03/01/2019 - 04/01/2019 - LIFESTYLE BLOGGER

Khamis, 21 Mac 2019

DE ARTE S PENANG | HOMESTAY PULAU PINANG

9:45 PG 2
DE ARTE S PENANG | HOMESTAY PULAU PINANG
Cuti raya cina yang lepas, mak, family abang dan family adik datang melawat El. Mula-mula tu memang El plan nak balik kampung. Tapi budak-budak tu ada tuisyen pula. Sayang pula nak ponteng. Ahad tu Alana tuisyen. Isnin si abang pula tuisyen. Raya Cina hari Selasa dan Rabu jer cuti. Manalah puas kalau balik kampung. 

Last2 adik call bagi tau takpalah kak, kami datang Penang sambil2 tu boleh jenjalan n cari makan. Adik dah booking homestay dekat jer dengan rumah El, Apartment De Arte S. Rutin ambil budak2 tu balik sekolah memang lalu situ. Belakang USM jer. Tengok building De Arte S tu memang unit, berlengkok-lengkok. Lepas tu tengah2 macam ada satu telur seakan-akan mata. Depa duk kata Eye of Penang gitu haha.


gambar ehsan google

Adik booking 2 malam melalui booking.com. Katanya kalau melalui booking.com murah sikit 2 malam RM500 jer. Kalau melalui ejen RM400 lebih katanya. Ada 3 bilik, kitchen, 3 bilik air, balcony, lift terus ke rumah, pool, parking 2 kereta, wifi, mesin basuh etc. Kedai mart dan kedai makan ada je kat area shoplot luar situ. Ramai jer student2 usm lepak2 makan kat bawah tu



gambar ehsan google




Pool dia memang cantik. Ada 3 layer. Tapi kena pakai swimsuit yea. Kalau tak memang security tak bagi. Ada camera dekat situ. Kalau diorang nampak. Diorang akan charge dalam bill RM50 tak silap  hihi. So hari tu memang budak2 jer lah mandi. 



Yang best kat sini. Naik lift sampai depan pintu rumah ok. Sejenis jakun jugaklah sebab 1st time haha


Ruang Tamu


Ruang makan


Dapur
  

Bilik Utama


Bilik kedua


Bilik ketiga


Ada 3 bilik air



Balkoni

Actually, homestay ini baru jer dibuka. Kami orang pertama stay situ. So tak banyak sgt kelengkapan terutama alat untuk memasak dan dapur gas tak ada. So mujurlah rumah El dekat jer situ. Dah penat makan kat luar, terus pergi rumah El pula. Tu yang El tak sempat nak ambil gambar semua. Otak duk pikir nak masak apa jer hahaha. Mujur adik ada ambil gambar semua ni

Khamis, 7 Mac 2019

JIMAT TRAVEL DENGAN TRAVELOKA SALE-ABRATION DAN MATTA FAIR 2019

8:24 PG 22
JIMAT TRAVEL DENGAN TRAVELOKA SALE-ABRATION DAN MATTA FAIR 2019

Assalamualaikum. Selamat petang semua

Pejam celik pejam celik dah masuk March 2019. Wow cepatnya masa berlalu. Tahun ini sangat-sangat mencabar El dari segi kesihatan, pekerjaan dan keluarga. Tetapi so far alhamdulilah semuanya dipermudahkan. Apa yang korang telah capai setakat March ini? Korang nak tahu tak apa yang ada dalam kotak fikiran El sekarang? I NEED A HOLIDAY!!!Seriously lama ok kami tak berholiday luar dari Penang since tahun lepas


 Tak lama lagi hujung bulan March ni dah cuti sekolah, pasti ramai juga yang dah merancang untuk bercuti bersama keluarga atau rakan-rakan. Matta Fair Promo dah start wei

Dah lama El teringin nak pergi holiday ke Terengganu. Apa yang menariknya di sana?Of courselah makanan, pantai yang cantik dan banyak tempat-tempat yang menarik dikunjungi. Jom rancang untuk travel dengan Traveloka Sale-abration dan Matta Fair 2019! Sebelum itu, jom kita tengok apa yang menarik di Terengganu

Masjid Kristal


Ramai dah tengok kawan-kawan share bergambar di sini. Mesti kena singgah sini. Masjid Kristal katanya dibina berkonsepkan moden dan unik. Dibina dan dirasmikan pada tahun 2008 menelan kos jutaan ringgi dan hanya menggunakan bahan besi keluli, kaca dan kristal sahaja. Masjid Kristal ini adalah masjid pintar pertama di Malaysia

Taman Tamadun Islam

gambar ehsan dari google

Tak payah dah pergi ke luar negara dekat Taman Tamadun Islam boleh tengok monumen-monumen Islam yang mengumpulkan mini monumen Islam yang terkenal dan bersejarah dari serata dunia seperti Masjidil Haram, Taj Mahal dan banyak lagi. Kesemuanya ada 22 buah dari 21 buah negara dari benua Asia, Eropah dan Afrika. Apa yang menarik monumen ini dibina sebijik macam bangunan yang sebenar

