10/01/2018 - 11/01/2018 - LIFESTYLE BLOGGER

Sabtu, 27 Oktober 2018

HUNTER KILLER 2018 | GERARD BUTLER

12:28 PTG 13
HUNTER KILLER 2018 | GERARD BUTLER

Hai semua
Sebenarnya dah lama El tak tengok wayang. Sejak sakit hari tu memang tak ada masa nak pergi tengok wayang. Even tv pun dah tak ada masa nak tengok. Alhamdulilah El pun semakin sihat sekarang. Dan rezeki El dan tok laki dapat tiket free untuk slot Movie Premier Hunter Killer. Sebelum tu memang tengah hot trailer pasal movie ini. Nak nak lagi El memang kaki tengok wayang thriller dan action. Nak nak lagi pasal kapal selam ni. Nak nak lagi Mr. Gerard yang berlakon. Ai is suka lakonan dia ok. Memang terus on lah. Terima kasih sweetheart malaya Lyana Ishak yang sudi bagi nama Kak El termasuk tok laki dan si kecik hehe. Ok ok jom El cerita sedikit sinopsis Hunter Killer ni


Filem Hunter Killer merupakan filem arahan Donovan Marsh dan dibintangi oleh Gerard Butler (Kapten Kapal Selam) dan Gary Oldman yang memegang antara watak utama dalam filem Hunter Killer.


Di awal filem ini agak bosan sikit. Sampai El pun tak berapa nak pasti apa yang diorang tengah buat haha. Filem ini mengisahkan kapal selam Hunter Killer dihantar untuk mencari sebuah kapal selam US yang telah hilang dari radar ketika berada di perairan Rusia. Setelah krew kapal selam Hunter Killer sampai di perairan Rusia mereka telah dapati kapal selam US (Tampa Bay) telahpun musnah dan tenggelam ke dasar laut mengorbankan semua di dalamnya akibat bedilan peluru berpandu Rusia. 


Babak penuh saspen bermula dengan babak Kapal Selam Hunter Killer ditembak peluru berpandu di perairan Rusia yang sangat mengejutkan. Di sini kita boleh lihat kehebatan Kapten Joe Glass (Gerard Butler) mengendalikan krew kapal selamnya untuk menangkis tembakan dari pihak Rusia kerana pihak mereka tidak mengetahui dimanakan Kapal Selam Pihak Rusia tersebut. Hanya Pihak Rusia sahaja boleh lihat radar kapal selam Hunter Killer. 


Apa yang mengejutkan selepas itu bila Joe Glass dan krew Kapal Selam nya turut menjumpai Kapal Selam Rusia pula yang rosak teruk kerana turut ditembak di dasar laut dengan kesan kerosakan yang mencurigakan sedangkan pihak Amerika tidak lagi melakukan sebarang serang balas kepada Rusia. Kerja-kerja penyelamatan juga dilakukan ketika mana mereka mendapat tahu masih ada yang bernafas di dalam kapal selam Konek milik tentera Rusia. Siapakah yang mereka jumpai?Musuh?Pembelot?Rakan lama? Jeng jeng jenggg


Dalam masa yang sama juga, berlakunya rampasan kuasa oleh Menteri Pertahanan Rusia Dmirit Durov terhadap Presiden Zakarin yang merangkap Presiden Rusia namun pasukan tentera US masih ingin menyelamatkan Presiden Zakarin demi menghalang berlakunya Perang Dunia Ketiga.
Di sini ada adegan tembak menembak yang cukup menghairahkan. Ha menghairahkan tu korang kena tengok sendiri filem ni hokey.


Terdapat adegan yang mencemaskan sampaikan El terjerit kuat dalam panggung wayang. Tok laki El sound..hey mama tolong tutup mulut uuuu tu ok hahaha. 

Korang yang tengah plan nak tengok movie hujung minggu ini silalah datang beramai2 ke panggung berdekatan. Movie ini telah pun bermula  pada 25/10/18.

El bagi 4 bintang untuk Hunter Killer.

