09/01/2019 - 10/01/2019 - LIFESTYLE BLOGGER

Sabtu, 21 September 2019

MALAYSIA BOOK OF RECORDS RAIKAN RAKYAT MALAYSIA YANG LUAR BIASA PADA ACARA MBR LIVE! 2019

9:35 PG 0
MALAYSIA BOOK OF RECORDS RAIKAN RAKYAT MALAYSIA YANG LUAR BIASA PADA ACARA MBR LIVE! 2019

Malaysia Book of Records Raikan Rakyat Malaysia Yang Luar Biasa Pada Acara MBR Live 2019
     Edisi kedua MBR Live! Dilihat terus memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk mencipta pencapaian luar biasa dan melangkaui had mereka
     45 rekod didedahkan, 39 cubaan memecahkan rekod dan 7 rekod yang menyeronokkan dibuka untuk penyertaan orang ramai sepanjang 3 hari acara ini berlangsung

Pulau Pinang, 20 September 2019 – Bagi meraikan rakyat Malaysia yang sanggup mencabar diri mereka untuk memecahkan rekod, Malaysia Book of Records melancarkan acara (MBR Live!) 2019 – Extraordinary Malaysia pada hari ini di Gurney Plaza, Pulau Pinang. Bertujuan memberi inspirasi kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk mencatat pencapaian hebat dan melangkaui had mereka, edisi kedua siri jelajah MBR Live! Itu akan diadakan bermula 20 hingga 22 September 2019.

 Tuan Chow Kon Yeow - Chief Minister of Penang, giving his speech before officially launching MBR Live! 2019, themed “Extraordinary Malaysia”
Bertemakan “Extraordinary Malaysia”, MBR Live! 2019 dianjurkan pertama kali di Pulau Pinang dan dilancarkan secara rasmi oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Chow Kon Yeow. Program yang diadakan secara langsung itu menjadi satu platform untuk memberi inspirasi dan menggalakkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia kerana mereka boleh menyaksikan cubaan memecahkan rekod, mengetahui lebih lanjut tentang orang Malaysia yang luar biasa dan cuba untuk menjadi pemecah rekod itu sendiri.

Mr. Christopher Wong - COO of Malaysia Book of Records delivering his opening speech
Berucap pada majlis pelancaran, Ketua Pegawai Operasi The Malaysia Book of Records, Christopher Wong berkata, “Malaysia Book of Records ialah badan rasmi yang mengiktiraf pemegang, pemecah dan pencipta rekod di Malaysia. Kami ingin memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia supaya mencapai sesuatu yang lebih hebat dan melangkaui had keupayaan mereka. Siri Jelajah MBR Live! Pertama yang diadakan di Lembah Klang tahun lalu mencatat kejayaan besar. MBR Live! menjadi satu platform yang ideal buat rakyat Malaysia menyerlahkan bakat, menggalak dan memberi inspirasi kepada orang lain untuk menyahut cabaran serta mencapai kejayaan lebih besar setiap tahun.

(From left) Mr. Christopher Wong - COO of Malaysia Book of Records, YAB Tuan Chow Kon Yeow - Chief Minister of Penang, YB. Zairil Khir Johari - Exco Public Works, Utilities and Flood Mitigation, YB. Soon Lip Chee - Exco Youth and Sports, YB. Chris Lee Chun Kit - State Assemblyman Pulau Tikus, at the opening ceremony of The Malaysia Book of Records LIVE! 2019, at Gurney Plaza, Penang.
 “Kami meraikan para pemegang rekod kebangsaan dan semangat untuk terus cemerlang apabila cubaan mencatat rekod yang baru telah dibuat. Saya ingin menggesa lebih ramai rakyat Malaysia mengambil bahagian dalam MBR Live! 2019 dan mencabar diri untuk melepasi had demi mencapai impian serta minat mereka. Mereka juga berpeluang mencatat nama dalam Malaysia Book of Records. Ini merupakan edisi kedua MBR Live! dan kami tidak sabar untuk meneruskan iniatif ini sebagai satu acara tahunan. Di samping menjadi salah satu cara untuk memupuk semangat patriotik dan positif dalam kalangan rakyat Malaysia.” 

