BERBUKA PUASA DI SPOON CAFE, G HOTEL KELAWAI, PENANG - LIFESTYLE BLOGGER

Isnin, 14 Mei 2018

BERBUKA PUASA DI SPOON CAFE, G HOTEL KELAWAI, PENANG

Salam sejahtera semua
Hebat Malaysia!Malaysia Hebat
Insyallah tidak lama lagi kita akan bertemu dengan Ramadan Al-Karem. Adakah anda sudah bersedia!

Ok harap-harap kita sama-sama memanfaatkan bulan yang mulia ini sebaik mungkin Insyallah. Seperti biasa El akan share hotel-hotel yang menarik untuk korang berbuka puasa. Kali ini El nak share dengan korang buffet ramadan di Spoon Cafe, G Hotel Kelawai Penang



Untuk pengetahuan korang, ini adalah pertama kali El berbuka puasa di Cafe Spoon, G Hotel Kelawai. Jangan keliru ye, G Hotel Penang mempunyai 2 cafe iaitu Taste Cafe di Persiaran Gurney dan Spoon Cafe pula di Kelawai Road. El pun dah tersilap hari tu haha.



Jom kita tengok apakah menu-menu yang Spoon Cafe, G Hotel  Penang sediakan kali ini. Pastinya sangat menyelerakan!

Kali ini, Spoon Cafe, G Hotel Kelawai memperkenalkan Makan Malam Buffet Ramadhan berkonsepkan dari pasar Ramadhan dan buffet kelas pertama, di mana terdapat 9 gerai di luar, gerai-gerai masakan secara panas-panas dengan pilihan terbaik makanan dari negeri Pulau Pinang.

Dimulakan dengan kaunter nasi kandar, di mana anda akan menemui hidangan seperti kambing kurma, rendang daging dan kari kepala ikan. Ikan itu sama ada kerapu atau siakap merah, yang datang segar dimasak dengan campuran ramuan herba, rempah dan rempah khas yang menghasilkan kari kepala ikan yang cukup hebat.











Selain menu-menu nasi kandar ini, korang boleh juga mencuba menu tambahan menu utama seperti Lala Kam Heong, Sambal Sotong Petai, Ketam Masak Cili, Butter Prawn, Ayam Masak Madu, Daging Masak Hitam, Ikan Siakap 3 Rasa, Lamb Varuval, Kailan Ikan Masin dan Sayur Campur. Tidak lupa juga kambing golek (bahagian kaki)






  








Gerai-gerai lain yang mungkin menarik perhatian anda sate, shawarma, nasi ayam, gerai manisan seperti ais kacang dan cendol serta mua chi (tepung beras dan kuih kacang kuih). Selain itu, gerai BBQ juga menawarkan ikan pari, sotong, udang, kerang dan ikan panggang yang dipanggang dengan daun pisang sesuai dengan pilihan anda dengan pilihan air asam dan cincaluk




Shawarma

Nasi Ayam


Pisang dan Ubi Goreng

Ham Chim Peng
Di Spoon Cafe juga menyediakan makanan santai seperti Soya Bean Tofu with brown sugar pelbagai pilihan sup, bubur dan salad. Hidangan sup tulang berempah adalah sup tulang daging dengan rempah tempatan dan bubur lambuk, bubur dengan ayam cincang dan rempah-rempah yang terpilih dan bubur kacang hijau.



Untuk salad, terdapat pilihan salad barat dan salad tempatan, 5 jenis ulam dengan sambal belacan, jelatah acar dan kerabu.



Berbuka kali ini, El laju-laju pergi ke gerai favourite El iaitu kuey teow goreng, kuey teow sup,dan curry mee.







Untuk melengkapkan berbuka anda, tidak sah kalau tidak merasai bahagian pencuci mulut. Katanya signature dessert di sini adalah Cheesecake. Pelbagai jenis kuih melayu, pisang goreng panas, kacang soya yang sejuk dengan gula perang dan Coconut Mousse dan Black rice cheesecake. Terus El terkam yang ini dulu. Memang sah..memang sah sedap. Sampai sekarang tak boleh move on. Macam kena repeat balik lah.












Harga Buffet G Hotel Kelawai



Jamuan Buffet
TASTE Cafe
Adult
Sun-Thu RM125
Fri - Sat RM160
Child & SC
Sun - Thu RM60
Fri - Sat RM70


SPOON Cafe
Adult
Daily RM75
Child & SC
Daily RM45


Promo
Buy 10 FREE 1 at Spoon
15May-14 June
Buy 2 FREE 1
at Taste Cafe

Untuk maklumat lanjut:
G Hotel Kelawai
Tel: +604-2190000
G Hotel Gurney
Tel: +604-2380000
Email: g4u@ghotel.com.my
www.ghotel.com.my



10 ulasan:

  1. Alahai...merecik semua hidangan..terus lapar perut..SA x makan tengahari lagi ni

    BalasPadam
  2. pernah makan kat g hotel ni. seminggu company bagi tidoq situ. ya rabbi kekenyangan teruk!

    BalasPadam
  3. Semua menu enak-enak belaka. Haruslah grab buka puasa di hotel. Apa salahnya reward diri.

    BalasPadam
  4. Harga yang ditawarkan memang sangat berbaloi dengan pelbagai memu yang dihidangkan. Dessert pun banyak tau

    BalasPadam
  5. Wahhh.. Dalam ni ada 9 gerai? Gila banyak... Byk menu2 yg ada utk dipilih.. Kalau kita rambang mata tgk byk sgt.. Dessert2 jgn ckp.. Tgk smua sdp2 je... Menggoda sgt.. Harga dia pon ok... Sesuailah kalau nk g buka pose ngn fmily ke sini..

    BalasPadam
  6. Banyaknya menu yang disediakan. Mesti akan memenuhi selera pengunjung yang berbagai kan. Rose sendiri tertarik dengan set nasi kandar dan lauk pauknya.

    BalasPadam
  7. Banyak gila choice makanan dia..tapi kalau dah makan nasi kandar tu terus tersandarrr laaa..hahahaha...

    BalasPadam
  8. banyak pilihan macam ni baru best..kalau ajk ramai2 memang setonok makan macam ni..

    BalasPadam
  9. Ya ampun makanan dia, sedap-sedap semua. Puasa lagi sehari..tak sabar..nasib tempat ni dekat penang..kakau tak lama dh booking

    BalasPadam
  10. Banyaknya makanan dia, tiba2 lapar pula tengok hidang dekat sini. Nasib baik jauh kalau tak teringin nak try juga

    BalasPadam