Hey selesa sangat lah GSC Sunway Carnival Mall Seberang Jaya. Pertama kali datang sini tengok movie. El suka seat dia memang selesa boleh letak kepala dan tak nampak orang belakang hey.

#hunterkiller

Khamis, 25 Oktober 2018

APPLIKASI 7 IN 1 CANNIS BAKAL DISENARAIKAN DI NASDAQ PADA TAHUN 2021

10:46 PG 13
APPLIKASI 7 IN 1 CANNIS BAKAL DISENARAIKAN DI NASDAQ PADA TAHUN 2021
"Bintang Terhebat yang Akan Bersinar di Nasdaq ~ Cannis"

Hai semua.
Sebelum ini El ada share tentang Applikasi Cannis. Sekarang CANNIS telah berjaya membentuk satu trend yang baru pada semua. Korang boleh baca apa itu applikasi cannis di SINI

Aplikasi mudah alih Cannis telah membentuk trend aplikasi baru yang berjaya mengumpul 100 ribu pengguna dalam masa kurang dari dua bulan. Cannis bakal menjadi bintang terhebat di Nasdaq, Amerika Syarikat.

Sejak awal tahun 2018, Cannis terus melabur dalam industri yang disukai ramai iaitu teknologi, filem, kecantikan, ubat-ubatan preventif, teknologi terkini dalam pertanian dan sebagainya. Dengan kerjasama dengan rakan strategik mereka, Cannis telah memperluaskan pasaran mereka dengan pesatnya di banyak negara Asia Tenggara dan dijangka akan tersenarai di Nasdaq tidak lama lagi.


Ketua Pegawai Eksekutif Dato 'Ching Eu Boon juga menyatakan semasa persidangan "The Upcoming Greatest Star in Nasdaq" bersama 3000 peserta Cannis bahawa perkongsian Cannis tidak terhad kepada teknologi terkini, seperti teknologi digital, pangkalan data yang besar, kecerdasan buatan, tetapi juga dengan penggambaran, ubat-ubatan  preventif dan industri kecantikan.



"Kami sangat berharap perkongsian strategik dengan industri-industri tersebut dalam memenangi kepercayaan pengguna dan meningkatkan pengalaman pengguna akhir lancar O2O."

Muat turun Aplikasi dan Perbelanjaan Pengguna telah mencipta rekod baru dalam sejarah, Cannis dilahirkan pada era yang tepat dan terbaik.

Suku ketiga tahun 2018 telah menjadi musim yang paling menguntungkan untuk 'App Store' dimana jumlah muat turun aplikasi yang komprehensif pada musim tersebut di App Store dan Google Play telah melebihi 29 bilion, kenaikan 10% berbanding terdahulu. Walaupun perbelanjaan pengguna global telah mencapai hampir 20 bilion dolar AS, kenaikan 20% berbanding dengan musim yang sama pada masa lalu, kedua-duanya mencipta rekod sejarah baru.


















Melalui analisis didapati peningkatan dalam kategori aplikasi dibawah muat turun, permainan, hiburan dan aplikasi penyiaran video telah menjadi antara jenis aplikasi  yang paling banyak dimuat turun. 

Prestasi yang mengalakkan dari dua jenis Aplikasi yang sama memerlukan kandungan kreatif  bagi memenuhi permintaan pasaran.



Pada keseluruhannya, suku ketiga tahun 2018, App Store dan Google Play kedua-duanya mempunyai sejarah muat turun yang lebih tinggi dalam perbelanjaan pengguna. Ini menunjukkan trend pasaran App, yang terus meningkat bergantung kepada populariti penggunaan telefon pintar, menyediakan pembelanjaan tanpa henti dan potensi pembangunan yang besar.


Cannis memberi tumpuan kepada industri yang paling cepat berkembang, menyediakan platform integrasi, mewujudkan fungsi 7-dalam-1 yang kuat.

