09/01/2018 - 10/01/2018 - LIFESTYLE BLOGGER

Selasa, 25 September 2018

DAPATKAN KUASA OAT DENGAN AVEENO

9:31 PG 9
DAPATKAN KUASA OAT DENGAN AVEENO
Melegakan, Memulihkan & Melindungi dengan kuasa Oat.
Aveeno® dan Aveeno Baby® kini di Malaysia!

Akhirnya warga Malaysia dapat menikmati sentuhan berkhasiat Aveeno®! Dengan adanya Aveeno®, jenama yang paling dipercayai kerana menggunakan ramuan semula jadi, dan Aveeno Baby®, jenama #1 yang dipercayai oleh pakar pediatrik A.S.* kerana menggunakan ramuan semula jadi, anda sekeluarga kini berpeluang untuk menikmati kecantikan semula jadi dan kesejahteraan hidup.



Semenjak 1945, kisah Aveeno® berkisar tentang penemuan dan semangat jenama ini. Rahsia alam semula jadi ditemui menerusi kemajuan sains, jenama ini menemui cara untuk memelihara dan mengubah kulit supaya menjadi lebih sihat dan lebih cantik secara semula jadi.

Diasaskan oleh pasangan adik beradik pencipta dan dermawan Albert dan Sidney Musher, nama jenama Aveeno® diilhamkan daripada Avena sativa, perkataan Latin untuk ‘oat’, bahan utama dalam rangkaian produk Aveeno®.

Aveeno® percaya bahawa oat mempunyai kebolehan untuk melegakan, memulihkan dan juga mengubah, membolehkan wanita di seluruh dunia menyedari potensi kecantikan semula jadi mereka dan membolehkan mereka menjalani kehidupan indah secara semula jadi dengan sepenuhnya.




Menurut Julia Teo, Ketua Jenama dan Peluasan Pembeli 
Johnson & Johnson Malaysia, pengenalan Aveeno® dan Aveeno Baby® ke pasaran Malaysia merupakan usaha syarikat untuk memenuhi permintaan pengguna untuk produk penjagaan kulit dengan ramuan semula jadi. “Kesedaran dan daya tarikan untuk produk penjagaan kulit berasaskan ramuan semula jadi kini semakin menyerlah berbanding dahulu. Namun bukan mudah untuk mencari produk yang bersesuaian untuk kegunaan kulit sensitif.
 
Dengan adanya Aveeno® dan Aveeno Baby®, kami yakin bahawa permintaan di pasaran akan dapat dipenuhi, dan rakyat Malaysia akan dapat menikmati rutin harian penjagaan kulit mereka dengan produk kami, bukan hanya untuk diri sendiri, tetapi juga untuk anak-anak mereka,” menurutnya lagi.



ACTIVE NATURALS – ramuan daripada sumber semula jadi yang memberikan kebaikan sebenar!

Ciri paling unik Aveeno® adalah ramuan ACTIVE NATURALS, di mana hanya ramuan semula jadi bermutu tinggi yang ditanam dalam persekitaran yang sempurna dipilih dan dirumuskan dengan kemajuan sains untuk memberikan kulit anda kebaikan yang sebenar.



Dalam usaha untuk merapatkan jurang dari segi kesihatan dan kecantikan, Aveeno® bangga menggunakan ramuan yang diperoleh daripada alam semula jadi untuk mencapai hasil yang diingini. Setiap pengalaman dengan Aveeno® adalah satu kenikmatan yang baik untuk kulit dan juga deria. Ia adalah produk tanpa wangian dan gabungan formula yang lembut untuk kulit.

Fungsi kulit dan kebaikan Oat untuk kulit anda
Kulit merupakan organ tubuh manusia yang terbesar dan juga yang paling cepat tumbuh. Ia memberikan perlindungan semulajadi di antara diri kita dan alam sekitar untuk melindungi badan kita daripada jangkitan, patogen, serta radiasi UV yang berbahaya. Ia juga penting dalam mengekalkan homeostasis, membantu mengehadkan cecair dan mencegah kehilangan kelembapan. Oleh itu, mengoptimumkan tahap kelembapan kulit adalah kunci untuk kulit yang sihat dan berseri secara semulajadi. Berkaitan dengan sejarah yang panjang untuk kegunaan dalam penjagaan kulit, oat memberikan pelbagai kebaikan untuk semua jenis kulit, terutamanya kulit yang kering,  rengsa dan gatal. Produk ini juga selamat untuk kulit bayi yang lembut. Mujurlah dengan adanya ACTIVE NATURALS, rumusan Triple Oat yang boleh didapati di dalam produk-produk Aveeno®, menggabungkan tiga ramuan yang unik tersendirinya untuk memberikan sehingga 9X kuasa anti oksida**:





