DARI KESIBUKAN KUALA LUMPUR KE SYURGA DUNIA PULAU PINANG - LIFESTYLE BLOGGER

Selasa, 31 Julai 2018

DARI KESIBUKAN KUALA LUMPUR KE SYURGA DUNIA PULAU PINANG

Dari Kesibukan Kuala Lumpur Ke Syurga Dunia Pulau Pinang

Hai korang. Lama tak cerita pasal cuti2. Dah setahun lebih El sekeluarga tak pergi bercuti ke mana2. Walau sesibuk mana pun, El tetap bawa keluarga El pergi jalan2 ke luar walaupun hanya sejengkal dari rumah El hihi. Yelah penat bekerja kan..masa dengan family pun tak tentu. So waktu yang berharga patut kita manfaat bersama.

El nak tanya korang, berapa ramai diantara korang yang bekerja, keluar rumah seawal pagi (gelap) dan sampai rumah pun dah malam. Setiap hari tanpa gagal. Letih tak?


Kawan2 yang tinggal di luar Pulau Pinang khususnya, bekerja siang malam, living paycheck to paycheck di kotaraya metropolitan yang sibuk, dengan dikelilingi bangunan tinggi melangit dan hutan konkrit. Lampu neon pula menerangi malam hari, dengan bunyi bingit kesesakan lalu lintas. Pernah korang terdetik tak dalam hati “ARGHHH! I need a short gateaway”.



Tapi yang tak best tu bila nak cuti2, cuti lah tak ada, duit pula tak cukup apa lagi alasan yang terlintas dalam fikiran korang lagi. Korang rasa saya ada masa untuk pening kepala? Hahaha.

Jangan risau El nak share dengan korang, ada syurga dunia menanti korang, hanya sekitar 50 hingga 60 minit sahaja dari Kuala Lumpur. Tak percaya?

Dari Kesibukan Kuala Lumpur Ke Syurga Dunia Pulau Pinang



Sekarang ni El nak share dengan korang tentang Syurga Dunia Pulau Pinang. Rata2 pelancong memang suka datang ke Pulau Pinang. Pulau Pinang diantara negeri yang paling popular di Malaysia untuk bercuti.

Jom kita lihat apa yang menarik sangat tentang Pulau Pinang yang dikatakan Syurga Dunia ni

Pasar Malam

Kalau korang merancang untuk melawat Pulau Pinang, pasar malam harus menjadi salah satu tempat "mesti melawat". Di sini terdapat senarai pasar malam terkenal yang terletak di Pulau Pinang dan Butterworth. Deretan gerai makanan, dengan payung pasar malam besar yang bewarna terang. Meja makan bertebaran dengan kerusi kecil, memanggil-manggil korang untuk terus duduk dan order. Dengan bau masakan yang pelbagai dari pilihan makanan tempatan, masakan Cina, India, Melayu bercampur baur dengan bau yang menusuk kalbu.

Pasar malam yang selalu El kunjungi adalah Pasar Malam Bayan Lepas, Pasar Malam Bayan Baru dan pernah juga ke Pasar Malam Seberang Jaya yang punya besaq gila dan tak larat nak tawaf haha

Selalu makanan yang selalu El beli kat Pasar Malam macam Nasi Kerabu, Yong Tau Fu, Bihun Sup, Jagung Bakar, Apam Balik dan macam2 lagilah. Rambang mata tengok. Siap duit je haha






Street Foods

Korang jangan terliur pula haha sebab kini korang sedang menikmati sebahagian daripada syurga dunia, di Pulau Pinang. Ya! Pulau Pinang, Pulau Mutiara. Tak hairanlah kalau sampai majalah Time pun dah isytiharkan Pulau Pinang sebagai Best Street Food in Asia hoi. Nasi Kandar, Laksa Penang, Asam Laksa, Pasembor, Cendol,  Char Koay Teow, Koay Teow Th’ng, Lor Bak, Mee Goreng dan banyak lagi. Just name it, semua ada di Penang. Rugi hangpa tak mai Penang haha

Pasembur Padang Brown




Nasi Kandar Deen Jelutong


Sup Hameed Padang Brown


Laksa Tempurung, Laksa Penang, ABC, Cendol dan Char Kuey Teow


Celur-celur

Bangunan Warisan UNESCO

Dah puas makan? Apa kata korang jalan-jalan pula keliling George Town yang dah diklasifikasikan sebagai bandar warisan oleh UNESCO ni. Ada banyak bangunan pra-sejarah yang masih teguh berdiri, ada yang diubah suai untuk dijadikan kafe dan kedai makan yang menarik.