Pasar Payang

gambar ehsan dari google

Pasar Payang ada gerai jualan barang basah dan gerai jualan kuih-muih tradisional Terengganu dan kain batik berbeza di tempat lain, batik di sini kata orang, lebih cantik, moden dan sesuai dengan citarasa orang muda. Selain batik, korang juga boleh layan songket, barang tembaga, batu permata, sutera dan capal di tingkat ini. Bolehlah korang cari keropok dan telur penyu

Pantai Batu Buruk

gambar ehsan dari google

Korang pun tahukan, Terengganu memang terkenal sebab pantainya cantik. Pantai ini mendapat namanya bukan disebabkan ianya tidak cantik. Akan tetapi nama Batu Buruk merujuk kepada batu-batu yang membentuk pulau kecil yang timbul di dalam laut bertentangan dengan pantai. Batu-batu inilah yang digelar Batu Buruk (atau Burok). 

Pulau Redang


gambar ehsan dari google

Pulau Redang merupakan pusat peranginan yang terkenal dan cukup relaks di Malaysia dengan pasir putihnya, terletak di perairan Laut China Selatan merupakan salah satu daripada sembilan buah pulau yang membentuk taman laut Kepulauan Redang, serta tapak pemuliharaan penyu yang penting. Pasirnya putih dan airnya jernih, dengan batu karang dan ikan 

Ikan Celup Tepung (ICT Warong Pok Nong)

gambar ehsan dari google
Kalau melancong ke Terengganu tak sah kalau tak singgah untuk makan Ikan Celup Tepung yang popular di Terengganu ni. Banyak juga gerai-gerai yang menyajikan ICT ni tapi yang paling popular ialah di Warong Pok Nong. Warung Pok Nong ini terletak di tepi pantai. Sambil makan boleh menghirup udara pantai yang santai. Menu paling popular di gerai Pok Nong katanya Sotong Guntingnya.

Rancang perjalanan

Persiapan awal yang perlu korang sediakan ialah cari hotel dan tiket penerbangan. Banyak laman web menawarkan harga hotel dan tiket penerbangan yang berbeza-beza. So, korang kena pandai buat perbandingan yang mana menepati budget korang.


Kali ini El plan untuk naik kapal terbang dengan Traveloka Matta Fair since this all in one, sangat mudah dan harganya pun sangat berpatutan. Lagipun Traveloka Sale-bration coming soon. Dengarnya banyak tawaran dengan harga yang menarik

Apa itu Traveloka

Traveloka merupakan website yang menawarkan perkhidmatan menempah tiket kapal terbang dan hotel ke mana jua destinasi yang korang nak pergi baik di dalam negara mahupun di luar negara. Berita baik untuk korang yang kaki travel, Traveloka Saleabration kini kembali dengan pelbagai jenis promosi istimewa pelancongan sempena Matta Fair  2019

Apa itu Matta Fair

Matta Fair merupakan penganjuran pesta pelancongan dari Persatuan ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) untuk orang ramai. Di pesta ini korang boleh dapat harga promosi bagi setiap pakej pelancongan di dalam dan luar negara dengan harga yang cukup berpatutan. Umum tahu yang Matta Fair event ini untuk rakyat Malaysia setiap tahun yang merancang percutian dengan tawaran/promo yang menarik. So, selain Matta Fair, sekarang boleh juga check out Traveloka Sale-abration untuk dapatkan tawaran/promo yang menarik juga.

Why choose Traveloka? Atau ape kelebihan Traveloka 


Kenapa korang patut memilih percutian ini dengan Traveloka?Ini adalah kerana Traveloka adalah sebuah syarikat teknologi terkemuka yang menyediakan penerbangan dan tempahan perkhidmatan hotel dalam talian yang berpangkalan di Jakarta. Menggunakan teknologi traveloka, anda mampu untuk segera mencari flight berharga yang paling murah dan hotel tanpa sebarang yuran tersembunyi tambahan

Jika korang seorang traveller dan ingin jimat kos travelling (hotel dan flight), maka Traveloka adalah pilihan bijak anda. Kenapa?Apa yang best sangat tentang Traveloka ni?Ok Traveloka boleh bandingkan harga dalam satu page. Selalunya kita kalau nak tempah tiket flight akan buka website syarikat penerbangan tu satu per satu untuk bandingkan harga tiketkan?Tetapi dengan Traveloka korang hanya perlu pilih tarikh kemudian Traveloka akan bandingkan sendiri untuk korang. OMG..senangkan! 


Selain itu korang boleh menggunakan applikasi Traveloka di mobile. Hanya installed Traveloka di mobile korang dan korang oleh memilih percutian yang korang impikan bersama Traveloka heyy. Di Traveloka juga korang boleh menikmati promosi yang menarik tau.

Dengan Traveloka + Matta Fair, korang tak payah nak bersesak-sesak kat event Matta Fair tu. Jangan pening-peningkan kepala korang tu. Just pergi kat Traveloka online ataupun Traveloka Apps, ha korang boleh dah nak tengok promosi online diorang!

Jangan lupa untuk checkout Matta Fair 2019 dan Traveloka Sale-abration yang pastinya berbaloi-baloi untuk budget travel korang ok