 Produk Aveeno® yang didapati di Malaysia:




Kegunaan Harian
· Aveeno® Daily Moisturizing Body Wash (354ml, RM40.47)
· Aveeno® Daily Moisturizing Lotion (354ml, RM44.25)
· Aveeno® Daily Moisturizing Sheer Hydration Lotion 
  (350ml, RM52.74)

Penjagaan Istimewa
· Aveeno® Skin Relief Body Wash (354ml, RM45.19)*TANPA
PEWANGI*
· Aveeno® Skin Relief Moisturizing Lotion (354ml, RM52.74)
*TANPA PEWANGI*


Aveeno Baby®: Hasil kasih sayang oleh ibu, untuk ibu.

Tahap keprihatinan yang sama diberikan kepada produk Aveeno Baby® – yang turut dirumuskan dengan ACTIVE NATURALS Oats, diadunkan dengan ramuan pelembapan yang kaya untuk membantu melindungi kulit bayi yang halus, termasuk bayi baru lahir. Aveeno Baby® menyediakan produk untuk kegunaan harian dan penjagaan istimewa turut memenuhi keperluan produk penjagaan badan yang selamat dengan ramuan semula jadi untuk mencegah kulit gatal, kering atau merengsa daripada berulang.

Terbukti secara klinikal untuk melembapkan dan melegakan kulit bayi yang kering sepanjang 24 jam, rangkaian Soothing Relief adalah tanpa sabun, tanpa pewangi serta hypoallergenic. Rangkaian Dermexa membantu melegakan simptom kulit yang kering, gatal dan merengsa sambil menguatkan keupayaan semula jadi kulit untuk melindungi daripada kehilangan kelembapan. Ia juga tidak mengandungi steroid, tanpa pewangi dan diuji untuk alahan. 

Produk Aveeno Baby yang didapati di Malaysia:


 Kegunaan Harian
·         Aveeno Baby® Wash & Shampoo (354ml, RM49.91)
·         Aveeno Baby® Daily Moisture Lotion (227ml, RM41.42)
 Penjagaan Istimewa
·         Aveeno Baby® Soothing Relief Creamy Wash (236ml, RM49.91) *TANPA PEWANGI*
·         Aveeno Baby® Soothing Relief Moisture Cream (141ml, RM41.42) *TANPA PEWANGI*
·         Aveeno Baby® Dermexa Moisturizing Wash (236ml, RM65.00) *TANPA PEWANGI*
·         Aveeno Baby® Dermexa Moisturizing Cream (141ml, RM60.28) *TANPA PEWANGI*

Aveeno® dan Aveeno Baby® kini boleh didapati di farmasi-farmasi utama yang terpilih, seperti AEON Wellness, Caring, Guardian dan Watsons. Untuk maklumat lanjut, ikuti Aveeno® Malaysia melalui Facebook di (https://www.facebook.com/myaveeno).



Jumaat, 14 September 2018

JALAN-JALAN MAKAN DI PULAU PINANG | ROPE WALK FOOD COURT

9:11 PG 13
JALAN-JALAN MAKAN DI PULAU PINANG | ROPE WALK FOOD COURT
Jalan-Jalan Makan di Pulau Pinang | ROPE WALK FOOD COURT
Negeri Pulau Pinang merupakan destinasi pelancongan yang menjadi tumpuan orang ramai baik di dalam negeri mahupun luar negara. Pulau Pinang juga dikatakan syurga makanan dan tempat pelancongan yang popular di Asia Tenggara. Tidak hairanlah setiap tahun bilangan pelancong ke Pulau Pinang meningkat. Pernahkah anda ke Pulau Pinang?
Pulau Pinang menjadi tumpuan pemburu-pemburu makanan yang ingin menikmati syurga makanan yang mempunyai pelbagai pilihan makanan. Makanan utama yang menjadi pilihan adalah Nasi Kandar, Pasembur, Laksa Penang, Mee Sotong dan banyak lagi.
Mari kita lihat tempat makan menarik yang menjadi pilihan untuk mereka yang bercuti ke Pulau Pinang kali ini.

Jika anda ingin mencari tempat makanan yang menarik di Pulau Pinang, teruskan membaca dan jangan lupa untuk melawat site Jalan-Jalan Cari Makan .
ROPE WALK PULAU PINANG
Salah satu tempat menarik yang menjadi pilihan pelancong adalah Lorong Kulit atau lebih dikenali sebagai Rope Walk. ‘Rope Walk’ terletak bersebelahan Stadium Bandaraya. Rope Walk merupakan tempat paling ‘havoc’ dan dikunjungi oleh orang ramai setiap hari dan hujung minggu adalah paling meriah.

