RAMADHAN BUFFET DINNER DI G HOTEL PENANG - LIFESTYLE BLOGGER

Selasa, 30 April 2019

RAMADHAN BUFFET DINNER DI G HOTEL PENANG

Ramadan Buffet Dinner di G Hotel Penang | Hai semua. Assalamualaikum. Maafkan beta start 2 minggu lepas, tak henti2 beta up tentang buffet ramadan haha. Bukan apa, beta nak maklumkan pada semua rakyat jelata kalau booking awal dapat harga istimewa dan boleh dapatkan BUY 2 FREE 1. Tak ke jimat tu. Kat mana nak dapat BUY 2 FREE 1 tu?Jom baca sampai habis 



Sebelum beta teruskan cerita beta ni, beta nak tanya kat rakyat beta semua, kalau bulan puasa, menu apa yang rakyat beta teringin teringin nak makan?Ada yang suka makan itik panggang tak?pernah makan Muah Chee?Bubur lambuk is a must kan?Ayam percik dan sate pun mesti ada..ishh memang banyak sangat menu yang teringin teringin bila nak berbuka ni..pening tak nak pilih..



Wahai rakyat beta yang beta kasihi, jangan risau, jika rakyat beta tidak tahu hendak berbuka apa, marilah berbuka puasa di G Hotel Gurney atau G Hotel Kelawai macam-macam ada dari Malay cuisine, western, panggang, grill, nasi kandar, asam laksa, rojak dan semestinya pelbagai dessert dari tradisional dan moden.


Untuk mengalu-alukan bulan suci Ramadhan, Taste Cafe di G Hotel Gurney mempunyai sambutan berbuka puasa yang berlimpah dengan hidangan Melayu tempatan yang asli dan sentuhan masakan barat. Kemuncak buffet kali ini adalah mengenai Roast and Grill, di mana Chef akan menyediakan makanan di gerai aksi langsung di kawasan alfresco yang memberikan sesuatu yang menarik.



Untuk memulakan journey of your food, pelbagai pilihan salad seperti Iceberg Lettuce, Red Chicory, Lollo Rossa, Cherry Tomatoes bersama bahan-bahan sosnya sekali. Pesta kerabu dengan pilihan Kerabu Kaki Ayam, Ayam Bergedil Goreng Pedas, Telur Masin, Sambal Ikan Bilis dengan pilihan sambal iaitu Air Assam, Sambal Belacan, Cincaluk dan Acar Limau. Rojak Buah pun ada ok. Depa kata bubur lambuk di sini a must try ok. 






Kepada Meat Lovers, korang akan teruja kerana terdapat  terdapat banyak stesen menghidangkan daging-daging yang super sedap seperti itik panggang, daging lembu, kambing panggang dimana diperap semalaman dengan ramuan herba dan rempah-rempah. Dipanggang dengan slow roasting untuk mengekalkan juicy dan kelembutan daging tersebut serta dilengkapi dengan sos dan condiment yang sedap.




Juga tidak ketinggalan menu utama lauk pauk seperti Sotong Goreng Gepung berempah, Udang Sambal dengan Petai, Lamb Rogan Josh, Daging Dendeng dan Ketam Berlado, Ayam Goreng Berempah, Ikan Pari Assam Pedas, Black Pepper Beef with Ginger and Dried Chilli, Tiger Prawn Sambal, Thai Style Chili Crab with Mantou. Mungkin korang tidak terlepas untuk merasa makanan laut dengan pilihan seperti udang harimau, scallops dan kerang.







Atas permintaan yang popular, G Hotel juga menawarkan makan malam "Penang Has It All" untuk ramadhan kali ini. Di sini juga korang boleh rasa Penang Assam Laksa dan Char Koay Teow seterusnya ke Gerai Panggang-Panggang dan Gerai-Goreng untuk BBQ, Otak-Otak, Ayam Percik, Ayam & Sate. 



Last but not least of course pencuci mulut dan manisan  seperti Forbidden Cheesecake, bubur cha cha, marble swiss roll Swiss dan Banana Strudel dan banyak lagi.

G Hotel menyajikan Ramadhan Buffet Dinner bermula pada 6 May – 4 June 2019



TASTE Cafe
Adult
Sun-Thu RM125
Fri - Sat RM160
Promo
Buy 2 FREE 1 (Taste Café)

SPOON Cafe
Adult
Daily RM80


50% discount for children 6-12 years old and citizen 60 years old above

Untuk maklumat lanjut:
G Hotel Kelawai
Tel: +604-2190000
G Hotel Gurney
Tel: +604-2380000
Email: g4u@ghotel.com.my

20 ulasan:

  1. Kak el, gambar yang makanan bentuk petak petak ada tanda grill tu ape? Nak kata roti tak kan ada tanda grill. Nak kata daging, bentuk petak sangat. besar pulak tu

    BalasPadam
  2. Nasib baik la jauh di Penang.. kalau dekat.. mau masuk list time nak berbuka.. hahaha.. TB baru 2 kali je mai Pineng.. itu pun atas urusan kerja .. teringin gak nak turun penang.. heheh..

