HOTEL PENAGA | HERITAGE HOTEL IN PENANG - LIFESTYLE BLOGGER

Isnin, 6 Mei 2019

HOTEL PENAGA | HERITAGE HOTEL IN PENANG

Baru-baru ini El telah dijemput oleh pihak Hotel Penaga untuk santai2 merasai buffet dinner di Cinnamon Restaurant. Untuk pengetahuan korang, ini adalah pertama kali El ke sini. Teruja pun ada sebab ini antara hotel yang mempunyai nilai heritage tersendiri ok. Sebelum kami menjamu selera, pihak hotel membawa kami untuk room tour. 



Dibina pada awal abad ke-20, bangunan ini telah dibaikpulih selepas zaman peperangan. Pada tahun 2008, bangunan ini telah diubahsuai menjadi sebuah hotel butik yang menawarkan 45 buah bilik dengan menggunakan teknik binaan tradisional dan dalam masa yang sama mengekalkan perabot-perabot asalnya.

Mempunyai 3 pilihan penginapan iaitu Clarke Terrace Houses, Transfer Suites dan Hutton Rooms

Clarke Terrace

Clarke Terrace ini mempunyai dua bilik dan 2 bilik air di bahagian atas. Satu private jakuzi di bahagian bawah terletak di luar belakang garden (open space) yang boleh muat 4-5 orang. Sesuai untuk family besar dan boleh juga diadakan private function macam birthday and casual party.


Elegan, penuh dengan keselesaan dan unik, hotel ini memiliki daya tarikan klasik yang agak tinggi.  Bumbung hotel ini dibuat daripada ‘Indian tiles’ yang diambil daripada bangunan-bangunan lama yang terdapat di sekitar Penang, di tingkat bawah hotel pula, anda dapat melihat jubin dengan rekaan klasik 1930-an digunakan di bahagian lantai. Kesemuanya dari A-Z hotel ini diberikan sentuhan antik.

Transfer Suite

Terdapat sejumlah lapan Transfer Suites yang terletak di atas Spa, empat yang mempunyai balkoni dan empat tanpa. Setiap bilik menawarkan ruang duduk, bilik tidur besar yang dihiasi dengan menarik, dan bilik mandi dengan tab mandi Jakuzi dan pancuran berasingan.

Mereka yang berada di tingkat teratas mempunyai dua balkoni, di depan menghadap ke Penang Hill, dan di belakang taman. Suite-suite ini hanya boleh diakses oleh tangga
 
Hutton Rooms

Bilik Hutton Rooms ini berada di tingkat atas lobby. Bilik ini jauh lebih murah berbanding yang lain. Kebanyakan bilik-bilik Hutton lengkap dengan balkoni sebagai ruang santai. Sebaik anda menjejakkan kaki ke bilik ini, anda dapat melihat perabot-perabot Cina antik yang digunakan di seluruh pelusuk bilik, lantai kayu dan karya-karya seni yang mengujakan. Tandasnya pula lengkap dengan jakuzi.





Now El nak share dengan korang buffet dinner di Hotel Penaga. Kalau korang bercuti ke sini or ada plan nak berbuka puasa sini, diorang ada sediakan Jom Berbuka Bersama Buffet Dinner.  Masih teringat2 ayam percik dan Mee Kari Nyonya tu. 




Kebanyakan menu utama pada hari tu lebih kepada Melayu tradisional seperti Ayam Percik, Kari Ikan Bawal, Kangkung Belacan, Udang, Telur, Daging Masak Kicap dan aneka kerabu, ulaman serta sambal. Selain itu juga ada Sate, Roti John, Sup Ayam, Mee Kari Nyonya, Rojak, Pelbagai pencuci mulut, keropok dan biskut. 














Alamat: Corner of Jalan Hutton & Lebuh Clarke, 10050 George Town
Tel: 604-2611891
Web: www.hotelpenaga.com
Email: info@hotelpenaga.com

20 ulasan:

  1. Menarik hotel ni. Baru terasa sejarahnya. Selama ni saya pergi Penang asyik stay di hotel yang modern. Next time mesti stay sini.

