KEMBALI KE SEKOLAH BERSAMA KIT PEMBASMI KUMAN ANTABAX - LIFESTYLE BLOGGER

Rabu, 30 Januari 2019

KEMBALI KE SEKOLAH BERSAMA KIT PEMBASMI KUMAN ANTABAX

Adakah anda bimbang ketika hendak menghantar anak ke sekolah untuk sesi persekolahan tahun 2019, terutama jika mereka akan memasuki pra-sekolah buat kali pertama atau beralih ke sekolah rendah? Walau kanak-kanak mungkin rasa sangat teruja kerana akan bertemu kawan-kawan baru, Antabax memahami perasaan ibu bapa mengenai aspek kebersihan anak-anak.


Pada tahun 2018, sebanyak 58,693 kes Penyakit Tangan Kaki dan Mulut (HFMD) dilaporkan sehingga 6 September 2018. Angka ini 127% lebih tinggi berbanding keseluruhan kes yang dilaporkan pada tahun 2017 dalam tempoh sama.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit menganggarkan 80 peratus jangkitan tersebar menerusi tangan. Justeru, memastikan tangan sentiasa bersih dapat mencegah penyakit berjangkit daripada merebak. Dengan mengamalkan kebersihan tangan, risiko dijangkiti penyakit berjangkit seperti influenza, keracunan makanan serta Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut (HFMD) dalam kalangan pelajar dan keluarga mereka dapat dikurangkan.


Tetapi, air bersih mungkin tidak ada sepanjang masa bagi membolehkan anak kecil anda membersihkan tangan mereka daripada kuman. Kit pembasmi kuman dapat membantu anak anda!

Kit Pembasmi Kuman Antabax, Rakan Kebersihan Anak Anda

Untuk memberi ketenangan minda, bekalkan anak anda dengan Kit Pembasmi Kuman Antabax (Antabax Sanitizing Kit). Kit tersebut mengandungi Antabax Antibacterial Cleansing Wipes, Instant Hand Sanitizer dan Hand Sanitizer Spray, yang mudah dimuatkan di dalam beg galas anak anda. Ianya padat dan mudah digunakan untuk situasi di sekolah dan dalam kelas apabila air bersih mungkin tidak tersedia ada.


 Rangkaian produk pembersih Antabax dapat membantu membunuh 99.9% kuman berbahaya. Ia juga diformulasi dengan vitamin untuk kulit dan Aloe Vera untuk memastikan kulit sentiasa sihat dan lembab. Sistem Perlindungan Derma yang mengandungi Serum Lembapan Mikro akan menjadikan tangan lebih lembut, licin dan segar. Diuji secara dermatologi dan terbukti lembut ke atas kulit yang paling sensitif, rangkaian pembersih Antabax sesuai untuk digunakan setiap hari, walaupun oleh anak-anak kecil.


 Menurut Pengurus Kanan Produk Jabatan Isi Rumah dan Penjagaan Peribadi, bahagian Pemasaran Lam Soon, Mandy Lee, penjagaan kebersihan tangan harus diamalkan sejak usia muda kerana ia akan menjadi satu tabiat yang baik dan diingati sehingga mereka membesar. 


“Sebagai ibu, saya juga berasa bimbang anak-anak mendapat jangkitan di sekolah. Sebab itulah penting bagi ibu bapa mengajar anak kecil mengenai kebersihan tangan, bagaimana untuk membasuh tangan dengan betul dan bila hendak membasuh tangan yang kotor kerana ia merupakan cara paling mudah untuk penyakit berjangkit boleh merebak. Matlamat kami ialah untuk menjadikan penjagaan kebersihan yang baik satu amalan.”


“Dalam ketiadaan air bersih dan sabun, Kit Pembasmi Kuman Antabax boleh menjadi alternatif terbaik untuk membersihkan tangan dengan cepat dan mudah. Kit ini sangat berguna untuk membersihkan tangan dan permukaan seperti meja dan barangan peribadi. Di tahun yang baru ini, kami ingin mengingatkan tentang pentingnya mengamalkan tabiat membersihkan tangan untuk mengurangkan risiko dijangkiti penyakit berjangkit,” kata Lee.  


