RAMADAN BUFFET 2019 DI VISTANA HOTEL PENANG | 101 RESEPI PENUH TRADISI TOK WAN - LIFESTYLE BLOGGER

Sabtu, 27 April 2019

RAMADAN BUFFET 2019 DI VISTANA HOTEL PENANG | 101 RESEPI PENUH TRADISI TOK WAN

Buffet Ramadan Vistana Hotel Penang | 101 Resepi Penuh Tradisi Tok Wan Hai semua. Assalamualaikum. Tak habis lagi tau El nak share dengan korang tempat berbuka untuk buffet ramadan tahun 2019.




Seperti tahun-tahun sebelumnya, Vistana Hotel masih lagi menggunakan tema 101 Resepi Penuh Tradisi Tok Wan. Ini kerana kebanyakkan menu-menu di sini mendapat sambutan yang baik dari pelanggan. 



Macam-macam ada. Memang kalau hangpa mai sini dapat nikmati juadah berbuka puasa turun temurun kenangan citarasa hidangan asli tok wan di mana panggilan Tok Wan ini datangnya dari Negeri Pahang bermaksud nenek.




Sebab tu buffet ramadan ini bertemakan 101 Resepi Penuh Tradisi Tok Wan.




Resepi 101 Tok Wan  menjanjikan pelbagai salad, jeruk segar, kerabu seperti kerabu ayam dan kerabu jantung pisang, pemilihan ulaman atau herba yang sihat seperti ulam raja, pisang jantung, ulam pegaga dan petai, ditambah pula dengan sambal belanda dan sos sambal belacan termasuk sambal belacan , cencaluk tempoyak budu dan sambal nenas serta sup kambing yang memang sedap dicicah bersama roti.


Menu utama  Tok Wan adalah hidangan Ayam Masak Merah Anak Mami, Ayam Goreng Ala Mamak Style, Masak Lemak Daging Serai, Ikan Bakar Air Asam dan Ikan Pari Bakar Ala Portugis. Pilihan lain untuk menikmati nasi kukus panas termasuk Gulai Daging Kawah, Sambal Sotong Maharani, Paru Goreng Berlada Ala Kampung dan Pucuk Ubi Masak Lemak Cili Padi






Apa yang membuat buffet ini lebih istimewa adalah suasana  'buka puasa' bersama keluarga, rakan sekerja semua dimeriahkan dengan kehadiran stesen yang mengendalikan menu kegemaran seperti Kambing Panggang, Satay, Asam Laksa dan Koay Teow Goreng sedang menunggu.





Selain itu juga ada menu yang paling popular di Vistana setiap tahun adalah Kerang Rebus, Nasi Ayam, Ketupat dan Rendang Tok. Memang sedap sangat Rendang Tok kat sini. 


Tidak sah kalau penutup selera anda dengan pelbagai kuih muih tradisional seperti kuih talam keladi, onde-onde, kuih bingka ubi, cucur badak, seri muka. Aiskrim yang menyegarkan juga boleh didapati dengan rasa seperti vanila, coklat, peppermint dan yam, dan jika anda lebih suka merawat tempatan yang panas pada akhir hidangan anda, ais kacang yang terkenal juga boleh didapati di kaunter pencuci mulut.

Buffet Ramadan Vistana Hotel Penang bermula pada 
6 Mei sehingga 3 Jun 2019




Harga
Dewasa RM75 nett
Kanak-kanak (4-12y) RM30 nett

Diskaun tempahan awal sebelum 10 Mei 2019.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi
www.vistanahotels.com
Tel: +6046468000
W/A: +60186880010

21 ulasan:

  1. Wowwww sekali nengok menunyaaa...sedap-sedap semuanyaaa...

    BalasPadam
  2. OMG kerang rebus tu!!!!!!!!!!!!!! fev sy!!! alamak why penang why?? T.T btw slm perkenalan dr sy suzai :)

    BalasPadam
  3. Bestnyaaa! 101 resepi turun temurun tokwan. Memang superblah! Rugi kalau tak cuba ni. Tengok hidangan dia pon dah terliur . Kalau ada rezeki ke sana, memang best bila bawa family sekali berbuka. Semoga ada rezeki.

    BalasPadam
  4. fuyohhh hidangan tok wan! rare betul nama dia . confirm sedap dan banyak gila makanan asli melayu kan? kalau pergi penang bolehlah cuba rasa nanti .ehehe tq share

    BalasPadam
  5. Nama pun sangat berwarisan , menu2 pun banyak dan menyelerakan ..

    BalasPadam
  6. I tak nak tengok lain . Teringin rendang ngan kambing golek tu. Serious meriah buffet ramadhan tahun ni.Memang nak pi try nanti.

    BalasPadam
  7. wow! ada lebih 100 menu yang dihidangkan? haha! memang kalau tak kenyang juga tak tahu lah. berbaloi betul bufet ramadan dia ni. dah boleh masuk dalam senarai tempat buka puasa untuk tahun ni.

    BalasPadam
  8. ala kenapa penang tu dekat sangat EL oiii.. sedap sangat tengok menu yang ada tu haa..

    BalasPadam
  9. Yang kambing tu yang mesti orang serbu punya. But harga die not bad la kan. Harga standard voucher buffet ramadan. Tapi boleh kata antara yang termurah untuk buffet ramadan hotel

    BalasPadam
  10. Hadoi.... Tengah sedap teruja terliur tergoda kat kambing tergolek tu tup tup rupanya kat Penang! Frust kita awak.... Nina save bookmark dulu, nanti sampai Penang kita terjah!

    BalasPadam
  11. Yummy!! Nampak sedap sangat. Should try this buffet also.

    BalasPadam
  12. wahhhh nampak eksklusif betul ya tempat berbuka nie. macam org have2. mesti seronok kalau dapat bawa family berbuka puasa di sini nanti. harganya pon berpatutan dan pilihan makanan pelbagai.

    BalasPadam
  13. wah, kalau bulan puasa berjalan ke penang, dah ada tempat nak berbuka.

    BalasPadam
  14. banyak makana yang sedap2 lah kat sini..penang x pernah kalah tang makanan semuanya sedap..memang puas hati..apatah lagi kat hotel lagilah nampak esklusif dan lebih menarik

    BalasPadam
  15. Suka tengok suasana tempat makan nya.. nampak tersusun dan eksklusif.. kalau ada peluang nak juga merasa makan kat sini.. boleh lah singgah kalau lalu kat area tu ke kan

    BalasPadam
  16. Ya ampun kak El.. Perut kita terus berbunyi bunyi tengok makanan tu haaa..
    Semua sedap sedap. Menggoda betul la. Haha
    Rasa nak terjah sekarang je tau..

    BalasPadam
  17. Kita kat shah alam cuma mampu melihat dan mengimiginasikan buffet di vistana hotel yang nun jauh ke utara. I love traditional foodssss! Just love it tepek gambar nasi kerabu im sold!

    BalasPadam
  18. Perghhh meriah betul menu juadah berbuka puasa kat vistana ni. Kalau bawak sekeluarga berbuka puasa kat sini mesti meriah

    BalasPadam
  19. Bestnya makan buffet Ramadan. Lagi lagi bab kambing golek tu. Harga pun takde lah mahal sangat. Memang berbaloi ni kalau pergi

    BalasPadam
  20. Menggugat iman betul tgok menu2 dia..kambing tu..fuhhh, kerang tu..adohaiii. kalau dekat dah terjah masa puasa nanti, malangnya jauh sgt

    BalasPadam
  21. Tgk ketupat dia tu... Fuhhhh terliur betul laaaa

    BalasPadam