BUKA PUASA BUFFET DINNER SELERA KAMPUNG DI GOLDEN SANDS RESORT PENANG - LIFESTYLE BLOGGER

Rabu, 8 Mei 2019

BUKA PUASA BUFFET DINNER SELERA KAMPUNG DI GOLDEN SANDS RESORT PENANG

Buka Puasa Buffet Dinner Selera Kampung di Golden Sands Resort Penang | Syok kan kalau dapat makan sambil tengok sunset. Lagi2 kalau dapat tengok pemandangan tu berdua bersama insan tersayang. Romantiknya. Macam mana kalau dapat berbuka puasa sambil tengok sunset?Mesti bestkan. 



Baru-baru ni El telah berkunjung ke Golden Sands Resort Penang untuk buffet dinner aka buffet ramadan Selera Kampung. 1st time El menjejak kaki ke sini. Perjalanan ke sini dari Jambatan Pulau Pinang mengambil masa 30-40 minit. Kalau sesak mahu terlajak sampai 1 jam hihi. 



Sesampai di Hotel Golden Sands Resort ni wajah terpaku tengok dia punya outdoor dari Garden Cafe. Korang boleh santai2 makan sambil tengok view pantai dan laut. Yang paling best bila dapat makan sambil tengok matahari terbenam (sunset). 



Golden Sands Resort menyajikan masakan Selera Kampung dengan terdiri pelbagai menu kampung dan 8 warung disediakan oleh team dari Executif Sous Chef Rizal. Chef Rizal berpengalaman selama 25 tahun dalam bidang kulinari dan pernah bekerja di banyak hotel di Malaysia dan luar negara. 



El mulakan menu hidangan mereka dengan Warung Bakar-Bakar. Di Warung ni ada Kambing Panggang Bawang Putih dan Ayam Pasu.  Menu yang paling recommended ialah Ayam Pasu. This is my first time try. Selalu tengok viral Ayam Pasu ni kat socmed. Hari tu dapat tengok dan rasa sendiri ayam pasu di Hotel Golden Sands Resort ni. Dia punya bau tu perghh sedap. Alamak bulan puasa ni kena kuatlah..kang terliur pulak tengok haha. 


Ayam pasu ni El makan dengan air asam. Memang terangkatlah. Lembut jer isi ayam tu. Kambing panggang pun sedap diratah dan dicicah bersama pudina krim asam. Hoi tak tahan haha





Kita ada juga beberapa warung lagi seperti Warung Pasembur, Warung Nelayan (Pelbagai seafod dan air asam), Warung Briyani (Nasi Briyani Tulang Rawan), Warung Tradisi (Lemang, Ketupat dan Serunding), Warung Mee (Mee Ayam dan Wantan Goreng), Warung Manisan (Ais Batu Campur, Cendol, Ais Krim 3 perisa), Warung Sukaramai (Teh Tarik dan Kopi Tarik)










Antara hidangan utama di sini ialah Cili Ketam, Kambing Maisore, Ayam Panggang Bumbu Bali, Beef with Dry Chili and Cashewnut, Crispy Catfish in Garlic Soya, Taugeh Goreng Ikan Masin, Dhalca Sayur, Kue Teow Mamak, Nasi Puspari, Nasi Jagung, Nasi Kukus Daun Pandan


Kombinasi nasi dan lauk yang sedap. Sambil tu hirup Bihun Sup Ayam

Untuk pembuka selera, ada juga disediakan ulam-ulaman,  pelbagai kerabu, sambal, jeruk, Gado-Gado, Aneka keropok dan ikan masin dan Sup Gear Box





Kalau pergi makan di hotel mesti tak sabar nak tengok dia punya dessert. Di sini terdapat pelbagai pilihan dessert dari tradisional dan moden. 








Harga
Setiap Jumaat 
6.00pm-10.00pm
Adult RM98nett
Child RM49nett

Promo
Beli satu Free satu - Setiap Monday - Thursday buffet dinner. Adult sahaja. Tidak termasuk cuti umum. RM2.00 akan didermakan kepada badan kebajikan. 

Untuk tempahan boleh contact:
Tel: 604-8888788
Email: penangrasasayang@shangri-la.com
Website: www.shangri-la.com

20 ulasan:

  1. PERGH LAYAN GILA MAKAN TEPI PANTAI MACAM NI.. MAU TERLAJAK MAGRIB SBB FEELING TEPI LAUT TU ADOIYAIII HUHU

    BalasPadam
  2. Sedapnya tengok menu dia, desserts pun mengancam! Sambil berbuka sambil layan sunset cantik dekat situ, harga pun bawah RM100 je memang berbaloi!

