10/01/2019 - 11/01/2019 - LIFESTYLE BLOGGER

Khamis, 24 Oktober 2019

HIKING TAMAN NEGARA PULAU PINANG | PANTAI KERACHUT

5:10 PTG 4
HIKING TAMAN NEGARA PULAU PINANG | PANTAI KERACHUT
HIKING TAMAN NEGARA PULAU PINANG | PANTAI KERACHUT Assalamualaikum. Hai semua salam sejahtera. Alamak sekali macam skima sangat haha. Lama tak share personal life dengan pembaca blog El. Korang apa khabar. El dan sekeluarga sini alhamdulilah sihat. Cuma nak bagi tahu yang bulan ni saja El ada 5x checkup di hospital. Sebelum tu El dah prepare nak jaga pemakanan dengan berdiet. Alah diet macam tengah viral sekarang ni suku-suku separuh, interminttent fasting dengan eat clean. Bukan apa dah lama El tinggalkan pantang. So takut juga keputusan tak ok. So bermulalah diet eh pada bulan ini. Sampai sekarang El dah turun 3kg. Walaupun sikit almaklumlah dah berumur ni memang susah nak turun. Tapi yang paling sakit hati bila en. suami komplen yang El ni berdiet sakan tapi tak kurus2. Ha cam mana tak kurus exercise pun tak buat?Nak marah pun tak boleh..memang betul cakap en. suami tu. Terus plan nak hiking ke Taman Negara Pulau Pinang.


Walaupun rasa takut dan macam tak boleh buat, tapi semangat tu berkobar2. Selepas subuh we all siap2 dan teruskan perjalanan. Sampai di sana kena register dulu. Taman Negara Pulau Pinang dibuka pada jam 8.00 pagi. Selesai daftar kami pun mulakan perjalanan. Sebelum itu panaskan badan dulu. Risaunya!!Haha




Permulaan memang sangat santai. Ada track untuk jalan. Rasa seronok pula. Sampai di kawasan bermulanya pendakian. Terus kecut haha. Kami memilih untuk ke Pantai Kerachut sebab Monkey Beach tutup disebabkan ada tanah runtuh. Monkey Beach dengar dari komen kawan2 kata ok lagi dari Pantai Kerachut. Tapi apa boleh buat dah sampai terpaksalah teruskan haha.





Bagi pendapat El pendakian dari Taman Negara ke Pantai Kerachut tak ada lah teruk sangat. Perjalanan kami mengambil masa 1 jam 30 minit. Anak2 memang seronok dapat rasai pengalaman. Bukan tak pernah daki sebelum ini tapi kali ni mencabar dan lama sikit perjalanannya. Tetapi perjalanan balik kami mengambil masa hampir 2 jam tau. Boleh jer korang balik naik boat tapi bayaran 1 boat RM100 tak kisahlah korang sorang ke 2 orang harga tetap RM100. Untunglah yang pergi ramai2 berbaloi la bayar. 





So nak tak nak kami patah balik dengan jalan kaki. Mak oiii semput balik tu sebab pendakian sangat2 mencabar. Yang tak larat tu kena panjat tangga. Punyalah tinggi dan banyak. Lutut El ni bukan kuat sangat. Terpaksalah berhenti banyak kali kepenatan kihkihkih. Mujurlah anak2 tak merungut. Diorang lagi laju ke depan hihi.



 


En. suami pun pancit. Keluar saja dari Taman Negara tu rasa lega!!Terus cari makan haha. Sebab pagi tu kami sarapan roti saja. Nak lagi ke pergi?Insyallah nak tapi tak nak pergi pantai kerachut nak pergi ke Monkey Beach pula hihi.
Agak2 berapa kalori terbakar hari tu?




Selasa, 8 Oktober 2019

BEAUTEA by SAFI DENGAN 100% EKSTRAK TEH PREMIUM | MELINDUNGI KULIT WAJAH DARI PENCEMARAN, STRES DAN KOSMETIK

8:51 PG 11
BEAUTEA by SAFI DENGAN 100% EKSTRAK TEH PREMIUM | MELINDUNGI KULIT WAJAH DARI PENCEMARAN, STRES DAN KOSMETIK
BEAUTEA by SAFI
Dengan 100% Ekstrak Teh Premium
Melindungi kulit wajah dari pencemaran, stres dan kosmetik

Menjadi wanita berjaya dan tampil cantik pada masa yang sama bukannya sesuatu yang mudah. Namun bukan juga sesuatu yang mustahil. Pengembaraan kecantikan itu sama seperti kehidupan, pasti ada cabaran yang menguji keyakinan.