(From left) Mr. Christopher Wong - COO of Malaysia Book of Records, YB. Zairil Khir Johari - Exco Public Works, Utilities and Flood Mitigation, YAB Tuan Chow Kon Yeow - Chief Minister of Penang, YB. Soon Lip Chee - Exco Youth and Sports, YB. Chris Lee Chun Kit - State Assemblyman Pulau Tikus

Sepanjang acara yang berlangsung selama tiga hari itu, MBR Live! 2019 akan mendedahkan 45 rekod baharu, 39 cubaan memecahkan rekod secara langsung serta 7 cubaan mencipta rekod yang menyeronokkan dan terbuka kepada penyertaan orang awam.  

Ms. Jessica Loo, who holds the record of being the First to Play Violin While Paragliding, serenading the crowd with her solo violin performance.

Orang Pulau Pinang berpeluang menyaksikan rakyat Malaysia mencabar satu sama lain untuk mencatat 39 rekod dalam masa sebenar. Rekod itu termasuklah ‘Lukisan Kopi Pertama menggunakan Kopi Starbucks Sebagai Cat’, ‘Jumlah Api Paling Banyak Dimakan dalam masa 60 Saat’, ‘Masa Terpantas Melepaskan Diri daripada Sangkar Air’, ‘Tekan Tubi paling banyak dengan tapak tangan diterbalikkan dalam tempoh 1 minit’ dan ‘Bermain Biola sambil Membuat Paragliding Buat Pertama Kalinya’.

Mr. Kimmy Liew in his attempt to break the record of Most Number of Fire Torches Eaten in 60 Seconds, achieved the result of 59 fire torches in 60 seconds.

 Bukan itu sahaja, tujuh cubaan mencatat rekod yang menyeronokkan akan dibuka untuk disertai oleh orang ramai sepanjang acara MBR Live! 2019. Rekod-rekod itu ialah Masa Terpantas Mengeja A-Z secara Terbalik, Jumlah Sushi Paling Banyak Dimakan Tanpa Menggunakan Tangan, Masa Paling Lama Melompat Dengan Tali Skipping, Menyusun Duit Syiling Paling Pantas, Masa Terpantas Membina Susunan 15 Gelas, Posisi Plank Paling Lama dan Masa Terpantas Minum Sebotol Minuman Ringan. Para peserta yang mengambil bahagian dalam cubaan memecahkan rekod yang mengujakan ini akan diberikan sijil penyertaan.

(Fifth from left) Mr. Christopher Wong - COO of Malaysia Book of Records, and (sixth from left) YAB Tuan Chow Kon Yeow - Chief Minister of Penang, in a group photo with all the record breakers during the certificate presentation.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Steven Sim dijangka hadir ke majlis penutup MBR Live! 2019 serta menyampaikan sijil kepada para penaja dan pemegang rekod pada 22 September.

Para pengunjung dijemput untuk melihat sendiri pendekatan unik ini sambil meraikan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia menerusi satu acara cubaan memecahkan rekod mulai  20 hingga 22 September, 10am hingga 10pm di Gurney Plaza, Pulau Pinang.

Maklumat lanjut mengenai MBR Live! 2019, sila layari laman web: http://malaysiarecords.com.my/live/

Isnin, 16 September 2019

MENANG KERETA HONDA DENGAN SERTAI TERIMA KASIH 900K CAMPAIGN | PENGALAMAN PERTAMA MEMANDU UJI KERETA HONDA CR-V 1.5L TURBO, HR-V 1.5L HYBRID DAN CIVIC 1.5 TURBO

5:13 PTG 17
MENANG KERETA HONDA DENGAN SERTAI TERIMA KASIH 900K CAMPAIGN | PENGALAMAN PERTAMA MEMANDU UJI KERETA HONDA CR-V 1.5L TURBO, HR-V 1.5L HYBRID DAN CIVIC 1.5 TURBO

Menang Kereta Honda Dengan Sertai Terima Kasih 900K Campaign|Pengalaman pertama memandu uji kereta Honda CR-V 1.5L Turbo, HR-V 1.5L Turbo dan Civic 1.5 Turbo | Assalamualaikum semua. Siapa di sini nak menang kereta Honda angkat tangan? Hari ini El teruja nak share dengan follower semua 4 cara nak menang kereta Honda. Tetapi sebelum itu, El nak story pengalaman El mengikuti konvoi bersama blogger untuk Test Drive Kereta Honda



