TAIWAN BUBBLE TEA DAN PRODUK HALAL KINI DI MALAYSIA - LIFESTYLE BLOGGER

Ahad, 7 Julai 2019

TAIWAN BUBBLE TEA DAN PRODUK HALAL KINI DI MALAYSIA

Bubble Tea Halal?Mesti korang tak percaya Bubble Tea yang tengah viral sekarang ni kebanyakannya adalah Halal. Bubble Tea dari Taiwan dibuat dengan ramuan halal, menjadikannya minuman yang sesuai untuk Muslim di Malaysia dan luar negara.


Baru-baru ini El berkesempatan menghadiri Taiwan Expo 2019 yang berlangsung pada 5 & 6 Julai di Setia SPICE Convention Centre, Pulau Pinang. Excited nak pergi sebab Bubble Tea lah. Merata viral kan. So nak lihat sendiri produk Bubble Tea dari Taiwan ini depan mata. Lagipun expo tu dekat sangat dengan ofis dan rumah El. Lebih kurang 5-10 minit dah sampai. 



Expo ini menampilkan pelbagai produk halal dari Taiwan di Taiwan Halal & Bubble Tea Pavilion. Terdapat lima produk halal dan pembuat Bubble Tea paling ikonik di Taiwan termasuk Shih Chen Foods, Yilan Anyong LOHAS, FuFann Enterprise, Kuojer Enterprise and Yung Soon Lih Food Machine. 


Majlis ini dimeriahkan lagi dengan ucapan dari Mr. Walter M.S.Yeh (7 dari kanan) President & CEO of Taiwan External Trade Development (TAITRA), Mr. Nick. K. Ni Chief of Staff of Bureau of Foreign Trade (BOFT) (9 dari kanan) dan Mr. Mohamad Firhan Ghouse General Manager, Penang International Halal Hub (Halal Penang) (6 dari kanan). Turut bersama ialah Puan Sharifah Nazreen Farhana (5 dari kanan) Director of Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE) Northern Regional Office dan syarikat-syarikat produk halal yang lain.




Paling menarik perhatian El ialah demonstrasi masakan istimewa Nyonya Cuisine Delight oleh Chef Selebriti Pulau Pinang, Nulkarim. Beliau telah memasak Nyonya Asam Fish Curry dan acar timun nenas dengan menggunakan ramuan halal dari Taiwan. Masa beliau masak tu bau dia dah menyucuk-nyucuk hidung. Sedap sangat. Time tu tenghari pula, memang lapar sungguh. Terus terkam Chef Nurulkarim nak rasa masakan Kari Asam Laksa tu. Seriously sedap wei



Seterusnya kami semua dibawa untuk Tour Guide Taiwan Halal Pavilion. Kami disini lebih tertumpu pada Taiwan Halal Bubble Tea, Nyonya Cuisine Delights dan Halal Beauty Product. Syarikat-syarikat ini akan mempamerkan teh susu segera, intipati ikan premium, kerisik, bahan mentah bubble tea dan teh uncang pelbagai fungsi serta pelbagai jenama kosmetik yang halal. 


Pengunjung teruja mencuba Halal certified Bubble Milk Tea di Taiwan Expo 2019.
 

Coconut paste. Selalu di Malaysia korang selalu makan roti sapu kaya kan. So apa kata korang try pulak produk coconut paste dari Taiwan ni. Kalau korang nak tahu sedap ke tidak, korang kena datang dekat expo ni tau.


   Antara satu lagi daya tarikan di sini tentunya milk tea 3.15pm dari Shih Chen Foods. Nak milk tea taiwan sebenar apa lagi cergas ke Taiwan Expo Setia SPICE Pulau Pinang hari ini.   


Antara produk kecantikan halal dari Taiwan. 

Kini Taiwan mempunyai lebih dari 1000 pengilang dan kedai makan yang disahkan halal, berbanding 500 masing-masing di Jepun dan Korea Selatan. Kerajaan Taiwan telah berusaha bersungguh-sungguh untuk membangunkan industri halal di negara itu. Malaysia adalah negara yang mempunyai lebih dari 20 juta penduduk Muslim dan salah satu pasaran sasaran yang terpenting untuk produk halal Taiwan. 


Hubungan mesra di antara Malaysia dan Taiwan juga membuka lebih ruang untuk kedua-dua negara bekerjasama di dalam bidang halal. Pusat Halal Taiwan ditubuhkan oleh Majlis Pembangunan Perdagangan Luar Taiwan di bawah bimbingan Biro Perdagangan Luar Negeri. Ia bertanggungjawab membangunkan pasaran halal Taiwan. Ia mengambil bahagian di dalam Taiwan Expo dan juga bekerjasama dengan pasar raya besar terkenal Malaysia MYDIN untuk menampilkan beratus produk halal Taiwan di pelbagai pameran.

