05/01/2019 - 06/01/2019 - LIFESTYLE BLOGGER

Jumaat, 24 Mei 2019

KEKAL SIHAT DAN DILINDUNGI SEPANJANG BULAN RAMADAN DENGAN DETTOL

10:36 PG 14
KEKAL SIHAT DAN DILINDUNGI SEPANJANG BULAN RAMADAN DENGAN DETTOL
Kekal sihat dan dilindungi sepanjang bulan Ramadan dengan Dettol!

Amalan kebersihan dapat membantu melindungi keluarga anda daripada 100 jenis kuman yang berbahaya


Setiap tahun, sepanjang bulan Ramadan iaitu bulan kesembilan dalam kalender hijriah, umat Islam seluruh dunia akan menjalani ibadah berpuasa. Selain itu, bulan Ramadan juga merupakan masa untuk umat Islam beribadat, bersolat, membuat kebajikan dan mengamalkan kesederhanaan dalam pelbagai aspek.


Waktu berbuka atau iftar adalah masa untuk seisi keluarga dan sahabat handai bertemu sambil menikmati hidangan makanan dan iftar dikira tidak lengkap tanpa mengunjungi bazar Ramadan terlebih dahulu!


Bazar Ramadan bukan sahaja menawarkan pelbagai makanan dan minuman yang lazat setelah berpuasa seharian, malah memberi peluang kepada seluruh warga Malaysia untuk bersama-sama mengalami keistimewaan membeli-belah dalam suasana berbilang budaya yang meriah. Walaupun begitu, berasak-asak pada waktu petang dalam keadaan cuaca yang panas dan lembap sambil memilih apa yang dikehendaki meningkatkan risiko diri anda terdedah kepada banyak kuman yang tidak kelihatan.


Ada pelbagai cara untuk melindungi anda dan keluarga anda daripada kuman dengan rangkaian produk Dettol. Sebagai jenama perlindungan kuman yang dipercayai sejak sekian lama, Dettol menjadikan tanggungjawabnya terutama pada bulan Ramadan ini untuk melindungi para keluarga di Malaysia dengan menggalakkan mereka mengamalkan amalan kebersihan dalam pelbagai keadaan.

Pada bulan Ramadan ini, Dettol melindungi anda dan keluarga anda dengan:

Sabun Tangan Dettol untuk mencuci tangan anda sebelum menyentuh makanan untuk sahur dan iftar;

Sanitiser tangan Dettol boleh digunakan di mana-mana sahaja kerana ia boleh membersihkan tangan anda tanpa menggunakan air; dan

Cecair Antiseptik Dettol membasmi kuman di ruang dan permukaan di kediaman anda sempena menyambut ketibaan Hari Raya.

Sejak dilancarkan lebih 80 tahun yang lalu, Dettol merupakan peneraju dalam perlindungan daripada kuman dan membantu menjaga kesihatan para keluarga menerusi amalan kebersihan yang lebih baik. Menerusi produk terkenal seperti Antiseptic Liquid, Antibacterial Liquid Hand Wash dan Hand Sanitizer, Dettol melindungi keluarga anda daripada 100 jenis kuman yang berbahaya.


Pada bulan yang begitu bermakna sekali untuk umat Islam, adalah wajar untuk semua orang kekal sihat supaya mereka boleh menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dan rakan-rakan mereka. Dengan Dettol, kita boleh berasa yakin 100%.

Pengagihan Sabun Tangan Dettol di Bazar Ramadan

Tahun ini, Dettol menggalakkan rakyat Malaysia untuk kekal sihat dan ceria dengan melindungi diri mereka daripada 100 jenis kuman yang berbahaya. Cara terbaik untuk kekal sihat adalah dengan kerap membasuh tangan anda menggunakan Sabun Tangan Dettol. 

Bazaar Jalan Kuching

Bazaar Tasik Permaisuri

Bazaar Jalan Kuching

Bazaar Jalan Kuching

Bazaar TTDI

Jangan ketinggalan untuk bersama-sama mencari pasukan Dettol yang akan mengunjungi ke 20 buah bazar Ramadan di sekitar Lembah Kelang untuk meningkatkan kesedaran anda tentang amalan kebersihan tangan dan mengagihkan Sabun Tangan Dettol secara percuma kepada orang ramai!

