CARA DAPATKAN KULIT LEMBAP, BERMAYA DAN ANJAL DENGAN 3X HIDRASI SET SIRI NUVIT MOISTLOC - LIFESTYLE BLOGGER

Khamis, 25 Julai 2019

CARA DAPATKAN KULIT LEMBAP, BERMAYA DAN ANJAL DENGAN 3X HIDRASI SET SIRI NUVIT MOISTLOC

Jangan ambil ringan dengan pancaran cahaya matahari pada permukaan kulit kita. Ianya sebenarnya boleh menyebabkan masalah kulit. Jadi, pastikan anda melakukan yang sebaik mungkin untuk menghindarkan muka dari terkena cahaya matahari yang merbahaya.

Kulit muka terlalu terdedah dengan cahaya matahari boleh mengakibatkan penggelupasan. Akibatnya kulit menjadi lebih kasar dan kering. Betul tak?

Faktor persekitaran seperti pencemaran udara, perubahan suhu penghidratan, menyebabkan kulit menjadi sensitif, tidak selesa, kering dan merekah. Jika dibiarkan tanpa penjagaan sepatutnya menyebabkan keadaan kulit menjadi tidak bermaya, kehitaman, jerawat dan jeragat.


Jika korang nak tahu, El selalu keluar waktu lunch untuk rutin ambil anak sekolah. Time tu korang tahulah matahari mencanak. Disebabkan risau sangat dengan kulit El semakin teruk ni akibat terlalu terdedah dengan cahaya matahari, haba dan pencemaran, El telah mencuba satu set skincare yang baru dikeluarkan oleh Nuvit iaitu Siri Moistloc. El tertarik dengan produk ini kerana ianya memberi perlindungan kepada kulit kita yang sentiasa terancam oleh haba bandar dan pencemaran.

SIRI NUVIT MOISTLOC

Berasal dari Taiwan, Siri Moistloc memberikan anda penyelesaian penghidratan serba lengkap dengan menguatkan penghalang kulit anda. Memberikan kulit anda 3x aksi hidrasi kompleks yakni memberikan tekstur kulit anda ringan, memberi kelembapan ultra dan kulit lembap berpanjangan. Dengan Teknologi Aquaporins yang terdapat dalam siri MoistLoc ini dapat mengaktifkan kitaran lembapan pada kulit anda yang dapat meningkatkan kepekatan asid hialuronik dalam epidermis untuk meningkatkan sifat-sifat pengikat air kulit.


Kombinasi ramuan yang unik dan fungsi yang disasarkan untuk lapisan kulit yang berlainan berdasarkan penyelidikan saintifik yang dapat membantu memperbaiki lapisan pelindung kulit serta mengaktifkan peredaran dan mengekalkan kelembapan secara optimum. 

Produk ini efektif dan selamat kerana setiap satu formulasi konsentrasi dengan kombinasi sains dan ekstrak tumbuhan semulajadi. Yang bestnya ia bebas dari paraben, bebas dari bahan wangian dan bebas dari alkohol

5-in-1 Kebaikan Siri Nuvit Moistloc

Yang paling utama, produk Siri Nuvit Moistloc ini menggunakan konsep “Memperbaiki, Menyegarkan dan Memulihkan sebagai asas untuk mengekalkan kelembapan yang berpanjangan. Sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya untuk kulit kering. Memberikan kebaikan 5 dalam 1 iaitu:

1) Lapisan pelindung kulit yang sihat
2) Kulit yang lebih anjal dan elastik
3) Kulit yang segar dan lembut
4) Kelembapan yang kekal berpanjangan
5) Mengaktifkan peredaran lembapan

Tiga kesan kelembapan ke atas kulit adalah:

1)     Keremajaan Lembapan yang mencukupi 

Memperkuatkan kulit dari halangan haba dan pencemaran, membaiki kulit lebih bermaya dan menguatkan transformasi kelembapan ke atas kulit muka

2)     Pembaikan Penghalang Kulit yang Sihat

Produk ini mengandungi Viola Tricolor Aquaporins (or wild pansies) di mana ia merangsang sintesis akuakultur (AQP3). Ini meningkatkan kapasiti pengekalan air epidermal untuk penghidratan kulit dan mengurangkan garis halus / kedutan yang disebabkan oleh kulit kering. Sekaligus kulit lebih licin dan bermaya.
  
3)     Meningkatkan penghidratan yang tahan lama

Memberikan Multi-layer Hyaluronic Acid (Hyalusphere® PF) ke atas kulit wajah. Hyalusphere ini merupakan molekul tinggi Hyaluronic Acid (HA) dijadikan teknologi dipatenkan eksklusif, Spherulite ™. Hyalusphere® PF membina takungan di lapisan bawah kulit untuk memastikan tahan lama dan kesan ultra-penghidratan

Ia boleh diangkut dari permukaan kulit ke kulit yang lebih mendalam untuk meningkatkan air dan memberi kelembutan untuk tekstur kulit terhidrat dan memastikan kesan kelembapan yang kaya dan tahan lama


Menggunakan 4 langkah untuk mendapatkan kulit yang lembap dan bermaya sepanjang hari.  Nuvit Moistloc Series CeraHA+TM mencipta Kompleks Penghidratan Tindakan Triple Untuk menyasarkan lapisan kulit yang berlainan untuk kesan kelembapan yang tahan lama.

