DUTCH LADY BREAKFAST CHALLENGE | KEBAIKAN SUSU DUTCH LADY PUREFARM - LIFESTYLE BLOGGER

Khamis, 8 November 2018

DUTCH LADY BREAKFAST CHALLENGE | KEBAIKAN SUSU DUTCH LADY PUREFARM

Selamat Pagi Semua. Jangan lupa untuk mulakan hari anda dengan sarapan pagi yang berkhasiat.  Namun, ramai juga yang kurang pengetahuan mengenai makanan yang diambil yang diperlukan oleh tubuh kita untuk berkembang dan bertenaga sepanjang hari.


Tidak mempunyai masa mencukupi, malas menyediakan hidangan dan paling umum selalu kita dengari skip sarapan pagi untuk kurus. Malah, ada juga yang menganggap pengambilan sarapan tidak penting bagi mereka kerana masih boleh menikmati sajian pada waktu tengah hari atau petang. 


Namun, tahukah anda dengan meninggalkan rutin sarapan setiap hari boleh meningkatkan risiko kepada berat badan berlebihan, pelbagai penyakit kronik seperti obesiti, penyakit darah tinggi dan penyakit jantung, tekanan perasaan dan pelbagai lagi.



Sebab itulah memulakan hari dengan sarapan pagi adalah sangat penting bagi membantu seseorang bersikap positif, mempunyai prestasi yang baik, dan penentu suasana pada hari tersebut dan seterusnya.

Permulaan Hari yang Kuat dengan Protein daripada Susu - Minum segelas susu Dutch Lady PureFarm untuk melengkapkan sarapan anda

Hari yang kuat memerlukan permulaan yang mantap. Memandangkan susu adalah salah satu minuman yang bernutrisi daripada alam semulajadi, susu Dutch Lady PureFarm menjadi pilihan yang lazat dan berkhasiat untuk keluarga Malaysia pada waktu sarapan untuk menyemarakkan pagi mereka bagi mengharungi cabaran sepanjang hari.



Sarapan pagi sering diabaikan kerana kita selalu tergesa-gesa untuk keluar bekerja atau ke sekolah, walaupun ianya merupakan salah satu hidangan yang paling penting. Selepas tidur semalaman, badan kita memerlukan banyak khasiat, dimana hidangan terakhir yang kita ambil adalah 8 hingga 12 jam sebelum tidur. Inilah sebabnya sarapan bernutrisi itu penting untuk permulaan hari yang kuat. Sarapan membantu meningkatkan tahap tenaga yang diperlukan oleh badan kita untuk melakukan aktiviti seharian.


Tetapi kita tidak semestinya mengambil sarapan pagi yang berlebihan untuk memulakan hari kita.  Sebenarnya, satu gelas susu sudah dapat memberi kita nutrisi yang diperlukan dengan mudah dan cepat, serta cukup senang disediakan pada waktu pagi terutamanya ketika kita tidak mempunyai masa yang untuk menyediakan sarapan.


Bukannya mudah untuk mendapatkan semua nutrien yang diperlukan dalam satu hidangan, tetapi dengan minum susu, ia membantu memenuhi nutrien yang diperlukan oleh badan kita. Kebanyakan orang menyedari bahawa susu kaya dengan kalsium, tetapi susu sebenarnya membekalkan nutrien penting lain yang tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, seperti protein. Tambahan pula, segelas susu sewaktu sarapan membantu badan kita bersedia untuk menyerap lebih banyak nutrien daripada makanan yang diambil sepanjang hari anda.

"Sejak tahun 1963, Dutch Lady Malaysia terus berusaha memenuhi misi untuk membina warga negara yang sihat serta membina keluarga yang kuat. Selama 55 tahun , kami menggalakkan warga Malaysia untuk bersarapan dengan susu bersama keluarga mereka. Nutrien daripada susu membantu membina keluarga yang lebih kuat dan sihat. Keluarga dapat mengeratkan silaturahim antara satu sama lain semasa menjamu sarapan pagi bersama. Yakni, kedua-duanya adalah sama penting bagi kita untuk permulaan hari yang kuat," kata Ramjeet Kaur Virik, Pengarah Pemasaran untuk Dutch Lady Malaysia.

Bagaimana susu membina keluarga yang kuat?

Pakar Pemakanan dari Dutch Lady Malaysia, Tan Huey Ghee ada jawapannya: "Protein dalam susu bertindak sebagai blok pembina bagi otot, tulang, rambut dan kuku1 kita, ia juga memainkan peranan penting dalam pelbagai proses biokimia, termasuk pembentukan, pengawalan, pembaikan dan perlindungan badan kita. Anda boleh katakan bahawa protein adalah nutrien penting yang menyelenggara serta  memelihara badan kita supaya berfungsi dengan lancar untuk melakukan aktiviti seharian".



