HIMPUNAN USAHAWAN TERBESAR DI KEPALA BATAS - LIFESTYLE BLOGGER

Sabtu, 15 Jun 2019

HIMPUNAN USAHAWAN TERBESAR DI KEPALA BATAS

Himpunan Usahawan Terbesar di Kepala Batas| Program Master Class Bertajuk "Seminar Re-Set Perniagaan Anda!

Anda pernah berada dalam situasi seperti di bawah?

Ali, seorang kanak-kanak berumur 7 tahun pergi ke pasar malam setiap hari Jumaat. Kegemarannya ialah ayam goreng. Setiap minggu, Ali akan membeli ayam goreng dari salah seorang peniaga, Abang Leman yang berniaga di pasar malam itu. Tanpa gagal, Ali akan membeli ayam goreng itu jika berpeluang. Ayam goreng Abang Leman terkenal bagi penduduk di situ kerana kesedapan dan kerangupan ayam gorengnya.

Kini, Ali telah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Demi tuntutan kerja, Ali telah berhijrah ke tempat lain. Walau bagaimanapun, setiap kali pulang ke tempat asalnya, Ali mesti membeli ayam goreng Abang Leman jika berpeluang. Kini, Ali terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapat ayam goreng itu kerana bilangan pelanggan yang tinggi.


Situasi yang biasa kita lihat, tapi antara sedar atau tak, situasi ini telah belarutan berpuluh-puluh tahun. Ini yang terjadi dalam usahawan kita. Mempunyai produk yang bagus, tetapi selepas berpuluh-puluh tahun, masih berada di tempat yang sama. Tapi, kalau kita lihat usahawan bangsa lain, perniagaan mereka akan berkembang semakin besar. Dari gerai, menjadi Kedai Ayam Goreng, kemudian wujudkan cawangan dan seterusnya.

Antara niat utama himpunan ini ialah untuk mengubah situasi ini. Bukan hanya kepada usahawan yang telah lama berniaga, tetapi kepada usahawan yang baru berniaga dan juga berniat untuk berniaga satu hari nanti. Dalam himpunan ini, akan ada tip-tip untuk senang lulus loan, tip macam mana nak bagi untung melambung, networking session, marketing cara baru, dan banyak lagi rahsia-rahsia dari pakar-pakar perniagaan.


 Tanya diri anda, adakah anda ingin menjadi seorang lagi "Abang Leman" di masa hadapan? Atau anda ingin mempunyai empayar perniagaan yang besar? Berbelanja tanpa risau baki dalam akaun bank?

Jika anda mahu ubah diri anda, perniagaan anda dan masa depan keluarga anda, sertai kami di himpunan ini. Demi memastikan rahsia-rahsia ini dapat diberikan kepada seramai usahawan yang mungkin, pendaftaran hanya dikenakan pada kadar yang sangat rendah (HANYA RM12) dan tiada kos yang tersembunyi. Himpunan ini akan dihadiri pakar-pakar perniagaan yang telah berjaya mengubah ramai nasib usahawan-usahawan lain.
Anda penentu masa depan diri anda!



APA YANG ADA DALAM HIMPUNAN INI?

Seminar Re-SET Perniagaan Anda! - seminar istimewa yang menampilkan pakar-pakar perniagaan khas buat peserta himpunan.

Rangkaian / connection dengan usahawan lain (5,000 usahawan! - SANGAT PENTING untuk kembangkan perniagaan anda)

Harga pendaftaran yang SANGAT RENDAH - RM12 bagi pendaftaran awal. Harga asal RM50. Diskaun lebih 75% !

Karnival Food Truck

Hadiah-hadiah menarik untuk dimenangi !

HIGHLIGHT:

        HARGA PROMOSI Hanya RM12 (Harga asal RM50). 

Diskaun lebih 75% bagi pendaftaran awal.

Barisan speakers dari pakar-pakar perniagaan yang sangat berpengalaman dan tidak kedekut ilmu.

      Tiada kos tersembunyi.

Sila rujuk poster kami atau hubungi kami untuk maklumat lanjut.

VIDEO TESTIMONIAL PESERTA
IG : @forbrixgroup






TIDAK MAHU BERSESAK?!!
                                  
Kami beri anda peluang menjadi VIP !

Dengan tambahan hanya RM18 dari harga tiket normal, anda akan dapat VIP ACCESS. Tempat adalah sangat terhad untuk VIP access.

Kaunter pendaftaran khas

Laluan masuk khas

Tempat duduk khas & berhampiran pentas

Harga yang ditawarkan ialah harga promosi untuk waktu terhad RM30 SAHAJA (Harga asal RM100 - Diskaun 70% !).




