BERBUKA PUASA DI VISTANA HOTEL PENANG | TOK WAN 101 RESEPI - LIFESTYLE BLOGGER

Selasa, 15 Mei 2018

BERBUKA PUASA DI VISTANA HOTEL PENANG | TOK WAN 101 RESEPI

Seperti biasa Vistana Hotel Penang tidak terkecuali mengadakan buffet ramadan 2018 dengan temanya masih sama iaitu Tok Wan 101 Resepi yang bermula pada 16 May hingga 13 Jun 2018. Ini kali ketiga El berbuka di Vistana Hotel. Apakah menu yang menarik kali ni ya. Sebab Vistana ini adalah salah satu favourite buffet ramadan El.


Ok sebelum itu El nak cerita sedikitlah pada korang. Banyak-banyak review buffet ramadan ini El tak pernah jumpa lagi hotel-hotel yang membuat menu-menu yang terdiri dari pelbagai negeri. Selalunya kalau kita berpuasa, kita mesti cari makanan favourite kita, yang susah nak dapat, susah nak masak, dan lain dari yang lain kan. Pihak hotel mesti bijak memilih makanan yang paling disukai orang ramai, pelbagaikan menu dengan tambahan menu2 dari negeri lain juga. 

Jom kita lihat apakah menu-menu yang menarik yang disediakan oleh pihak Vistana Hotel Penang 


Menu Utama 
Ayam percik,  Ikan keli bakar, Pajeri Terung Ala Kampung, Rendang Daging, Udang Masak Lemak dengan pucuk paku, Kacang goreng buncis dengan cili, Sayur Goreng Soohon dengan pucuk bersama pedal ayam, Gulai Lemak Talang Masin, Patin Tempoyak, Kambing Golek, Nasi Beriani, Nasi Minyak,Sambal Tempe Ikan Bilis, Kailan Goreng Belacan, Tauhu Dengan Sos Telur Siew Pak Choy Dengan Kulit Tauhu dan Sos Cendawan Enoki



















Sebelum nak berbuka di Vistana Hotel ini, El teringin sangat nak makan nasi kerabu. Sepanjang review buffet ramadan ni tak pernah jumpa pun. Semuanya menu nasi kandar. Macam tahu-tahu jer isi hati El, rupanya kali ini Vistana menyediakan menu Nasi Kerabu untuk berbuka. Terus El teruja dan melompat ke langit amboiii. 

Gerai Nasi Kerabu


Gerai Murtabak



Gerai Bubur
Bubur Cha cha, bubur kacang hijau, bubur gandum, bubur pulut hitam dan pengat pisang

  

Gerai Nasi Ayam



Gerai Yong Tau Foo



Gerai Asam Laksa



Gerai Sup dan Bubur Lambuk




Gerai Ais Kacang & Ais Batang



Pelbagai Kerabu dan sambal


Rojak buah dan jeruk buah



Pelbagai kuih muih tradisional, dessert dan minuman



Pelbagai minuman panas dan sejuk






Harga Buffet Ramadan Vistana Penang


Dewasa RM70 nett
Kanak-kanak (4-12tahun) RM30 nett

Untuk tempahan sila hubungi

Tel: +604-6468000
Whatsapp: +0186880010
Email: vispg@ytlhotels.com.my
Website: www.vistanahotels.com 

6 ulasan:

  1. Wow...masakan daripada semua negeri...mmg lain drpd yg lain!

    BalasPadam
  2. banyaknya lauk dia.mahal pun puas hati lah El...Semua jenis masakan ada..tu yang lebih wow

    BalasPadam
  3. Ya Allah.. Banyaknya menu yg ada.. Semua sedap2 lak tu dgn 101 resipi tok wan.. Bagus ada mcm2 menu.. Menu dr klate ado, dr pahang ada.. Johor ada.. Senang org nk mkn plh menu yg berkenan...

    BalasPadam
  4. Tebalnya dia punya murtabak..mesti isi melimpah2 ni..Kalau bulan puuasa, murtabak tu wajib la kat rumah ni ..kena ada tu..

    BalasPadam
  5. Wah El banyaknya menu. Rambang mata Mimi tengok..Sedap sedap pula tuh. Murtabak tuh menggoda betul

    BalasPadam
  6. Banyaknya makanan ni..puas scroll kebawah hehe..

    BalasPadam