RAWAT KULIT BERJERAWAT DAN BERMINYAK DENGAN AHA.BHA.PHA 30 DAYS MIRACLE SOME BY MI - LIFESTYLE BLOGGER

Isnin, 1 Oktober 2018

RAWAT KULIT BERJERAWAT DAN BERMINYAK DENGAN AHA.BHA.PHA 30 DAYS MIRACLE SOME BY MI

Setiap wanita tak lepas dari masalah jerawat. Kalau jerawat datang, memang kemurungan. Rasa nak picit-picit jer bagi hilang. Tapi tulah picit nanti berbekas pula. Satu hal pula nanti jeragat pula yang tinggal.

Kali ini El nak share satu produk untuk merawat kulit wajah yang berjerawat dan berminyak dengan AHA.BHA.PHA 30 days Miracle dari Some By Mi. Ini adalah produk dari Korea tau. El memang love sangat skincare dari Korea Sebab dia diperbuat dari bahan bebas kimia dan organik. Korang tengok sajalah orang-orang Korea kulit semua cantik.


Kebetulan pula muka El baru tumbuh jerawat seketul di pipi. Memang tangan ni gatal jer nak kupas dan picit-picit. Tapi bila dapatnya produk 30 Days Miracle Some By Mi ni terus El cuba. Ini juga pertama kali El menggunakan produk yang menggunakan tea tree. Teruja!! Jom tengok berjaya ke tidak jerawat El hilang dalam masa 30 hari.

Terdapat 4 produk dalam set 30 Days Miracle Some By Mi ini. Antaranya Miracle Cleansing Bar, Miracle Toner, Miracle Serum dan Miracle Cream


Step 1: Miracle Cleansing Bar



Mengandungi tea tree 10,000ppm, AHA / BHA / PHA / Niacinamide 2%, 20 jenis ekstrak tumbuhan alam. Bertindak sebagai pengelupasan untuk meninggalkan kulit lebih bersih dan lebih berseri daripada sebelumnya. Menjaga, mencerah dan melembapkan kulit. 

AHA: Mengeluarkan kekotoran dan kepingan kering dari permukaan kulit.
BHA: Menggilitkan liang-liang, mengeluarkan kekotoran tersumbat dan sebum.
PHA: Menghentikan kehilangan kelembapan dari kulit, membubarkan sel kulit mati.

Cadangan penggunaan

Korang masukkan sabun tersebut ke dalam jejaring yang telah disediakan. Bilas perlahan dan ambil buihnya kemudian sapukan ke bahagian muka korang dengan urut secara membulat di pipi dan dahi. Kemudian tolak buih tadi di bahagian hidung dan antara bulu kening selama 1 minit dan bersihkan dengan air. Korang akan rasa kulit korang lembut dan berbeza sebelumnya. 

.Step 2: Miracle Toner


Rutin wajib selepas mencuci muka, korang perlu memakai toner. Ini adalah kerana selepas mencuci muka, liang pori korang akan terbuka menyebabkan kulit korang terdedah dengan kotoran. Untuk menutup liang pori, wajib memakai toner.  

Miracle Toner dari Some By Mi ini bertindak sebagai exfoliator yang berkesan untuk meninggalkan kulit lebih bersih dan lebih berseri daripada sebelumnya!
Dapatkan kulit lembut bayi dalam masa 30 hari sahaja.
Toner merupakan pelengkap terbaik untuk kulit muka korang. Boleh digunakan setiap hari. Miracle toner ini juga mengandungi Low Ph Toner di mana sesuai untuk kulit sensitif, kulit kering dan kulit berminyak.

Cadangan penggunaan

Selepas pembersihan muka, ambil jumlah yang sesuai dengan menggunakan tisu atau tangan pun boleh kemudian dap dap kan di muka dan biarkan ia menyerap ringan. El suka lakukan step ini pada waktu pagi dan sebelum tidur. 

Step 3: Miracle Serum



Tak sah kalau muka tak sapukan serum. Serum sekarang memang wajib untuk dapatkan kulit yang sihat dan cantik. El memang suka pakai serum. Pertama kali pakai serum dari Miracle Serum dari Some By Mi best sangat. Bau tea tree dia sangat menyegarkan. Ianya tidak melekit dan menyerap terus ke kulit wajah.

Miracle Serum ini berkesan untuk menenangkan kulit kerana mengandungi Centella Asiatica Extract sebanyak 14.5% dan Melaleuca Alternifolia (tea tree) Air Lead 10,000ppm dimasukkan dan menjadikan kulit licin dan menghilangkan  sel kulit mati.

Cadangan penggunaan

Sapukan rutin serum ini setiap penjagaan wajah korang. Ambil 3-4 titis di bahagian pipi, dahi dan dagu kemudian dap dap/ urut perlahan keseluruh muka.

Step 4: Miracle Cream


Step yang terakhir adalah melengkapkan penjagaan wajah korang dengan menyapu krim pelembap. Kulit wajah kita selalu terdedah dengan kotoran, pancaran matahari dan pelbagai haba. Untuk menjaga kulit kita sentiasa lembap. korang wajib memakai krim pelembap.

Miracle cream ini diperbuat dengan ekstrak Centella asiatica dan Madecasoide, Ia berkesan untuk menenangkan kulit dan melembapkan kulit dengan ekstrak semula jadi.  Bahan sub-Saharan adalah perlahan-lahan dikeluarkan dari kulit kering, dan akan menjadikan tekstur kulit anda lebihlembut. Krim keajaiban ini mengandungi ekstrak tea tree 10,000 ppm dan 70% ekstrak daun centella untuk bahan utama. Ia langsung tidak melekit.


Sebelum menggunakan produk 30 Days Miracle ini, muka El memang ada jerawat seketul. So El trylah produk Some By Mi ni. Ternyata El suka sangat produk ni. Tak sangka tak sampai 30 days jerawat El pun dah kecut dan bekas jerawat pun semakin pudar. Seriously El suka sangat produk ini sebab baunya yang sangat natural. Bila pakai tu macam best tak tau nak gambarkan macam mana best sangat tu. Korang kenalah cuba ok

El sertakan video cara penggunakan 30 Days Miracle Some By Mi. Selamat Menonton


Korang yang berminat boleh dapatkan 30 Days Miracle Some By Mi di: 

Web : http://www.kbeautyluxury.com atau www.somebymi.my 
FB page : kbeautyluxury
IG : @kbeautyluxury.my

Harga Produk:

Sabun - RM70
Toner - RM75
Serum - RM98
CreamRetail - RM118 PROMO RM80

Contact No : 
019 - 3873526




6 ulasan:

  1. Harga memang berpatutan ya. Saya pun jenis kulit berjerawat, sekarang saya guna natural skincare Alhamdulillah sangat ok :)

    BalasPadam
  2. wahhh da buat review..baru je tgk youtube pasal serum die tu..diaorg wat review pkai 30 hari pastu muka cntik da...wahhh aii nak beli la serum tu..

    BalasPadam
  3. Nani teringin nak beli dia orang punyaa serum sebab ramai yang cakap best. Heheh.

    BalasPadam
  4. harga promonya murah berbaloi sgt...

    BalasPadam