Selain itu, jangan lupa untuk cari street mural dan arts yang terkenal di sini, alang-alang tu boleh ambil gambar kenang-kenangan juga!. Tak larat nak jalan? No problem, korang boleh cuba naik beca atau boleh sewa basikal untuk pusing-pusing Padang Kota, sambil menikmati angin laut.  Mesti satu pengalaman yang tak dapat dilupakan. Ya lah, mana nak dapat kalau kat KL kan? Pantai yang ada pun Pantai Dalam, tu pun jam teruk haihhhh. Pening!Ekeke





Sekarang dah senang untuk terbang dari Kuala Lumpur to Penang, ada few airlines yang offer beberapa daily flight dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang. Nak pergi Penang balik hari pun it is possible sekarang ok! Tapi buat apa nak rushing, just take your time and enjoy the beauty of Penang to the fullest. Why not book hotel di Batu Feringgi, korang boleh tengok pemandangan sunset dari tepi pantai yang cantik, tak pun, boleh jalan di sepanjang pantai.










Bagi yang nak rasai kemeriahan bandar warisan dunia, korang boleh pilih hotel di sekitar Bandar George Town, kawasan ni hidup sampai ke lewat malam. Bagi food lovers pula, korang boleh pilih untuk book hotel di sekitar Gurney, di situ ada satu kawasan makan yang terkenal iaitu di Gurney Drives. Ada pelbagai pilihan makanan anda boleh cari di sini. Just sediakan poket yang penuh dan perut yang kosong!




Pulau Pinang adalah pilihan yang perfect untuk shot gateway korang, tak lah dekat sangat dan tak lah jauh sangat dari Kuala Lumpur, just nice. Sebagai cadangan, korang boleh ambil flight Jumaat petang selepas waktu kerja. Kemudian luangkan hari Sabtu seharian untuk pusing-pusing sekitar kawasan George Town, dan nikmati sunset yang indah di Batu Feringgi. Akhiri malam korang dengan nice dinner di Gurney Drives. Hari Ahad pula, jalan-jalan di sekitar Padang Kota sebelum ke Bayan Lepas untuk kejar flight balik ke Kuala Lumpur. Yang paling penting, jangan lupa untuk try Nasi Kandaq Penang ok! Rasa dia sumpah tak sama dengan the one you guys makan kat KL.


Batu Feringgi



Padang Kota


Lupakan sekejap kesibukan Kuala Lumpur tu. Jangan lupa untuk book tiket flight dan hotel korang melalui Traveloka kalau nak dapat harga yang berbaloi-baloi. Kenapa beli asing kalau dengan Traveloka, korang boleh jimat berganda-ganda bila beli tiket flight dan book hotel sekali gus.



 

12 ulasan:

  1. Uishhhh terliur la tengok makanan kat pulau pinang kena set time gak g pulak jalan2 sana.

    BalasPadam
  2. Sekarang penang dh mcm KL & JB dah... Dh mcm bndr metropolitan tp msh terkawal... Especially dr segi kawalan trafik... Dan penang pon dh mcm syurga makanan..mcm2 ado.. Hehee...

    BalasPadam
  3. pasemboq tuuu sedapnya elll.. TB sukaa.. aduh.. dah la susah nak jumpa pasemboq sedap kat sini.. pineng aje ada.. huhu

    BalasPadam
  4. Bestnya kak El. Kak El, memang syok membeli kat pasar malam kan. Macam mcam la diborongnya. Kadang tu beli makanan, tak habis makan pun kan.

    BalasPadam
  5. Bestnya ni memang btl2 nak masukkan dalam bucket list. Penang wait for me. 1

    BalasPadam
  6. Kalau pergi Pulau Pinang the first thing that must do is Makan jeee. There are so many street food to try and try.

    BalasPadam
  7. dulu masa belajar, kerap pergi penang..tapi pergi padng kota je sebab tak tau masa tu ada banyk tempat menarik...sekarang dah tau dah..bolehla pergi jelajah nanti

    BalasPadam
  8. Lama tak pergi bercuti, tengok jagung tu nampak sedap je kalau buat sendiri rasa lainkan. Kalau beli kenapa nampak sedap

    BalasPadam
  9. Memang seronok jalan jalan Penang. Banyak pilihan makanan & tempat tempat yang best nak bergambar. Heheh :)

    BalasPadam
  10. Pulau pinang memang banyak makanan yang sedap2 belaka. Mesti kena cuba.

    BalasPadam
  11. Lamanya rasa tak pi Penang. Nanti nak juga repeat balik, jln2 ke Penang la.. makanan mmg sedap2.. heaven!

    BalasPadam