Mod Maya-Realiti yang digabungkan dengan Mod O2O

App Cannis bukan sahaja menggabungkan fungsi inovatif setiap bulan tetapi juga melabur dana besar secara selektif di industri tren luar talian, dengan  jangkaan menyambung aliran perbelanjaan keseluruhan pengguna luar talian dengan pangkalan data dalam talian, untuk memulakan membina model O2O, mengadakan promosi pemasaran terdahulu, pembekal ahli dalam talian dan luar talian dengan cekap, dan perkhidmatan penghantaran barangan 'back-end' menjadi lebih lancar.


















Dari segi lencongan ahli, ahli-ahli Cannis boleh menggunakan diskaun dalam talian, termasuk pembelian di kedai runcit dan rakan kongsi strategik Cannis. Mata ganjaran dalam talian boleh digunakan sebagai diskaun yang membantu pengguna menjimatkan wang. Penyertaan dalam pertandingan yang direka oleh Cannis juga membolehkan ahli memenangi hadiah utama  melalui perkongsian.



Ketua Pegawai Operasi Cannis, Encik Mohammad Mustaqim Bin Abdullah menegaskan bahawa platform itu secara aktif akan menjalankan susun atur yang komprehensif untuk perkhidmatan dalam talian dan luar talian, supaya gedung yang sedia ada tidak lagi dibatasi oleh saiz atau sekatan serantau ruang. Melalui mod Cannis e-commerce dan  keutamaan belanja, maklumat pedagang boleh diperolehi dengan kos terendah ke pasaran sasaran yang tepat, oleh itu memaksimumkan keberkesanan pengiklanan.

Rakan Strategik Cannis

Rakan-rakan strategik yang hadir pada hari tersebut termasuklah Dr. Eco-Dr. Coco Alex; Produser Syarikat Produksi Da Motion, Encik Along; Pengarah Kreatif (凯 优 影视 控股 有限公司), Miss Bo Bo; LongTV Sdn. Encik Chis Yen; Weber PDT Pusat Kesihatan Rawatan Kanser Prof Madaya Dr. Martin E. Roberts; Ketua Pegawai Eksekutif (名 资 股份有限公司), Encik (蔡逸群) dan Dr. DNA Encik Jannings Lee.


















Konsul Kehormat Republik Slovakia, Tan Sri Datuk Sri Tee Keat berkata bahawa Cannis mempunyai ketajaman idea terhadap perkembangan trend. Melalui analisis pangkalan data yang besar, mereka secara tepat mempelajari keperluan sebenar pengguna. Budaya etnik yang kaya di Malaysia juga membantu mengembangkan perniagaan ke seluruh dunia, bagi menarik rakan strategik pada masa hadapan. Sama ada dalam pemasaran media atau strategi pembangunan, Persembahan mereka sangat luar biasa.



Cannis adalah aplikasi bersepadu pertama di dunia yang menyediakan pengguna dengan pelbagai aplikasi App ini, penyiaran langsung, e-dagang,  diskaun membeli belah, rangkaian sosial, video pendek, permainan dan pembayaran, semuanya boleh didapati di Cannis App. Cannis yakin bahawa mempunyai pelbagai kumpulan etnik dan budaya Malaysia sebagai titik permulaan, lebih mudah untuk mengembangkan Cannis dari Asia Tenggara ke seluruh dunia.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari http://cannis.app.

Sabtu, 13 Oktober 2018

KEBAIKAN SUSU FERNLEAF 100% MMMMM SEDAPNYA DARI NEW ZEALAND

6:52 PTG 16
KEBAIKAN SUSU FERNLEAF 100% MMMMM SEDAPNYA DARI NEW ZEALAND
Siapa suka minum susu angkat tangan?Siapa yang tak suka susu, pasti lepas ini akan suka minum susu semestinya dari Fernleaf. Teruskan membaca.


El dan keluarga memang suka minum susu. El dan suami suka minum susu low fat dan anak-anak pula tentunya susu perisa coklat. Susu ini adalah sumber tenaga kita untuk cergas dan sihat sepanjang hari. Susu ini sedap diminum begitu atau dicampur dalam makanan seperti oat, coco crunch dan ikutlah citarasa korang. 