Pada Khamis lepas 12/9/19, hari yang paling berharga buat El sebagai blogger. El diberi kepercayaan untuk join event Road To 900K Milestone Campaign Bloggers Drive 2019. Dan inilah pertama kali El memandu kereta Honda. Yehuu



Untuk pengetahuan korang, Terima Kasih 900K ini diadakan sempena menyambut pencapaian Honda Malaysia yang telah menjual 900k unit kereta di Malaysia. Tahniah Honda Malaysia. Agaknya ramai yang minat kereta Honda, termasuklah El. Kehebatan Honda THE POWER OF DREAMS memang terbukti sejak ianya dikeluarkan.


Bila diberi peluang untuk Test Drive Kereta Honda, El sangat-sangat teruja dan nervous ok. Yelah sebelum ini El memandu kereta manual dan belum pernah lagi memandu kereta besar dan canggih macam ini. Bila berangan nak memandu kereta honda tu dah tercapai, dapatlah merasa kehebatan kereta honda. Bila lagi!!

PENDAFTARAN DAN TAKLIMAT

Kami dimaklumkan berkumpul di Nomad Cafe Icon City Bukit Mertajam. El adalah blogger pertama yang hadir. Mencari-cari kelibat rakan blogger yang lain. Tup tup Alia Farhan tiba. Lega sikit disitu haha.

Seramai 6 orang blogger menyertai Nationwide Roadtour ‘Terima Kasih 900K’ ini. Kesemua ini adalah Blogger Penang. Gaylen, Christina, Jason sudah El kenal kecuali JJ yang baru jer kenal pada hari event. 



Pendaftaran dan taklimat diadakan di Nomad Cafe itu sendiri. Kami diberi goodie bag dan sehelai t-shirt Terima Kasih 900K dari Honda. Sarapan turut disediakan oleh café tersebut. Untuk memulakan aktiviti pagi hari El memerlukan secawan kopi Americano dan light breakfast.



Taklimat dimulakan dengan ucapan dari Head of Brand Management iaitu Ms Daphne Chen. Kemudian diikuti dengan product presentation mengenai Honda CR-V 1.5 Turbo, HR-V 1.5 Hybric dan Civic 1.5 Turbo oleh Cik Mastura. Akhir sekali Test Drive briefing oleh Mr Ivan yang menerangkan serba sedikit itinerary perjalanan konvoi kami.




Setelah itu kami dibawa melihat Car Walk Around dan diberi penerangan tentang versatility demonstration setiap kereta. Nanti El akan story serba sedikit tentang setiap kereta yang El akan pandu. Stay tune gais!!!

FLAG OFF!!

Kami dipecahkan kepada 3 kumpulan dan El berpasangan dengan Alia. Untuk test drive kereta pertama, kami memilih Honda Civic 1.5 Turbo. Lets get started!!


HONDA CIVIC 1.5 TURBO | 

PIT STOP 1 

Disebabkan ini kali pertama El memandu kereta Honda, El bagi Alia drive dulu sebab El belum biasa lagi dengan kereta Honda. Untuk aktiviti pertama kami akan memandu ke Pit Stop 1 di Tealive Setia SentralSetelah menghilangkan dahaga dengan minum Tealive, giliran El pula untuk memandu uji kereta Civic. Masih lagi nervous but once dah start drive terus hilang perasaan nervous tu.




El teruskan memandu ke Eco Horizon terletak di Batu Kawan berdekatan dengan Ikea. Perasaan sangat best dan teruja. Kita drive Civic wak!!Haha. Mula-mula jer takut-takut sebab selalu El drive kereta kecil dan manual jer. 

Serba sedikit tengan Honda Civic 1.5 Turbo


Civic ini menggunakan enjin Type - 4 Cylinder, 16 Valve, DOHC VTEC Turbo. 

Ada pilihan 5 warna Lunar Silver Metallic, White Orchid Pearl, Modern Steel Metallic,  Dark Ruby Red Pearl & Crystal Black Pearl. 



