BUFFET RAMADAN THE LIGHT HOTEL 2019 | KHAZANAH SAJIAN NUSANTARA - LIFESTYLE BLOGGER

Jumaat, 3 Mei 2019

BUFFET RAMADAN THE LIGHT HOTEL 2019 | KHAZANAH SAJIAN NUSANTARA

Buffet Ramadan The Light Hotel |  Khazanah Sajian Nusantara. Hai korang. Siapa sini suka makan makanan yang pedas dan berlemak?Selalunya kalau lemak2 ni datangnya dari negeri Nogori Sembilan. Pedas2 pulak tak lain tak bukan Penang marilah haha. Kalau korang nak rasa masakan Minangkabau yang asli bolehlah datang semasa bulan ramadan ini di The Light Hotel Seberang Jaya yang menyajikan menu-menu berbuka puasa yang penuh dengan budaya, rasa dan aroma masakan tradisional Malaysia bertemakan Khazanah Sajian Nusantara 



Meraikan warisan kebudayaan dan kepelbagaian masakan Malaysia, kata Raj, Pengurus Besar. Apabila datang ke sini terdapat hidangan dari pelbagai negeri di Malaysia dan makanan istimewa kampung terutama untuk orang-orang yang suka makanan pedas (lemak dan pedas), hidangan utama Minang dari Negeri Sembilan akan menjadi kegemaran anda.




Tetamu akan disajikan dengan 171 masakan termasuk 6 action stall, 2 types of carving, 6 jenis kari Gulai Kawah yang disajikan dalam kawah, terdapat sehingga 20 hidangan, 2 jenis hidangan nasi, lebih daripada 15 jenis pencuci mulut dan banyak lagi. Sambil itu tetamu didendangkan dengan alunan muzik dari Ar Rayyan band.


Menu-menu di sini akan rotate setiap hari sepanjang bulan ramadan dengan masakan yang terdiri daripada hidangan utama seperti Kambing Percik Minang, Daging Lembu Tenderloin dengan Salutan Kopi Istimewa, Ketam Bercil, Kari Ikan Masin Dengan Kacang Bidang & Murunggai, Telur Itik Masak Lemak Cili Padi, Ikan Pari Asam Pedas, Rendang Daging Nogori, Pajeri Nenas Udang Kering, Kambing Keema Dengan Roti Pita, Sup Tulang Daging, Koay Teow Kambing



Korang harus mencuba masakan minang di antara lain Gulai Lemak Nanas Ikan Talang Masin, Gulai Pisang Muda, Gulai Pucuk Ubi Ikan Bilis, Gulai Ikan Sembilang Salai, Gulai Daging Salai Pucuk Ubi Dan Terung Telunjuk dan lain-lain


Untuk memeriahkan lagi suasana dan pengalaman korang tentang tradisi Minangkabau, replika rumah Minangkabau dibina di luang lobby hotel ini untuk tetamu mendapatkan pengalaman "sebenar" dan berjalan melalui rumah minangkabau.


Pilihan lain termasuk salad, pembuka selera, sup, pemilihan roti termasuk roti benggali, stesen panggangan, panggang dan stesen aksi langsung seperti mi, goreng, stesen indian, stesen cina serta kegemaran barat yang pasti akan memuaskan selera anda






Di sini juga terdapat bubur kegemaran peminat durian iaitu bubur durian yang dicicah bersama roti benggali. Peminat lemang dan ketupat bersama serunding dan rendang daging yang mantap. Pelbagai ulam-ulaman disertakan bersama sambal pedas aromatik untuk memberikan citarasa tambahan


Melengkapkan selera pengunjug ke sini, pelbagai hidangan pencuci mulut yang lebih daripada 50 jenis termasuk kuih-muih tradisional dan moden



Bufet Ramadan Khazanah Sajian Nusantara
Tarikh: 8/5/19 – 4/6/19 | 7.00pm – 10.00pm Harga: RM110 nett (Dewasa) RM90 nett (Kanak-kanak/Warga Emas) Promosi Baucer Ramadan RM88 nett (sah sehingga 20/4/19) @Spice Brasserie Briyani Dome Set Tarikh: 10/5/19 – 2/6/19 | 7.00pm – 10.00pm Harga: RM50 nett (min. 6 orang) Bufet A La Santai Tarikh: 10/5/19 – 2/6/19 | 7.00pm – 10.00pm Harga: RM88 nett (Dewasa) RM68 nett (Kanak-kanan/Warga Emas) @Flavour@3 #bufetramadanpenang #buffetramadan2019 #ramadan2019 #penangites #bukapuasa2019 #buffetramadanpenang



THE LIGHT HOTEL (M) SDN BHD
Lebuh Tenggiri 2, Bandar Seberang Jaya,
13700 Seberang Jaya,
Penang, Malaysia.

