11/01/2019 - 12/01/2019 - LIFESTYLE BLOGGER

Rabu, 20 November 2019

LOST WORLD OF TAMBUN KALI KETIGA

10:45 PG 1
LOST WORLD OF TAMBUN KALI KETIGA
Hai you all...Assalamualaikum
Lama tak chit chat pasal keluarga El
Asyik2 cerita pasal review manjang haha
So last week kami berjimba di Lost World of Tambun
Allahuakbar baru kali ni dapat bercuti bersama keluarga jauh sikit dari Penang 

Dah 2 tahun tak bercuti..alhamdulilah rezeki tok laki ada rezeki lebih terus booking tiket ke Lost World. Mujur time nak booking tiket tu dapat promo baik punya. 

Kami pilih untuk pergi hari biasa. El memang tak suka pergi hari cuti umum or cuti sekolah sebab mesti ramai orang. Nak beratur naik slide pun berjam2. Kalau boleh elak..elakkanlah..kalau tak boleh nak buat macam manakan..percutian tetap kena teruskan gitu. So anak2 dah teruja tak sabar nak berjimba mandi kolam slide bagai. Kami pilih hari Isnin untuk pergi ke LWOT sebab isnin kami laki bini cuti..terpaksa cutikan sekali sekolah anak2 hihi.

Ini kali ketiga El pergi ke Lost World of Tambun. Kali pertama El pergi bersama tok laki. Time tu baru kahwin. Kami bercuti honeymoon so singgahlah kat LWOT. Kali kedua pula pergi time ada anak dua. Memang tak jemulah pergi LWOT ni sebab sekarang pun dah macam2 ada, zoolah, night showlah sampai ke malam tutup pukul 11 malam ha boleh berendam air panas lagi tau.

Kami bertolak selepas solat subuh dari Penang. El bawakan bekal sarapan pagi roti sandwich dan telur, kuey tiaw goreng, roti goreng sosej dan burger. Kat LWOT ini memang dilarang bawa makanan luar. Tapi El degil..masa check point tu diorang dapat tangkap roti dan biskut..alah bukan banyak sangat pun..tapi yang heran burger lepas pulak hihi..rezekilah no. Nak makan kat dalam tu mak aii mahal nau nau tak berbaloi..satg mandi lapar balik haha..jadilah dapat belikan anak2 cakoi dengan keropok lekor untuk alas perut petang2 hujan hari tu.











Kami ingat nak stay sampai malam..tapi kami laki bini dah surrender..tapi budak2 tu nak stay juga..bapak diorang dah lapar terok..insyallah next time pula..wajib repeat lagi 


Khamis, 7 November 2019

BIOLIFE PYNOCARE BANTU DAPATKAN TONA KULIT YANG SEKATA BAGAIKAN KRISTAL

12:05 PTG 0
BIOLIFE PYNOCARE BANTU DAPATKAN TONA KULIT YANG SEKATA BAGAIKAN KRISTAL
Siapa tak sedih, bila muka yang bersih dari sebarang jerawat, tiba-tiba jadi menggerutu, menggelupas, berparut dan bengkak-bengkak. Nightmare!! Minta dijauhkan.

Tetapi yang membuatkan sis risau ni usia dah makin meningkat timbul pula garis penuaan dan masalah kulit yang takan pernah habis. Oklah sis akur sis tidak lagi seperti remaja belasan tahun. Tapi sis akan rajin berusaha menjaga kulit sis supaya lebih sihat, bersih, berseri, menyerlah, halus dan bebas dari jerawat serta parut dan yang paling penting  punya tona kulit dan tesktur yang sekata. Wah banyak kena jaga ni. 