El memang tiap kali pergi barang dapur, pasti akan belikan sekotak dua untuk dijadikan stok minuman di rumah. Tak sangka ye, susu Fernleaf sekarang dah ada disediakan dalam pek UHT baru. Mudah dan sesuai untuk seisi keluarga. Boleh juga dibawa kemana-mana tanpa alasan supaya kita dan keluarga kita hebat, sihat dan bertenaga sepanjang masa. 


Kenapa Fernleaf UHT 100% Mmmmm sedap dan terbaik untuk anda dan keluarga anda

1) 100% Mmmmm

Kalau korang nak kelihatan hebat, sihat dan bertenaga, kenalah minum susu Fernleaf 100% Mmmmm. Sekarang Fernleaf dah tersedia dalam pek UHT. Beli dan minumlah dimana saja korang berada. Janji korang akan lebih nampak muda,  sihat dan bertenaga.

Susu Fernleaf 100% Mmmmm ini dilengkapkan dengan nutrien-nutrien penting seperti protein, vitamin A dan D serta kalsium bagi meningkatkan pengambilan nutrisi dan tenaga. Jangan bagi alasan korang tak ada masa nak minum susu hokeyyyyy 


2) Pakar Tenusu
Susu Fernleaf UHT ini dibungkus dengan 100% Trusted GoodnessTM dari New Zealand. Mereka sangat serius untuk menghasilkan tenusu yang terbaik. Tidak hairanlah mereka mempunyai pengalaman lebih dari 140 tahun dalam perladangan tenusu untuk memastikan kualiti tertinggi pada setiap peringkat pengeluaran susu.


3) Meragut rumput secara bebas
Bila kita terfikir tentang negara New Zealand tentunya kita akan terbayang tentang lembu-lembu New Zealand yang comel-comel tu. Bilalah El dapat pergi ke sana tengok secara live lembu-lembu dan lihat sendiri pengeluaran tenusu diorang ermm. Ha..korang nak tahu tak kenapa lembu-lembu tu semua berkeliaran bebas di kawasan rumput yang lapang tu?

Kalau korang nak tahu, mereka ingin melepaskan lembu-lembu itu meragut rumput secara bebas tanpa terkurung dalam kandang. Disebabkan iklan di sini sejuk, tanahnya yang subur, kadar hujannya yang baik serta cahaya matahari yang banyak menjadikan ianya salah satu tempat yang terbaik untuk menghasilkan susu. Baruku tahu. Faktor pemakanan dan persekitaran juga memberi kesan untuk penghasilan susu yang terbaik.


4) Menghasilkan susu secara semulajadi
Sebagai sebuah negara yang pakar dalam rumput yang tumbuh. Lembu yang dijaga dengan baik yang diberi makan rumput semula jadi adalah lembu yang sihat; dan menghasilkan lembu yang sihat susu berkhasiat berkualiti tinggi.

Korang pun tahu kan kawasan rumput dimana lembu-lembu New Zealand ni makan rumput so cantik. Memang satu wishlist lah kalau dapat pergi New Zealand ni nak tengok lembu haha. Disebabkan rumput yang berkualiti tinggi, iklim yang selesa, udara bersih dan air, lembu akan menghasilkan susu secara semula jadi tanpa memerlukan apa-apa bentuk susu booster. Korang tak payah risau dah susu fernleaf ni memang terbaik dari ladang. Ladang pun bersih. Lembu pun comel dan gemuk-gemuk dijaga rapi ok. Apalagi yang engkau dustakan. Nak minum susu kenalah yang terbaik bukan?


5) Dibuat dengan 100% Susu dari New Zealand
Korang jangan risau Fernleaf 100% susu dari New Zealand ini disahkan halal oleh New Zealand Islamic Development Trust (NZIDT), yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Dah lah sedap dan halal. So korang bolehlah minum setiap hari tanpa was-was. 


Pengalaman El dan keluarga dengan Susu Fernleaf 100% Mmmmm

Sarapan pagi

Terima kasih Fernleaf sebab mengeluarkan pek UHT yang senang diminum dan dibawa ke mana-mana. Memudahkan setiap pagi El sebagai ibu yang berkerjaya. Setiap pagi kami sekeluarga dapat minum susu Fernleaf sebagai sarapan pagi sebelum ke sekolah dan pejabat. 

Budak-budak ini seronok sangat dapat minum susu Fernleaf. Selalunya diorang akan makan sekali dengan coco crunch. Ceria dan bertenaga betul diorang.


Anak2: Mama mama..hari ini kita breakfast apa?
Mama: Hari ini special sikit..ada susu fernleaf
Anak2: apa itu susu fernleaf mama?
Mama: Haaa kalau nak tahu susu Fernleaf Malaysia ni susu paling terbaik di dunia sebab dia diperbuat daripada 100% susu dari New Zealand penuh dengan protein yang berkualiti tinggi, vitamin A dan D
Anak2: Oooo yang ada lembu-lembu banyak2 yang cantik2 kat sana tu kan mama
Mama: haha ye ye..nanti suruh abah bawa kita pergi New Zealand tengok lembu-lembu tu dan tengok diorang buat susu ni kay
Anak2: 100% Mmmmm sedaplah susu ni mama..ada lagi tak?

Pagi-pagi terasa sejuk macam dekat New Zealand. Mama El pula teringin nak minum susu panas dengan cookies oat. Mujur ada susu fernleaf full cream. Mama El panaskan saja dan cicah dengan cookies oat. Wow syahdu sungguh fefeling berada di negara New Zealand sambil melihat lembu-lembu bebas meragut rumput hihi

Snack petang

So ini pertama kali El dan keluarga mencuba susu Fernleaf. Berebut-rebut anak-anak nak minum susu dan mendeko hiasan yang kami dapat dari pihak Fernleaf. Kebetulan kami hujung minggu lepas kami beriadah di padang permainan dan bawa sekali bekalan susu Fernleaf. Budak-budak lepas bermain tentu letihkan. Tenaga pun dah kurang. So kita stop dan minum susu dulu untuk tambah tenaga balik dengan minum susu Fernleaf yeayy!!!Budak-budak tu semua bukan main gembira dapat minum susu fernleaf. Katanya 100% Mmmmm sedaplah mama


We have fun with Fernleaf


Mama..terbaiklah susu ni


Mama..nak lagi!!


Mama..susu apa yang terbaik untuk kami?


100% Mmmmm sedapnya


Mama pun tak terlepas untuk minum susu fernleaf ni. Mama baru lepas joging 5km. Mujur ada fernleaf perisa coklat. Sekarang mama boleh minum bila-bila masa sahaja dengan pek UHT. Mama bertenaga kembali yeay


Budak kecil paling excited untuk mencuba straw hipster dari Fernleaf. 


We love Fernleaf. Thank you Fernleaf


Kami sekeluarga sukakan susu Fernleaf. Cepat-cepat dapatkan di pasaran sekarang dengan pek UHT 1liter dan 200ml dengan 3 perisa, coklat, full cream dan low fat 

Khamis, 11 Oktober 2018

RESEPI ODEN | ODEN FAMILY MART VIRAL

10:52 PG 9
RESEPI ODEN | ODEN FAMILY MART VIRAL
Baru-baru ni facebook dengan instagram viral tentang oden family mart

Aduhhh kenapalah jauh sangat. Teringin betul nak rasa

Mujurlah ada yang viralkan resepi oden ni. Resepi pun senang nak matey haha. Jom kita try buat oden di rumah.

Bahan2 mudah jer..
1 paste asam pedas adabi
2 paste tomyam adabi
(Sup siam adabi-ada juga yang letak tapi El tak letak pun)
Fishball and the geng (beli kat tesco or hypermarket)
Air
Garam
Perasa


Caranya:
Rebus air..masukkan paste dan bahan2 fishball and the geng
*(Kalau ramai kerabat..byklah paste pakai)
Tambah garam dan perasa. Siap




