JIMAT TRAVEL DENGAN TRAVELOKA SALE-ABRATION DAN MATTA FAIR 2019 - LIFESTYLE BLOGGER

Khamis, 7 Mac 2019

JIMAT TRAVEL DENGAN TRAVELOKA SALE-ABRATION DAN MATTA FAIR 2019


Assalamualaikum. Selamat petang semua

Pejam celik pejam celik dah masuk March 2019. Wow cepatnya masa berlalu. Tahun ini sangat-sangat mencabar El dari segi kesihatan, pekerjaan dan keluarga. Tetapi so far alhamdulilah semuanya dipermudahkan. Apa yang korang telah capai setakat March ini? Korang nak tahu tak apa yang ada dalam kotak fikiran El sekarang? I NEED A HOLIDAY!!!Seriously lama ok kami tak berholiday luar dari Penang since tahun lepas


 Tak lama lagi hujung bulan March ni dah cuti sekolah, pasti ramai juga yang dah merancang untuk bercuti bersama keluarga atau rakan-rakan. Matta Fair Promo dah start wei

Dah lama El teringin nak pergi holiday ke Terengganu. Apa yang menariknya di sana?Of courselah makanan, pantai yang cantik dan banyak tempat-tempat yang menarik dikunjungi. Jom rancang untuk travel dengan Traveloka Sale-abration dan Matta Fair 2019! Sebelum itu, jom kita tengok apa yang menarik di Terengganu

Masjid Kristal


Ramai dah tengok kawan-kawan share bergambar di sini. Mesti kena singgah sini. Masjid Kristal katanya dibina berkonsepkan moden dan unik. Dibina dan dirasmikan pada tahun 2008 menelan kos jutaan ringgi dan hanya menggunakan bahan besi keluli, kaca dan kristal sahaja. Masjid Kristal ini adalah masjid pintar pertama di Malaysia

Taman Tamadun Islam

gambar ehsan dari google

Tak payah dah pergi ke luar negara dekat Taman Tamadun Islam boleh tengok monumen-monumen Islam yang mengumpulkan mini monumen Islam yang terkenal dan bersejarah dari serata dunia seperti Masjidil Haram, Taj Mahal dan banyak lagi. Kesemuanya ada 22 buah dari 21 buah negara dari benua Asia, Eropah dan Afrika. Apa yang menarik monumen ini dibina sebijik macam bangunan yang sebenar

Pasar Payang

gambar ehsan dari google

Pasar Payang ada gerai jualan barang basah dan gerai jualan kuih-muih tradisional Terengganu dan kain batik berbeza di tempat lain, batik di sini kata orang, lebih cantik, moden dan sesuai dengan citarasa orang muda. Selain batik, korang juga boleh layan songket, barang tembaga, batu permata, sutera dan capal di tingkat ini. Bolehlah korang cari keropok dan telur penyu

Pantai Batu Buruk

gambar ehsan dari google

Korang pun tahukan, Terengganu memang terkenal sebab pantainya cantik. Pantai ini mendapat namanya bukan disebabkan ianya tidak cantik. Akan tetapi nama Batu Buruk merujuk kepada batu-batu yang membentuk pulau kecil yang timbul di dalam laut bertentangan dengan pantai. Batu-batu inilah yang digelar Batu Buruk (atau Burok). 

Pulau Redang


gambar ehsan dari google

Pulau Redang merupakan pusat peranginan yang terkenal dan cukup relaks di Malaysia dengan pasir putihnya, terletak di perairan Laut China Selatan merupakan salah satu daripada sembilan buah pulau yang membentuk taman laut Kepulauan Redang, serta tapak pemuliharaan penyu yang penting. Pasirnya putih dan airnya jernih, dengan batu karang dan ikan 

Ikan Celup Tepung (ICT Warong Pok Nong)

gambar ehsan dari google
Kalau melancong ke Terengganu tak sah kalau tak singgah untuk makan Ikan Celup Tepung yang popular di Terengganu ni. Banyak juga gerai-gerai yang menyajikan ICT ni tapi yang paling popular ialah di Warong Pok Nong. Warung Pok Nong ini terletak di tepi pantai. Sambil makan boleh menghirup udara pantai yang santai. Menu paling popular di gerai Pok Nong katanya Sotong Guntingnya.

Rancang perjalanan

Persiapan awal yang perlu korang sediakan ialah cari hotel dan tiket penerbangan. Banyak laman web menawarkan harga hotel dan tiket penerbangan yang berbeza-beza. So, korang kena pandai buat perbandingan yang mana menepati budget korang.


Kali ini El plan untuk naik kapal terbang dengan Traveloka Matta Fair since this all in one, sangat mudah dan harganya pun sangat berpatutan. Lagipun Traveloka Sale-bration coming soon. Dengarnya banyak tawaran dengan harga yang menarik

Apa itu Traveloka

Traveloka merupakan website yang menawarkan perkhidmatan menempah tiket kapal terbang dan hotel ke mana jua destinasi yang korang nak pergi baik di dalam negara mahupun di luar negara. Berita baik untuk korang yang kaki travel, Traveloka Saleabration kini kembali dengan pelbagai jenis promosi istimewa pelancongan sempena Matta Fair  2019

Apa itu Matta Fair

Matta Fair merupakan penganjuran pesta pelancongan dari Persatuan ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) untuk orang ramai. Di pesta ini korang boleh dapat harga promosi bagi setiap pakej pelancongan di dalam dan luar negara dengan harga yang cukup berpatutan. Umum tahu yang Matta Fair event ini untuk rakyat Malaysia setiap tahun yang merancang percutian dengan tawaran/promo yang menarik. So, selain Matta Fair, sekarang boleh juga check out Traveloka Sale-abration untuk dapatkan tawaran/promo yang menarik juga.

