSIF CABUTAN BERTUAH VITS KINI KEMBALI LAGI

10:53 PG 7
EKSKLUSIF CABUTAN BERTUAH VITS KINI KEMBALI LAGI

Baru-baru ini, sebuah pengeluar produk berasaskan mi segera yang telah bertapak di Malaysia sejak 1975 lagi telah melancarkan sebuat program Cabutan Bertuah berkolaborasi bersama sebuah pasaraya terbesar di Malaysia AEON yang telah mendapat sokongan  yags angat menggalakkan. Program VIT'S AEON CABUTAN BERTUAH yang telah berlangsung sebelum ini dari tarikh  13 Ogos hingga 16 September 2020 telah berjaya di menangi oleh sermai 54 pemenang



Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan hanya membeli produk VIT'S dari Pasaraya AEON seluruh Malaysia dan imbas kod yang terdapat di paket. Nombor bertuah akan di cabut secara live di Facebook Vits pada setiap hari Khamis jam 12 tengahari.


Tetapi jangan berasa kecewa jika anda terlepas tawaran hebat itu kerana Vit’s sekali lagi telah menlancarkan program cabutan bertuah ini musim kedua.


VIT’S EXCLUSIVE LUCKY DRAW bakal bersiaran langsung pada waktu yang sama iaitu pada jam 12 tengahari setiap hari Khamis di Facebook Page Vits. Pelbagai hadiah menarik untuk anda menangi setiap minggu. Apa yang anda perlu lakukan adalah:




1)   Dapatkan produk 2 pek Vits Italian Mi Goreng Bolognese dan Aglio Olio di pasaraya terdekat anda atau secara online


2)    1) Scan QR code untuk sertai cabutan bertuah ini.

3)    2) Isi infomasi di dalam boring tersebut

4)    3) Nyatakan 5 angka bertuah anda

5)    4) Masukkan resit pembelian 2 produk VITS ITALIAN MI GORENG

6)    5) Nantikan setiap Khamis di facebook live untuk undian secara live





Hadiah untuk Vits Exclusive Lucky Draw adalah seperti berikut:


Grand Prize:              Vespa Sprint 150

1st Prize:                       Iphone 11 Pro Max / Samsung Galaxy Z Flip

2nd Prize:                     Nintendo Switch / Realme 6 Pro

3rd Prize:                      Buffalo Pro Chef Plus Air Fryer / Toros 6L Pressure Cooker

Consolation Prize:   MiGor Facemask + Vit’s Italian Mi Goreng Series


Peraduan cabutan bertuah  ini akan dilangsungkan sehingga 26 November ini di mana semua orang berpeluang untuk memenangi hadiah yang menarik cabutan bertuah bernilai sehingga RM 20,000.00.

Selasa, 6 Oktober 2020

Iqa Nizam - Angan Merintih [Official Music Video HD] Fimie Don & Raden Zaharadul

3:18 PTG 3
Iqa Nizam - Angan Merintih [Official Music Video HD] Fimie Don & Raden Zaharadul
Hai korang. Ada tak diantara korang yang mengenali penyanyi Iqa Nizam. Iqa Nizam ini terkenal dengan lagu-lagu Balada dan view di youtube ada yang telah mencapai lebih pada 1 million. El pun baru jer dengar lagu-lagu dari nyanyian Iqa Nizam. Perghh jiwang gila.


Serious suara Iqa memang sedap. Kini Iqa Nizam kembali lagi dengan lagu terbarunya Angan Merintih 



ANGAN MERINTIH
ARTIS : IQA NIZAM
LAGU / LIRIK: EL HADAM

Verse 1:
Telah Tercipta, Saat Dirasakan Tiba
Menjunjung Nikmat Bahgia Tanpa Duga
Namun Terselit Sesuatu
Yang Menyakitkan Tanpa Segan Silu

Pre chorus:
Mana Mungkin,
Ku Kan Menjadi Sasaranmu Lagi
Kerana Ku Tahu Kau Hanya Membuatku
Ku Berangan Dalam Beradu-!!!