Sebaik sahaja melangkah keluar daripada rumah, kita mula terdedah kepada tiga punca masalah kulit utama yang menjadi cabaran kepada wanita masa kini. Punca pertama adalah pencemaran persekitaran seperti debu kotoran, asap kenderaan, sinaran UV dan radikal bebas menjadi penyumbang kepada masalah kulit kusam, bintik hitam dan masalah penuaan pramatang.


Ditambah dengan tekanan jadual harian yang padat, berjaga lewat malam, serta masalah hormon tidak seimbang pula bertindak sebagai punca kedua masalah kulit yang mengumpul minyak di bawah lapisan kulit wajah seterusnya menyebabkan jerawat, tekstur kulit berminyak serta tona tidak sekata.

Bagai musuh dalam selimut, punca ketiga adalah sisa kotoran bahan kosmetik yang tidak dibersihkan dengan menyeluruh. Ini akan mengumpul bakteria dan memakan kulit wajah kita sendiri menjadikan pori tersumbat, kulit semakin kasar, kering dan mengalami dehidrasi. Bahan kosmetik yang disangka mencantikkan wajah, akhirnya memakan diri.

Jadi, apakah cara untuk memerangi 3 punca masalah kulit wanita masa kini ini?

Secara alami, antioksida merupakan benteng pertahanan semulajadi kulit muka yang berupaya mengurangkan, meneutralkan serta melindungi sel kulit wajah dari kerosakan akibat radikal bebas. Namun peningkatan usia menjadikan penghasilan antioksida semakin berkurangan. Oleh itu, antioksida daripada sumber luaran adalah jalan penyelesaianya!

Ia boleh didapati dari sumber bahan semulajadi contohnya pokok teh yang mengandungi antioksida yang tinggi, terkenal dengan pelbagai manfaat kecantikan kulit wajah yang dapat membantu anda memiliki rupa paras yang sihat, berseri dan cerah bermaya.


Menguasi pasaran Malaysia selama 2 dekad dalam kategori penjagaan diri dan wajah, SAFI memahami keperluan sebuah produk penjagaan kulit wajah khusus bagi mengatasi masalah kulit wajah masa kini. Memperkenalkan, BEAUTEA by SAFI dengan 100% teh premium menjadikan jenama ini sebuah jenama pertama yang memfokuskan terhadap penggunaan pelbagai jenis daun teh seperti White Tea, Green Tea dan Black Tea yang dipilih dengan teliti berdasarkan keunikan manfaat bagi kecantikan kulit wajah yang telah terbukti berkesan.

Inovasi sains kecantikan terbaharu SAFI ini adalah hasil komitmen berterusan di dalam bidang penyelidikan dan pembangunan produk penjagaan kulit muka oleh SAFI RESEARCH INSTITUTE - sebuah makmal produk kosmetik Halal terbesar di dunia, yang berpusat di Subang Jaya.


BEAUTEA by SAFI menggabungkan manfaat 100% ekstrak teh premium yang kaya dengan antioksida dan bahan aktif semulajadi yang membersih dan melindungi kulit wajah dari radikal bebas dengan efektif. Ia diuji secara dermatologi, BEBAS daripada SLES/SLS, minyak mineral, pewarna, alkohol, Paraben, dan semestinya diperakui Halal oleh JAKIM.

Rangkaian BEAUTEA by SAFI menawarkan 3 jenis pembersih dan 1 skrub muka. Setiap satu berfungsi membantu proses detoksifikasi kulit dari pencemaran berbahaya, membersih sisa kotoran solekan dengan mendalam dan sepenuhnya. Ia turut melegakan kulit daripada jerawat akibat stres, menyegarkan dan meningkatkan benteng pertahanan kulit dari radikal bebas. Hasilnya? BEAUTEA by SAFI menjadikan kulit kembali halus, sihat dan berseri, bebas dari musuh kulit!