Why choose Traveloka? Atau ape kelebihan Traveloka 


Kenapa korang patut memilih percutian ini dengan Traveloka?Ini adalah kerana Traveloka adalah sebuah syarikat teknologi terkemuka yang menyediakan penerbangan dan tempahan perkhidmatan hotel dalam talian yang berpangkalan di Jakarta. Menggunakan teknologi traveloka, anda mampu untuk segera mencari flight berharga yang paling murah dan hotel tanpa sebarang yuran tersembunyi tambahan

Jika korang seorang traveller dan ingin jimat kos travelling (hotel dan flight), maka Traveloka adalah pilihan bijak anda. Kenapa?Apa yang best sangat tentang Traveloka ni?Ok Traveloka boleh bandingkan harga dalam satu page. Selalunya kita kalau nak tempah tiket flight akan buka website syarikat penerbangan tu satu per satu untuk bandingkan harga tiketkan?Tetapi dengan Traveloka korang hanya perlu pilih tarikh kemudian Traveloka akan bandingkan sendiri untuk korang. OMG..senangkan! 


Selain itu korang boleh menggunakan applikasi Traveloka di mobile. Hanya installed Traveloka di mobile korang dan korang oleh memilih percutian yang korang impikan bersama Traveloka heyy. Di Traveloka juga korang boleh menikmati promosi yang menarik tau.

Dengan Traveloka + Matta Fair, korang tak payah nak bersesak-sesak kat event Matta Fair tu. Jangan pening-peningkan kepala korang tu. Just pergi kat Traveloka online ataupun Traveloka Apps, ha korang boleh dah nak tengok promosi online diorang!

Jangan lupa untuk checkout Matta Fair 2019 dan Traveloka Sale-abration yang pastinya berbaloi-baloi untuk budget travel korang ok




22 ulasan:

  1. Banyaknya tempat menarik do Traveloka. I'm planning to go to Matta Fair to grab some of this deals.

    BalasPadam
  2. terangganu memang best...last time pergi sana drive sendiri pergi balik...masyaAllah jauh sungguh dan memamng penat..kalau camni tahu ada traveloka patut guna jer dari awal..jimat dan tak penat...sampai sana boleh sewa kereta untuk jalan2...

    BalasPadam
  3. Bestnya pergi melancong. Dah lama tak melancong. Huhuh. Tapi Traveloka ni selalu buat promo kan? Nanti nak donwload apps dia la. Boleh tengok promo yang ada.

    BalasPadam
  4. cuti sekolah dah around the corner. hmm sangat tak sabar nak bercuti dengan anak2. Bercuti ni yang syoknya nak tengok view tempat tu, makanan dia dan sure nak spend banyak masa dengan family. bolehla usha-usha traveloka pula

    BalasPadam
  5. Sedihnya tengok orang bercuti tahun ni..sis tahun ni kena dok umah je, tak leh gi jauh2 sb anak ada exam pt3, byk pulak kelas tambahan. So mama terpaksa berkorban travel utk tahun ni. Next year lah pulak check traveloka ni..:)

    BalasPadam
  6. Selalu gak guna servis traveloka. senang nak book hotel. Yey! Esok nak ke Penang plak.cuti kat sana plak..lama tak gi penang

    BalasPadam
  7. Traveloka ni mmg best sbb senang nak buat pilihan & booing tempat kan. Skrg pun tgh plan dgn husband nak gi jejalan cuti skolah nanti.

    BalasPadam
  8. Kita pun tengah rancang nak bercuti ni. .Tunggu traveloka saleabration

    BalasPadam
  9. Ya Ampun! Saja je kan buat nak travel lagi ni, huwarrrr. Moga ada rezeki dapat berjalan lagi pasni, tak sabar nak tunggu Matta Fair gak ni,hehehehe

    BalasPadam
  10. nice share.. kali terakhir ke terengganu, pi kahwin.. eh, bukan, pi kenduri kahwin sepupu... hehehe

    BalasPadam
  11. wow! Traveloka dengan Matta Fair, mesti dapat pakej yg amat menarik ni! nak suff jugak.

    BalasPadam
  12. Sama..terengganu tengah melambai2 nih..Tapi kena pilih tarikh dulu sebab tahun ni sibuk sikit dengan anak nak periksa UPSR. Kena guna traveloka la untuk booking awal.

    BalasPadam
  13. Dengan taveloka ni memang nak pergi mana mana mudah dan murah kan. Ishhh Terengganu melambai lambai pulak ni hah

    BalasPadam
  14. Sebenarnya ada plan nak ke pulau redang. Tapi belum pasti lagi bila.

    BalasPadam
  15. Kami pun guna traveloka. Senang dan jimat..

    BalasPadam
  16. Wahh Traveloka ada buat sale, boleh lah terjah website dia orang kejap lagi.

    BalasPadam
  17. Ngammm! kebetulan sis tengah cari travel package for my family trip. Nanti sis check their site ok.

    BalasPadam
  18. This is a must visit place, I suppose. This attractive monument is built like a real building!

    BalasPadam
  19. Bestnya. Rasa lama dh tak ke luar negara. Kena ambil peluang ni sis

    BalasPadam
  20. ahh rindunyaa nak pi Terengganu lagi..

    BalasPadam
  21. It is very convenient that there is a website that offers flights and hotel booking services, wherever you are.

    BalasPadam
  22. Many sites offer different prices for hotels and flights, and that is why it is necessary to find the best offer for you.

    BalasPadam