CHRISTMAS BUFFET FIESTA DI LEXIS SUITES PENANG | CHRISTMAS BUFFET 2018 - LIFESTYLE BLOGGER

Sabtu, 24 November 2018

CHRISTMAS BUFFET FIESTA DI LEXIS SUITES PENANG | CHRISTMAS BUFFET 2018

Christmas Buffet Fiesta di Lexis Suites Penang|Seperti yang korang tahu, kita di Malaysia ni saban bulan ada sahaja perayaan yang diraikan. Mana tidaknya di Malaysia ni ada pelbagai kaum. Untungkan kita dapat menyambut pelbagai perayaan ini. Bila ada perayaan mestilah ada makanan. Fuh makanan pula macam-macam. Itulah indahnya Malaysia yang dikatakan syurga makanan.


Perayaan Krismas adalah salah satu perayaan yang disambut di Malaysia. Lexis Suites Penang tidak ketinggalan untuk sama-sama meraikan perayaan Krismas ini dengan menyediakan Christmas Buffet Fiesta iaitu Christmas Buffet Lunch dan Dinner.
















Kali ini Executive Chef mereka, Chef Johno and pasukan meraka bertungkus lumus untuk menghidangkan buffet yang sangat menyelerakan dengan dibahagikan beberapa bahagian berbeza antaranya makanan sejuk, keju, sup, makanan laut, pasta, hidangan menu barat, hidangan panas dan hinggalah pencuci mulut untuk tetamu Lexis Suites Penang.











Memulakan menu buffet hors d'oeuvres dengan pelbagai hidangan seperti Smoke Salmon Platter, Cherry Tomato dan Mozzarella bersama Balsamic Reduction, Australia Potato Salad. Seterusnya pelbagai jenis salad seperti Chicago Turkey Salad ditambah dengan pelbagai jenis dressing yang akan menerbitkan keinginan untuk merasa lebih lagi. Untuk melegakan tekak, terdapat sup panas iaitu sup labu diiringi oleh roti bakar, gulungan dan mentega fesh.










Untuk hidangan utama, pengunjung akan dapat menikmati masakan klasik seperti Poached Sea Bass with fresh Drill and Saffron Butter Sauce, Deep Fried Cheese Ball, Baked Creamy Seafood Stew, Homemade Chicken Raulade bersama Creamy Pomegranate Sauce, Grilled Lamb Chop bersama Minths Jerry, Fragrant Prawns bersama Nutmeg Mayo Sauce, Grilled Spicy Chicken Sausage with BBQ Gravy, Mini Burgers bersama Salami dan banyak lagi. Selain itu, sesekali tetamu di Lexis juga boleh memanjakan diri dengan hidangan barat iaitu Pan Fried Smoked Duck Breast bersama dressing yang berbeza. 

Seriously El suka menu Poached Sea Bass dan Baked Creamy Seafood Stew. Sedap!Dan kali ini El tak terlepas menikmati menu itik yang sedap. 


Sudah tentu, pihak hotel juga mempunyai hidangan yang wajib iaitu ayam belanda yang akan dimakan dan dihidangkan bersama dengan yorkshine pudding, roasted baby potato, chestnut and apple stuffing, and cranberry, giblet, butter vegetable sauce.











Bufet ini kemudiannya berakhir dengan Chocolate Truffle Cake, Floating Island with Almonds and Caramel, Lexis Style Bread Butter Pudding, Chocolate Fountain, Honey Dew Sago, pelbagai snek buah-buahan. Tidak lupa ditemani dengan Christmas Cookies, Stollen dan Yule Log. Thumbs Up for dessert. 

Christmas Day Buffet Lunch 
Venue: Roselle Coffee
Date/Time: 25/12/18 at 12.00pm-3.00pm
Harga: Adult (RM88) SC/Kid (RM58)

Christmas Eve Buffet Dinner
Venue: Hibiscus Grand Ballroom
Date/Time: 24/12/18 at 6.30pm-1.00pm
Harga: Adult (RM120) SC/Kid (RM70)


Tidak lupa juga, pengunjung berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah semasa bufet dinner dan pada masa yang sama menikmati persembahan band live. Pihak hotel juga akan memeriahkan lagi Christmas kali ini dengan membuat kejutan kemunculan santa claus untuk memberi gula-gula dan roti halia. 


New Year Fiesta Countdown Party

Bagi mereka yang bersiap untuk meraikan tahun 2018 dan menyambut tahun baru 2019, Lexis Suites Penang akan mengadakan Grand Countdown Dinner dan Party pada 31/12/18. Meraikan makan malam bufet di ballroom grand ballroom dan kemudian pergi ke tingkat atas (Sky Terrace) untuk countdown party. 

Semasa berada di sana, tetamu boleh nikmati magic show, persembahan band live, sesi permainan dan banyak lagi, semuanya disediakan secara eksklusif untuk tetamu Lexis Suite Penang. Tetamu juga akan berpeluang memenangi hadiah menarik pada hari tersebut. 

  Harga RM188nett untuk orang dewasa dan RM100nett untuk kanak-kanak dan warga emas.

Untuk sebarang pertanyaan anda boleh terus menghubungi: -

 Lexis Suites Penang
28 Jalan Teluk Kumbar,
Mukim 9 Daerah Barat Daya
11920 Bayan Lepas, Penang
Office: 604 628 2888

1 ulasan:

  1. wow bestnya kalau g sambut new year dekat lexis menarik aturcaranya

    BalasPadam