4FINGERS CRISPY CHICKEN GURNEY PARAGON PENANG | TEMPAT MAKAN BEST DI PULAU PINANG - LIFESTYLE BLOGGER

Isnin, 14 Mei 2018

4FINGERS CRISPY CHICKEN GURNEY PARAGON PENANG | TEMPAT MAKAN BEST DI PULAU PINANG

Hai semua

Kalau korang peminat ayam goreng macam El, korang harus try pula makan 4Fingers Crispy Chicken yang baru-baru ini telah membuka cawangan barunya di Gurney Paragon, Penang. Orang-orang Pulau Pinang yang nak rasa 4Fingers Crispy Chicken bolehlah datang beramai ke Tingkat 1 Gurney Paragon, berdekatan dengan butik H&M



Sebelum ini, korang pernah dengar tak 4Fingers chicken crispy ni. Seingat El, kalau tak silap, 1st time El dengar 4fingers ini ketika menonton video youtuber Aisyah Cupcake kut. Dia suka sangat makan 4Fingers ni. Apa lagi El pun teruja juga nak rasa chicken crispy yang viral tak lama dulu.

Serba sedikit tentang 4FINGERS

4FINGERS, jenama makanan dari Singapura yang terkenal dengan ayam pedas yang unik menggunakan bahan-bahan yang fresh, seperti ayam itu sendiri dan yang paling penting of course Halal serta bebas dari bahan pengawet dan MSG.

Sebab apa korang kena try crispy chicken ini, kerana rasanya pedas-pedas, manis-manis dan paling best ayam dia CRISPY.



Untuk pengetahuan korang, El sangat bertuah kerana telah dijemput untuk meraikan Private Party bersama rakan-rakan media dan blogger di cawagan baru mereka di Gurney Paragon yang lepas. Memang tak sabar nak rasa keunikan dan rasa ayam crispy 4Fingers ni ok. Macam mimpi pula haha


El bersama adik-adik blogger Lia dan Oliva with our own design.  
Untuk order, korang kena pergi ke kaunter dan pilih menu yang korang suka. Dan korang akan diberi minuman dan buzzer. Buzzer ini akan berbunyi menandakan korang kena ambil order korang di pickup counter. 


Buzzer

Bin untuk buang tulang ayam

pickup counter

1st time El makan 4Fingers Crispy Chicken ni kalau ikut tekak El..sedap sangat sampai boleh repeat 4/5 ketul rasa lebih kut haha. Ayam dia kecil-kecil dan crispy memang boleh repeat banyak kali. Sos dia pun sedap. Korang boleh pilih nak Soy Garlic atau Hot & Spicy Sauce atau Mix kedua-duanya sekali. 4fingers ini memang confirmed dah jadi ayam goreng kesukaan El.


Ini adalah menu yang kami dijamu pada hari tersebut
Chicken wing

Drumstick

BFF burger. Yang ini El suka. Sedap

Chicken Katsu Sandwich. Ok yang ni kurang sikit. Inti dia sedap tapi roti burger tebal dah sedikit berminyak

Skinny fries ini ada 3 perisa Plain, Seaweed dan Kimchi. Love it!!!!


Pelancaran di Gurney Paragon pada 3 Mei yang lalu sangat menggembirakan peminat ayam 4Fingers di Pulau Pinang yang kini boleh mendapatkan ayam rempah 4FINGERS yang disaluti sos Soy Garlic dan Hot & Spicy. Peminat boleh memilih dari wings dan drumsticks, B.F.F - burger ayam yang paling laris 4FINGERS - Katsu Chicken Sandwich, atau rice box.


Kami bersama 4Fingers crews

We all with CEO 4Fingers, Mr. Steen Puggard


Berikutan pelancarannya di Kuala Lumpur pada tahun 2015 dan pelancaran seterusnya empat lagi cawangan di seluruh Malaysia, 4FINGERS menyaksikan sambutan hangat positif daripada peminat, yang telah mendorong pergerakan ke Pulau Pinang.


"4Fingers ini juga telah diiktiraf sebagai salah satu destinasi makanan terbaik di dunia, Pulau Pinang adalah cabaran utama untuk makanan di rantau ini.



Video Private Party 4Fingers Crispy Chicken at Gurney Paragon, Penang

Our gift of the day. Love it so much! Thank you




Wajib datang lagi selepas ini sebab El nak rasa menu-menu lain seperti rice box, salad dan lain-lain.


Party booth of the day
4Fingers ini mempunyai cawangan di:

Mid Valley Megamall
#LG-074A
Lower Ground Floor

Nu Sentral
#CC 14
Concourse Leve

Sunway Piramid
#LG2.127
Lower Ground

Berjaya Times Square
#G-08B/09
East, Ground Floor

Gurney Paragon
#Lot L1.06
Ground Floor


Untuk maklumat lanjut, boleh layari :
Website : www.4fingers.com

11 ulasan:

  1. Suka tengok ada sos soy garlic tu. Memang kena try nanti ni.

    BalasPadam
  2. Wow! Dah ade kat Gurney Paragon dahhh...syok laa org Penang.. sally honestly x minat sgt 4fingers...kadang² jela pi makan..ehekkk

    BalasPadam
  3. oh wow, you were there! I remember reading something about them opening in Penang. Yums!

    BalasPadam
  4. time to great crazy about chicken here. Penangties no need travel kl for this anymore

    BalasPadam
  5. Lucky you Penang folk! I have to get my 4fingers fix in KL, usually NU Sentral outlet but it's always so packed.

    BalasPadam
  6. sedap nampaknya ayam goreng 4fingers ni....anak bonda pasti suka ayam goreng ni....pasti bonda akan pergi makan disana nanti...

    BalasPadam
  7. Who doesn't love juicy spicy fried chicken!! I have to try all the flavours for this. Mid Valley here I come

    BalasPadam
  8. macam-macam jenis ayam ye..ada dekat sini, boleh try. Owner tu orang putih ye, nampak hadsome..hahaha

    BalasPadam
  9. Heard about this 4 Fingers but yet try. Perhaps I gonna try this tomorrow at Mid Valley. wooo... can't wait for it!!

    BalasPadam
  10. Wow this chicken looks delectable and hard to resist! Please open your branch here in Manila.

    BalasPadam
  11. I have seen this restaurant in sunwat pyramid. Yet to try them out. Look so delicious!

    BalasPadam