Jumaat lepas kebetulan anak lelaki El ada kem ketahanan diri di sekolah. Ini adalah pertama kali dia tidur berjauhan dengan keluarga. Haha tak ada lah lama mana pun 1 malam sahaja. Tapi kerisauan tu tetap ada. Ibu mana tak risaukan. Tapi anak lelaki El relax sahaja. Dia memang dah lama berdikari. Almaklumlah anak sulung. 


Mujur ada Kit Pembasmi Kuman dari Antabax ni. Dengan kit ini El yakin anak El sentiasa bersih dan dilindungi.


Kit Pembasmi Kuman ini bukan sahaja boleh digunakan oleh kanak-kanak malah seisi keluarga. So bolehlah bawa travel pack ini kemana sahaja. 

Kit Pembasmi Kuman Antabax boleh didapati di farmasi-farmasi dan peruncit utama di seluruh negara. Untuk keselesaan anda, ia juga boleh dibeli menerusi e-stor Antabax di laman Lazada www.lazada.com.my/antabax .

Untuk menjadi sebahagian daripada komuniti Antabax dan mengikuti tip-tip kebersihan terbaik bagi menjalani gaya hidup yang sihat dengan penuh keyakinan, sila “Like” Facebook Antabax di www.facebook.com/NewAntabax atau ikuti Instagram rasmi Antabax di @antabax.


23 ulasan:

  1. Senang bila ada kit macam ni kak El, nak bawa ke mana mana pun mudah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. KARNA RASA HATI YANG GEMBIRA BERKAT BANTUAN AKI SOLEH
      MAKANYA SENGAJA NAMA BELIAU SAYA CANTUNKAN DI INTERNET…!!!!

      assalamualaikum wr, wb, saya YUSUF saya Mengucapkan banyak2
      Terima kasih kepada: AKI SOLEH
      atas nomor togelnya yang kemarin AKI berikan "4D"
      alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI
      dan berkat bantuan AKI SOLEH saya bisa melunasi semua hutan2…
      orang tua saya yang ada di BANK BRI dan bukan hanya itu AKI alhamdulillah,
      sekarang saya sudah bisa bermodal sedikit untuk mencukupi kebutuhan keluarga saya sehari2.
      Itu semua berkat bantuan AKI SOLEH sekali lagi makasih banyak ya, AKI
      yang ingin merubah nasib
      seperti saya...?
      SILAHKAN GABUNG SAMA AKI SOLEH No; { 082-313-336-747 }

      Sebelum Gabung Sama AKI Baca Duluh Kata2 Yang Dibawah Ini
      Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini...!!
      1: Di kejar2 tagihan hutang..
      2: Selaluh kalah dalam bermain togel
      3: Barang berharga sudah
      terjual buat judi togel..
      4: Sudah kemana2 tapi tidak
      menghasilkan, solusi yang tepat..!
      5: Sudah banyak dukun ditempati minta angka ritual blom dapat juga,
      6: Pelet pemikat hati untuk pria
      7: Pesugihan tanpah tumbal
      8: Dukun santet paling ampuh
      satu jalan menyelesaikan masalah anda..
      Dijamin anda akan berhasil
      silahkan buktikan sendiri
      Atau Chat/Tlpn di WhatsApp (WA)
      No WA Aki : 082313336747

      TERIMA KASIH YANG PUNYA
      ROOM ATAS TUMPANGANYA SELAM KOMPAK SELALU

      (1)"http://angkaramalantogel.blogspot.co.id/"

      (2) "Pelet Khusus Untuk Pemikat Hati Pria"

      (3) "Ilmu Santet Ganas"

      (4) "Asli Pusat Pesugihan Putih Tanpa Resiko"

      Padam
  2. Bagus kalau setiap parent ada kit pembersih macam ni sebab loni mcm2 kuman dan virus yang ada..bila ada kit mcm ni senang nak bawa dan gunakan..

    BalasPadam
  3. Kit ni bagus untuk anak-anak. Zmn sekarang ni kena banyak berhati-hati dan ambil langkah pencegahan awal. InsyaAllah anak kita dijauhkan dari penyakit.

    BalasPadam
  4. yeah its must have for parent and kids we can teach them to use it too. Yeah good to have the travel size, my son too keeping for his school bag. I too have in my bag and in car too.

