MALAYSIA BOOK OF RECORDS RAIKAN RAKYAT MALAYSIA YANG LUAR BIASA PADA ACARA MBR LIVE! 2019 - LIFESTYLE BLOGGER

Sabtu, 21 September 2019

MALAYSIA BOOK OF RECORDS RAIKAN RAKYAT MALAYSIA YANG LUAR BIASA PADA ACARA MBR LIVE! 2019


Malaysia Book of Records Raikan Rakyat Malaysia Yang Luar Biasa Pada Acara MBR Live 2019
     Edisi kedua MBR Live! Dilihat terus memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk mencipta pencapaian luar biasa dan melangkaui had mereka
     45 rekod didedahkan, 39 cubaan memecahkan rekod dan 7 rekod yang menyeronokkan dibuka untuk penyertaan orang ramai sepanjang 3 hari acara ini berlangsung

Pulau Pinang, 20 September 2019 – Bagi meraikan rakyat Malaysia yang sanggup mencabar diri mereka untuk memecahkan rekod, Malaysia Book of Records melancarkan acara (MBR Live!) 2019 – Extraordinary Malaysia pada hari ini di Gurney Plaza, Pulau Pinang. Bertujuan memberi inspirasi kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk mencatat pencapaian hebat dan melangkaui had mereka, edisi kedua siri jelajah MBR Live! Itu akan diadakan bermula 20 hingga 22 September 2019.

 Tuan Chow Kon Yeow - Chief Minister of Penang, giving his speech before officially launching MBR Live! 2019, themed “Extraordinary Malaysia”
Bertemakan “Extraordinary Malaysia”, MBR Live! 2019 dianjurkan pertama kali di Pulau Pinang dan dilancarkan secara rasmi oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Chow Kon Yeow. Program yang diadakan secara langsung itu menjadi satu platform untuk memberi inspirasi dan menggalakkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia kerana mereka boleh menyaksikan cubaan memecahkan rekod, mengetahui lebih lanjut tentang orang Malaysia yang luar biasa dan cuba untuk menjadi pemecah rekod itu sendiri.

Mr. Christopher Wong - COO of Malaysia Book of Records delivering his opening speech
Berucap pada majlis pelancaran, Ketua Pegawai Operasi The Malaysia Book of Records, Christopher Wong berkata, “Malaysia Book of Records ialah badan rasmi yang mengiktiraf pemegang, pemecah dan pencipta rekod di Malaysia. Kami ingin memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia supaya mencapai sesuatu yang lebih hebat dan melangkaui had keupayaan mereka. Siri Jelajah MBR Live! Pertama yang diadakan di Lembah Klang tahun lalu mencatat kejayaan besar. MBR Live! menjadi satu platform yang ideal buat rakyat Malaysia menyerlahkan bakat, menggalak dan memberi inspirasi kepada orang lain untuk menyahut cabaran serta mencapai kejayaan lebih besar setiap tahun.

(From left) Mr. Christopher Wong - COO of Malaysia Book of Records, YAB Tuan Chow Kon Yeow - Chief Minister of Penang, YB. Zairil Khir Johari - Exco Public Works, Utilities and Flood Mitigation, YB. Soon Lip Chee - Exco Youth and Sports, YB. Chris Lee Chun Kit - State Assemblyman Pulau Tikus, at the opening ceremony of The Malaysia Book of Records LIVE! 2019, at Gurney Plaza, Penang.
 “Kami meraikan para pemegang rekod kebangsaan dan semangat untuk terus cemerlang apabila cubaan mencatat rekod yang baru telah dibuat. Saya ingin menggesa lebih ramai rakyat Malaysia mengambil bahagian dalam MBR Live! 2019 dan mencabar diri untuk melepasi had demi mencapai impian serta minat mereka. Mereka juga berpeluang mencatat nama dalam Malaysia Book of Records. Ini merupakan edisi kedua MBR Live! dan kami tidak sabar untuk meneruskan iniatif ini sebagai satu acara tahunan. Di samping menjadi salah satu cara untuk memupuk semangat patriotik dan positif dalam kalangan rakyat Malaysia.” 

(From left) Mr. Christopher Wong - COO of Malaysia Book of Records, YB. Zairil Khir Johari - Exco Public Works, Utilities and Flood Mitigation, YAB Tuan Chow Kon Yeow - Chief Minister of Penang, YB. Soon Lip Chee - Exco Youth and Sports, YB. Chris Lee Chun Kit - State Assemblyman Pulau Tikus

Sepanjang acara yang berlangsung selama tiga hari itu, MBR Live! 2019 akan mendedahkan 45 rekod baharu, 39 cubaan memecahkan rekod secara langsung serta 7 cubaan mencipta rekod yang menyeronokkan dan terbuka kepada penyertaan orang awam.  

Ms. Jessica Loo, who holds the record of being the First to Play Violin While Paragliding, serenading the crowd with her solo violin performance.

Orang Pulau Pinang berpeluang menyaksikan rakyat Malaysia mencabar satu sama lain untuk mencatat 39 rekod dalam masa sebenar. Rekod itu termasuklah ‘Lukisan Kopi Pertama menggunakan Kopi Starbucks Sebagai Cat’, ‘Jumlah Api Paling Banyak Dimakan dalam masa 60 Saat’, ‘Masa Terpantas Melepaskan Diri daripada Sangkar Air’, ‘Tekan Tubi paling banyak dengan tapak tangan diterbalikkan dalam tempoh 1 minit’ dan ‘Bermain Biola sambil Membuat Paragliding Buat Pertama Kalinya’.

Mr. Kimmy Liew in his attempt to break the record of Most Number of Fire Torches Eaten in 60 Seconds, achieved the result of 59 fire torches in 60 seconds.

 Bukan itu sahaja, tujuh cubaan mencatat rekod yang menyeronokkan akan dibuka untuk disertai oleh orang ramai sepanjang acara MBR Live! 2019. Rekod-rekod itu ialah Masa Terpantas Mengeja A-Z secara Terbalik, Jumlah Sushi Paling Banyak Dimakan Tanpa Menggunakan Tangan, Masa Paling Lama Melompat Dengan Tali Skipping, Menyusun Duit Syiling Paling Pantas, Masa Terpantas Membina Susunan 15 Gelas, Posisi Plank Paling Lama dan Masa Terpantas Minum Sebotol Minuman Ringan. Para peserta yang mengambil bahagian dalam cubaan memecahkan rekod yang mengujakan ini akan diberikan sijil penyertaan.

(Fifth from left) Mr. Christopher Wong - COO of Malaysia Book of Records, and (sixth from left) YAB Tuan Chow Kon Yeow - Chief Minister of Penang, in a group photo with all the record breakers during the certificate presentation.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Steven Sim dijangka hadir ke majlis penutup MBR Live! 2019 serta menyampaikan sijil kepada para penaja dan pemegang rekod pada 22 September.

Para pengunjung dijemput untuk melihat sendiri pendekatan unik ini sambil meraikan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia menerusi satu acara cubaan memecahkan rekod mulai  20 hingga 22 September, 10am hingga 10pm di Gurney Plaza, Pulau Pinang.

Maklumat lanjut mengenai MBR Live! 2019, sila layari laman web: http://malaysiarecords.com.my/live/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan