SAN FRANCISCO COFFEE KINI DI PULAU PINANG - LIFESTYLE BLOGGER

Isnin, 2 Julai 2018

SAN FRANCISCO COFFEE KINI DI PULAU PINANG

Buat pengemar kopi di Utara, kini San Francisco (SF) telah membuka cawangan pertamanya di Pulau Pinang. San Francisco dibuka di Utara untuk memikat selera tempatan dengan kopi yang berkualiti tinggi, kepakaran memanggang, dan perkhidmatan yang hebat. Penangites terutamanya pasti teruja dengan pelancaran cawangan terbaru ini


Baru-baru ini El berkesempatan untuk pergi ke pembukaan Cawangan terbaru San Francisco yang terletak di Ground Floor, Gurney Plaza menawarkan "suasana yang sejuk" yang selesa dan inspirasi yang direka untuk merangsang semua deria bau, sentuhan, rasa, pendengaran, dan penglihatan.


El memang coffee lover. Tapi belum pernah lagilah mencuba San Francisco Coffee ni. Bau aroma kopi SF ni sungguh membangkit keterujaan. Selain kopi, korang boleh juga mencuba minuman yang lain seperti Mocha, Cappucino, Americano, Espresso. Kali ini El cuba untuk mencari kelainan dengan mencuba Hazelnut Ice Blended. 



Di SF Coffee ini juga ada pelbagai dessert dan menu lain untuk korang pilih. Pastinya semuanya sedap belaka





Untuk pengetahuan korang, setiap kedai kopi SF mempamerkan identiti yang unik. Namun untuk outlet pertama di Gurney Plaza ini, dekorasinya memaparkan ciri-ciri sejarah Gurney Drive dan laut, menawarkan ruang yang tenang dan santai sambil menikmati secangkir kopi pilihan anda.


Pertama kali berjumpa dengan blogger Khaty (tudung merah), Cahaya Hayati (tudung coklat) dan Syahirah (tepi sekali), Eiza Greenapple tudung maroon pernah jumpa dah. Semua sporting. Bab2 bergambar dan makan masyallah 2x5 perangainya haha


Lama tak berjumpa dengan blogger Farah. Thanks farah for the pic

San Francisco di Gurney Plaza boleh dibahagikan kepada dua: kawasan lounge yang lebih privacy di bahagian belakang; dan ruang tempat duduk kasual di pintu masuk untuk membolehkan pelanggan melihat dunia luar.



Sebelum majlis pelancaran, terdapat sessi soal jawab antara media dan tetamu VIP jemputan dari kiri: Head of Marketing of SF Coffee (Mr. Nik Azwaa Azmi), GM of SF Coffee (Ms. Koo Sue San), Group CEO of Envictus International (Dato Kamal YP Tan), Penang Raised Artist (Anna Maria) dan Chairman of Envictus International (Dato Jaya JB Tan)


Bersempena dengan pelancaran itu, kedai Kopi SF pertama di Utara itu agak meriah kerana tetamu menerima lawatan mengejut dari Yang Berhormat Syerleena Abdul Rashid, ADUN Seri Delima. 




Majlis menjadi semakin rancak apabila tetamu teruja dengan  "unveiling" lukisan dinding mural yang dilukis oleh multitalented artist Anna Maria yang sesuai dengan tema "kopi, pantai dan laut".


Selain Pulau Pinang, SF Coffee kini mempunyai 40 cawangan lain yang terletak di seluruh Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Pahang.

Untuk maklumat lanjut mengenai San Francisco Coffee, sila layari www.sfcoffee.com atau lawati laman Facebook mereka di sini: https://www.facebook.com/sfcoffee/.

11 ulasan:

  1. Wahhh..makanan nya dan minuman tu nampak menyelerakan..lapar lah pulakk hehee.

    BalasPadam
  2. Dh lama x g penang..kek nmpk menarik...tp saya jarang g kedai mcm ni...

    BalasPadam
  3. Hari tu ada la cakap dgn kawan teringin nak pergi pulau pinang.. Sbb pulau pinang ni byk lokasi yg mmg cantik, best dan tempat makan pun lawa2 mcm san francisco ni.. Tgk la hidangan istimewanya cukup mengiurkan 😋

    BalasPadam
  4. Thronging nak pergi pulau pinang , pulau pinang dekat dengan perak kan? Klu kawen dengan org perak nk juga lawat Penang #eh

    BalasPadam
  5. Wow orang Penang now can enjoy nice coffee and lepak kat sana kan.

    BalasPadam
  6. Tempat ngan kopi sama best.Rasa nak pergi lepak lagi..

    BalasPadam
  7. Nad sendiri tak pernah makan atau minum dekat San Francisco ni..tengok el post ni rasa nak cuba terus..hahaa..nak rasa coffee dia sedap ke tidok

    BalasPadam
  8. TB suka gak coffee tapi kalau minum coffee je kepala ni pening satu macam.. nak buat camne tu ye.. huhuhu..

    BalasPadam
  9. Nani tak sempat sempat lagi nak singgah SF Coffee ni. Nanti boleh lah terjah, macam macam ada rupanya. Heheh.

    BalasPadam
  10. bestnya SF Coffee ni, boleh terjah nanti. kadang kala suka juga minum kopi. antara minuman yang suka selain minuman coklat.

    BalasPadam
  11. Orang Penang dah ada tempat lepak la lepas ini. Office ada SF tapi tak pernah pergi. heheeh

    BalasPadam