BELI TIKET ANDA SEKARANG!
Jangan cakap banyak,  kita tak boleh lepaskan peluang ini lagi.  Peluang hebat khas untuk kaum kerabat di Utara Malaysia.  Jom kita beli tiket kita sekarang:  http://bit.ly/2WEU2KY

Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi:
FORBRIX CONSULTANCY (002723655-X)
|  017-5755763  | 019-6507587  | 013-4359271  |
enquiry@forbrixgroup.com
IG @forbrixgroup

20 ulasan:

  1. wow Himpunan Usahawan Terbesar di Kepala Batas, heabt tuh. Boleh tambah ilmu urusan perniagaan ini, tapi harga pendaftaran tuh tak masuk akal langsung, murah bebenau secawan kopi starbucks pun lagi mahal tau.. rugi tak join ek

    BalasPadam
  2. Murahnya awak yuran seminar tu. Upgrade je vip pun still murah. Kalau nak compare dengan ilmu dan perkongsian yang dapat disedut dalam seminar tu, rasa rugi kalau usahawan2 dwkat luar tu tak join kan.

    BalasPadam
  3. macam menarik je. mmg skrg ni saya tengah mencari ilmu keusahawanan. rasanya mcm banyak benda boleh belajar drpd seminar ni.harga yuran pulak betul ke banyak tu je? murah la , nak kena ajak member2 join ni.. terima kasih share :)

    BalasPadam
  4. Di dalam apa jua bidang ceburi. Kena ada guru dan mentor untuk di bimbing. Terima kasih kerana berkongsi ilmu ini. Maybe ia kan menjadi rujukan Naim kelak. Selamat hari rya ya

    BalasPadam
  5. Wah best juga dapat meet up with usahawan-usahawan and share pengalaman and knowledga kan.

    BalasPadam
  6. Seriously harga tiket dia RM12? Fuhh murah tu.. Rugi besar siapa yg duduk kat sana tak pergi. Bukan senang nak dapat join event keusahawanan dengan harga murah camtu. Selain dapat ilmu, dapat jugak luaskan networking sesama usahawan.

    BalasPadam
  7. Murah sangatlah yurannya. Rugi sangat sape yang ada kat belah sana tak join. Free2 aje dpt ilmu biznes tak setara harga yuran. Pendedahan baik bagi nak bantu usahawan tempatan kan. Minat nak berniaga tapi modal takdak. Hehe.

    BalasPadam
  8. Wow, himpunan usahawan terbesar dekat Kepala Batas eh. Kita bulan depan baru pindah Penang kak El hehe. Syok lah join program camni kan, terus rasa bersemangat waja nak meneruskan misi business.

    BalasPadam
  9. Confirm meriahkan sebab ramai usahawan yang berjaya berkumpul di Kepala Batas. Yang berdekatan elok sangat join kan boleh dapat ilmu perniagaan dan tukar tukar pendapat. Betul tak?

    BalasPadam
  10. bestnya ada program macam ni, tapi jauh sangat sampai ke Penang. yuran penyertaan pun murah sangat tu smapai 70% diskaun. Rasa macam nak pergi, tapi confirm lajak sampai kampung nanti hahah

    BalasPadam
  11. bestnya dapat join program usahawan macamni, rasa semangat nak buat bisnes. Dah la harga murah, dapat parking khas pulak tu. Tak payah serabut nak fikir dah pasal kereta. Pergi seminar dengan tenang je

    BalasPadam
  12. wah bagus ni ada program macam ni. memberi peluang kepada usahawan yang berdekatan berkongsi ilmu perniagaan sekaligus membina jaringan perniagaan yang lebih luas

    BalasPadam
  13. Program macam ni bagus. Usahawan boleh build networking. Kenali dan belajar ilmu menghadapi pancaroba usahawan. Hehehe. Kadang kita kena ada positive support group camni. hehe.

    BalasPadam
  14. peluang besar nih dapat jumpa dan kongsi2 segalanya tentang bisnis...mesti banyak kisah suka duka yang dikongsikan sebelum layak digelar usahawan ...kipidapp

    BalasPadam
  15. Wah menarik. Mesti banyak perkongsian antara usahawan yang boleh dijadikan inspirasi. Suka tengok golongan usahawan bumiputera dan saling menyokong antara satu sama lain

    BalasPadam
  16. banyak kan seminar macam ni..bgus sangat sebab yang nak berjaya boleh je pergi seminar macam ni..yuran pendaftaran dia murah juga..

    BalasPadam
  17. himpunan dan seminar ini memang bagus untuk semua usahawan.. boleh tukar tukar idea... mix around with all usahawan..

    BalasPadam
  18. Murahnya harga pendaftaran, wow!

    BalasPadam
  19. Masih ada kosong lagi ke sis?

    BalasPadam