    BalasPadam
  5. Setiap orang mesti kena ada kit antabax ni. Sangat bagus. Dapat membasmi kuman ntk kita kan? Cx kena dapatkan juga ni untuk keluarga. Anak² yang kita dok risau dan pentingkan supaya sentiasa terjaga kebersihannya

    BalasPadam
  6. This is very good product. Easy to carry everywhere also.

    BalasPadam
  7. Saya pun pergi mana mana mesti bawak sanitizer dengan baby wipes. tapi tak pernah lagi fadzi jumpe yang jenis spray tu. rasa kalau pakai yang spray tu lagi senang

    BalasPadam
  8. Uishhh penting nie. Parents kena ambil berat soal kebersihan anak2. Tambah2 kat sekolah nie bukan leh caya sngt. Anak2 terdedah dgn kuman dan kotoran. Bagus ambil langkah berjaga2 dgn gunakan produk2 antibax nie

    BalasPadam
  9. Antabax memang sentiasa ada dalam hand bag, dalam laci, dekat rumah pon ada stok.. bonde kat pergi farmasi pasti beli tak sah tak ada antabax nih

    BalasPadam
  10. Btl la skrg pegi mana2 pun kena sentiasa bwk sanitizer ke sbb kuman kita tak nampak. Anak2 pulak suka pegang sana sini ikut dia je pulak tu. Tapi kalau dpt jenis spray tu senang nya. Anak2 leh handle sendiri je.

    BalasPadam
  11. Ianya sgt pentig utk pastikan anak2 kita terjaga kesihatannya....menghalang kumat hinggap di tangan anak2 kita...tq for sharing

    BalasPadam
  12. Wahhhhhh bagusla produk ni kan. Actually not product but mentality all human about healthy also kan. Pupuk minat anak-anak dengan semudah ini membuatkan anak-anak terus pentingkan apa yang dorang kena buat terutama dalam penjagaan kesihatan seharian bermula dengan bangun awal pagi :D

    BalasPadam
  13. Sangat lah penting sebab kita taktau kan tahap kebersihan. Wajib simpan satu dalam beg. Syira pun selalu bawak ke mana mana sebab nak bersihkan baby. Bila ada ni rasa terjamin sikit kan

    BalasPadam
  14. Bagus juga ada kit macam ni. Senang bawa bekalkan anak ke sekolah. At least mereka dilindunginkan hehe

    BalasPadam
  15. Bagus gak ada kit cam ni..boleh le anak2 bwk ke sekolah, tapi kdg2 bg bawak ke sekolah sekejap je dia pakai..bila dah leka..selebihnya simpan dlm beg. Bila check..banyak lagi tak berusik. Kena ingatkan selalu utk jaga kebersihan kat diorg ni

    BalasPadam
  16. Sekarang ni kebersihan kena jaga betul2 sebab penyakit berjangkit bersepah.. irra selalu la bebel kat anak2 pasal kebersihan ni.kita pulun jaga sebab sayang depa...kit camni elok la bg kat anak2 bawa g sekolah..

    BalasPadam
  17. Mouse mommy pun bagi MR bawa Antabax sanitiser set kat bag sekolah jugak. Kena jaga kebersihan diri supaya mengurangkan risiko terjangkit penyakit.

    BalasPadam
  18. Kita pun selalu juga pakai hand sanitizer sebab rasa basuh tangan dengan air dan sabun je x cukup bersi. Memang penting betul penjagaan dan kebersihan sekarang untuk elakkan penyakit.

    BalasPadam
  19. Antabax. Produk yang dipercayai.
    Comelnyaaaa packing dia tu.
    Mudah nak dibawa..

    BalasPadam
  20. I memang bawa antabax ni kemana mana sahaja sebab nak kasi bacteria-free... kalau budak yang sistem imun tak kuat baiklah mak ayah sediakan alatan ni supaya mereka tak mudah jatuh sakit... tapi kalau rumah bebas bakteria pun susahlah tak provock antibody nanti..

    BalasPadam
  21. Yeahh Ana pun ada set basmi kuman antabax ni. Memang simpan dalam beg je. Sebelum syafi g school wajib pakaikan dia sanitizer semua.

    BalasPadam
  22. This kit is useful for cleaning hands and surfaces, which will help your child avoid large numbers of germs.

    BalasPadam