MENGELILINGI DUNIA DENGAN CITARASA 7 CONTINENTS BUFFET DINNER DI ROYALE CHULAN PENANG - LIFESTYLE BLOGGER

Isnin, 8 Oktober 2018

MENGELILINGI DUNIA DENGAN CITARASA 7 CONTINENTS BUFFET DINNER DI ROYALE CHULAN PENANG

Hai semua
Jumaat lepas El dan sekeluarga dijemput untuk menikmati bufet dinner di Hotel Royale Chulan Penang. Kali ini sangat menarik temanya iaitu Mengelilingi Dunia dengan Citarasa 7 Benua (Travel The World with your taste buds with Royale Chulan Penang's All New 7 Continents Buffet Dinner).

Tak payah pergi jauh2 nun ke luar negara, di Royale Chulan Penang korang boleh menikmati menu-menu dari 7 Benua yeay!



Tetamu yang melawat Cafe Sri Tanjung di Royale Chulan Penang dijemput untuk mengembara sambil menikmati menu-menu dengan pelbagai citarasa serta pengenalan tema bufet terbaru dari Royale Chulan Penang 'Buffet Dinner 7 Benua.



Untuk pengetahuan korang, tema ini dinspirasi dari Executif Sous Chef, Chef Khamarullizad Hassan dimana beliau selalu ke luar negara telah membawa pengalaman masakannya dari luar negera ke dapur hotel dengan menonjolkan bahan-bahan dan herba yang menarik dalam menu terbarunya. Di dalam menunya, beliau akan menunjukkan cara yang berbeza menggunakan bahan-bahan untuk menghasilkan gabungan rasa yang enak dan memberi satu kelainan dan kesan pada tetamu



Menurut General Manager Royale Chulan Penang, Philip Theseira makan malam 7 benua ini melengkapkan koleksi khas hidangan makan bertemakan hujung minggu. Bufet ini memperkenalkan pengalaman bufet yang menarik yang menyediakan tetamu tempatan dan antarabangsa menikmati pilihan makanan yang inovatif dan tidak dapat dilupakan dari 7 benua ini.



Sebelum kita pergi terjah hidangan 7 Benua yang lain, El dah tak sabar nak rasa Roast Beef Striploin yang sangat mengoda yang dihidangkan di bahagian pintu masuk ke Cafe Sri Tanjung. Dia punya daging tu mengancam jiwa. 




Memang sedap. Ranggup di luar, lembut di dalam dengan sos blackpepper dan segala kentang dan sayur memang terbaik.

Jom teman El mengembara menikmati menu-menu dari 7 Benua ini. Bahagian El paling suka dan menyelerakan ialah bahagian North, South dan Antartika. Memang kena dengan selera El. Terasa herba-herba yang ada dalam semua masakan dari 3 benua tu.





Roast Chicken with Mushroom Sauce and Couscous


Stir Fried Squid with Dried Chilli & Blackpepper


Stir Fried Vegetables with Mushroom & Oyster Sauce


Lamb Moussaka


Crispy Fried Nestum Prawn


Stuffed Chicken Kiev

Tidak sah kalau Benua Asia tidak dihidangkan dengan nasi. Kali ini pihak hotel menyediakan nasi briyani dengan dhalca kambing. Memang sedap kombinasi yang terangkat hihi



Nasi Briyani


Ayam Masak Madu


Seafood Jambalaya


Dhalca Kambing


Baked Oyster Sabayon

Jom kita sambung lagi pengembaraan kita dengan menu-menu yang lain. Kali ini hidangan paling meletop ialah Seafood On Ice. Ada ketam, udang, kepah yang segar dihidangkan bersama sos yang sedap. 





Selain itu juga ada pelbagai salad, kerabu, sotong kangkung pun ada, nyonya prawns kerabu, imam balidi, Squid Mediterranean salad dan Smoked Salmon with Condiments


Bahagian terakhir Sweet Adventure. Banyak menu pencuci mulut kali ini, El suka puding roti dia sedap. So far puding roti yang paling sedap El rasa hehe. Suami El pun suka. Lagi satu cookies dia pun sedap. Kitaorang banyak kali ulang alik makan cookies tu. Sampai sekarang teringat-ingat.