Boleh buat ala2 stembot tambah mee ketiau bihun megi dan sayuran..mmg meletop 

Rabu, 10 Oktober 2018

AWE NASI AYAM BUDU | TEMPAT MAKAN BEST DI PULAU PINANG

4:27 PTG 5
AWE NASI AYAM BUDU | TEMPAT MAKAN BEST DI PULAU PINANG
Awe Nasi Ayam Budu | Tempat Makan Best di Pulau Pinang

Banyak tempat makan yang best di Pulau Pinang yang El nak share dengan korang. Antaranya Awe Nasi Ayam Budu ni. Awe Nasi Ayam Budu ni terletak di Pasar Malam Bayan Baru berhampiran dengan Bukit Jambul Mall. Memang dah lama tok laki ajak pi sini tapi asyik tutup jer. Mungkin kebetulan hari tu minggu hari raya haji kut. 

Alhamdulilah minggu lepas dapat juga merasa nasi ayam budu si awe ni ha. Untuk bebudak tu El order nasi ayam budu, tok laki pulak dah makan kat rumah dan El pulak order bihun hailam. 


  

Bagi el oklah cuma ayam tu sikit dan kecik sangat. Bawang tu budak-budak manalah makan. El tolong perabiskan semua haha. Lagi satu El ni memang hantu budu. Kalau set tu ada telur dadar+ayam+sayur sikit dan budu memang terbaik haha. Bihun hailam tu pun ok juga. Tentang harga sepinggan tu El lupa nak tanya sebab tukang bayarnya tok laki hihi

Selain nasi ayam budu, diorang juga ada pilihan menu yang bergoreng dan tomyam. Jom pekena nasi ayam budu 


Isnin, 8 Oktober 2018

MENGELILINGI DUNIA DENGAN CITARASA 7 CONTINENTS BUFFET DINNER DI ROYALE CHULAN PENANG

4:12 PTG 10
MENGELILINGI DUNIA DENGAN CITARASA 7 CONTINENTS BUFFET DINNER DI ROYALE CHULAN PENANG
Hai semua
Jumaat lepas El dan sekeluarga dijemput untuk menikmati bufet dinner di Hotel Royale Chulan Penang. Kali ini sangat menarik temanya iaitu Mengelilingi Dunia dengan Citarasa 7 Benua (Travel The World with your taste buds with Royale Chulan Penang's All New 7 Continents Buffet Dinner).

Tak payah pergi jauh2 nun ke luar negara, di Royale Chulan Penang korang boleh menikmati menu-menu dari 7 Benua yeay!



Tetamu yang melawat Cafe Sri Tanjung di Royale Chulan Penang dijemput untuk mengembara sambil menikmati menu-menu dengan pelbagai citarasa serta pengenalan tema bufet terbaru dari Royale Chulan Penang 'Buffet Dinner 7 Benua.



Untuk pengetahuan korang, tema ini dinspirasi dari Executif Sous Chef, Chef Khamarullizad Hassan dimana beliau selalu ke luar negara telah membawa pengalaman masakannya dari luar negera ke dapur hotel dengan menonjolkan bahan-bahan dan herba yang menarik dalam menu terbarunya. Di dalam menunya, beliau akan menunjukkan cara yang berbeza menggunakan bahan-bahan untuk menghasilkan gabungan rasa yang enak dan memberi satu kelainan dan kesan pada tetamu



Menurut General Manager Royale Chulan Penang, Philip Theseira makan malam 7 benua ini melengkapkan koleksi khas hidangan makan bertemakan hujung minggu. Bufet ini memperkenalkan pengalaman bufet yang menarik yang menyediakan tetamu tempatan dan antarabangsa menikmati pilihan makanan yang inovatif dan tidak dapat dilupakan dari 7 benua ini.



Sebelum kita pergi terjah hidangan 7 Benua yang lain, El dah tak sabar nak rasa Roast Beef Striploin yang sangat mengoda yang dihidangkan di bahagian pintu masuk ke Cafe Sri Tanjung. Dia punya daging tu mengancam jiwa. 




Memang sedap. Ranggup di luar, lembut di dalam dengan sos blackpepper dan segala kentang dan sayur memang terbaik.

