SAJIAN NOSTALGIA BUFET RAMADAN DI HOTEL ROYALE CHULAN PENANG - LIFESTYLE BLOGGER

Khamis, 18 April 2019

SAJIAN NOSTALGIA BUFET RAMADAN DI HOTEL ROYALE CHULAN PENANG

Buffet Ramadan 2019 di Royale Chulan Penang bertemakan Sajian Nostalgia Ramadan - Wow Buffet Ramadan tahun ni meriah sangat. Korang jangan lepaskan peluang berbuka puasa di hotel-hotel yang El dah sharekan di sini yea. Boleh booking awal dapat diskaun. Berbaloi tau. So kali ini El nak share buffet ramadan di Royale Chulan Penang. Ini adalah buffet ramadan yang kami recommended untuk korang. Kenapa?Jom baca seterusnya gitu.


Kenapa El kata recommended sangat sebab so far apa yang kami makan memang kena dengan selera kami laki bini haha. My suami memang cerewet bab-bab makan ni ok. So kali ni dia surrender memang katanya recommended.



Banyak juga gerai/stall yang berlegar di ruang Sri Tanjung Cafe. Dah serupa macam pasar ramadan. 



Mailah hangpa, pakat-pakat bawa family, kawan-kawan, kekasih sejati, saudara mara merasa Resipi tradisional Melayu dan Nostalgia dari zaman kanak-kanak di Hotel Royale Chulan Penang SAJIAN NOSTALGIA RAMADAN BUFFET.








Pelbagai menu pastinya meruntun jiwa korang seperti Sup Tulang Rawan Berempah, Rendang Tok, Kepah Masak Cili Padi, Gulai Daging Batang Pisang, Ketam Gulai Borneo, Asam Pedas Ikan Sembilang, Telur Itik Masak Lemak Cili Padi dan Spaghetti Sambal Sotong.






Wajib Kambing Panggang Golek yang menjadi kegemaran ramai disaji dengan pilihan Nasi Beriani, Nasi Hujan Panas, Nasi Tomato atau Nasi Dhall.


Nak habaq kat hangpa semua tau, sebelum ni pun kami pernah makan di sini dan masih setia dengan Puding Roti dia. Sedap gilesss. Tetiba jer my suami suruh buatkan puding roti ala Royale Chulan pulakkkk. Acaner. Kena mintak resepi kat Chef Royale kut. Yang istimewa puding roti di sini bila kita makan dia tak lembut sangat tau..dia crunchy di atas lembab2 di tengah2..tak manis sangat..adoii melting pulak bila teringat. Eh korang kena rasa sendirilah hihi



Yang kedua menu yang kami suka Cucur Harimau Menangis. Ha nindiaa resepi baru yang kami cuba kali ni memang menarik sangat. And guess what we love it so much. El ingat cucur udang biasa tu. Tapi bukan. Cucur tu macam puff dalam intinya daging. Kenapa nama menu dia sebegitu, Chef tu explain harimau tu menangis sebab tak dapat makan daging..daging dah masuk dalam cucur haha..janji sedap






Banyak lagi aneka pemanis mulut tradisional hingga ke moden untuk mengembirakan dengan kepuasan menikmati Sago Gula Melaka yang lazat, Sago Pengat Pisang, Cucur Keria, Aneka Kuih Bakar, ABC, Cendol serta banyak lagi tentunya akan menjadi kenangan nostalgia kenangan indah dari zaman kanak-kanak











Banyak lagi pilihan menu-menu yang disediakan oleh pihak Royale Chulan seperti Char Kueh Tiaw, Tauhu Sumbat, Bubur Lambuk, Pelbagai kerabu dan sambal serta ulam, Pasembur, Apam balik, Pasta Mafia, Sushi pun ada (favourite), pengat pisang, satay, sotong goreng tepung. Wow pilihan untuk korang yang datang sini untuk berbuka nanti.