    BalasPadam
  2. murah nau buffetnya lah, menu macam-macam. bilik pun cantik tuh. harga mahal tak

    BalasPadam
  3. Woww.. Murah Buffet dia.. Boleh try bday husband nnt

    BalasPadam
  4. Nampak klasik dekorasi dia. ada kolam renang tu yang best tu.. menu buffet pun sedap-sedap nampaknya.. dengan harga yang berpatutan.. boleh try ni..

    BalasPadam
  5. Cantiknya deco hotel ni, teringin lah nak rasai keindahan hotel ni nanti. Makanan yang disediakan pun nampak menyelerakan.

    BalasPadam
  6. Semua hidangan nampak menyelerakan. Tapi sayangnya jauh sangat. Kalau tak mesti dah lama serbu. Harga murah je RM55 seorang. Memang berpatutan

    BalasPadam
  7. Wow hotel ada reka bentuk zaman denesty hehehehe kita tak pandai sangat sejarah tapi tahu lah sikit-sikit wakakakak. Makan pun nampak sedap dan menyelerakan boleh lah menginap sini kalau datang outstation sini ada diskaun tak hehehehe..

    BalasPadam
  8. Pergh hotel dia nampak menarik.. Lain dari lain dekorasi dia.. Mesti best ni.. Sambil duduk hotel dapat merasa pelbagai makanan yangvdihidangkan.. Layanz habis tengok menu dia.. Nanti jalan pennag boleh masuk dlm list hotel ni

    BalasPadam
  9. Hotel ni nampak klasik dan macam rekabentuk zaman kolonial. Sangat cantek. Suka dengan variasi pilihan makanan yg ditawarkan semua nampak enak

    BalasPadam
  10. Cantiknya hotel ini. This is really suitable for my taste. I like classic stuffs. Now waiting for flight to penang actually. I can put over tonight at this hotel.

    BalasPadam
  11. Nampak klasiknla rekabentuk hotel heritage ni. Kagum tengok. Nampak tenang. Kalau pergi Penang nanti bolehlah datang bercuti kat sini

    BalasPadam
  12. Cantiknya perabot dan deco dalam bilik-bilik tu semua - ala-ala Cina dan Old English. Suka dengan bilik air yang ada bath tub. And kenapa murah sangat pakej tu? Dan kenapa di Penang? Kalau dekat, mau Rawlins dah terjah nie.

    BalasPadam
  13. Cantik betul die punya design hotel. Nampak klasik dan macam zaman zaman dulu. Ni kalau pergi memang port cantik ambil gambar ni.

    BalasPadam
  14. Wahhh menarik dan nampak klasik betul tempat ni. Kalau ke Penang bolehlah sis try dok sini, boleh posing2 setiap sudut, memang suka le tempat macam ni

    BalasPadam
  15. Ni salah satu hotel Yang lia nak sangat Cuba menginap di sini tapi harga dia agak $$$$. Bila lah dapat review kat sini jugak

    BalasPadam
  16. dah lama teringin nak rasa masakan original baba nyonya macam kat sini , sukalah dengan reka bentuk hiasan dalam di semua rasa macam kat negara China jer padahal dalam Malaysia, mana tahu satu hari nanti tersinggah penang boelhlah cuba stay kat sini....orang penang apa lagi cepat pi serbu buffet kat sinii...

    BalasPadam
  17. ya Allah cantik betul ya hotel nie. hiasan dalam dia nampak betul2 klasik dan mewah. luas pon luas. sesuai utk family datang bercuti ke sini. makanan yg disajikan pon nampak sedap2 betul

    BalasPadam
  18. Okay masuk dalam list untuk menginap dekat sini. Cantik betul. Cun untuk OOTD. Makanan apsal murah sangat bufet dia? Tak payah susah-susah akak nak keluar mencari makan. haha

    BalasPadam
  19. Wow! macam best makanan kat sana, spotted many dishes yang i teringin sangat nak cuba and harga also quite reasonable.

    BalasPadam
  20. Wahh.... Lawa laa hotel dia, suka dekorasi dia! Nak save laa
    Hadoi.... Food Menu lak semuanya menyelerakan. Kecur air liur kita tengok! Hahaa

    BalasPadam