Puding roti


Pelbagai dessert yang enak antaranya Assorted Mini Red Fruit Jelly, Assorted Home Made Cookies, Mini Chocolate Moist Cake, Longan Jelly, Strawberry Pudding, Chocolate Truffle.

Terdapat banyak lagi menu-menu yang korang boleh dapati di sini seperti Char Koay Tiao, Mee Rebus dan Ais Kacang pun ada tau. 

Harga 
Adult RM75nett
Child/Citizen RM50nett

Makan malam bufet benua 7 boleh didapati setiap hari Jumaat dari 5hbb. November 2018 dan seterusnya dari 6.30 malam hingga 10 malam di Cafe Sri Tanjung. Terdapat 4 menu akan bertukar setiap minggu. 

EXLCUSIVE DISCOUNT!!!!

Yes!korang boleh enjoy 20% diskaun dengan menggunakan PROMO CODE 'RCPEL7C" Valid 5/10/18-2/11/18
Korang boleh skrin shoot atau simpan promo code ini dan semasa booking just bagi tahu tentang promo code ini sahaja. 



Sebagai tambahan kepada 7 benua makan malam bufet, kerana permintaan popular oleh orang ramai, terdapat beberapa promosi makanan dan minuman yang sedang berjalan di pelbagai kedai makanan di hotel. Antara promosi berterusan termasuklah:

1. Saturday Seafood Buffet from 6.30 pm to 10.00pm (Sri Tanjung Cafe)
2. The Sunday High Tea from 12.30 pm to 4.00pm (Sri Tanjung Cafe)
3. Set Lunch Special Monday to Saturday from 12.00pm to 2.30pm (Sri Tanjung Cafe)
4. Executive Set Lunch Monday to Saturday from 12.00pm to 2.30pm (The Spice Restaurant)
5. Fusion Dinner Saturday to Thursday from 7.00pm to 10.30pm (The Spice Restaurant)
6. Dining Under The Stars Friday to Sunday from 7.30pm to 10.00pm (Poolside)

Royale Chulan Penang juga menawarkan promosi 3 promosi percuma 1 percuma untuk semua bufet bertemakan hujung minggu mereka termasuk makan malam bufet baru 7 benua. Tawaran ini terpakai untuk harga dewasa sahaja. 

Untuk sebarang pertanyaan dan booking sila hubungi 04-2598888 ext 8910 
www.royalechulan-penang.com

10 ulasan:

  1. Semua menu mengancam. Leleh air liur. Orang Penang harus p makan sana na.

    BalasPadam
  2. Adoi kak.. Sedap2nya tgk mknn tuuu.. Ni kalau zaza turun penang boleh lah kak el tolong bawak sini.. 😚

    BalasPadam
  3. Sedap betul liat makanannya tuh.
    Aku nak lah..

    BalasPadam
  4. Alamak semua nampak best! Harga pun not bad untuk dpt rasa mcm mcm masakan. Berbaloi!

    BalasPadam
  5. Sedapnya, dah la sekarang ni zira kurang selera makan tengok ni rasa lapar pula

    BalasPadam
  6. Tiba tiba terbayangkan makan sambil belayar atas kapal mewah gitu. Hehe
    Menu dia semuaaa mengancam la.. Mewah mewah gitu.
    Harga tak la mahal mana.

    BalasPadam
  7. Lapar tiba2 tengok gambar n entry ni. Hehehe

    BalasPadam
  8. Perfect ni El.. makanan banyak pilihan dan harga pun sgt2 berpatutan.. berselera tengok!

    BalasPadam
  9. Nyumsss, i m cravings for their Lamb Mousaka and others too

    BalasPadam
  10. Ya allah.. semua sedap-sedap belaka menu-menu yang tersedia.. terutamanya Stir Fried Squid with Dried Chilli & Blackpepper tu buat TB terliur la EL

    BalasPadam