Sajian Nostalgia Ramadan Buffet akan disediakan dari 7 Mei 2019 hingga 3 Jun 2019.

Harga:
Dewasa - RM90nett
Warga emas/kanak - RM50nett

Early bird promo!!
Dewasa - RM72nett
Warga Emas/Kanak- RM40nett 
(dari 15 Mac 2019 hingga 30 April 2019)


Untuk tempahan atau pertanyaan, hubungi 
Tel: + 60 (4) 259 8888.

17 ulasan:

  1. Fuhhh... Beruntung nya orang penang! menu menu dan hidangan memukau selera kita. Tentu sedap kannn.. .Kita kat KL ni Royal Chulan KL jer... One day nak try kat Penang lak

    BalasPadam
  2. Menarik....yummy sgt gayanya. Nnt blk kg leh try

    BalasPadam
  3. adoi.. berkeromcong perut tengok gambar-gambar kat atas ni.. semua menyelerakan je .. semua kegemaran lak tuuu.. huhuhu.. rasa lapar pulak Tb tengok gambar rojak tu..

    BalasPadam
  4. Lauk ketam dengan puding roti tu memang nampak menyelerakan betul. Saya rasa jarang nak tengok mana mana buffet ramadan nak buat lauk ketam kan

    BalasPadam
  5. Bestnye tengok makanan yang terlebih meriah ni. Kalau I tu terus jadi haloba. Macam nak rasa semua ni. Nasi pun pelbagai dengan lauk yang berjenis. Memang berbaloi makan kat sini.

    BalasPadam
  6. Makanan semua nampak menyelerakan, pakej buffet juga harga yang mampu milik, nama cucur tu.. harimau menangis wow tak sabar nak cuba! sedap tak?

    BalasPadam
  7. Puding roti tu nampak sedap. Nape jauh sgt. Hehe.. cantik konsep buffet mcm pegi bazaar ramadhan gitu. Nama cucur tu unik. Makan pasti mengaum teringat.hahaha

    BalasPadam
  8. Penang memang terkenal dengan makanan2 yang sedap. Kiranya untuk jalan2 cari makan mmg penang antara negeri yg sgt disyorkan. Tgk lauk pauk kat hotel ni pun dah tahu kesedapannya. Puding roti tu mmg nmpk sedap

    BalasPadam
  9. Nama cucur harimau menangis dan ceritanya sangat menarik perhatian. First time dengar dan jumpa. Haha

    BalasPadam
  10. Menarik betul sajian buffet ramadhan yang ditawarkan di sini ya. Nampak meriah betul. Harga pulak sangat berpatutan. Bolehlah bawa satu family dtg berbuka puasa di sini nanti.

    BalasPadam
  11. Yummy betul swmua maknaanan dia.. Memg nostalgia sangat. .Hehee. .Semua nampksedap.. .Memmg meriah. .

    BalasPadam
  12. Fulamak banyak nya makan dan semua nampak menyelerakan kita lah hehehw best nya nak pergi tapi tu lah jauh lak kat KL ni pun tak habis pergi hehehe thank you share..

    BalasPadam
  13. Wow semua nampak menyelerakan. Emi sendiri pun tak sabar nak tunggu bulan Ramadhan. Nak makan banyak2 time buka puasa. Oppsss! Haha dah salah niat tu,kekeke

    BalasPadam
  14. Menyelerakan sungguh nampaknya. Nasi saja pun dah ada banyak jenis. First time dengar cucur harimau menangis tu kak El. Selalu duk makan nasi harimau menangis jee. Harga pun berpatutan untuk buffet yang meriah camni.

    BalasPadam
  15. Alamak...time ganti puasa ni la kena termenung kat lauk ketam yang nampak sedaps giler. Siap ada sushi lagi! Untungla siapa yang duduk di Penang. :(

    BalasPadam
  16. tu dia mcm2 ada!! complete!! brbaloi sungguh ni

    BalasPadam