12/01/2018 - 01/01/2019 - LIFESTYLE BLOGGER

Isnin, 3 Disember 2018

HADIAH UNTUK SI MANJA | BABY ATAU NEWBORN DARI LOVINGLY SIGNED

9:30 PG 11
HADIAH UNTUK SI MANJA | BABY ATAU NEWBORN DARI LOVINGLY SIGNED
Hadiah untuk si manja | Baby atau newborn dari Lovingly Signed - Sudah lama tak mempunyai anak kecil. Paling kecil pun sekarang dah berumur 4 tahun. Cukuplah tu rezeki yang Allah berikan. Anugerah paling berharga. Dahulu kalau disahkan mengandung teruja sebab salah satunya boleh dapat hadiah baby yang banyak kihkihkih. Jimat sikit belanja untuk barang-barang babykan. 


Korang kalau nak hadiahkan barang baby untuk kawan-kawan, family ataupun saudara-mara beli kat mana?Mesti ada yang tercari-cari hadiah untuk baby dan newborn yang comel-comel. 


El pun sedang tercari-cari gift/hadiah untuk dihadiahkan untuk rakan sekerja El dan adik El yang akan menimang cahaya mata pada bulan 3 dan 4 ni. El pula teruja nak mencari kat mana kedai online shopping yang menawarkan hadiah/gift yang comel-comel untuk si newborn baby. 

Hadiah untuk si manja| untuk baby atau newborn dari Lovingly Signed


Tengah-tengah mencari tu terjumpa website Lovingly Signed. Wah menarik sangat hadiah/gift yang diorang jual. Jom kita tengok apa yang menarik dalam Lovingly Signed. 

Teruja tengok hadiah barangan baby dalam website Lovingly Signed ni. Sangat esklusif, kemas, warna pastel yang menarik dan lembut, boleh custom made nama untuk diletakkan di baju, tuala dan sebagainya. Memang banyak pilihan di Lovingly Signed ni. Rambang mata pula nak pilih. 

5 hadiah pilihan El untuk si manja dari Lovingly Signed

1) Gift Hamper

Senang kalau dapat carikan hadiah set lengkap untuk baby atau newborn. Untuk set gift hamper dari Lovingly Sgned ini ada dua pilihan biru untuk baby boy dan pink untuk baby girl. So comel kan. Warna pastel yang lembut. Semua barangan dari Lovingly Signed ini diperbuat daripada 100% kain kapas. 

Disediakan dalam sebuah kotak yang ikatkan reben ini, GIFT HAMPERS LOVINGLY SIGNED welcome gift nampak sangat ekslusif dan mewah. 

Korang boleh letakkan nama si manja comel sebanyak 10 aksara. Dalam set ini terdapat jubah tuala, baju rompers, selimut dan anak patung. Ianya sesuai untuk bayi berumur 0-6 bulan.


Blue for boy


Pink for girl

2) Baby bib

Sekarang ni baby bib memang menjadi pilihan ibu-ibu bukan setakat untuk menjaga kebersihan baby ketika baby muntah, lelehan air liur baby, ketika makan malah ianya seperti suatu fesyen untuk baby. Nampak kool jer bila baby pakai baby bib. Tambahan pula terdapat pelbagai design yang menarik di Lovingly Signed. Korang juga boleh custom nama baby korang tau. 



3) Blanket

Selimut atau blanket juga sangat diperlukan untuk baby ataupun newborn untuk menjaga keselesaan mereka. Di Lovingly Signed juga ada pelbagai design blanket/selimut.

Selimut dari Lovingly Singed ini tampak mewah. Baby pasti terasa lembut dan hangat diselimuti dari kain yang diperbuat daripada 100% kain kapas. Selimut yang serba boleh ini boleh bawa dengan bayi anda di mana-mana. Ia adalah hadiah yang terbaik untuk keselesaan baby. 



4) Toy untuk si manja

Tidak sah kalau tak belikan hadiah mainan/toy untuk si manja baby or newborn. Terdapat barangan patung/doll di Lovingly Signed yang sangat comel. Sesuai dijadikan mainan untuk si manja. Baby girl mesti suka doll ni. 



5) Baby tutus

Comel pula tengok skirt tutus dari Lovingly Signed ni. Bolehlah dipertimbangkan untuk hadiahkan untuk baby rakan office El yang tidak lama lagi menimang cahaya mata baby girl. Siap ada patung unicorn lagi. Comel sangat.



Memang best sangat shopping hadiah baby di Lovingly Signed ini selain barangan mereka yang comel-comel, korang boleh custom made nama baby korang di pakaian, tuala dan sebagainya. 


Setiap barangan yang kita beli tu mereka akan letakkan di dalam kotak yang esklusif dan tampak mewah. Cer bayangkan kalau sesiapa yang terima hadiah dari Lovingly Signed ni mesti jatuh cinta dengan pembungkusannya. 

Korang dah ada pilihan di Lovingly Signed. Jom order satu untuk si manja! Untuk keterangan lanjut atau lain-lain koleksi. Boleh layari ke :