Kawasan ini sebenarnya adalah pasar awam terbuka yang menjual pelbagai barangan dari makanan hinggalah barangan keperluan harian. Apa yang menarik dan menjadikan pasar ini lain daripada pasar lain ialah barangan yang dijual merupakan kombinasi barangan lama atau antik

Di pasar ini, yang juga dipanggil ‘Pasar Karat’, banyak dijual barangan antik seperti jam, lampu, seterika, peralatan untuk hantaran perkahwinan, radio lama, pinggan mangkuk lama, buku lama dan pelbagai lagi. Kepada mereka yang meminati barangan lama dan antik, pasti tidak akan terlepas untuk datang ke sini.
Pasar ini dibuka setiap hari dari jam 8.00pagi-1.00tenghari.

Malah selepas penat berjalan, pengunjung boleh singgah membasahkan tekak mereka di gerai-gerai minuman yang dijual di kawasan sekitar.
Setiap kali hujung minggu, Lorong Kulit pasti akan sesak dengan pengunjung yang mengambil kesempatan membeli-belah pada hari cuti.

FOOD COURT ROPE WALK PULAU PINANG
Setelah melihat pelbagai jualan barangan lama dan antik, tentunya perut sudah berkeroncong. Anda boleh singgah untuk sarapan pagi di food court bersebelahan dengan pasar karat itu. Terdapat pelbagai pilihan menu dari pelbagai gerai. Antara paling popular di sini ialah Roti Bakar Goyang, Nasi Lemak, Pelbagai Pilihan Mee/Bihun, Roti Canai, Pelbagai Lontong dan banyak lagi.

Roti Bakar Telur Meletop
Menu paling rare di sini dan paling popular. Ada pelbagai set roti bakar. Ikut pilihan masing masing RM3.00


Nasi Lemak Lemuni
Pertama kali mencuba menu ini. Pelbagai lauk pauk nasi lemak dan nasi lemak lemuni untuk citarasa anda RM3.00


Lontong Soto
Teringin makan lontong versi Indonesia. Boleh cuba Lontong Soto yang punyai kuah yang pekat dan sos yang pedas RM5.00


Cucur Udang
Wajib datang ke Pulau Pinang mencuba cucur udang versi Pulau Pinang dengan kuah kacangnya RM2.40.


Harga sangat murah dan pilihan makanan pun banyak. Jangan lupa singgah di Rope Walk (Lorong Kulit) Food Court apabila datang ke Pulau Pinang.


Khamis, 13 September 2018

3 STEPS KULIT CERAH SEMPURNA DENGAN SAFI BALQIS OXYWHITE

10:12 PG 3
3 STEPS KULIT CERAH SEMPURNA DENGAN SAFI BALQIS OXYWHITE
Hi semua
Salam kasih sayang
Hari ini El nak pahatkan pengalaman yang takkan dilupakan dalam hidup El.

Alhamdulilah El telah diberi peluang untuk ditemubual oleh pihak Safi Balqis yang telahpun diadakan di Aman Central, Alor Setaq pada 19hb Ogos, 2018 bersama dua lagi blogger hebat Lia Hasty dan Eintan Nurfuzie (Cik En). Road show Safi Balqis Oxywhite ini bermula pada puku 2pm-4.pm.

Perasaan mula-mula tu memang nervous. El memang pertama kali ditemubual secara esklusif di hadapan penonton dan ditemubual pula oleh pengacara yang sangat cantik dan berbakat iaitu pengacara berita sukan TV1 Iffah Hazim.

Perjalanan Kami Ke Event Safi Balqis Oxywhite Aman Central

El menumpang Lia dari Penang. Pukul 10pagi dah bergerak ke Sungai Dua untuk menemui Cik En yang datang dari Perak. Sedikit kelakar dimana waze Cik En membawa ke sawah bendang walaupun tempat yang sama kami berjanji untuk berjumpa. Lupa pula untuk snap gambar hari tu haha


Kami seterusnya pergi ke rumah ayah Lia untuk tumpang parking kereta Lia, seterusnya menaiki kereta Cik En untuk meneruskan perjalanan kami ke Aman Central.

