ALTHEA MILK PEEL CREAM MASK - LIFESTYLE BLOGGER

Khamis, 29 November 2018

ALTHEA MILK PEEL CREAM MASK

El ni sejenis malas nak pakai mask. Sebulan sekali pun payah. Kadang-kadang memang sejenis lupa nak belai-belai muka yang dah makin mereput. Dah tahu mereput jagalah muka tu. Muka tu lah aset paling penting bagi semua wanita. Kalau tak jaga habislah confident level pun turun. Tambah-tambah tok laki nak tengok pun tak selera haha. 


Baru-baru ini El dapat produk terbaru dari the most wanted K-Beauty iaitu Althea. Kali ini Althea mengeluarkan produk cream mask yang dipanggil Milk Peel. El ni salah seorang Althea Angel tau. Mostly produk dari Althea memang best. 

CARE TRIPLE DAILY WITH MILK
MILK PEEL CREAM MASK


Topeng mengelupas yang lembut ini mengandungi susu untuk kulit yang segar. Tekstur tanah liat yang menggelegak membuat kuman yang tebal untuk mengeluarkan sel-sel kulit mati.


Kandungan

Water (Aqua), Kaolin, Glycerin, Disiloxane, Bentonite, Propanediol, Myristic Acid, Methyl Perfluoroisobutyl Ether, Stearicacid, Methyl Perfluorobutyl Ether, Potassium Hydroxide, 1,2-Hexanediol, Palmitic Acid, Ethylhexylglycerin, Milk Proteinextract, Disodium Edta, Gaultheria Procumbens (Wintergreen) Leaf Extract, Gluconolactone, Glycolic Acid, Titaniumdioxide (Ci 77891), Fragrance (Parfum), Coumarin, Hexyl Cinnamal, Citronellol

Milk Peel Cream Mask atau Masker Krim Susu memberikan kulit anda satu lubang penghidratan besar dengan kekuatan mengupas yang menyegarkan Mengandungi kedua-dua ekstrak AHA dan BHA, pengelupasan yang lembut tetapi efektif ini berubah dari tanah liat ke krim melepaskan sel-sel kulit mati untuk kulit lebih licin. Ia juga dirumus dengan protein dari susu untuk merangsang semula dan melembapkan kulit. Hasilnya kulit yang sihat, meningkatkan dan memberikan kelembapan kulit sepanjang hari. Kaolin - Meretoksifikasi dan mengeluarkan kotoran dari liang-liang

Kebaikan Milk Peel Cream Mask


- Satu topeng pengelupasan yang berubah dari tekstur tanah liat ke cairan krim (seperti whipped cream)

- Mengandungi ekstrak protein susu untuk melembapkan dan menghidupkan semula kulit yang sihat

- Diformulakan dengan AHA & BHA untuk perlahan-lahan tetapi berkesan menghapuskan sel-sel kulit mati

Cara Penggunaannya


Sapukan produk pada kulit yang lembap dan urut dengan perlahan sehingga ia keluar menjadi buih.

Biarkan selama 30-60 saat sebelum membilasnya dengan air suam.


Sesuai untuk semua jenis kulit. Rekomen untuk mereka yang mempunyai masalah:-


- Jenis Kulit Gabungan
- Masalah pembesaran liang pori
-Kulit kasar, kulit sensitif yang memerlukan pengelupasan lembut
- Kulit kering yang perlu dilembapkan walaupun selepas mengelupas

Review by me

Pertama kali mencuba Milk Peel Cream Mask ni teruja sangat sebab dia tak payah guna air. Just sapu kat muka krim tu dengan keadaan muka yang lembap. Sapu kesemua bahagian muka. Apabila cream mask pada mulanya bertekstur tanah liah (clay) kemudian akan bertukar krim buih (whipped cream). 


Seperti magik pula. Korang akan terdengar buih-buih muncul dan bila tengok depan cermin, geli tengok buih-buih cream tu timbul haha. Tetapi El suka baunya yang ringan dan fresh. Selepas 30-60 saat, korang boleh bilas dengan air biasa. Terasa kulit muka korang lembut dan segar.


Botolnya yang cute boleh di bawa kemana sahaja especially untuk pergi travel kan. Love it so much. Tak too complicated. Nice.


El bagi 5/5 untuk Milk Peel Cream Mask. Yeay!!

Harga Milk Peel Cream Mask (50ml)

Harga Milk Peel Cream Mask USD9 tapi sekarang tengah Off 10% dapatlah USD8. Nak tahu maklumat lebih lanjut pasal produk ni ?

Sila layari: https://us.althea.kr/milk-peel-cream-mask

4 ulasan:

  1. SA suka tekstur yang ringan dan buih2 tu...buat muka rasa geli...

    BalasPadam
  2. Rabia tak pernah pakai lagi jenama althea ni..nampak menarik ni.

    BalasPadam
  3. Ramai tgk kwn2 blogger share milk peel mask ni..nmpk best tu

    BalasPadam
  4. cute je packaging dia

    https://messarah.blogspot.com/2018/11/cara-jimat-beli-tiket-flight-airasia.html

    BalasPadam