Jangan lupa sertai Dettol Ramadan Giveaway di Instagram https://www.instagram.com/p/Bx05RjMBbd-/. El mencari 3 pemenang untuk memenang barangan Dettol. Pemenang akan diumumkan pada 31/5/19. Good luck you all.


Jumaat, 10 Mei 2019

PASTA ORGANIK ALCE NERO UNTUK KANAK-KANAK

2:26 PTG 3
PASTA ORGANIK ALCE NERO UNTUK KANAK-KANAK

Mulakan Tabiat Makanan Sihat Sejak Kecil dengan Pasta Organik Alce Nero untuk Kanak-kanak

Didatangkan dalam bentuk huruf dan kenderaan bersama tambahan bayam serta tomato untuk lebih kebaikan


Hai korang!Sure ada dikalangan korang yang mempunyai anak yang memilih makanan ataupun tak makan sayur. Anak El salah seorang darinya. Memang payah nak suruh makan sayur. Bila nampak sayur jer muka berkerut haha. Bila tak makan sayur tu kita risau cam mana tumbesaran diorang cukup ke nutrisi?

Baru-baru ni El diperkenalkan dengan Pasta Organik Alce Nero yang didatangkan dalam bentuk huruf dan kenderaan bersama tambahan bayam serta tomato. 1st time anak El tengok kemain suka. Suruh kita masak cepat. Sebelum tu meh nak cerita sikit pasal Alce Nero ni


Istilah ‘organik’ bermaksud makanan tersebut merupakan hasil sistem perladangan yang tidak menggunakan baja buatan manusia dan racun serangga ke atas tanaman, makanan aditif kepada haiwan ternakan, penggunaan radiasi serta organisma yang telah diubahsuai secara genetik[1].

Kajian menunjukkan manfaat diet seimbang adalah merangkumi makanan organik yang diiktiraf kerana ianya tidak mempunyai bahan kimia daripada racun serangga. Kandungan bahan kimia ini berkemungkinan boleh memberi impak negatif ke atas tumbesaran fizikal dan otak kanak-kanak.   

Walaupun jumlah hormon dan bahan kimia di dalam makanan bukan-organik adalah kecil, kajian menunjukkan ianya masih berkemungkinan tinggi boleh menjejaskan pertumbuhan neorologikal dan tingkah laku jika anak-anak terdedah padanya dalam jangka masa yang panjang. Malah wujud juga kaitan di antara pendedahan racun serangga terhadap maklum balas refleks neonatal, psikomotor, perkembangan mental serta gangguan hiperaktif yang boleh mempengaruhi tahap tumpuan kanak-kanak[2].

Selain itu, wujudnya keperluan untuk menukar diet anak-anak anda kepada makanan organik adalah untuk mengurangkan pendedahan terhadap organofosfat, sejenis racun serangga neurotoksik yang boleh menyebabkan aktiviti di dalam sistem saraf pusat dan periferal menjadi lebih pasif dalam kadar yang signifikan. Bahan ini boleh didapati dalam banyak makanan bukan-organik yang komersialkan[3].

Rasional untuk memilih diet yang lebih organik, terutama bagi kanak-kanak sememangnya jelas. Biarpun begitu, kanak-kanak mempunyai kecenderungan sendiri yang secara lazimnya lebih gemar kepada makanan snek yang mengandungi pewarna berkimia, berperisa tiruan ataupun makanan segera yang telah diproses. Haih.

Salah satu strategi yang efektif untuk ibu bapa praktikkan adalah dengan memupuk tabiat memakan makanan sihat sejak dari usia kecil, terutama sekali makanan organik. Bak kata pepatah, “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Kaedah ini memerlukan pendekatan yang kreatif daripada ibu bapa yang akhirnya boleh membantu anak-anak untuk lebih cenderung kepada makanan yang lebih baik, sekali gus memastikan mereka untuk sentiasa memilih makanan yang sihat.