Jom teman El mengembara menikmati menu-menu dari 7 Benua ini. Bahagian El paling suka dan menyelerakan ialah bahagian North, South dan Antartika. Memang kena dengan selera El. Terasa herba-herba yang ada dalam semua masakan dari 3 benua tu.





Roast Chicken with Mushroom Sauce and Couscous


Stir Fried Squid with Dried Chilli & Blackpepper


Stir Fried Vegetables with Mushroom & Oyster Sauce


Lamb Moussaka


Crispy Fried Nestum Prawn


Stuffed Chicken Kiev

Tidak sah kalau Benua Asia tidak dihidangkan dengan nasi. Kali ini pihak hotel menyediakan nasi briyani dengan dhalca kambing. Memang sedap kombinasi yang terangkat hihi



Nasi Briyani


Ayam Masak Madu


Seafood Jambalaya


Dhalca Kambing


Baked Oyster Sabayon

Jom kita sambung lagi pengembaraan kita dengan menu-menu yang lain. Kali ini hidangan paling meletop ialah Seafood On Ice. Ada ketam, udang, kepah yang segar dihidangkan bersama sos yang sedap. 





Selain itu juga ada pelbagai salad, kerabu, sotong kangkung pun ada, nyonya prawns kerabu, imam balidi, Squid Mediterranean salad dan Smoked Salmon with Condiments


Bahagian terakhir Sweet Adventure. Banyak menu pencuci mulut kali ini, El suka puding roti dia sedap. So far puding roti yang paling sedap El rasa hehe. Suami El pun suka. Lagi satu cookies dia pun sedap. Kitaorang banyak kali ulang alik makan cookies tu. Sampai sekarang teringat-ingat.



Puding roti


Pelbagai dessert yang enak antaranya Assorted Mini Red Fruit Jelly, Assorted Home Made Cookies, Mini Chocolate Moist Cake, Longan Jelly, Strawberry Pudding, Chocolate Truffle.

Terdapat banyak lagi menu-menu yang korang boleh dapati di sini seperti Char Koay Tiao, Mee Rebus dan Ais Kacang pun ada tau. 

Harga 
Adult RM75nett
Child/Citizen RM50nett

Makan malam bufet benua 7 boleh didapati setiap hari Jumaat dari 5hbb. November 2018 dan seterusnya dari 6.30 malam hingga 10 malam di Cafe Sri Tanjung. Terdapat 4 menu akan bertukar setiap minggu. 

EXLCUSIVE DISCOUNT!!!!

Yes!korang boleh enjoy 20% diskaun dengan menggunakan PROMO CODE 'RCPEL7C" Valid 5/10/18-2/11/18
Korang boleh skrin shoot atau simpan promo code ini dan semasa booking just bagi tahu tentang promo code ini sahaja. 



Sebagai tambahan kepada 7 benua makan malam bufet, kerana permintaan popular oleh orang ramai, terdapat beberapa promosi makanan dan minuman yang sedang berjalan di pelbagai kedai makanan di hotel. Antara promosi berterusan termasuklah:

1. Saturday Seafood Buffet from 6.30 pm to 10.00pm (Sri Tanjung Cafe)
2. The Sunday High Tea from 12.30 pm to 4.00pm (Sri Tanjung Cafe)
3. Set Lunch Special Monday to Saturday from 12.00pm to 2.30pm (Sri Tanjung Cafe)
4. Executive Set Lunch Monday to Saturday from 12.00pm to 2.30pm (The Spice Restaurant)
5. Fusion Dinner Saturday to Thursday from 7.00pm to 10.30pm (The Spice Restaurant)
6. Dining Under The Stars Friday to Sunday from 7.30pm to 10.00pm (Poolside)

Royale Chulan Penang juga menawarkan promosi 3 promosi percuma 1 percuma untuk semua bufet bertemakan hujung minggu mereka termasuk makan malam bufet baru 7 benua. Tawaran ini terpakai untuk harga dewasa sahaja. 

Untuk sebarang pertanyaan dan booking sila hubungi 04-2598888 ext 8910 
www.royalechulan-penang.com