HOSHINO COFFEE QUEENSBAY MALL PENANG - LIFESTYLE BLOGGER

Khamis, 20 Disember 2018

HOSHINO COFFEE QUEENSBAY MALL PENANG

Serba sedikit tentang Hoshino Coffee

Diasaskan pada 2011 di Jepun, Hoshino Coffee merupakan partnership antara Restoran Nippon (NRS) dengan D & N Coffee dan Restaurant Malaysia Sdn Bhd. NRS dikenali dengan menu makanan yang lazat, menyajikan lebih daripada 30 jenama makanan di Jepun manakala Doutor Coffee terkenal dengan kepakaran pembuatan kopinya lebih daripada 50 tahun, menjadi rangkaian kopi terbesar di Jepun.

Kepada pengemar-pengemar kopi tegar, Hoshino Coffee telah membuka outlet pertamanya di Malaysia, iaitu di Mid Valley Megamall Malaysia pada 3 Disember 2017 dengan menawarkan pelbagai hidangan dengan keunikkan setiap hidangan. 




Atas sambutan yang mengalakkan, Hoshino Coffee telahpun membuka outletnya yang ke-2 di Queensbay Mall, Pulau Pinang pada bulan Mac 2018 dan outlet Hoshino Coffee ke-3 terletak di Al Fresco, Plaza Gurney yang dibuka pada Julai 2018.

Kini Penangites boleh menikmati keunikkan pelbagai hidangan yang pastinya mencuit selera korang dan jangan lupa untuk menikmati kopi Hoshino yang tentunya lain daripada yang lain.






El suka dengan deko dan persekitaran restoran ini yang sangat cozy serta esklusif. Ha di sini juga korang boleh adakan pelbagai event seperti Birthday party, Anniversary dan sebagainya tetapi kenalah booking dulu. 



Bila korang ke Hoshino Coffee, korang wajib order kopi Hoshino. Dimana cara penyediaan kopi mereka sangat teliti dan serbuk kopi didatang khas serta segar. Mereka memanggangkan biji kopi yang terpilih dan menghidangkan kopi istimewa ini dengan "Hand Dripped". Korang juga perlu tunggu untuk dapatkan kopi ini kerana penyediaannya mengambil masa sekurang-kurangnya 10-15 minit.

El pun tidak ketinggalan untuk mencuba kopi mereka. Memang sedap kena dengan tekak El. Walaupun El minum without sugar, tetap sedap barulah terasa kemanisan kopi Hoshino sebenar.


Bersama dengan ulang tahun Hoshino Coffee yang pertama dengan sambutan Krismas, Hoshino Coffee memperkenalkan menu istimewa untuk mengalu-alukan kedatangan pelanggannya dan mereka yang inginkan kemeriahan sambutan krismas.



1) Omu Rice & Mozarella Tomato Shrimp with Salad RM23.90
(Omu Rice bermaksud omelette rice dari Japan)

Kalau korang nak tahu nasi di sini menggunakan beras dari Jepun. Nasinya disaluti dengan omelette dan dimakan bersama krim tomato sos yang diblend dan mengandungi udang. Sedap



2) Fuwa Fuwa Fluffy Souffle Doria Rice RM23.90
(Menggunakan putih telur disaluti di dalamnya nasi tomato. Menu ini dibakar dan mengambil 20 minit penyediaannya) 




3) Chicken Cutlet Curry Rice RM23.90
(Hidangan ayam goreng dalam dengan sos kari hoshino dan telur onsen)

Paling El suka menu ini sebab walaupun tinggal di Penang penuh dengan nasi kandar kuah campur banjir, tetapi rasa kari di sini sangat special. 




4) Double Cheese Toast RM14.50
(Susu pomodoro buatan sendiri, keju, sosej dan bacon, semuanya disaluti di atas roti bakar)

Seriously ini bukan roti benggali yang jual di kedai mamak tu yea. Roti dia sangat lembut macam makan kek. Korang kena cuba!



5) Teriyaki Chicken Sandwich RM14.50
(ayam teriyaki dan tamago mayo (mayo telur) dengan wasabi mayonis membuat satu sandwish lazat

Kenapa semua roti di sini semua lembut. Sandwich ini bila makan terasa wasabi sedikit.


6) Strawberry Pancake 
Single RM15.90
Double RM19.50
(Pancake yang dibakar dan dilapisi dengan krim dan topping dengan vanilla ais krim dan strawberi. Best selling desserts. Edisi terhad untuk musim Krismas)

Compare dessert yang di bawah, El lebih suka yang di atas ni. Pancake lembut terasa makan cheesecake hihi. Boleh di makan dengan madu dan caramel syrup


7) Strawberry French Toast RM19.70
Kalau El suka pancake, en. suami lebih suka yang ini 


8) Strawberry Yogurt RM19.90
Pengemar minuman strawberry pasti order ini ok

Antara lain-lain menu yang disediakan di sini





Anugerah yang diterima baru-baru ini. Untuk pengetahuan korang restoran ini adalah pork free dan semua produk seperti ayam dan daging mempunyai Halal Certificate.


Untuk keterangan lanjut dan korang boleh login ke https://www.facebook.com/Hoshino-Coffee-Malaysia

9 ulasan:

  1. sedapnya...bila nak lanje saya ni

    BalasPadam
  2. nampak ekslusif suasana cafe ni Kak El.. menarik ni. lepas tu, banyak pilihan makanan yang ada . emmm sedap-sedap nampak tu.

    BalasPadam
  3. Lawanya tempat..hidangan pun mengiurkan je tgk.. Terus kruk kruk bunyi perot hehe

    BalasPadam
  4. Ya ampun.. Makanan dia semua sedap.. Dessert dia pun.. Omelete rice nampak unik.. Hehehe.. Ada dekat kl tak..

    BalasPadam
  5. Uniklah nama dia.. Hoshino..mcm jepun dah.. Hehehe.. Kita grm tgk menu2 dia.. Rasa nak makan je gmbr2 dalam ni. Haha

    BalasPadam
  6. wahh dia ada omu rice laaaa, tak pernah lagi tahu pasal cafe ni. nanti nak pergi dekat cawangan kl, dah la terjamin halal hehehe

    BalasPadam
  7. Sedapnya, tak pernah lagi pergi sini kalau pergi kl boleh la singgah

    BalasPadam
  8. Sedapnyaa nampak semua menu dekat sini lagi lagi yang double cheese toast tu

    BalasPadam