Untuk maklumat lanjut, sila ke media social di bawah:

 http://mys.taiwanexpoasean.com/
www.facebook.com/TaiwanExpo.mys/
instagram.com/taiwanexpo_malaysia

#TaiwanExpoMy #TaiwanExpo2019 #TaiwanHalalBubbleTea #TaiwanHalalBeauty 
#WoopyAgency #Wooopers #InfluencerAgency  

20 ulasan:

  1. Pekat elok je nampak susu dalam bekas tu. Baru sedap bubble tea tu kan. Saya pernah rasa sebelum ni yang brand lain. Tak sedap. Alhamdulillah yang ni halal. Kebanyakan orang kita main bedal je. Tahniah buat anda kerana mementingkan halal dalam makanan dan minuman

    BalasPadam
  2. Wow belum try lagi nii..

    BalasPadam
  3. Kita yg bukan fan bubble tea ni pun rasa duk nak repeat tester bubbles tea hari tu. Sedap plak rasa. Haha. Best minum tanpa rasa bersalah sbb dah confirm2 jenama ni certified halal kan.

    BalasPadam
  4. Bubble Tea minum je sekali sekala. Sedap juga. Eh berasal dari Taiwan ye?. Kalau ada yang halal tak was was lagi la kan?. Sekarang ni nak cari yang halal dah makin banyak yang halal. Dulu tak sebanyak ini.

    BalasPadam
  5. Baru tau bubble tea ni asal taiwan. Padanlaaa dok viral skrg ni org ramai minum bubble tea. Ketinggalan zaman sgt dah nur ni hahahaha. Nice info. Blh usha mydin lps ni tengok apa yg menarik. Hehe

    BalasPadam
  6. Bestnya pergi Taiwan Expo! Lagi lagi buat peminat bubble tea. Nad memang yakin je ingredient dari sana halal. Banyak lagi produk dari Taiwan yang bakal masuk Malaysia ye kak El.

    BalasPadam
  7. wah bagusnya ada expo macam ni!~ bukan setakat boleh dapatkan produk=produk yg rare dan halal tapi boleh dapat info yang berguna.! tq for sharing

    BalasPadam
  8. Bubble tea memang tengah trend sekarang ya. And bagus pendekatan dorang bawakkan Halal Bubble Tea ni. Semoga lebih ramai memilih yang lebih diyakini.. hihi..nanti mesti ada kat Mydin KL product ni kan?

    BalasPadam
  9. saya sebenarnya tak berapa suka bubble tea, sebab kadang2 ada yang terlampau manis. hehe. apa2 pun banyak ya produk menarik dekat taiwan expo ni. teringin nak pergi tapi macam dah terlepas. tq sharing ya :)

    BalasPadam
  10. Macam sedap jer bubble milk tea di atas, maklumlah sekarang tengah viral sampai tak tahu nak beli yang mana? kalau El dah rasa yg ni macam mana rekemen tak untuk Bonde cuba?

    BalasPadam
  11. baru tau bubble tea dari taiwan..nad pernh minum tealive yang ada bubble je..hehe..bnyk produk taiwan ye..bgus la taiwan ni kan..macam-macam dia buat..meriah tengik event dia..and haritu pergi tgk produk invasi dia..cool

    BalasPadam
  12. Taiwan ni banyak juga produk yang Halal yer hehehee sebab tu pasaran Halal ni besar kenapa kita negara yang orang tahu bahawa negara Islam tak keluarkan produk Halal peringkat antarabangsa hehehehe....

    BalasPadam
  13. Rawlins masih lagi tak terjebak kegilaan bubble tea (sebenarnya sebab malas nak berbaris panjang hahaha). Tapi sekarang Taiwan memang nampak fokus pada pasaran halal kan.

    BalasPadam
  14. Wahhh bestnya pergi expo taiwan. Tak sangka mereka pun ada kaya dan kerisik. Igtkan orang kita ada. Hehe

    BalasPadam
  15. Untungnya dpt pergi expo mcm nie... byk info yg kita boleh tahu..

    BalasPadam
  16. Bestnya kak El dapat pergi pameran yang dianjurkan. Dapat tengok depan depan apa yang ada. Tak sangka pula taiwan ada keluarkan banyak produk. termasuk produk makanan.

    BalasPadam
  17. Kak el ni terus bgai teringat dia punya bubble tea kat taiwan expo. bagus juga expo ni bagi kita pendedahan yang lebih mendalam kan pasal produk halal dari taiwan.

    BalasPadam
  18. Banyak jugak rupa-rupanya makanan makanan dan minuman minuman yang halal daang dari taiwan ni. Bagus jugak dieorang buat expo macam ni. At least kite boleh tau mana yang halal kan.

    BalasPadam
  19. There was really so many different kids of foods and beverages to savour here huh. I wish I could have enjoyed all of them too. :D

    BalasPadam