Telefon:
+604-3821111

Website:
www.thelighthotelpg.com

Facebook:

www.facebook.com/thelighthotelpg

19 ulasan:

  1. Fuhhh buat orang penang, untung ada bufet macam ni. sedapnya semua menu!!! huhu. blog akak bleh jadi rujukan utk makanan di penang. gambar semua cun!

    BalasPadam
  2. Briyani Dome Set tu TB macam berkenan je .. hehehe.. sebab memang suka briyani pun.. syok makan briyani ni.. nak pulak dapat lauk ayam yang lembut-lembut gitu

    BalasPadam
  3. Wahh makanan Minang kat Penang. Best nya! Kita suka makanan Minang gak. banyak juga option buffet dia ada eh. Boleh pilih ikut budget juga hehe

    BalasPadam
  4. Banyaknya pencuci mulut dia. Dah la Rawlins nie sejenis penggemar pencuci mulut. Nasib baik la jauh di utara nun. Hahaha. Selamat Berpuasa kengkawan semua.

    BalasPadam
  5. Kalau hidangan Nusantara macam ni memang dah biasa dengan tekak. Mesti sedap punya kalau makan. Pedas lemak tu memang jadi kesukaan lah. Hehe.

    BalasPadam
  6. Dah macam Raya siap Ada lemang dengan rendang ni. Rambang mata tengok pilihan menu kat sini. Boleh la datang try berbuka kat sini nanti. Harga pun berpatutan.

    BalasPadam
  7. meriah ebtul ya hidangan buffet ramadhan di sini, nampak lazat betul. harga pon berpatutan dan hidangan yg ditawarkan meriah. bolehlah bawa family berbuka di sini nanti.

    BalasPadam
  8. Makanan sangat banyak sedap-sedap belaka dengan harga yang macam tu bagi kita orang pertengahan ni sangat sesuai lah nak makan tapi satu jer jauh lak kalau kat KL dah pergi Ramadan ni hehehehe....

    BalasPadam
  9. Meriahnya El... Menu makanan dekat Buffet Ramadhan ni semua menarik sekali, Kalau dekat boleh Bonde pergi.. terima kasih diatas perkongsian... nnt bonde share dengan kawan-kawan mana tau ada yang nak kesana he he he

    BalasPadam
  10. Macam2 jenis makanan ada yer. Betul2 buat air liur kite meleleh. Harga pun not bad. Nk trylah nnti. Hehee

    BalasPadam
  11. aduh sedapnya kambing golek tu..craving pulak bila scroll entri ni dari atas. semua menu berbuka puasa nampak sedap & menyelerakan. fuh tak sabar nak tunggu start puasa, boleh datang berbuka kat sini

    BalasPadam
  12. The food at The Light Hotel looks so good too bad I'm in KL otherwise I will try it out.

    BalasPadam
  13. sedapnyee lah macam-macam jenis menu iftar, tapi jauhlah pula kat Penang ye, dan harga pun boleh tahan juga tu setanding dengan menu-menu yang disajikan, memang berbaloi lah.


    yanmie
    http://www.yanmieonline.com

    BalasPadam
  14. meriahnyaa mknan dia! hahaha hiasan dia dahsyat! cantk betol! sy pnh stay hotel ni mmg best bilik best restaurant pun best besar luas bersih n mknn sure sedap. tp cerita nya kat penang lah kan hehe

    BalasPadam
  15. Yummy! Semua makanan nampak sedap sangat. Saya pun nak pergi try buffet ini.

    BalasPadam
  16. Sedapnya makanan yang penting banyak pilihan dengan harga yang sangat2 berpatutan

    BalasPadam
  17. Banyaknya pilihan menu dia kak El.
    Ni kita kalau pergi kan, rasanya bukan dah tahu nak makan apa.
    Rasanya tak tahu jugak apa nak dimakan sebab banyak sangat pilihan menu yang sedap sedap.
    Semuanya menggoda la.

    BalasPadam
  18. Nasib baik onie baca entri akak malam, kalau dok terliur la siang hari pastu nyesal tak sudah,haha... fuhhhh! Menu masakan Negeri Sembilan ni sumpah sedap dan pedas dia tu boleh tahan jugak la. Tapi sedap! :D

    BalasPadam
  19. Sedapnya makanan kat sini. Kalau balik Penang nanti boleh Berbuka puasa kat sini. Tengok menu sedap-sedap tu. Harga pun berbaloi dengan kesemua hidangan buffet yang ada. Cuma jangan membazir dengan mengambil makanan secara banyak tapi tak habis.

    BalasPadam