Menariknya kereta Honda Civic ini ada Remote Engine Start, Cruise Control, Push Start Button, Paddle Shift, Econ Button, Earth Dreams Technology, Continuous Variable Transmission (CVT) & Leather Gear Boot, ECO Assit.


Remote Engine Start membolehkan enjin kereta dihidupkan lebih awal sebelum kita masuk dalam kereta.  Macam El kalau nak drive pergi mana-mana, suka start enjin dulu , buka aircond dan keluar sekejap bagi kereta sejuk dulu baru masuk dan mulakan perjalanan. Lebih-lebih lagi kalau parking dekat bawah matahari terik. Tentulah dalam kereta dah jadi oven haha. Dengan adanya remote engine start ni tekan button, enjin on, biar sejuk dulu baru masuk tapi maksimum masa hanya 15 minit sahaja. kalau lebih dari itu, enjin kereta akan termati sendiri.




Honda Civic ini turut memiliki cir-ciri keselamatan seperti Hill Start Assist (HSA), Emergency Stop Signal (ESS), G-Force Contol (G-Con), Auto Brake Hold (ABH), Vehicle Stability Assist (VSA), Walk Away Auto Lock, 6 Airbags, Rear Seat ISO Fix dah Multi-Angle Rearview Camera

Dari segi keselamatan pula, Civic ini mempunyai Walk Away Auto Lock. Korang pernah tak terlupa lock kereta. Macam El selalu terjadi. Kadang2 terpaksa patah balik check dah lock ke belum. So dengan adanya walk away Auto Lock, korang tak payah risau dah, keluar kereta terus jalan automatik dia lock sendiri. Lagi satu masalah kaum perempuan ni kan tertinggal kunci dalam kereta haha. Katakan tertinggal dalam bonet, kereta tidak akan boleh ditutup. Automatik dia akan bagi signal yang kunci kereta korang tertinggal. 





Ada juga Smartphone Connectivity yang boleh connect terus dengan smartphone sama ada Apple atau Android. Bahagian dalam yang selesa dengan 8-way driver power seat, boleh simpan minuman di Concealed Storage Compartment, & Large Cabin Space untuk penumpang di belakang.




Bonet dia pun sangat luas. Kalau korang shopping or travel nak sumbat banyak pun tak ada masalah. Keluasan bonet dia boleh mencecah sehingga 519 liter.

HONDA SENSING DEMONSTRATION

Sampai di Eco Horizon, kami ditunjukkan demonstrasi 
Honda Sensing yang terdapat pada kereta Honda CR-V. 



Teknologi Honda SENSING adalah untuk membantu pemanduan lebih selamat dan selesa serta merangkumi enam fungsi iaitu Adaptive Cruise Control (ACC), Forward Collision Waring (FCW), Collision Mitigation Braking System (CMBS), Lane Keep Assist System (LKAS), Road Departure Mitigation (RDM) dan Lane Departure Waring (LDW).



ACC membolehkan kenderaan itu menetapkan kelajuan cruise dan mengekalkan jarak antara kenderaan yang lebih selamat manakala FCW akan memberi amaran secara visual dan audio sekiranya sistem keselamatan itu mengesan potensi pelanggaran.
Sekiranya jarak antara kenderaan terlalu dekat, CMBS akan berfungsi dengan mengaktifkan brek secara berterusan untuk memastikan pelanggaran tidak berlaku.



LKAS berfungsi menerusi kamera yang membaca penanda antara lorong untuk memastikan kenderaan itu kekal di tengah lorong. Sekiranya kenderaan itu terkeluar daripada lorong terbabit, ia akan memberi amaran kepada pemandu menerusi LDW.



RDM akan berfungsi dengan mengaktifkan brake serta bantuan stereng apabila kamera mengesan kenderaan itu terlalu hampir dengan sisi jalan.


Semasa penerangan diberi, El terpegun dan speechless. Tak tahu nak tanya apa hahaha. Yelah El ni bukan tahu sangat tentang teknologi kereta ni. Dari Eco Horizon kami teruskan perjalanan sambil dipandu oleh Alia. Kali ini kami akan menyeberangi lautan dengan menggunakan laluan Jambatan Kedua.