"Kajian menunjukkan bahawa protein dalam susu mengandungi 9 asid amino penting (EAA) dan lebih mudah dihadam berbanding dengan sumber protein lain2. Dengan erti kata lain, susu adalah sumber yang mudah untuk memperolehi protein yang berkualiti tinggi," katanya.



Tan seterusnya menjelaskan: "Tidak seperti lemak badan, protein tidak boleh disimpan oleh badan kita untuk kegunaan  masa depan. Ini bermakna kita bergantung kepada makanan harian untuk memenuhi keperluan protein kita. Oleh itu, sarapan pagi kita haruslah membekalkan sekurang-kurangnya 20% hingga 25% daripada keperluan nutrisi harian kita3".



"Minum susu Dutch Lady PureFarm pada waktu pagi membawa banyak perbezaan dalam pengambilan protein kita - hanya dengan minum satu gelas sahaja dapat membantu anda memenuhi lebih daripada 50% keperluan protein yang diperlukan sewaktu sarapan dengan cara yang mudah4," katanya.

5 Kebaikan Susu Dutch Lady Pure Farm Untuk Kekal Sihat dan Bertenaga Sepanjang Hari



Selain itu juga, susu dutch lady PureFarm:

1. Mampu mencegah osteoporosis serta menghasilkan kekuatan pada tulang, gigi, kuku dan rambut kerana ia sarat dengan kalsium yang membantu badan menjadi kuat dan fleksibel.

2. Meminum segelas susu panas sebelum tidur dapat menenangkan saraf dan melonggarkan otot tegang supaya dapat memberi tidur yang lebih cepat. Cara ini dapat membantu selepas seharian penat bekerja.

3. Mampu membantu golongan ibu di Malaysia menyokong perkembangan holistik keluarga mereka dengan membekalkan nutrien penting yang diperlukan oleh badan setiap hari

4. Meminum dua hidangan susu Dutch Lady PureFarm sehari dapat membantu memenuhi keperluan nutrien harian seorang dewasa. Ini bagi memastikan pemakanan seimbang untuk keluarga.

Mulakan hari anda dengan kuat bersama khasiat dari segelas susu Dutch Lady PureFarm sewaktu sarapan! 

Wajib Sarapan Pagi dengan Susu Dutch Lady Pure Farm

Sebenarnya kami sekeluarga memang Susu Dutch Lady Lovers. Dari baby lagi anak-anak El sudah minum susu dutch lady sampai sekarang. Untuk sarapan pagi, memang kami sekeluarga tidak pernah skip. El memang mengambil berat sarapan pagi untuk anak-anak sebab mereka memerlukan tenaga sepanjang hari di sekolah. Memang rajin itu luar biasa walaupun masa itu tidak pernah cukup hey. 





Setiap pagi El pastikan anak-anak El akan bersarapan pagi. Jika diorang tak makan memang tak senang duduk mama El. Tak kisahlah hanya sekadar segelas susu sahaja pun sudah memadai untuk anak-anak El bertenaga saepanjang hari. Janji pagi itu mereka berasa bertenaga dan seronok ke sekolah. Selebihnya diorang boleh makan di kantin. So sarapan pagi memang wajib untuk kami sekeluarga. 





Untuk diri El dan encik suami, kami memang suka minum susu dutch lady low fat. Dah umur semakin meningkat ni memang kena jaga sikit tahap kesihatan. Susu memang wajib untuk setiap hari untuk tulang kan. 

5 Cabaran #DutchLadyBreakfastChallenge #Strongstart #Dutchladymy

Baru-baru ini Dutch Lady menganjurkan contest "Dutch Lady Breakfast Challenge". Excited nak join sebab contest ini memerlukan kita share 5 breakfast challenge di social media. El ni kan suka bab-bab makan dan memasak ini. Inilah masanya El nak share dengan korang apa menu sarapan pagi yang El sediakan untuk kami sekeluarga.

Suatu pagi yang bahagia, El terima panggilan dari caller untuk menghantar sarapan pagi dari Dutch Lady. Teruja teruja teruja. Pertama kali orang hantar #breakfast di pejabat. Siapa yang tak bahagiaaaaaa haha


See. Muka terlajak bahagia dapat kotak #breakfast dari Dutch Lady. Thank you #dutchladymy. You made my day hey. Jom kita tengok apa menu pertama El dengan susu dutch lady
Menu 1: Nasi Lemak

Menu 2: Pancake Coklat Tower dan Susu Full Cream Dutch Lady
Bahan:
2 cwn tepung gandung diayak 
2 biji telur
3 sudu mentega dicairkan
2 sudu kecil esen vanila
Secubit garam
3 sudu besar gula
1 sudu besar baking powder
2cwn susu full cream dutch lady

Caranya:
Gaul semuanya dan masakkan diatas non stick pan.

Coklat toping kaedah double boil:

Dark coklat+ mentega+susu full cream dutch lady

Korang jangan skip sarapan pagi tau. Boleh mendatangkan stress untuk bekerja. Setiap pengambilan sarapan dengan segelas susu boleh memberikan tenaga untuk memulakan hari yang cukup mencabar.