Alce Nero, jenama peneraju dalam kalangan pengguna yang peka terhadap alam sekitar dan kesihatan ada di sini untuk membantu golongan ibu bapa memulakan tabiat pemakanan sihat, organik dan sedap menerusi Pasta Alphabet Organik dan Pasta Bentuk Kenderaan Organik yang sangat bagus dan comel.



Konsep makanan dari ladang-ke-meja Alce Nero dapat dilaksanakan melalui rangkaian peladang organiknya, membantu dalam penghasilan makanan yang lebih sihat. Penambahan baharu ke dalam rangkaian makanan organik tulen dari Itali ini adalah disahkan 100% organik oleh Undang-Undang Kesatuan Eropah dan Perladangan Organik JAS di Jepun,  

Memasukkan Sayur-sayuran ke dalam Diet Kanak-kanak

Pasta Organik Alce Nero untuk kanak-kanak mengandungi kepingan huruf sayur bayam hijau dan tomato merah kering yang organik. Kanak-kanak gemari huruf-huruf berwarna dan akan berseronok menyusun sebelum memakannya, tanpa menghiraukan sayur-sayuran yang ada di dalamnya.


Lama-kelamaan, mereka akan sukakan rasa makanan organik dan tidak lagi takut untuk makan sayur-sayuran! Minda mereka juga akan dirangsang dan boleh mengenali huruf-huruf yang pastinya membantu meningkatkan kemahiran membaca. Makan secara sihat dan mulakan kemahiran membaca dengan Pasta Organik untuk Kanak-kanak Alce Nero!

Makanan Organik Mesra Kanak-kanak

Kanak-kanak gemar menikmati pasta dengan sos tomato. Oleh itu, Alce Nero adalah sebuah jenama penyelamat untuk perihal itu – dengan menawarkan makanan organik yang mesra kanak-kanak. Untuk menyediakan Pasta Alphabet Organik Alce Nero, ikut sahaja arahan yang disediakan dan pada masa sama panaskan Sos Tomato Pasta Alce Nero di dalam periuk.


Bergantung kepada penerimaan anak-anak anda terhadap sayur-sayuran organik dan protein, tambah bahan-bahan yang mereka sukai. Kemudian, letakkan sos ke atas pasta berkenaan. Anda juga boleh meletakkan sedikit keju di atas hidangan yang enak ini dan lihat wajah ceria anak anda. Sos Tomato Pasta Alce Nero sememangnya sedap dan boleh menjadi perisa yang enak kepada pasta organik anda untuk sesi masakan yang singkat!

Mahu menjadikan waktu makan lebih menyeronokkan, ibu bapa boleh berseronok bersama anak-anak dengan meminta mereka mengeja perkataan menggunakan huruf-huruf, atau mengenal pasti kenderaan berbeza yang membentuk pasta berkenaan. Mereka pasti bergembira dengan aktiviti tersebut sambil menikmati Pasta Alce Nero untuk Kanak-kanak yang dapat membantu mereka membentuk tabiat makan makanan organik sejak usia muda, selain mengukuhkan mesej bahawa makanan organik juga sedap dan menyeronokkan!

Ibu bapa di Malaysia kini boleh menggunakan produk-produk Alce Nero dengan yakin kerana ia telah disahkan Halal oleh badan persijilan rasmi yang diiktiraf JAKIM.


Anak El memang hantu pasta. Tapi bukan hantu sayur haha. Teruja dia bila tengok pasta huruf dan kenderaan tu. El buatlah menu favourite dia pasta bolognese. Dia makan sampai licin. Mama pun seronok tengok dia makan sebab pasta ni ada sayuran dan organik. Bila ada Alce Nero ni kemain suruh kita masak pasta hari2. Kalaulah Alce Nero boleh sponsor pasta dan sos lagi mama masak hari2lah hihi. Eh mama pun suka pasta Alce Nero ni hey. 

Untuk resepi makanan yang sihat, unik dan organik yang boleh anda nikmati bersama si kecil, sila layari laman web https://alcenero.asia/recipes.html dan laman Facebook https://www.facebook.com/AlceNeroMalaysia/.



