KEJAYAAN NIZAM OKU 3 JARI | SEORANG USAHAWAN YANG BERJAYA - LIFESTYLE BLOGGER

Rabu, 1 Mei 2019

KEJAYAAN NIZAM OKU 3 JARI | SEORANG USAHAWAN YANG BERJAYA

Kejayaan Nizam OKU 3 Jari | Seorang Usahawan Yang Berjaya. Assalamualaikum semua. Hai korang. Sempena kita menyambut Hari Pekerja 2019 hari ini, El nak share satu kisah yang menyentuh hati dan maybe semua rakyat Malaysia tentang kegigihan dan kejayaan seorang OKU bernama Khairul Nizam. Kalau korang nak tahu Khairul Nizam ni merupakan abang kepada Siti Jamumall yang sebelum ini El ada share satu post tentang perkahwinan Siti dapat taja RM500K. Tak sangka kedua2 mereka ini ada sejarah dalam karier. Fuh bila baca rasa sebak dan kagum


Korang pernah baca ke kisah beliau?Baru-baru ini kisahnya telah menjadi viral kerana lauhan di FB beliau sangat terkesan pada masyarakat.


Biasanya kalau ada golongan OKU ni mesti korang akan
pandang sebelah mata je kan atau. Tapi pernah tak korang 
terpikir sebenarnya terdapat ramai golongan OKU kat 
Malaysia ni yang dah berjaya malah ada yang lebih berjaya 
dari kita yang cukup sifat ni? Jadi kali ni El nak share rahsia 
kejayaan Encik Khairul Nizam OKU ini. 


Diusia 30 .. dgn keadaan cacat .. aku bersyukur dgn kehidupan .. aku berjaya membina satu syarikat jamumall sdn bhd , dan membina platform jualan jamumall.com .., aku happy mampu beli ape ku nak , mampu makan yg mewah , mampu travel ke dubai , korea , japan, australia dan byk negara aku dan sampai.. yg paling best aku dpt sediakan rumah mewah utk keluarga , tanggung family dan bersedekah setiap hari ...


Bukan nak riak ... tapi aku tau ramai sebenarnye org diluar sane nak jadi mcm aku , nak byk duit mcm aku , nk bahagiakan family mereka mcm aku .. tapiii adakah mereka sekuat aku??


Lihatlah aku ...

kehidupan aku dulu tak mcm ni. Bayangkan anda di dalam jasad aku.. makan perlu disuap , mandi perlu diuruskan , duduk perlu diangkat , dan tidor perlu dijaga , bukan mudah untuk aku meneruskan kehidupan seharian.



Aku menanggung kehidupan ini bukan sehari , bukan tiga hari , bukan seminggu , bukan sebulan tetapi bertahun tahun !!! Ade ketika saya rasa sangat terkesan bile ade ketika bile sy haus , lapar , penat , takde org disisi .. tapi takkan aku nak mengharapkan mati??? Allah beri aku nyawa , nafas , sedikit kekuatan jari dan akal mesti ade sesuatu manfaat yg nak aku buat ..



Aku cube merenung dan mengimbas kehidupan ramai org diluar .. kalaulah aku di beri tubuh fizikal sempurna , boleh berjalan , berlari , melompat pasti akan aku gunakan sehabis baik untuk beri manfaat pada org lain ...



Aku melihat ramai yg malas untuk ubah hidup sendiri  , ramai yg suke bg bermacam alasan bile bekerja, ramai yg cepat giveup bile ade cabaran !!



Ramai cube memilih untuk kerja senang , taknak susah , lebih memilih kehidupan susah tanpa usaha dengan kuat , sanggup berhenti kerja dan mengangur bertahun2 atas dasar ego boleh bergerak sendiri dan sanggup melihat keluarga dan org sekeliling susah, Paling terkesan nak bg duit mak dan ayah, family pun tak mampu ... Aku sedih !!! Terdetik keinginan aku untuk bantu mereka ...



Jadi aku bangkit!!! Aku cuba buktikan pada masyarakat the best kehidupan adalah atas dasar bersyukur .. bersyukur dengan nikmat yg allah beri dan jangan sia2 kan , aku bangkit untuk beri manfaat pada org lain . Aku nak satu dunia nampak hanya 3 jari dan satu akal aku dpt melihat kegembiraan , senyuman ramai org2 disekeliling aku ..



