LOST WORLD OF TAMBUN KALI KETIGA - LIFESTYLE BLOGGER

Rabu, 20 November 2019

LOST WORLD OF TAMBUN KALI KETIGA

Hai you all...Assalamualaikum
Lama tak chit chat pasal keluarga El
Asyik2 cerita pasal review manjang haha
So last week kami berjimba di Lost World of Tambun
Allahuakbar baru kali ni dapat bercuti bersama keluarga jauh sikit dari Penang 

Dah 2 tahun tak bercuti..alhamdulilah rezeki tok laki ada rezeki lebih terus booking tiket ke Lost World. Mujur time nak booking tiket tu dapat promo baik punya. 

Kami pilih untuk pergi hari biasa. El memang tak suka pergi hari cuti umum or cuti sekolah sebab mesti ramai orang. Nak beratur naik slide pun berjam2. Kalau boleh elak..elakkanlah..kalau tak boleh nak buat macam manakan..percutian tetap kena teruskan gitu. So anak2 dah teruja tak sabar nak berjimba mandi kolam slide bagai. Kami pilih hari Isnin untuk pergi ke LWOT sebab isnin kami laki bini cuti..terpaksa cutikan sekali sekolah anak2 hihi.

Ini kali ketiga El pergi ke Lost World of Tambun. Kali pertama El pergi bersama tok laki. Time tu baru kahwin. Kami bercuti honeymoon so singgahlah kat LWOT. Kali kedua pula pergi time ada anak dua. Memang tak jemulah pergi LWOT ni sebab sekarang pun dah macam2 ada, zoolah, night showlah sampai ke malam tutup pukul 11 malam ha boleh berendam air panas lagi tau.

Kami bertolak selepas solat subuh dari Penang. El bawakan bekal sarapan pagi roti sandwich dan telur, kuey tiaw goreng, roti goreng sosej dan burger. Kat LWOT ini memang dilarang bawa makanan luar. Tapi El degil..masa check point tu diorang dapat tangkap roti dan biskut..alah bukan banyak sangat pun..tapi yang heran burger lepas pulak hihi..rezekilah no. Nak makan kat dalam tu mak aii mahal nau nau tak berbaloi..satg mandi lapar balik haha..jadilah dapat belikan anak2 cakoi dengan keropok lekor untuk alas perut petang2 hujan hari tu.











Kami ingat nak stay sampai malam..tapi kami laki bini dah surrender..tapi budak2 tu nak stay juga..bapak diorang dah lapar terok..insyallah next time pula..wajib repeat lagi 


1 ulasan:

  1. lom pernah gi tambun.
    few times plan, tapi x menjadik lagi :)

    BalasPadam