MASA MANDI LEBIH MENYERONOKKAN DENGAN CARRIE JUNIOR BUBBLY BAR | MEMBERSIH SAMBIL MELEMBAPKAN KULIT SECARA SEMULAJADI - LIFESTYLE BLOGGER

Isnin, 25 Februari 2019

MASA MANDI LEBIH MENYERONOKKAN DENGAN CARRIE JUNIOR BUBBLY BAR | MEMBERSIH SAMBIL MELEMBAPKAN KULIT SECARA SEMULAJADI


Masa mandi adalah lebih daripada sekadar rutin; ia adalah masa yang tepat dan berharga untuk mengeratkan hubungan. Ia merupakan rutian harian yang boleh memberi manfaat kepada kanak-kanak melalui belaian kasih sayang yang lebih dari ibu bapa dan penjaga. Mandi dapat membantu si manja untuk berehat dan setiap sentuhan fizikal memberikan mereka keyakinan terhadap kasih sayang dari ibu bapa. 


CARRIE JUNIOR- sebuah jenama yang dipercayai dalam kelengkapan mandian kanak-kanak memperkenalkan keseronokan masa mandi dengan CARRIE JUNIOR Bubbly Bar. Produk CARRIE JUNIOR Bubbly Bar baharu ini memberikan sebuah pengalaman baru yang lebih menyeronokkan di dalam bilik mandi. Sabun buku mandian baharu dengan hiasan imej 3D CARRIE yang timbul dipermukaan sabun hadir dalam 3 warna terang dan menarik iaitu merah jambu, hijau dan biru sesuai dengan setiap variannya.



CARRIE JUNIOR Bubbly Bar ini merupakan sabun Gliserin, menjadikannya lebih lembut pada kulit daripada kebanyakan sabun. Gliserin berasal dari minyak tumbuhan semulajadi menjadikan sabun ini mempunyai bacaan pH lebih rendah berbanding sabun lain. Ia membersihkan sambil memberikan lapisan perlindungan kelembapan, agar kulit kekal lembap. Gliserin yang terkandung di dalam CARRIE JUNIOR Bubbly Bath juga bertindak sebagai humektan, memberikan kelembapan pada kulit agar terhidrasi sepanjang masa. Humektan tidak menjadikan kulit berminyak sebaliknya menjadikan kulit lebih lembut. CARRIE JUNIOR Bubbly Bar diuji secara dermatologi, sesuai untuk semua jenis kulit, sangat lembut dan tidak mengasari permukaan kulit; apabila digunakan bersama air, ia mempunyai kesan yang menenangkan dan juga melembutkan kulit.


Pastikan kulit anak anda sentiasa terhidrasi, ia dapat melembapkan kulit sehingga beberapa jam selepas mandi. Pengunaan CARRIE JUNIOR Bubbly Bar yang berterusan menjadikan kulit lembut dan gebu. Menyental dengan sabun ketika mandi juga merupakan terapi yang dapat melegakan tubuh badan.


CARRIE JUNIOR Bubbly Bar hadir dalam 3 aroma buah-buahan paling menarik dan laris daripada rangkaian mandian CARRIE iaitu Groovy Grapeberry, Cheeky Cherry dan Double Milk menjadikan kulit sentiasa segar dan bersih. CARRIE JUNIOR Bubbly Bar dirumus khas dengan kandungan istimewa Carrie Junior, Fruito-E yang merupakan gabungan semulajadi ekstrak buah-buahan. Fruito-E diperkaya dengan vitamin dan nutrient untuk membantu menyuburkan dan melembapkan kulit.


Kini kanak-kanak boleh menikmati lebih keseronokan di dalam bilik mandi kerana CARRIE JUNIOR Bubbly Bar turut hadir dengan mainan rahsia di dalam setiap kotak. .


Pagi tadi ada drama nak pergi sekolah, si kecil mama el dah menangis-nangis tak mau pergi sekolah sebab dah 2 hari tak pergi sekolah minggu lepas sebab demam. Ditambah pula kakak dan abang tak sekolah hari ini sebab sabtu lepas ada sukan dan merentas desa so hari ini cuti. Lagilah si kecil mama tu tak nak pergi sekolah.


Mujur ada carrier junior penyelamat situasi. Sedih bertukar seronok dapat mandi dengan sabun terbaru dari carrier junior. Budak-budak ni memang suka dengan carrie junior. 


Kemain seronok hari ini si kecil mama pergi sekolah yea..
.
CARRIE JUNIOR Bubbly Bar boleh didapati di kedai runcit utama, pasar raya, pasar besar di seluruh negara; sabun buku seberat 100gm ini berharga RM4.00 (Semenanjung Malaysia) dan RM4.20 (di Sabah Sarawak) setiap satu


16 ulasan:

  1. jgn ckp budak kecik. sis yg besar ni pun still pakai brand ni..bedak and sabun mandi hehehe. wangi and best.

    BalasPadam
  2. We always use their shower gel. Haven't tried the soap bar before

    BalasPadam
  3. Alololo..comel tgk sabun baru CJ ni.. Hehe.. Kita org dewasa pon guna juga brand ni.. Hahaha.. Bau dia wangi kan

    BalasPadam
  4. Zaza suka gila dgn bau dari produk2 cerrie junior ni.. Ni sabun terbaru pulak eh.. Boleh cari lah nanti

    BalasPadam
  5. baru tau carrier junior ade sabun yg jenis bar..kene pi carik jugak ni

    BalasPadam
  6. mesti wangi kan. sukalah budak-budak ara sabun ketul macam ni.

    BalasPadam
  7. eh..Carrie Junior dan ada dalam bentuk bar .. nak cuba la nanti. Comel sabun nya

    BalasPadam
  8. Nad dah guna warna biru.. Sedap baunya wangi... Anak-anak pun suka lagi tgk gmbr elephant.. Seronok diaorg mandi

    BalasPadam
  9. Suka juga bau sabun ni. Wangikan ?Gosok sket kat sponge dia dah buih banyak tau

    BalasPadam
  10. Hah best nyer, pagi pagi mandi dengan mandian yang wangi ni, segar bugar nak ke sekolah.

    BalasPadam
  11. Ini bukan budak2 je suka, mak cik budak pun suka hehe. carrie junior wangi kot

    BalasPadam
  12. Ada 3 bauan ye. Nanti nak beli la. Selalu pakai yang jenis cecair tu je.

    BalasPadam
  13. Bukan budak je suka, zira pun suka Carrey junior ni Kalau beli banyk pun tak bazir sbb budak boleh guna

    BalasPadam
  14. Many sites offer different prices for hotels and flights, and that is why it is necessary to find the best offer for you.

    BalasPadam
  15. Children's cosmetics require special attention and responsibility when choosing certain products when applied by a child.

    BalasPadam