HONDA CR-V 1.5L TURBO | 
PIT STOP 2


Kami berhenti sekejap untuk bertukar kereta. Kali ini kami memandu Honda CR-V 1.5L Turbo. El akan memandu CR-V ke Balik Pulau dimana jalan ke sana berzig zag dan El teruja nak rasai pengalaman memandu CR-V ketika menaiki bukit. 



Ok bagilah lah 1st time naik CR-V, tinggilah seat dia. Tak sesuai untuk El yang badan kecik ni haha. Lagipun macam tak rileks jer nak drive rasa macam bawa bas haha. 


Tetapi dia punya Teknologi Sensing tu memang tak boleh lawanlah. Seperti mana yang El dah terangkan sebelum ni kan. Naik bukit, jalan zig zag rilek jer bawa fuh memang smooth dan mantap.



Yang best CR-V ni kita boleh set kelajuan kita nak. Katakan nak drive dekat highway 120kmj. Korang rileks dan drive macam biasa follow kereta depan. Bila kereta depan perlahankan kelajuan, automatik kereta kita pun akan slow. Tak perlu tekan minyak, tak perlu tekan brake, hanya jaga stering sahaja. So kita lebih banyak rilek dan tidak stress ketika memandu. Nak nak kalau tengah traffic jam kan. Dan kalau tertidur masa memandu sangat membantu ni. Tapi jangan pula dah set korang tidur pula. Memang tak ada kereta bawa orang tidurlah haha


Ok last but not least, korang ada tak kalau nak turn kiri, tak nampak side mirror, satunya ada anak yang menghalang haha, anak2 el selalu kena marah, Ahmad duduk belakang sikit mama tak nampak side mirror ni..kihkihkih..pastu kadang2 tetiba jer ada kenderaan lain di belakang. Tapi korang jangan risau masalah ini tiada bila korang drive HR-V sebab HR-V mempunyai lane watch dimana memaparkan gambaran pandangan bahagian kiri melalui skrin audio. 





Keluasan boot CR-V sangat luas. Korang nak shopping barang2 ikea pun boleh sumbat masuk dalam just turunkan seat belakang dan tadaa korang boleh siap lepak dalam tu. Kalau balik kampung or travel senang nak sumbat luggage nak2 yang ada family ramai. Berbaloi


Kami semua berhenti makan tengahari di Botanica Mansion Balik Pulau. Setelah makan tengahari kami diberi penerangan lagi tentang Space Comparison setiap kereta. Yang ini El akan terangkan di setiap jenis kereta yang El pandu ok. Destinasi seterusnya kami akan visit Terima Kasih 900K Roadshow dan berhenti di Pit Stop 2


HONDA HR-V 1.5L TURBO


HR-V Hybrid mementingkan alam semulajadi dan yang paling penting penjimatan penggunaan bahan api.


Honda HR-V Hybrid ini juga didatangkan dengan transmisi klac berkembar (DCT) 7-kelajuan. Ini merupakan satu lagi faktor perbezaan di antara versi hibrid daripada versi biasa yang menggunakan kotak gear jenis CVT. Honda HR-V Hybrid ini mempunyai output kuasa yang paling tinggi di antara semua empat varian dalam penawaran terbarunya (mengatasi janaan kuasa enjin 1.8L).



Rumusan keseluruhan ia lebih responsif dan penukaran gear dilakukan dengan begitu 'smooth' atau lancar tanpa daya 'sentakan' atau terhenjut-henjut.  

Ramai yang masih takut2 dengan bateri kenderaan hibrid, sebab mahal dan cepat rosak. Namun pihak Honda Malaysia telah menyahut cabaran ini dan memberikan jaminan lapan tahun untuk menggantikan bateri Lithium-Ion ini sekiranya ia gagal berfungsi. 




Satu lagi perkara yang perlu juga disebutkan ialah butang Sport (S). Jika korang sudah bosan memandu santai dan ingin membakar lebih banyak minyak, jangan malu-malu untuk tekan butang Sport dan nikmati pemanduan yang lebih laju dan padu dengan HR-V Hybrid ini.