BEAUTEA by SAFI Gel Pembersih Muka Penghidratan – White Tea & Damask Rose


1. Menghidrat
2. Mengecilkan liang pori

Pembersih gel yang lembut dan bebas sabun ini bertindak membersih pori yang tersumbat dan mengeluarkan kotoran pada kulit wajah anda. Dirumus dengan gabungan ekstrak White Tea & Damask Rose yang diperkaya dengan antioksida agar dapat mengimbangi tahap kelembapan kulit, menghidrat dan mengecilkan pori.
*Produk ini sesuai untuk kulit kering dan normal

BEAUTEA by SAFI Gel Pembersih Muka Anti Jerawat – Green Tea & Neem


1. Melindungi kulit daripada jerawat
2. Mengawal sebum

Pembersih gel yang lembut dan bebas sabun ini merupakan hasil gabungan ekstrak Green Tea & Neem yang padat dengan antioksida bertindak sebagai benteng pertahanan kulit daripada serangan radikal bebas. Ia melegakan kerengsaan kulit sambil mengawal sebum untuk membantu mengurangkan bekas parut jerawat.
*Produk ini sesuai untuk kulit normal dan berminyak

BEAUTEA by SAFI Pembersih Muka Detoks – Black Tea & Black Orchid


1. Membantu kulit untuk detoks
2. Bebas haruman dan sesuai untuk kulit sensitif
3. Mencegah tanda awal penuaan

Pembersih yang mengandungi Asid Amino dan bertekstur krim ini sangat lembut dan bebas sabun, dirumus dengan ekstrak Black Tea & Black Orchid yang harum dan diperkaya dengan 2x manfaat antioksida yang berupaya membersih kotoran dengan mendalam, membantu kulit untuk  detoks sepenuhnya sambil mengekalkan kelembapan dan melindungi kulit wajah dari masalah penuaan awal.
*Produk ini sesuai untuk kulit sensitif

BEAUTEA by SAFI Skrub Penghalusan Muka – Apricot Tea


1. Membuang sel kulit mati agar kulit tidak tersumbat

Krim skrub yang dirumus dengan gabungan ekstrak Apricot & White Tea yang kaya dengan antioksidan bertindak membersihkan liang-liang kulit wajah, menggelupas tanpa mengeringkan kulit. Ia berfungsi bagi membantu memulihkan tekstur, melicinkan dan mecerahkan kulit. Hasilnya, kulit cerah dan berseri.
*Produk ini sesuai untuk semua jenis kulit

Korang tahu tak masa jerebu baru ni kulit muka El jadi teruk nau. Bayangkanlah setiap hari El ke hulu ke hilir merempit hantar dan ambil anak sekolah. Habis sekolah pagi, pergi hantar sekolah agama petang pula. So korang ingat El ada masa untuk sakit kepala?Memang taklah, cuma masa jerebu tu kulit sangat terdedah dengan macam-macam pencemaran.  



So untuk mengelak kulit muka El jadi teruk, tiap kali selepas selesai hantar anak sekolah agama petang tu, balik ke pejabat terus El cuci dengan pencuci Safi Beautea. Fuh lega. Rasa sebersih, secuci, semurni dan sewangi. Ya, El memang sediakan pencuci muka Safi di pejabat heyy. Balik kerja pun El cuci lagi dengan pencuci Safi Beautea. Seminggu or 2x seminggu El akan makesure untuk scrab muka El.

Ok di bawah ini El ada share video. Rajin-rajinlah subscribe youtube El ok. Thanks for watching.

Rangkaian BEAUTEA by SAFI dijual pada harga RM23.20(150g) boleh didapati di semua farmasi terpilih di Malaysia dan di atas talian. Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini dari SAFI, sila layari laman sesawang rasmi SAFI di www.safi.com.my , laman Facebook rasmi SAFI di www.facebook.com/SAFI.my dan laman Instagram SAFI di www.instagram.com/SAFIMalaysia .

Ayuh bina keyakinan diri setiap wanita bersama dengan berkongsi kisah transformasi kulit sihat SAFI anda dengan memuat naik di profil media sosial berserta tanda pagar #BEAUTEABYSAFI #SAFIMALAYSIA #PREMIUMTEACLEANSERS .