HUNTER KILLER 2018 | GERARD BUTLER - LIFESTYLE BLOGGER

Sabtu, 27 Oktober 2018

HUNTER KILLER 2018 | GERARD BUTLER


Hai semua
Sebenarnya dah lama El tak tengok wayang. Sejak sakit hari tu memang tak ada masa nak pergi tengok wayang. Even tv pun dah tak ada masa nak tengok. Alhamdulilah El pun semakin sihat sekarang. Dan rezeki El dan tok laki dapat tiket free untuk slot Movie Premier Hunter Killer. Sebelum tu memang tengah hot trailer pasal movie ini. Nak nak lagi El memang kaki tengok wayang thriller dan action. Nak nak lagi pasal kapal selam ni. Nak nak lagi Mr. Gerard yang berlakon. Ai is suka lakonan dia ok. Memang terus on lah. Terima kasih sweetheart malaya Lyana Ishak yang sudi bagi nama Kak El termasuk tok laki dan si kecik hehe. Ok ok jom El cerita sedikit sinopsis Hunter Killer ni


Filem Hunter Killer merupakan filem arahan Donovan Marsh dan dibintangi oleh Gerard Butler (Kapten Kapal Selam) dan Gary Oldman yang memegang antara watak utama dalam filem Hunter Killer.


Di awal filem ini agak bosan sikit. Sampai El pun tak berapa nak pasti apa yang diorang tengah buat haha. Filem ini mengisahkan kapal selam Hunter Killer dihantar untuk mencari sebuah kapal selam US yang telah hilang dari radar ketika berada di perairan Rusia. Setelah krew kapal selam Hunter Killer sampai di perairan Rusia mereka telah dapati kapal selam US (Tampa Bay) telahpun musnah dan tenggelam ke dasar laut mengorbankan semua di dalamnya akibat bedilan peluru berpandu Rusia. 


Babak penuh saspen bermula dengan babak Kapal Selam Hunter Killer ditembak peluru berpandu di perairan Rusia yang sangat mengejutkan. Di sini kita boleh lihat kehebatan Kapten Joe Glass (Gerard Butler) mengendalikan krew kapal selamnya untuk menangkis tembakan dari pihak Rusia kerana pihak mereka tidak mengetahui dimanakan Kapal Selam Pihak Rusia tersebut. Hanya Pihak Rusia sahaja boleh lihat radar kapal selam Hunter Killer. 


Apa yang mengejutkan selepas itu bila Joe Glass dan krew Kapal Selam nya turut menjumpai Kapal Selam Rusia pula yang rosak teruk kerana turut ditembak di dasar laut dengan kesan kerosakan yang mencurigakan sedangkan pihak Amerika tidak lagi melakukan sebarang serang balas kepada Rusia. Kerja-kerja penyelamatan juga dilakukan ketika mana mereka mendapat tahu masih ada yang bernafas di dalam kapal selam Konek milik tentera Rusia. Siapakah yang mereka jumpai?Musuh?Pembelot?Rakan lama? Jeng jeng jenggg


Dalam masa yang sama juga, berlakunya rampasan kuasa oleh Menteri Pertahanan Rusia Dmirit Durov terhadap Presiden Zakarin yang merangkap Presiden Rusia namun pasukan tentera US masih ingin menyelamatkan Presiden Zakarin demi menghalang berlakunya Perang Dunia Ketiga.
Di sini ada adegan tembak menembak yang cukup menghairahkan. Ha menghairahkan tu korang kena tengok sendiri filem ni hokey.


Terdapat adegan yang mencemaskan sampaikan El terjerit kuat dalam panggung wayang. Tok laki El sound..hey mama tolong tutup mulut uuuu tu ok hahaha. 

Korang yang tengah plan nak tengok movie hujung minggu ini silalah datang beramai2 ke panggung berdekatan. Movie ini telah pun bermula  pada 25/10/18.

El bagi 4 bintang untuk Hunter Killer.

Hey selesa sangat lah GSC Sunway Carnival Mall Seberang Jaya. Pertama kali datang sini tengok movie. El suka seat dia memang selesa boleh letak kepala dan tak nampak orang belakang hey.

#hunterkiller

13 ulasan:

  1. wahh kena tengok ni..best kan filem macam2 ni tengok.

    BalasPadam
  2. Ramai kata best, nak tengok cerita ni . Filem aksikan

    BalasPadam
  3. Zaza suka tengok cite macam ni.. Jalan cerita dia pun rasa tak sabar nak tengok

    BalasPadam
  4. Filem2 aksi mcm ni mmg best.. nak menonton jugalah nanti :)

    BalasPadam
  5. Ros suka genre filem macam ni. bolehlah tengok nanti..

    BalasPadam
  6. Ala... Bestnya... Nak tengok jugak.. Hero favourite ni

    BalasPadam
  7. Lama juga tak tgk wayang ni.. Macam best je filem ni.. Mesti banyak aksi

    BalasPadam
  8. Lama tak tengok action movie ni.
    Nak pwrgi tengok abang saya la ..

    BalasPadam
  9. Kita cite omputih ni tak berapa layan sangat. Haha
    Kalau cik abg kita suka la kot cite gini. 😄

    BalasPadam
  10. Nak tengok! suka tengok filem aksi

    BalasPadam
  11. Wah.. bestnya bila baca jalan cerita dia.. ni yang buat TB nak ajak hubby tengok ni

    BalasPadam
  12. Wah, macam best je cite ni. Cerita jenis aksi2 macam ni memang suka tengok.

    BalasPadam
  13. Dah lama mokcik tak tgk wayang..tggu zulaikha besar sket nak usung pi..

    BalasPadam