Menu 3: Scrambled Egg Tuna Sandwich 

Bahan untuk scrambled egg

1 biji telur
Setengah cawan susu dutch lady full cream
Black pepper
Sedikit garam

Caranya

1. Kacau sebati semua bahan

2. Panaskan mentega dan masukkan telur tadi. Kacau sebati dengan api perlahan. Siap

Bahan untuk tuna:

Satu tin tuna
5 biji cili padi
Bawang besar potong dadu
Tomato potong dadu
Kobis ungu potong halus
Mayonis
Caranya:

1. Campur semua sekali Preparing sandwich

Campurkan tuna dan scrambled sekali dalam mangkuk. Letak salad atas roti dan campuran tuna tadi.
Scrambled egg tuna sandwich is doooneee. Jangan lupa segelas susu full cream dutch lady dari @dutchladymy untuk melengkapkan hari anda.

Menu 4: Roti Bakar Telur Goyang
Roti Bakar Telur Goyang Special dan segelas susu dutch lady a must sebab mengandungi kalsium, vitamin A, B2 dan D untuk melengkapkan rutin harian korang.

Menu 5: Overnight Oat

Resepi:

1) Rolled oat
2) Chia Seed
3) Low fat yogurt
4) Susu dutch lady pure farm

(simpan semalaman di freezer. Esok pagi nak makan baru letakkan buahan pilihan anda)

Sertai peraduan sarapan pagi #dutchladybreakfastchallenge menerusi dalam talian dan rebutlah peluang untuk memenangi hadiah menarik yang bernilai lebih daripada RM35,000 dengan hanya melengkapkan sarapan pagi anda bersama susu Dutch Lady PureFarm yang bermula pada 8hb Oktober sehingga 11hb November 2018!


Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Dutch Lady Malaysia di www.facebook.com/spread.the.goodness.of.milk atau www.dutchlady.com.my

18 ulasan:

  1. sarapan memang penting. jangan skip sarapan.. aduh sedapnya menu-menu sarapan Kak El.. minum pula dengsn susu Dutch Lady, bertambah selera jadinya :)

    BalasPadam
  2. Banyak kan kebaikkan susu, tu kadang Sally tak paham kenapa ada yg tak suka susu...ruginya rasa kalau tak suka susu kan...

    BalasPadam
  3. Zaza jarang minum susu sebenarnya tp bila tgk susu ni bagus utk tubuh.. Rasa nak kena amalkan jgk selalu

    BalasPadam
  4. Wahhhh, panjang lebar entry dutch lady dia. Hehe. Good luck ye. Emi pun pengguna dutch lady gak

    BalasPadam
  5. Patutlah dulu masa zaman sekolah mak selalu bising bila tak breakfast dulu sebelum pergi sekolah. Rupa2 nya banyak kebaikannya

    BalasPadam
  6. Wah, sedapnya tapi suka coklat, kalau minum ni rasa kenyang sikit

    BalasPadam
  7. kita mmg suka susu dutch lady ni sedapp

    BalasPadam
  8. Semua sarapan kak wl buat memmg sedap.. Nak buatla sarapan tu.. Susu dutch lady memg sedp.. Lepas ni jangan akip sraapan

    BalasPadam
  9. Iday sampai sekarang masih tak boleh minum susu putih tu tapi kalau mix dengat oat atau masak dalam resepi. Memang boleh je. And selalu pilih jenama susu ni je hehehe

    BalasPadam
  10. Kita mmg setiap hari mnum susu dutch lady ni.. Klo xminum biasa, mesti mkn dgn bijirin... Sedap dan tmbh tenaga juga

    BalasPadam
  11. Tiap pagi kalau tak tahu nak buat sarapan apa, boleh capai susu dutch lady je la kan camtu. Hehe
    Anak kita kalau ada stok susu ni dalam peti, pagi-pagi memang dia minum tu dulu.

    BalasPadam
  12. wah..siap resepi lagi..semuanya nampak menyelerakan...yang penting minum susu tu okeh...hehah

    BalasPadam
  13. Susu Dutch lady sedap. Anak2 pun suka tak perlu paksa minum.

    BalasPadam
  14. TB suka minum susu dutch lady ni.. memang kegemaran...

    BalasPadam
  15. aduhai dia buat pancake pulak..my kids pun suka betul minum dutch lady ni..all time fav lah katakan..
    done follow u jemput singgah my blog yaaaa..!!!

    BalasPadam
  16. suka susu dutchlady tp kalo y gputih ni slalu wat dessert hehe

    BalasPadam
  17. wahh best susu ni.rabia suka perisa coklat tu

    BalasPadam
  18. Best tengok menu sarapan kak el ni.. Betul sarapan memang tak boleh tinggal..

    BalasPadam