    BalasPadam
  3. ah I miss G Hotel Penang. The food there was so good. I hope they still maintain the quality of food. wa so many choices for the Ramadhan buffet

    BalasPadam
  4. Wow memang sedap lah tengok daging semua tu hehehehe tak sabar nak puasa bila tengok makanan yang banyak macam ni dah juga harga sangat murahhh...

    BalasPadam
  5. Ishh terliur lah tengok, banyak betul pilihan. Roasted duck tu sedapnya! Dah lama tak makan roastes duck, teringinnyaaaa

    BalasPadam
  6. terkejut kita tengok api besar tu.. ingat bakar apa tadi. wah wah sedapnya semua menu berbuka puasa kat hotel penang nie. harga pun murah siap ada promosi lagi. untung la orang utara boleh datang berbuka kat sini time bulan puasa nanti

    BalasPadam
  7. Wahhh... Menu semua menyelerakan! Roasted duck tu bikin kita terliur tau. Aduyai... Banyaknya pilihan pelbagai menu. Awat laaaa kat Penang.
    Offer buu 2 free one tu bagus! Orang Penang harus grab cepat

    BalasPadam
  8. aduiii tengok gambar2 nie jadi terliur dan lapar pulak. terus rasa nak datang penang sekarang. banyaknya pilihan makanan dia. harga pon berpatutan. puas hati dapat berbuka puasa di sini. boelhlah bawa satu family nanti

    BalasPadam
  9. Amboii kak murah rezeki dapat pergi banyak buffet ramadhan je.. Heheh.. Kenyang perut kak.. Menu dia semua sedap belaka.. Nad suka lergi berbuka puasa tempat buffet ni.. Banyak pilihan makanan.. Mereka yg bersekatan bolehla cuba

    BalasPadam
  10. Wah bestnya menu-menu yang dihidangkan. Terkeliur air liur. Kalau dekat memang nk book dah ni. Nak rasa menu orang-orang penang.hehehe

    BalasPadam
  11. ya ampun pilihan makanan dia semua sedap dan menarik..datang penang memang cam masuk syurga makanan semuanya enak..nanti blh kongsikan kat member di penang

    BalasPadam
  12. Huihhh mcm- mcm ado. Mmg boleh lupa kan diet kalau p preview ramdhan mcm ni buat semwntara waktu. Tengok gambar pun dah terliur. Tp betul sapa plan nak bukak posa di hotel should grab early bird promo

    BalasPadam
  13. Meriah menu buffet ramadhan.. Wah ada itik.. Jrg2 nk jmpa menu tu

    BalasPadam
  14. Memang meriah menu2 buffet ramadhan ni. Ada yang naik berat badan puasa ni iftar merata tempat dengan menu sedap2 hihi.

    Jauh plak penang ni, mampu tgk gambar je. Tu pun dah kecur air liur haha

    yanmie
    www.yanmieonline.con

    BalasPadam
  15. Memang sedap la kebanyakkan hidangan di G Hotel ni. Kalau boleh, semua eiza nak rasa. Pencuci mulut memang masih terbaik. Letak tepi diet semua.

    BalasPadam
  16. Uiih, semuanya nampak menyelerakan la. Nasib baik jauh. Kalau dekat, laju je kita beli voucher buffet kat sini. Heheh

    BalasPadam
  17. Tak pernah makan muah chee. Ena memang meat lovers. Hehe.. kalau jumpa yg berpanggang memang ambik dulu. Masak sempurna juicy memang menangkap selera tekak. Semua nampak sedap.

    BalasPadam
  18. Terlalu jauh nak sampai ke peneng. Haha
    Tapi tengok menu memang menggoda la orang kata.
    Time puasa selalunya blur je nak masak apa. Tak tahu apa yang nak dimakan kan.
    So pergi booked je buffet yang ada. Haaa, makan puas puas kan..

    BalasPadam
  19. Banyak menu dan pilihan yg menarik.. Boleh la nnti blk kg ajak mak n adik2 mencuba menu d sini nnti..

    BalasPadam
  20. Penang kalau tgok review ramadan sedap sedap! Cukup rasa cukup panassss. Tu lah jauh nun di Penang kita kat KL je. Ingin sangat nak makan daging potong2 tu. Sedapnyaaaa.

    BalasPadam