Perjalanan kami semakin rancak. Lia di depan bersama Cik En borak sampai tak berhenti. Yang El pula di belakang cuak dah baca semua nota-nota untuk temubual nanti haha. Mujur ada Cik En yang banyak pengalaman menjadi MC dan pernah berpidato membuatkan El semakin bersemangat dan yakin.

Kami sampai di Aman Central jam 12 tenghari. Terus menuju ke food court untuk makan tengahari. Tengah makan PR Safi sudahpun telefon kami untuk berjumpa. Mereka mahu adakan sedikit briefing sebelum acara dimulakan. Alamak berdebar ya amat haha

Event Safi Balqis Oxywhite

Kami diperkenalkan dengan Marketing Manager, Puan Mahsuri. Beliau menerangkan acara-acara dan time untuk kami ditemubualkan. Kami akan ditemubual pada jam 2.30pm-3.00pm. Keadaan di situ sangat santai dan orang ramai belum lagi kelihatan.



Terdapat beberapa booth produk-produk Safi Balqis dan ada juga booth untuk mengesan jenis kulit dan staff Safi Balqis akan memberi nasihat produk mana yang patut anda cuba.


Sampailah masanya yang ditunggu-tunggu. Kami bertiga sudah bersedia di atas stage. Ramai jugalah orang pada masa itu. Mula-mula El cuak juga. Ada tersasul, blur dan tersalah jawapan haha. Tapi memang sangat santai dan happening. Crowd pun ramai dan bekerjasama. MC Iffah Hazim pun juga sangat membantu. Temubual berjalan dengan baik dan lancar.






Jangan tak tahu dari dulu El memang pengguna tegar Safi Balqis. Mak El dulu suka sangat beli produk Safi. Anak pun apa lagi curi-curilah pakai mak punya. Alhamdulilah  memang serasi dengan kulit El.


Ok untuk pengetahuan korang, El mempunyai kulit yang berminyak. Nanti baca sampai habis apakah 3 steps penjagaan muka dengan menggunakan Safi Oxywhite.


3 Steps Penjagaan Wajah Safi Balqis Oxywhite
1. Membersih
2. Merawat
3. Membersih

Safi Balqis OxyWhite Pembersih Muka

-Aktiviti dan faktor persekitaran punca kulit kotor, kusam dan tidak bermaya. Formulasi dengan teknologi Mikro Buih yang mewah berkrim ini bertindak:
a) membersih jauh ke dalam liang pori
b) menghilangkan baki kotoran dan sisa solekan
c) mengekalkan kelembapan selepas penggunaan
d) sesuai untuk semua jenis kulit

Safi Balqis OxyWhite Penyegar


- Liang pori akan terbuka selepas membersih kulit wajah lalu menyebabkan kulit terdedah kepada kotoran. Penyegar Safi Balqis OxyWhite bertindak:

a) Mengecilkan liang pori agar kulit wajah bersih dengan Ekstrak Cendawan
b) Menyediakan kulit wajah untuk menerima produk seterusnya dengan lebih berkesan
c) Memberi kesegaran tanpa meninggalkan rasa melekit dengan formulasi tanpa alkohol

Safi Balqis OxyWhite Krim Pelembap Siang SPF20PA++IR


- Sinaran matahari dan penghawa dingin punca kulit muka menjadi kusam, gelap dan kering. Krim pelembap Siang ini bertindak:

a) menjadikan kulit 2 tona lebih cerah
b) melindungi kulit daripada sinaran UV dan UVB merbahaya dengan SPF20++ c) mencegah kuliy menjadi gelap akibat radiasi infrared (IR) dengan pelindung IR
d) melindungi kulit daripada radikal bebas secara 100%
e) menghaluskan kulit lebih pantas dan insentif
f) menghaluskan kuliy
g) menyamaratakan tona kulit


Video 3 Steps Kulit Cerah Sempurna dengan Safi Balqis Oxywhite


Satu lagi yang El nak share dengan korang, produk Safi yang  menjadi favourite El dan Sarah ialah pelembap krim SPF20PA++. Produk ini boleh digunakan indoor dan outdoor. El sejenis yang bekerja di dalam aicond (kulit akan kering) dan selalu berada di luar dan terdedah dengan pancaran matahari. Dan di rumah pula terdedah dengan pelbagai haba yang datang dari semasa kita memasak, cahaya lampu dan sebagainya. Sebab itu El mesti apply pelembap ini untuk melembapkan kulit El.

Alami kulit wajah cerah dan sihat dengan tona lebih sekata melalui Set Penjagaan Rangkaian Produk dari Safi Balqis OxyWhite.

Produk ini boleh didapati di seluruh Malaysia termasuk pasaraya dan pasaraya hiper utama.