    Farhana Jafri

    BalasPadam
  3. bestnya berbuka puasa view tepi pantai tu..boleh tengok sunset turun. romantik sangat. semua menu hidangan berbuka puasa pun nampak sedap. craving pun rasa. untung orang pulau pinang ada tempat best nak iftar ramadan dengan family atau orang tersayang

    BalasPadam
  4. Terpegun sebab nampak outdoor boleh tengok sunset. Sambil makan boleh la cuci mata tengok keindahan alam semulajadi. Ayam pasu tu penah nampak tapi tak pernah cuba lagi. Nak kena try lah rugi tengok je kan.haha

    BalasPadam
  5. fuyoooo..cantik giler pemandangan kat situ,memang berselera lah makan kat sini,menu pulak yaallah buat perut berkeroncong lahhh...harga harga pun berpatutan sangat.

    BalasPadam
  6. Menu buffet Ramadan kat sini nampak sedap2 je sis tengok. Lagi best bila berbuka kat tepi pandai..tenang je kan. Kalau dekat mmg sis dh gi dah

    BalasPadam
  7. Menarik buffet ni berada dekat tepi laut.. suka pemandangan pantai tu... kalau singgah berbuka dekat sini pasti ambik yang tepi laut tu he he he

    BalasPadam
  8. Cantik pulak tengok view sunset tempat ni. Kalau dapat berbuka tempat macam ni, memang syok habis

    BalasPadam
  9. Wow menu dia best dan nampak sedap belaka. Banyak pilihan betul. Dengan pemandangan yang best memang berbaloi berbuka dekat sini. Hotel Golden Sands mmg antara fav hotel klau liez ke Penang.. uisshhkkk dapat tgk sunset sambil berbuka tu rare sgt

    BalasPadam
  10. Sangat cantik yer pemandangan kat resort ini hehehe kalau boleh kita nak pergi lah tengok makanan untuk buka puasa pun banyak semua menyelerakan hehehehe bestnya lah nak pergi tapi jauh lak huhuhuhu....

    BalasPadam
  11. Menariknya view dia tu. Lagi-lagi kalau sampai dan sempat tengok sunset.
    Harganya bawah RM100 plak tu.
    Rawlins pun sejenis yang akan jengah desserts dulu sebab kaki desserts.
    Paling pantang jika ada lemang - wajib ambil. Haha

    BalasPadam
  12. Terbaik lah.. sekali tengok je dah terjatuh cinta dengan deco dia.. menu-menu dia.. dengan view yang cantik .. mesti syok kan dapat berbuka puasa dalam suasana yang wowww camni.. teringinnya nak pi sana.. tapi jauh la pulak.. hehe

    BalasPadam
  13. Alahai.. Bestnya menu menu dia kak el.
    Meriah betul. Kita rasa macam nak rasa je ayam tu tau.
    Sebab daging kita kena pantang makan.
    Dengan view yang lawa.
    Alahai.. Rasa mcm romantik pulak tempatnya. Hehe

    BalasPadam
  14. Cantiknya tempat dia. Serius terpegun. And makanan-makanan yang ditawarkan tidak mengecewakan. Serius. Sangat berbaloi datang sini

    BalasPadam
  15. AWah best nyer semua sajian kat sana macam sedap sangat. I dah lama tak singgah Golden Sand Penang.

    BalasPadam
  16. wow, nampak menyelerakan sungguh hidangan berbuka puasa dekat sini. harga pulak sangat berpatutan sesuai dengan apa yg ditawarkan. mesti family dan anak2 suka kalau bawa berbuka kat sini.

    BalasPadam
  17. Wahh sedapnya semua makanan. Bulan puasa kalau berbuka macam ni. Memang nikmat sangat. Hehe.

    BalasPadam
  18. i love the scenery !!!!! makanan dia tu memang mengundang ye awak. Hmmmmmmm tetiba kita rindu penang ni. Bila la nak ke penang lagi. Lama dah tiggal penang ni,hehe

    BalasPadam
  19. bestnya. sambil2 tu boleh tengok sunset

    BalasPadam
  20. Bestnya view dia. Ni betul2 best i paling suka view laut and makan outdoor like this. Heaven betul tgok nature like this and the best thing is dia less than 100 for buffet but can get all the good foods and ambience. Satu jeeeee - saya bukan kat penang. Hehehe.

    BalasPadam