Kini aku sedar .. untuk berjaya dlm kehidupan , pekerjaan , mahupun bisnes bukan mudah . Tetapi atas keinginan yg kuat , kasih syg yg hebat , keberanian yg tinggi , suka berlajar dan improve diri , dan juga seorang yg berkomitmen tinggi membawa aku ketahap sekarang ..


bersama adiknya Siti Jamumall

Dan semua value yg ade dlm diri aku akan aku bawakan kedalam semua team aku dan masyarakat untuk mereka bangkit , bersemangat , dan berjaya !!!



Akhir kata ... kalau aku ada 3 jari dan akal mampu membina kehidupan sendiri dan kebahagiaan org sekeliling .. anda ade berapa jari untuk ubah kehidupan?? Usia semakin meningkat, jangan tunggu lagi.. kite je mampu ubah diri kita!!



Walaupun ada sedikit kekurangan dan kelainan upaya, Allah kurniakan pula iltizam yang tinggi kepada Nizamyang tidak pernah patah semangat dan lebih berjaya daripada sesetengah manusia yang sempurna segala sifat:

16 ulasan:

  1. Kagumnya tengok dia kak el. Tak putus asa pun walaupun dia macam tu. Baru tau founder jamumall ni die. Sebelum ni heboh pasal Siti Jamumall tu kan

    BalasPadam
  2. Oohh Siti Jamumall tu adik founder ke. Baru tau.. Huhu. Cekal betul Nizam ni ya. Semoga jadi pengajaran kat kita yg boleh bergerak sendiri ni jgn malas-malas utk berjaya.

    BalasPadam
  3. Sepatutnya orang muda kena baca ni usaha orang yang berlainan upaya juga mampu berjaya kita yang sihat walafiat ni malas harap jer orang punya bantuan betul tak hehehe kena usaha..

    BalasPadam
  4. Orang macam ni memang onie salute gila lah! Memang kuat menempuh kehidupan walau dalam kesukaran tetapi abang Siti ni memang kuat semangat. Tahniah kerana berjaya mengapai impian :D

    BalasPadam
  5. Truly an inspirational story for those who are always feeling on the losing side. Just look at him and you will be motivated.

    BalasPadam
  6. sangat kagum dengan kecekalan dan semangat founder jamumall nie. kurang upaya bukan penghalang untuk berjaya. sekaligus membuka mata masyarakat supaya kita lebih berusaha dan contohi semangat beliau. sangat terinspirasi !

    BalasPadam
  7. siapa sangka walaupun serba kekurangan tapi boleh berjaya sampai tahap macam ni. super inspire betul. BBL pernah jumpa dengan beliau masa wedding siti jamumall bulan lepas. humble je orangnya

    BalasPadam
  8. Kagum dengans semangat dia! Penuh kecekalan mengharungi setiap cabaran. Kita yang normal ni pun belum tentu mampu sekuat dia. Anugerah terhebat dari Allah.

    BalasPadam
  9. Walau seorang OKU tapi itu bukan penghalang untuk mencapai kejayaan, Moga menjadi contoh kepada semua. Tahniah #Nizam3jari

    BalasPadam
  10. Walaupun beliau seorang OKU tapi semangat dan jiwanya kental untuk terus berjaya .Kekurangan pada diri langsung tidak menjadi penghalang untuk beliau berjaya. Kagum dengan semangat yang ditunjukkan. Boleh dijadikan contoh

    BalasPadam
  11. Kagum dengan semangat juang dia dan tak pernah putus asa. Walaupun pada zahirnya ada kekurangan, itu bukan penghalang untuk dia berjaya. Moga kisah hidup beliau menjadi inspirasi kepada anak muda kita sekarang

    BalasPadam
  12. Rasa malu bila kita yg sempurna selalu cepat mengalah sedangkan yag oku berushaa utk berjaya... Bgus bolehbjadi ispirasi utk bangkit berushaa.. Jadi setiap fizikal kita tak menolak utk kita berjaya

    BalasPadam
  13. Sebak bila dengar kisah dia. Dia Yang oku boleh berjaya kita Yang sempurna cepat mengalah. Malu je kan. Memang jadi sumber inspirasi

    BalasPadam
  14. Rasa teruja nya dengan semangat yang dia ada. Kelemahan yang dia ada dia jadikan semangat yang paling kuat untuk terus hidup dan berjaya.

    BalasPadam
  15. Memang kagum dgn dia dari dulu. Kagum dgn semangat dia n kejayaan dia walau fizikal dia mcm tu. Yang berfizikal sempurna ni pun ada yg masih terkial kial x tahu arah tujuan

    BalasPadam
  16. Aduh touching nya. Kekurangan diri bukan alasan untuk tidak berjaya. Usaha dan tekad yang utama

    BalasPadam