Chorus 1:
Disaksikan Bulan Indah Cantik Mengambang
Temani Hatiku Sepinya Dibunuhmu
Bicara Katamu Membuatku Akur
Kisah Tersimpan Hanya Mimpiku

Verse 2:
Biar Sakit Dalam Diri Ku Sendiri
Takku Biar Mereka Menangis Untukku
Kerana Ku Yakin Disebalik Kisahku
Tersimpan Harga Tiada Ternilai

Korang juga boleh aktifkan nada pemanggil ini dengan cara berikutnya:

Subscribe & Follow Us: https://www.youtube.com/channel/UCl_X1mJlL17ZihSlgK_bgEg
Aktifkan nada pemanggil ini dengan cara berikutnya:

MUAT TURUN NADA DERING
Maxis CallerRingtones -- Dial *131*669926# tekan Call/Hantar
DiGi CallerTunes -- Dial *233*1373151# tekan Hantar/Call
Celcom CallMeTones -- Dial *323*738750# tekan Call/Hantar
U Mobile ColourTones -- Taip CRM 10051619 dan hantar ke 28383

Untuk maklumat lanjut tentang lagu ini boleh layari link dibawah :-

Online Music Store: http://www.i-musicland.com
Spotify: https://open.spotify.com/album/5OLPulAgzgNWWadgohYnQS
Joox: https://www.joox.com/my-en/album/bnJ3QBXmSF4yMLtWGQEM8Q==
Apple Music/iTunes: https://music.apple.com/my/album/angan-merintih-single/1533050889
Deezer: https://www.deezer.com/us/album/174906392
Akazoo: https://www.akazoo.com/album/27755405/thomas-arya---iqa-nizam--slow-rock
KKBox: https://www.kkbox.com/my/ms/album/wGaayIRHqNiFo0F5HRnZ009H-index.html
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSmVQcEQ/

Album : Iqa Nizam - Angan Merintih
℗ & © 2020 INSICTECH MUSICLAND SDN BHD
Publishing: MEDIA ASIA PRODUCTION SDN BHD

 #IqaNizam #AnganMerintih #InsictechMusicland #ICSYVMY #slowrock #Indonesia #malaysia #izinkan





Jumaat, 28 Ogos 2020

MUDAH MEMBELI BELAH DI PGMALL | DAFTAR SEKARANG NIKMATI DISKAUN MENARIK

1:36 PTG 3
MUDAH MEMBELI BELAH DI PGMALL | DAFTAR SEKARANG NIKMATI DISKAUN MENARIK

Hai korang. Salam semua.


Tengah buat apa tu? Hujung-hujung bulan ni mesti poket penuhkan. For sure ada yang tengah window shopping atau tengah rancak membeli-belah. Ha kami pun sama juga. Tengah buka website shopping online ni. Walaupun gaji tak masuk lagi tapi duk survey-survey dulu dan masuk dalam cart. Gaji dah masuk nanti boleh terus check out.


 


Ha mesti korang nak tahu website shopping online mana yang kami tengah survey ni. Korang pernah dengar tak PGMall? Eh bukan shopping mall macam SOGO, Pavilion atau AEON tau. Ha PGMall ini adalah satu website shopping online yang tengah hot sekarang ni. Sebelum ini, kami adalah terdengar pasal PGMall di laman social media, kawan-kawan share, tu yang terjebak.


Tentang PGMall


PGMall merupakan sebuah platform e-commerce tempatan No.1 di Malaysia sejak 2017. PGMall merupakan satu-satunya platform membeli-belah tempatan di Malaysia yang menawarkan pelbagai pilihan produk dan mesra pengguna dari Elektronik, Fesyen, Kelengkapan Rumah, Makanan sehinggalah barangan kesihatan dan kosmetik bahkan lebih menarik terdapat begitu banyak promosi hebat yang ditawarkan.


 


PG Mall juga telah disenaraikan antara platform e-commerce Top 3 di Iprice Insight Report. Korang boleh membeli-belah di PGMall melalui akses ke laman web http://pgmall.my ataupun korang boleh muat turun aplikasi di telefon pintar melalui App Store ataupun Google Play.