Apa yang sis tahu berdasarkan pengalaman sis, ada banyak faktor yang membuatkan kulit kita break out teruk. Antaranya:

1) Terdedah teruk kepada cahaya matahari
2) Perubahan hormon: kehamilan, pil kontraseptif
3) Masalah endokrin: tiroid, ovari
4) Mungkin kulit kita tak sesuai dengan produk yang kita pakai, kulit terlalu sensitif, 
5) Kandungan produk yang kita guna tu ada bahan kimia berbahaya dan tak mendapat kelulusan dari mana2 institusi
6) Malas mencuci muka 


Sebab tu penting untuk kaji dulu bahan dalam produk yang korang pakai tu. Tapi, dengan Biolife korang tak payah risau! Biolife ni memang produk yang selamat. Biolife telah menapak 29 tahun di Malaysia. Terdiri daripada team of Nutritionists, Biochemists, Food technologists and Microbiologists yang telah menghasilkan produk yang terbaik untuk pengguna. Segala produk yang dihasilkan telah mencapai piawaian bertaraf dunia disokong oleh kelulusan dari Thailand FDA, Australia TGA dan GMP Jerman.

So apa sis buat sekarang ini adalah dengan mengambil Pynocare. Settle masalah kulit sis. Kenapa Pynocare?Jom baca sampai habis.


Apa Itu Pynocare?

Biolife telah menghasilkan produk terbaru iaitu PYNOCARE sejenis suplemen kesihatan de-pigmentasi oral pertama yang dirumus khas dengan kaedah breaktrough proprietary formulation - MSCC Complex Actisome, kombinasi ramuan tumbuhan semulajadi dimana ia membantu melindungi kulit daripada penuaan, pra-matang serta tona kulit yang tidak sekata


Apa Itu Melanin?

Melanin merupakan pigmen yang terhasil daripada sel-sel melanosit dan ia memberi warna kepada kulit kita. Penghasilan melanin terjadi di lapisan kulit yang palling dalam dengan bantuan beberapa jenis enzim. Melanosit kemudiannya membawa melanin ke permukaan kulit dan ia menyumbang kepada warna kulit setiap individu.

Bintik-bintik  hitam dan tona kulit yang tidak sekata disebabkan oleh penghasilan melanin yang berlebihan pada kawasan yang terdedah kepada pancaran matahari terutamanya di bahagian pipi, atas bibir, hidung dan dagu


Bahan-Bahan dalam Pynocare Serta Kelebihannya

1) Ekstrak Kulit Kayu Pain Maritim Perancis 
- Kaya dengan procyanidin oligomerik (OPCs) dab bioflavonoid yang berfungsi sebagai antioksidan untuk menghapuskan radikal bebas
- Berupaya untuk membentuk lebih banyak struktur antioksidan dengan mengitar semula vitamin C dan menghasilkan vitamin E

2) Vitamin C
- Merupakan antioksidan semulajadi
- Melindungi kulit daripada UVA, UVB dan cahaya yang boleh dilihat
- Menghalang penghasilan dan pembentukan melanin
- Bekerjasama dengan vitamin E

3) Ekstrak D.Salina
- Membekalkan sumber semulajadi yang kaya dengan karotenoid, beta-karotena
- Merupakan antioksidan semulajadi yang melindungi membran sel dari pengoksidaan lipid dan kerosakan yang disebabkan oleh cahaya UV

4) Vitamin E
- Sebagai antioksidan larut lemak utama yang menghalang pengoksidaan lipid dan menghapuskan radikal bebas
- Memberi perlindungan UV serta mengurangkan kesan-kesan penuaan

Produk Pynocare ini telahpun mendapat sijil Halal dan kesemua bahan-bahan yang digunakan adalah bebas dari bahan kimia dan selamat untuk diamalkan.


Cara pengambilan Pynocare

Dalam satu kotak ini mengandungi 5 x 10 softgel capsule dan untuk pengambilan pula anda disarankan mengambil sebanyak 2 kapsul sehari selepas makan sahaja.

Cara pembelian Pynocare

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkannya, anda bolehlah klik pautan berikut :

Lazada :

CARiNG :

Watsons :