Ruang boot HR-V ini sangat minimal. Namun sekiranya korang melipat bahagian kerusi, ia masih mampu mengisi sebuah basikal apatah lagi dengan susunan beg-beg secara teratur

CARA MENYERTAI PERADUAN "TERIMA KASIH 900K"

Sebagai tanda penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia, Honda Malaysia akan memberikan 9 buah kereta Honda kepada pemenang yang bertuah yang menyertai peraduan Terima Kasih 900K ini..


Terdapat 4 cara untuk menyertai peraduan Terima Kasih 900K. Caranya sangat mudah.


1) Honda Malaysia


Korang boleh sertai peraduan Terima Kasih 900K ini dengan melakukan beberapa aktiviti seperti mencari nama kereta honda tersembunyi, Test Drive kereta Honda, booking pembelian kereta Honda, register kereta Honda atau service kereta di mana-mana Honda Authorized Service Centre. Jika korang dah buat kelima-lima kategori ni, korang layak untuk 5 entri. Kalau buat 2 sahaja, kira ada 2 entri.


Bila dah buat aktiviti di atas, korang perlu register dan lengkapkan penyertaan dengan mengikuti step di bawah.  Cara penyertaan :

1. Imbas kod QR atau layari honda.com.my.microsite/900k
2. Klik New Entry dan isi butiran anda.
3. Klik Submit. Pengesahan melalui e-mel akan dihantar kepada anda.
4. Kunjungi pengedar sah Honda berdekatan anda.
5. Di pengedar sah Honda, layari semula honda.com.my.microsite/900k
6. Klik Existing Entry dan masukkan nombor kad pengenalan anda
7. Selesaikan salah satu atau kesemua aktiviti untuk mendapatkan e-tiket
8. Masukkan emel pengedar Honda
9. E-tiket akan di e-mel kepada anda
10. Hadiri Grand Finale pada hujung bulan September 2019.

2) Tealive X Honda

Ada peminat Tealive tak kat sini angkat tangan!!Minum Tealive Menang Honda Jazz!!!!Sertai dari 26 August hingga 22 September 2019!




Syaratnya senang jer:

1) Korang perlu beli apa saja minuman di Tealive seluruh Malaysia.
2) Lengkapkan slogan "Tealive and Honda are.....", tidak kurang dari 90 patah perkataan.
3) WhatsApp gambar selfie bersama minuman Tealive di standee Tealive yang disediakan. Sertakan juga Nama Penuh, No K/P dan Email kepada no yang tertera.

3)  Unifi X Honda

Kempen Terima Kasih 900K ini juga turut mendapat kerjasama dari Unifi dan radio Astro iaitu Syok. Bagi pelanggan Unifi, korang boleh menyertai peraduan ini juga.


Siapa pelanggan Unifi kat sini? Ada #khabarbaik untuk korang berpeluang untuk menyertai contest Honda Malaysia's 900,000th Unit Milestone Campaign.


Cara penyertaan seperti berikut:



1. Muat turun myunifi app di App Store ataupun Google Play.

2. Kemaskini profil anda dan jawab soalan yang diberikan.

3. Submit dan anda berpeluang untuk memenangi Honda HR-V Hybrid.



So apa tunggu lagi?? Jangan lepaskan peluang untuk memenangi sebuah kereta Honda HRV Hybrid ni.. More info http//unifi.my/unifixhonda



4) Syok X Honda

Jadilah antara 50 orang yg bertuah menghadiri acara eksklusif #syok bersama Honda.. mana tahu rezeki korang menang kereta HR-V Hybrid ni kan..



Cara penyertaan :



1. Download aplikasi Syok di App Store atau Play Store.

2. Cari banner iklan SYOK-nya Menang Honda.

3. Nyatakan kenapa korang layak untuk memenangi sebuah kereta Honda dan lengkapkan butiran peribadi sekali.

Terima kasih kepada penganjur yang menjayakan Road To 900K Milestone Blogger Drive 2019 @hondamalaysia @unifi @tealive dan syok. Setelah memandu uji ketiga-tiga kereta ini yang mana satu pilihan El?Tentunya hati El dah terpikat dengan dengan Civic 1.5 Turbo ni. Sebab dia punya futuristic design tu sangat stylo dan sporty. Dalam dan luar sangat kemas dan mantap. Lagipun sesuai untuk El yang berjiwa muda selalu haha.