3 STEPS KULIT CERAH SEMPURNA DENGAN SAFI BALQIS OXYWHITE - LIFESTYLE BLOGGER

Khamis, 13 September 2018

3 STEPS KULIT CERAH SEMPURNA DENGAN SAFI BALQIS OXYWHITE

Hi semua
Salam kasih sayang
Hari ini El nak pahatkan pengalaman yang takkan dilupakan dalam hidup El.

Alhamdulilah El telah diberi peluang untuk ditemubual oleh pihak Safi Balqis yang telahpun diadakan di Aman Central, Alor Setaq pada 19hb Ogos, 2018 bersama dua lagi blogger hebat Lia Hasty dan Eintan Nurfuzie (Cik En). Road show Safi Balqis Oxywhite ini bermula pada puku 2pm-4.pm.

Perasaan mula-mula tu memang nervous. El memang pertama kali ditemubual secara esklusif di hadapan penonton dan ditemubual pula oleh pengacara yang sangat cantik dan berbakat iaitu pengacara berita sukan TV1 Iffah Hazim.

Perjalanan Kami Ke Event Safi Balqis Oxywhite Aman Central

El menumpang Lia dari Penang. Pukul 10pagi dah bergerak ke Sungai Dua untuk menemui Cik En yang datang dari Perak. Sedikit kelakar dimana waze Cik En membawa ke sawah bendang walaupun tempat yang sama kami berjanji untuk berjumpa. Lupa pula untuk snap gambar hari tu haha


Kami seterusnya pergi ke rumah ayah Lia untuk tumpang parking kereta Lia, seterusnya menaiki kereta Cik En untuk meneruskan perjalanan kami ke Aman Central.

Perjalanan kami semakin rancak. Lia di depan bersama Cik En borak sampai tak berhenti. Yang El pula di belakang cuak dah baca semua nota-nota untuk temubual nanti haha. Mujur ada Cik En yang banyak pengalaman menjadi MC dan pernah berpidato membuatkan El semakin bersemangat dan yakin.

Kami sampai di Aman Central jam 12 tenghari. Terus menuju ke food court untuk makan tengahari. Tengah makan PR Safi sudahpun telefon kami untuk berjumpa. Mereka mahu adakan sedikit briefing sebelum acara dimulakan. Alamak berdebar ya amat haha

Event Safi Balqis Oxywhite

Kami diperkenalkan dengan Marketing Manager, Puan Mahsuri. Beliau menerangkan acara-acara dan time untuk kami ditemubualkan. Kami akan ditemubual pada jam 2.30pm-3.00pm. Keadaan di situ sangat santai dan orang ramai belum lagi kelihatan.



Terdapat beberapa booth produk-produk Safi Balqis dan ada juga booth untuk mengesan jenis kulit dan staff Safi Balqis akan memberi nasihat produk mana yang patut anda cuba.


Sampailah masanya yang ditunggu-tunggu. Kami bertiga sudah bersedia di atas stage. Ramai jugalah orang pada masa itu. Mula-mula El cuak juga. Ada tersasul, blur dan tersalah jawapan haha. Tapi memang sangat santai dan happening. Crowd pun ramai dan bekerjasama. MC Iffah Hazim pun juga sangat membantu. Temubual berjalan dengan baik dan lancar.






Jangan tak tahu dari dulu El memang pengguna tegar Safi Balqis. Mak El dulu suka sangat beli produk Safi. Anak pun apa lagi curi-curilah pakai mak punya. Alhamdulilah  memang serasi dengan kulit El.


Ok untuk pengetahuan korang, El mempunyai kulit yang berminyak. Nanti baca sampai habis apakah 3 steps penjagaan muka dengan menggunakan Safi Oxywhite.


3 Steps Penjagaan Wajah Safi Balqis Oxywhite
1. Membersih
2. Merawat
3. Membersih

Safi Balqis OxyWhite Pembersih Muka

-Aktiviti dan faktor persekitaran punca kulit kotor, kusam dan tidak bermaya. Formulasi dengan teknologi Mikro Buih yang mewah berkrim ini bertindak:
a) membersih jauh ke dalam liang pori
b) menghilangkan baki kotoran dan sisa solekan
c) mengekalkan kelembapan selepas penggunaan
d) sesuai untuk semua jenis kulit

Safi Balqis OxyWhite Penyegar


- Liang pori akan terbuka selepas membersih kulit wajah lalu menyebabkan kulit terdedah kepada kotoran. Penyegar Safi Balqis OxyWhite bertindak:

a) Mengecilkan liang pori agar kulit wajah bersih dengan Ekstrak Cendawan
b) Menyediakan kulit wajah untuk menerima produk seterusnya dengan lebih berkesan
c) Memberi kesegaran tanpa meninggalkan rasa melekit dengan formulasi tanpa alkohol

Safi Balqis OxyWhite Krim Pelembap Siang SPF20PA++IR


- Sinaran matahari dan penghawa dingin punca kulit muka menjadi kusam, gelap dan kering. Krim pelembap Siang ini bertindak:

a) menjadikan kulit 2 tona lebih cerah
b) melindungi kulit daripada sinaran UV dan UVB merbahaya dengan SPF20++ c) mencegah kuliy menjadi gelap akibat radiasi infrared (IR) dengan pelindung IR
d) melindungi kulit daripada radikal bebas secara 100%
e) menghaluskan kulit lebih pantas dan insentif
f) menghaluskan kuliy
g) menyamaratakan tona kulit


Video 3 Steps Kulit Cerah Sempurna dengan Safi Balqis Oxywhite


Satu lagi yang El nak share dengan korang, produk Safi yang  menjadi favourite El dan Sarah ialah pelembap krim SPF20PA++. Produk ini boleh digunakan indoor dan outdoor. El sejenis yang bekerja di dalam aicond (kulit akan kering) dan selalu berada di luar dan terdedah dengan pancaran matahari. Dan di rumah pula terdedah dengan pelbagai haba yang datang dari semasa kita memasak, cahaya lampu dan sebagainya. Sebab itu El mesti apply pelembap ini untuk melembapkan kulit El.

Alami kulit wajah cerah dan sihat dengan tona lebih sekata melalui Set Penjagaan Rangkaian Produk dari Safi Balqis OxyWhite.

Produk ini boleh didapati di seluruh Malaysia termasuk pasaraya dan pasaraya hiper utama.







3 ulasan:

  1. Sekarang dah ada macam macam jenis skincare dah produk Safi ni. Memang terbaik, harga pun berpatutan.

    BalasPadam
  2. kita pon pkai safi ja dari dulu sbb yakin dgn produknya

    BalasPadam
  3. hahahha.. kelakar kan ingatkan kisah cik en jalan tepi bendang tu.

    BalasPadam