Kulit Sempurna, Menawan Tanpa Bintik Hitam dalam Masa Dua Minggu - LIFESTYLE BLOGGER

Isnin, 28 Mei 2018

Kulit Sempurna, Menawan Tanpa Bintik Hitam dalam Masa Dua Minggu



Wanita Malaysia nampak perbezaan ketara dengan
 Nanowhite Dark Spot Corrective Serum

Sejak sekian lama, ramai wanita bergantung pada pelbagai produk penjagaan kulit untuk memerangi bintik hitam dan parut jerawat. Tetapi bolehkah masalah ini dapat ditangani dalam hanya masa dua minggu? Ketika mencuba Nanowhite Dark Spot Corrective Serum dalam ujian penggunaan di rumah baru-baru ini, wanita Malaysia mendapati kulit mereka bertambah baik dengan cepat.



Nanowhite Dark Spot Corrective Serum dengan LumiLiteTM baharu diperkaya dengan tiga bahan pencerah yang membantu mengurangkan bintik hitam, memudarkan parut jerawat dan juga memberikan tona kulit yang sekata. Ia mempunyai gabungan teknologi Nano, Omega White-C dan Ekstrak Semula Jadi untuk membentuk konsentrasi pencerah yang menembusi jauh ke dalam kulit untuk penyerapan bahan aktif yang lebih baik untuk memberikan hasil kulit cerah yang berseri dan kekal lama.

Ini bukanlah kata-kata kosong kerana ianya telah terbukti berhasil dalam ujian penggunaan di rumah yang telah dijalankan. Percubaan tersebut memantau keadaan kulit 50 orang wanita Malaysia yang telah menggunakan serum ini selama 28 hari, melaporkan hasil yang menakjubkan - hampir kesemua (95%) wanita berusia 22 hingga 35 tahun nampak akan pengurangan bintik hitam dan parut jerawat selepas hanya menggunakan produk selama dua minggu!

Mengikut hasil ujian penggunaan di rumah, pemulihan paling ketara dapat dilihat di bahagian pipi, dagu dan juga dahi. Oleh itu, masalah ketidaksempurnaan kulit hanya akan tinggal sejarah dan wanita-wanita ini kini tampil gembira dengan tona kulit yang sempurna dan lebih cerah.

Majoriti peserta sebenarnya mendapati kulit mereka lebih berseri dalam hari pertama menggunakan Nanowhite Dark Spot Corrective Serum. Bilangan peserta yang berpuas hati semakin meningkat selari dengan bilangan hari penggunaan.

84% daripada wanita melaporkan bintik hitam dan parut jerawat yang semakin kurang dalam hari pertama penggunaan serum. Selepas 14 hari, bilangan wanita yang mendapat hasil yang sama meningkat kepada lebih 90%. Dari segi tona kulit sekata, 50% daripada wanita mengatakan mereka nampak penambahbaikan yang ketara dalam tempoh 24 jam pertama selepas penggunaan, dan 60% melaporkan perkara sama selepas dua minggu.


Wanita yang telah lama mengalami masalah kulit mungkin sukar membayangkan melihat wajah mereka di cermin tanpa bintik-bintik hitam dan parut jerawat. Dengan itu, Nanowhite ingin membantu mereka membayangkan kulit yang lebih cerah – menerusi aplikasi realiti berperantaraan (AR) mudah alih yang baharu.

Cara Pengguna Set Pencerahan Nano White





Langkah 1
Awaking Snow Wash untuk membuang segala kotoran di wajah agar tiada lagi sisa makeup yang tinggal dan akan memberi kulit kita rasa bersih dan segar.





Langkah 2
Refining Treatment Toner mampu merawat sel kulit wajah dan memberi vitamin yang penting penumbuhan self baru kulit.





Langkah 3
Dark spot Corrective Serum. Ini adalah produk baharu yang dirumuskan untuk menghilangkan bintik hitam diwajah. Serum ini mengurangkan bintik hitam dan memudarkan parut jerawat, serta menghasilkan tona kulit lebih sekata dan berseri. Selain daripada itu, penggunaan berterusan mampu mencegah kemunculan bintik hitam pada masa yang akan datang. 





Langkah 4
Double acting whitening gel-cream, memberi kelembapan pada kulit wajah agar wajah sentiasa nampak moist.



Untuk melihat wajah bebas cela anda, cari dan muat turun aplikasi mudah alih 'Nanowhite AR+’ dari Apple App Store atau Google Play Store. Kemudian, imbas pembungkusan serum dengan aplikasi tersebut dan ketahui lebih lanjut mengenai produk-produk Nanowhite dan panduan langkah-langkah penjagaan kulit sambil membayangkan penambahbaikan kulit melalui fungsi realiti berperantaraan.

Bukan itu sahaja - pengguna aplikasi berpeluang memenangi hamper produk Nanowhite bernilai RM2,500! Anda hanya perlu mengisi borang kaji selidik dalam aplikasi mudah alih Nanowhite AR+, dan pemenang bertuah akan dimaklumkan melalui telefon.


Serikan kulit anda hari ini! Nanowhite Dark Spot Corrective Serum 30ml dijual pada harga RM69.90 di semua farmasi dan pasaraya utama di seluruh negara. Untuk mengetahui lebih lanjut, layari laman Facebook Nanowhite di www.facebook.com/nanowhite, atau lawati laman web rasmi di www.nanowhite.com.my.





9 ulasan:

  1. Produk Nanowhite ni antara produk yang menjadi pilihan pengguna sebab selamat dan berkesan kan. Nampak kulit El lagi cerah lepas guna produk nanowhite ni

    BalasPadam
  2. produk yang menarik. selalu nampak di drugstore.
    JanjiKita

    BalasPadam
  3. menarik, sha mmg pengguna toner nanowhite

    BalasPadam
  4. Patutlah El cantik rupanya guna nanowhite.. Bonde suka serum dia tu

    BalasPadam
  5. Wah el nampak makin cerah la. Produk ni berkesan.

    BalasPadam
  6. Wahhh makin berseri lah Raya ni kak El :)

    BalasPadam
  7. sukalah kalau ada produk yang 1 set kita boleh guna dan sesuai untuk kulit

    BalasPadam
  8. Masalah utama kulit kaum wanita, sakit mata tgk parut jerawat, bintik hitam kat muka, kan... Elok plak ada Nanowhite ni, boleh cuba.

    BalasPadam
  9. Packaging produk pun menarik dan nampak kemas. suka sngat produk ni. hasil pun 2 minggu dah boleh nampak kat kulit wajah ni.

    BalasPadam