JALAN-JALAN MAKAN DI PULAU PINANG | ROPE WALK FOOD COURT - LIFESTYLE BLOGGER

Jumaat, 14 September 2018

JALAN-JALAN MAKAN DI PULAU PINANG | ROPE WALK FOOD COURT

Jalan-Jalan Makan di Pulau Pinang | ROPE WALK FOOD COURT
Negeri Pulau Pinang merupakan destinasi pelancongan yang menjadi tumpuan orang ramai baik di dalam negeri mahupun luar negara. Pulau Pinang juga dikatakan syurga makanan dan tempat pelancongan yang popular di Asia Tenggara. Tidak hairanlah setiap tahun bilangan pelancong ke Pulau Pinang meningkat. Pernahkah anda ke Pulau Pinang?
Pulau Pinang menjadi tumpuan pemburu-pemburu makanan yang ingin menikmati syurga makanan yang mempunyai pelbagai pilihan makanan. Makanan utama yang menjadi pilihan adalah Nasi Kandar, Pasembur, Laksa Penang, Mee Sotong dan banyak lagi.
Mari kita lihat tempat makan menarik yang menjadi pilihan untuk mereka yang bercuti ke Pulau Pinang kali ini.

Jika anda ingin mencari tempat makanan yang menarik di Pulau Pinang, teruskan membaca dan jangan lupa untuk melawat site Jalan-Jalan Cari Makan .
ROPE WALK PULAU PINANG
Salah satu tempat menarik yang menjadi pilihan pelancong adalah Lorong Kulit atau lebih dikenali sebagai Rope Walk. ‘Rope Walk’ terletak bersebelahan Stadium Bandaraya. Rope Walk merupakan tempat paling ‘havoc’ dan dikunjungi oleh orang ramai setiap hari dan hujung minggu adalah paling meriah.

Kawasan ini sebenarnya adalah pasar awam terbuka yang menjual pelbagai barangan dari makanan hinggalah barangan keperluan harian. Apa yang menarik dan menjadikan pasar ini lain daripada pasar lain ialah barangan yang dijual merupakan kombinasi barangan lama atau antik

Di pasar ini, yang juga dipanggil ‘Pasar Karat’, banyak dijual barangan antik seperti jam, lampu, seterika, peralatan untuk hantaran perkahwinan, radio lama, pinggan mangkuk lama, buku lama dan pelbagai lagi. Kepada mereka yang meminati barangan lama dan antik, pasti tidak akan terlepas untuk datang ke sini.
Pasar ini dibuka setiap hari dari jam 8.00pagi-1.00tenghari.

Malah selepas penat berjalan, pengunjung boleh singgah membasahkan tekak mereka di gerai-gerai minuman yang dijual di kawasan sekitar.
Setiap kali hujung minggu, Lorong Kulit pasti akan sesak dengan pengunjung yang mengambil kesempatan membeli-belah pada hari cuti.

FOOD COURT ROPE WALK PULAU PINANG
Setelah melihat pelbagai jualan barangan lama dan antik, tentunya perut sudah berkeroncong. Anda boleh singgah untuk sarapan pagi di food court bersebelahan dengan pasar karat itu. Terdapat pelbagai pilihan menu dari pelbagai gerai. Antara paling popular di sini ialah Roti Bakar Goyang, Nasi Lemak, Pelbagai Pilihan Mee/Bihun, Roti Canai, Pelbagai Lontong dan banyak lagi.

Roti Bakar Telur Meletop
Menu paling rare di sini dan paling popular. Ada pelbagai set roti bakar. Ikut pilihan masing masing RM3.00


Nasi Lemak Lemuni
Pertama kali mencuba menu ini. Pelbagai lauk pauk nasi lemak dan nasi lemak lemuni untuk citarasa anda RM3.00


Lontong Soto
Teringin makan lontong versi Indonesia. Boleh cuba Lontong Soto yang punyai kuah yang pekat dan sos yang pedas RM5.00


Cucur Udang
Wajib datang ke Pulau Pinang mencuba cucur udang versi Pulau Pinang dengan kuah kacangnya RM2.40.


Harga sangat murah dan pilihan makanan pun banyak. Jangan lupa singgah di Rope Walk (Lorong Kulit) Food Court apabila datang ke Pulau Pinang.


12 ulasan:

  1. Selalu lepak kat Town tapi tak pernah lagi g makan kat sini... one day kena try gak ni...

    BalasPadam
  2. Kenapa Mesti Mendaftar Di V9Poker ?
    karna di V9Poker sedang ada Bonus SUPER GILA!
    -Bonus Deposit New Member 150,000
    -Bonus Next Deposit 10%
    -Bonus Referral 20%
    Dan yang tak ketinggalan V9Poker menerima deposit via pulsa loh!
    V9Poker Menerima Deposit Via GO-PAY

    BBM : D8A8E2BC
    wa : 0823 6701 2535
    LINE : V9POKER

    pokerv99
    deposit via Go-Pay
    deposit via pulsa
    judi uang asli indonesia
    bonus turnover terbesar
    situs judi online terpercaya
    uang asli indonesia
    uang asli indonesia
    bonus referral terbesar
    poker depo pulsa
    capsa depo pulsa
    ceme depo pulsa
    domino depo pulsa
    deposit via telkomsel
    deposit via xl

    BalasPadam
  3. Nasik lemak lemuni tu rare. Oih teringin nak makan nasi lemak tu.

    BalasPadam
  4. rabia ada plan jugak nak pergi pulau pinang dengan family.

    BalasPadam
  5. Cucur udang kat penang memang terbaik ..mana2 akak pi pun cucur udang penang juga yang best.tempat lain hidang dengan sos je..tu pun cair..sini siap kuah kacang..

    BalasPadam
  6. Alahai..
    Sedap semuanya kak el..
    Terliur pulak kita tengok menu menu yang ada tu..

    BalasPadam
  7. Penang zaza belum ada peluang lagi nak gi.. Memang lama dah teringin jalan2.. Kalau ada rezeki boleh la singgah2..

    BalasPadam
  8. Kalau kat perak ada loken kat ipoh.. style cmni gak.. suka tau.. byk benda klasik

    BalasPadam
  9. Mak aih tu dia macam-macam tempat makanan ada..dulu masa study kedah, kerap juga jalan2 penang..ni nak pergi penang ntah bila pula..

    BalasPadam
  10. memang dibuka sampai jam 1 saja ? tapi tempat ni memang best la. Penang memang one of the destination yang saya nak sangat pergi.

    BalasPadam
  11. wah best ni, bolelah bawak k lily jejalan kan... seronoknya penang

    BalasPadam