1) Hydrating Double Action Cleansing Milk (Pembersih Muka & Penanggal Solekan 2-dalam-1 yang membersihkan serta menyegarkan)

2-dalam-1 Gentle Cleanser dan Makeup Remover dengan teknologi emulsifikasi yang unik yang melembutkan, membaiki, menghidrat dan melindungi kulit daripada kerosakan dari habuk.


Pastikan kulit anda lembap dan segar dengan menggunakan NUViT's Hydrating Double Action Cleansing Milk yang mengandungi Ceramide and Pollushield TM. Mudah diserap oleh kulit, kesan pelembab formula ini terus di bawah permukaan lapisan untuk siang hari atau bila-bila masa.


Cara Penggunaan:

Sapukan atas kulit yang basah dan urutkan dengan perlahan-lahan. Bersihkan pada waktu pagi dan malam. Bilas dengan teliti dan keringkan tanpa menggosok. Gunakan sebagai pencuci muka setiap hari untuk kulit kering dan normal untuk menanggalkan solekan, kotoran dan menghidrat kulit.


Step 2: Hydrating Toner (Toner yang Memperkuatkan, Membaiki dan Menghidratkan)

Toner yang lembut, segar dan tidak berminyak yang menghidratkan, menyegarkan, melembutkan kulit serta membantu membaiki lapisan pelindung kulit untuk mengekalkan keseimbangan air dan minyak pada kulit


 Cara Penggunaan:

Selepas pembersihan, sapu dengan lembut pada kulit dengan kapas atau tapak tangan. Gunakan dua kali sehari pada waktu pagi dan malam.


Step 3: Hydrating Crystal Serum (Serum yang Mencerah, Memulih dan Melembapkan dengan lebih mendalam)

Pelembab yang mendalam, penghidratan pemulihan dengan Ceramide dan Hyalusphere PF



Cara Penggunaan:

Sebarkan serum tengah muka ke luar selepas penggunaan toner. Urut dengan sekata untuk penyerapan yang lebih baik. Boleh digunakan dua kali sehari, pagi dan malam.

Sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit yang kering


Step 4: Hydrating Active Gel (Gel yang Menyegarkan, Menyalurkan Air secara Automatik dan Memberikan Kelembapan yang Berpanjangan)

Penggunaan gel-krim dwi-fungsi yang sesuai digunakan secara ringan pada waktu siang dan sebagai mask pada waktu malam. Mengekalkan kelembapan yang optimum, serta membolehkan kulit kelihatan lebih anjal dan elastik.


Cara Penggunaan:

Sapukan pagi dan petang atas muka yang dibersihkan dengan sepenuhnya. Elakkan bersentuhan dengan mata. Tekstur yang menyegarkan, tidak berminyak serta mudah diserap ke dalam kulit.


Testimoni

El telah mencuba produk ini selama seminggu. Alhamdulilah memang sesuai dengan kulit El yang kering, terdedah dengan cahaya matahari, haba dan pencemaran. Terasa kulit El lembap sepanjang hari. Paling best El suka dengan serum dan gel moistloc ni. Bila apply kat muka terus terasa kulit muka anjal dan licin. 


Kalau korang tengok gambar sebelum, muka El kelihatan tidak bermaya disebabkan terdedah dengan pencemaran dan cahaya matahari. Bila El try Sri Nuvit Moistloc ni selama 1-2 minggu ternyata kulit muka El semakin baik, bermaya, berseri dan anjal.


Di sini El ada share video cara pengguna Siri Moistloc ini. Jangan lupa tonton tau

Korang yang ingin mencuba produk ini bolehlah layari link seperti di bawah ini ok.


10 ulasan:

  1. fuul set ehh K.el? bab kulit ni memang perlu set yang betul..

    BalasPadam
  2. Kulit zira kering, orang kata nak lembap pakai moisturizer tapi macam sama je ingat nak tukar kalau habis. Produk ni ok tak

    BalasPadam
  3. cuaca tak menentu..bolehla pakai ni untuk kekalkan kelembapn wajah..

    BalasPadam
  4. Akak nak cari toner je sekarang ni. Nak tukar pakai lain pulak. Jemu dah yang lama. NUVIT macam best je. Nanti akak tengok.

    BalasPadam
  5. Suka produk skincare dari Taiwan, they are expertise at it

    BalasPadam
  6. Menarik konsep yg digunakan produk ni.. Utk kulit2 kering mmg elok pakai ni

    BalasPadam
  7. jual set lengkap cmni best.. sbb dah ada siap semua.. x perlu nk cri produk lain dah

    BalasPadam
  8. I like this range also especially the hydrating crystal serum and active gel moisturiser.

    BalasPadam