JULIET RED SWANICOCO SHOW THE VELVET LIPSTICK - LIFESTYLE BLOGGER

Selasa, 2 Oktober 2018

JULIET RED SWANICOCO SHOW THE VELVET LIPSTICK

Juliet Red Swanicoco Show The Velvet Lipstick | Kali ini El bukan nak bercerita tengan karya agung Romeo dan Juliet. Eh tapi El memang suka karya klasik ni. Tak jemu tengok banyak kali. Tetapi kali ini El nak bercerita tentang lipstick Juliet Red dari Swanicoco. Nama pun dah menarik. Color pun tentunya merah menyala.

El sebenarnya memang sukakan lipstik merah. Masa remaja, kalau berkepit dengan mak pergi kenduri atau mana-mana sure mak kata kamu ni Elly muka tu pucat jer. Tempek lah bibir kamu dengan lipstik merah tu bagi berseri sikit muka kamu tu ha. Jangan tak tahu mak El memang sukakan lisptik merah. Mana lah anak dia yang sorang ni tak terikut. 



Walaupun El mempunyai pelbagai koleksi lipstik, tetapi lipstik merah memang menjadi kesukaan. Juliet Red dari Swanicoco ini diformulasi daripada bahan semulajadi yang baru saja dilancarkan pada 18 September yang lalu hasil kolaborasi negara Korea dan Malaysia iaitu Swanicoco dan 50gram.

SWANICOCO





Swanicoco merupakan syarikat kosmetik yang paling TOP di Korea. Memulakan perniagaan sabun yang ditapai dengan secara semula jadi bagi menghasilkan sabun yang sangat baik. Tidak hairanlah kosmetik dari Swanicoco ini diperbuat dari alam semulajadi, tiada bahan kimia, tiada pewangi tiruan, tiada steroid, bebas paraben, bebas alkohol dan benzophenones.

Ia juga menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi dari Perancis, Eropah, Amerika Syarikat dan Australia. 

50 GRAM


50gram pula merupakan kedai bunga online yang beroperasi di Malaysia. Ianya menawarkan perkhidmatan penghantaran bunga untuk pelbagai majlis sama ada untuk sambutan hari jadi, ulang tahun perkahwinan, majlis graduasi dan banyak lagi. Penghantaran adalah di sekitar KL / Selangor dan  Pulau Pinang dan paling best penghantaran boleh dibuat pada hari yang sama.

JULIET RED SHOW THE VELVET LIPSTICK  Limited Edition

Swanicoco merupakan jenama kosmetik yang sangat popular di Korea. Koleksi Show The Velvet Lipstick ini merupakan limited edition dengan packaging yang berwarna hitam sungguh menawan. Didatangi 3 color yang cukup mempesonakan Juliet Red, Shine Orange dan Pink Blossom

Koleksi Velvet ini dapat memberi kelembapan bibir anda tahan lebih lama serta mampu melembutkan kulit kerana mengandungi pelembap semulajadi seperti carnauba wax dan natural oils. 

Kandungan bahan: 
Octyldodecanol, Isononyl Isononanoate, Silica, Ricinus Communis (Castor) Seed Oil, Isoeicosane, Ozokerite, Ethylhexyl Palmitate, Microcrystalline Wax, Paraffin, Phenyl Trimethicone, Caprylic/Capric Triglyceride, Copernicia Cerifera (Carnauba) Wax, Polyhydroxystearic Acid, Kaolin, Tocopheryl Acetate, Caprylyl Glycol, Argania Spinosa Kernel Oil, Pentaerythrityl Tetra-Di-T-Butyl Hydroxyhydrocinnamate, Hexylene Glycol, Fragrance, Phenoxyethanol, Ci 15850, Ci 45410, Ci 15985, Ci 19140, Ci 15850

Juliet Red Show The Velvet Lipstick




Lipstick yang El dapat dari Swanicoco kali ini ialah Juliet Red. Mengancam betul warnanya. Untuk kelihatan lebih yakin color merah memang menjadi kesukaan El. 

Untuk apply di bibir korang hanya perlu putarkan atau twist penutup lipstick. Tektur lipstik Swanicoco ini pekat dan creamy. Bila disapukan di bibir ada sedikit bau ros. Untuk bersihkannya pun senang.



Ada dua cara atau style mengayakan Juliet Red ini. Ikut citarasa korang. Tapi El suka cara klasik hihi

Disebabkan Juliet Red ni El kena ngorat ok. Terima kasih Swanicoco menjadikan bibir El lebih cantik, mulus dan sexy. Barulah confident sikit bila berdepan dengan orang ramai. 


Untuk pengetahuan korang juga, 50gram merupakan yang pertama menjual lipstick ini. 

Cepat dapatkan lipstick limited edition ini sebab kalau habis memang diorang tak restok lagi. Nationwide delivery ok.

Rating by me:

Color: 10/10
Bauan : 7/10
Removing : 9/10
Ketahanan :8/10
Kelembapan : 9/10
Price : 5/10 

Harga

Harga Swanicoco lipstick juliet red ini hanya RM88.85 dan korang boleh dapatkannya melalui website 50Gram. Selain itu korang juga akan dapat 25% diskaun untuk pembelian lipstik ini dan berpeluang untuk dapat lipstick percuma dan tinggal di villa. Sebarang pembelian boleh klik link berikut  SWANICOCO JULIET RED

Maklumat lanjut boleh layari :




10 ulasan:

  1. cantiknya lipstick kak EL pakai..sesuai sangat warna tu dengan kak EL

    BalasPadam
  2. cantik! senang remove tu yang best 9/10 kan kak EL ^^

    BalasPadam
  3. sha pulak takyakin nak pakai lipstick merah tapi bila tengok akak pakai eh cantiknya! rugi tak try selamani hehe

    BalasPadam
  4. Sally suka sangat kaler dia...seriusss...dia terang tapi jenis terang yg sesuai utk kulit Asian kan?

    BalasPadam
  5. CR pun suka warna merah macam ni tapi jarang2 pakai. lawa lah warna lipstik ni. Cam berkenan lak. Huu

    BalasPadam
  6. Warna lipstick ni cantiklah kak el... Merah menyala dia lawa giler.. Kita suka wane dia... Menyerlahkan penampilan seseorg...

    BalasPadam
  7. Nampak nyer the quality of this liptick is very good tapi harga agak tinggi, kalau below RM50 lagi best kan.

    BalasPadam
  8. Yeahh ada geng saya pun suka warna merah, baru wow hahaha

    BalasPadam
  9. Kita suka tengok lipstik merah. Lawa je tgk org pakai. Tapi diri sendiri pakai nampak macam tak sesuai.

    BalasPadam
  10. lawa tgk el pakai lips merah.... warnanya cantik2 menyerlah...

    BalasPadam