SAKIT LUTUT | HIKING MOONGATE PENANG BOTANICAL GARDEN - LIFESTYLE BLOGGER

Jumaat, 29 November 2019

SAKIT LUTUT | HIKING MOONGATE PENANG BOTANICAL GARDEN

Hiking Moongate Penang Botanical Garden. Salam semua. Harap semua sihat dan happy selalu. Kalau korang nak tahu, sejak berkapel dengan tok laki, tok laki selalulah ajak pergi hiking. Masa tu belum kahwin lagi..selalulah tok laki ajak el pergi hiking bukit jambul. Time tu memanglah tak pernah lagi hiking. Tapi bila dah lama2 tu jadi seronok


Bila dah start hiking ni, memanglah tok laki cukup suka. Dia pula yang excited. Kadang2 tak larat nak dengar dia berzikir hari2 tanya bila nak hiking. Bila el suruh dia pergi sendiri dia tak nak, nak hiking dengan wife dia haha. Sebelum ni kami dah hiking Bukit Jambul (banyak kali) sebab belakang rumah saja dan Taman Negara (Kerachut).


Last weekends el satu family pergi Penang Botanical Garden untuk try hiking kat sana. 1st time pergi hiking sini. Itupun setelah tengok post fb kawan el. So pagi tu selepas subuh kami pun terus gerak ke Penang Botanical Garden. Tercari-cari mana start point dia. Ada 2 jalan nak naik ke atas. Kami nak hiking yang tak banyak tangga. Haha sebab el memang tak boleh naik tangga banyak2..sebab lututlah tak kuat. Bila kami pilih jalan yang tak ada tangga, bila selisih dengan sorang uncle tu dia cakap sini hiking bahaya untuk budak..better uols pergi satu lagi jalan. Sana even banyak tangga..tapi santai2 sesuai untuk budak2. 


So kami dah 30 minutes kut hiking terpaksa turun. Bila turun cakap tak nak naik dah. Tapi tok laki buat muka tak puas hati. Aduiii dari el dengar dia bebel2 44malam baik el naik jugaklah. So rupanya kat jalan 2 ni lagi banyak tangga. Tangga pulak curam2 mak aiii. Ku gagahi jua. El suruh tok laki dan anak2 pergi dulu. El daki pelan2.


Alhamdulilah sampai jugalah ke puncak. Kalau kami teruskan pendakian kami akan sampai ke puncak Bukit Bendera. So for now, dekat puncak Moongate 5 pun dah ok sangat. Mujurlah el ada consume biolife fish oil dan coq10. Sebelum ni, cepat penat dan lutut macam lembik bila naik tangga. Lepas consume supplemen ni terus jd bertenaga and lutut ada improve sikit. Samalah dengan tok laki, power dah sekarang lepas consume biolife fish oil dan coq10 tu. Makin menjadi2 haha. Insyallah boleh repeat hiking kat sini lagi. Ok nanti tunggu next entry bukit mana yang kami tawan jeng jeng jeng. 

3 ulasan:

  1. gagah tul el hiking..senang ada geng ngn toklaki..hehe

    BalasPadam
  2. Cantiknyaaa view bila dah sampai atas tu. Nani pun sejenis yang tak gigih jugak bab hiking macam ni. Hahah! Panjat tangga Batu Caves pun, turun tu dah gigil lutut. Hahahah!

    BalasPadam
  3. waalaikumussalam. alhamdulillah terasa puas hati kan bila sampai ke puncak tu ^_^

    BalasPadam