Rabu, 8 Mei 2019

BUKA PUASA BUFFET DINNER SELERA KAMPUNG DI GOLDEN SANDS RESORT PENANG

9:20 PG 20
BUKA PUASA BUFFET DINNER SELERA KAMPUNG DI GOLDEN SANDS RESORT PENANG
Buka Puasa Buffet Dinner Selera Kampung di Golden Sands Resort Penang | Syok kan kalau dapat makan sambil tengok sunset. Lagi2 kalau dapat tengok pemandangan tu berdua bersama insan tersayang. Romantiknya. Macam mana kalau dapat berbuka puasa sambil tengok sunset?Mesti bestkan. 



Baru-baru ni El telah berkunjung ke Golden Sands Resort Penang untuk buffet dinner aka buffet ramadan Selera Kampung. 1st time El menjejak kaki ke sini. Perjalanan ke sini dari Jambatan Pulau Pinang mengambil masa 30-40 minit. Kalau sesak mahu terlajak sampai 1 jam hihi. 



Sesampai di Hotel Golden Sands Resort ni wajah terpaku tengok dia punya outdoor dari Garden Cafe. Korang boleh santai2 makan sambil tengok view pantai dan laut. Yang paling best bila dapat makan sambil tengok matahari terbenam (sunset). 



Golden Sands Resort menyajikan masakan Selera Kampung dengan terdiri pelbagai menu kampung dan 8 warung disediakan oleh team dari Executif Sous Chef Rizal. Chef Rizal berpengalaman selama 25 tahun dalam bidang kulinari dan pernah bekerja di banyak hotel di Malaysia dan luar negara. 



El mulakan menu hidangan mereka dengan Warung Bakar-Bakar. Di Warung ni ada Kambing Panggang Bawang Putih dan Ayam Pasu.  Menu yang paling recommended ialah Ayam Pasu. This is my first time try. Selalu tengok viral Ayam Pasu ni kat socmed. Hari tu dapat tengok dan rasa sendiri ayam pasu di Hotel Golden Sands Resort ni. Dia punya bau tu perghh sedap. Alamak bulan puasa ni kena kuatlah..kang terliur pulak tengok haha. 


Ayam pasu ni El makan dengan air asam. Memang terangkatlah. Lembut jer isi ayam tu. Kambing panggang pun sedap diratah dan dicicah bersama pudina krim asam. Hoi tak tahan haha





Kita ada juga beberapa warung lagi seperti Warung Pasembur, Warung Nelayan (Pelbagai seafod dan air asam), Warung Briyani (Nasi Briyani Tulang Rawan), Warung Tradisi (Lemang, Ketupat dan Serunding), Warung Mee (Mee Ayam dan Wantan Goreng), Warung Manisan (Ais Batu Campur, Cendol, Ais Krim 3 perisa), Warung Sukaramai (Teh Tarik dan Kopi Tarik)










Antara hidangan utama di sini ialah Cili Ketam, Kambing Maisore, Ayam Panggang Bumbu Bali, Beef with Dry Chili and Cashewnut, Crispy Catfish in Garlic Soya, Taugeh Goreng Ikan Masin, Dhalca Sayur, Kue Teow Mamak, Nasi Puspari, Nasi Jagung, Nasi Kukus Daun Pandan


Kombinasi nasi dan lauk yang sedap. Sambil tu hirup Bihun Sup Ayam

Untuk pembuka selera, ada juga disediakan ulam-ulaman,  pelbagai kerabu, sambal, jeruk, Gado-Gado, Aneka keropok dan ikan masin dan Sup Gear Box





Kalau pergi makan di hotel mesti tak sabar nak tengok dia punya dessert. Di sini terdapat pelbagai pilihan dessert dari tradisional dan moden. 








Harga
Setiap Jumaat 
6.00pm-10.00pm
Adult RM98nett
Child RM49nett

Promo
Beli satu Free satu - Setiap Monday - Thursday buffet dinner. Adult sahaja. Tidak termasuk cuti umum. RM2.00 akan didermakan kepada badan kebajikan. 

Untuk tempahan boleh contact:
Tel: 604-8888788
Email: penangrasasayang@shangri-la.com
Website: www.shangri-la.com