YAKIN DENGAN DIRI ANDA #MAKEYOURMARK DENGAN BIO OIL - LIFESTYLE BLOGGER

Jumaat, 13 April 2018

YAKIN DENGAN DIRI ANDA #MAKEYOURMARK DENGAN BIO OIL



Petaling Jaya, Mac 2018 – Bulan ini, Bio-Oil Malaysia memberi penghormatan kepada wanita-wanita Malaysia yang luar biasa dengan kempen #makeyourmark.

Menyedari bahawa masyarakat kini mempunyai persepsi yang tidak realistik mengenai badan yang sempurna sehingga menyebabkan rasa tidak yakin dan mempunyai imej negatif terhadap diri sendiri, kempen #makeyourmark memperkasakan wanita supaya berasa selesa dengan diri sendiri dan mengingati mereka tentang nilai diri.


"Di Bio-Oil, kami memahami perjuangan seorang wanita. Kadang-kadang, rasanya seperti kita diharap untuk melakukan semuanya dan tetap kelihatan cantik! Apabila anda berfikir dengan teliti, ia sebenarnya bukan satu pencapaian yang mudah. Oleh demikian, kami berada di sini untuk mengingatkan wanita bahawa mereka semuanya cantik dalam cara tersendiri, bahawa mereka semua kuat dan luar biasa; dan mampu menjadi yang terbaik. Dan dalam perjalanan kehidupan diri, anda boleh bergantung kepada Bio-Oil untuk menjaga keserian kulit tanpa kesan. Marilah kita semua memadamkan keraguan pada diri sendiri dan sayangi diri anda supaya anda dapat melangkah jejak dengan yakin dan bersedia untuk menghadapi apa jua cabaran." kata Ms. Low Hooi Wan, Pengurus Unit Perniagaan Bio-Oil Malaysia.

Kempen #makeyourmark adalah bahagian pertama kempen #iamremarkable yang akan dijalankan sepanjang tahun 2018 untuk memperkasakan para wanita. Kebanyakan wanita menggemari untuk kelihatan terbaik, biarlah Bio-Oil menjadi sebahagian daripada perjalanan anda untuk mencapai kulit yang cerah dan sihat. Ini bertujuan memperkasakan para wanita untuk mengejar impian mereka dan pada masa yang sama berasa selesa dengan diri sendiri.
  
Berikut adalah perkongsian beberapa wanita luar biasa tentang pengalaman mereka dengan Bio-Oil:


Elaine Daly, Pelakon, Hos TV, Pengarah Kebangsaan Miss Universe Malaysia Organization, Pengarah Saluran www.hurr.tv

"Ketahui nilai diri anda; apa yang anda ada dan apa yang anda perjuangkan. Tahu apa yang anda mahu, tahu bagaimana anda akan mencapai matlamat anda (tidak ada matlamat yang terlalu kecil!), dan bila anda akan mencapainya. Pengurusan masa sudah pasti menjadi cabaran terbesar sekarang. Menjadi ibu bekerja (seorang anak berusia dua tahun setengah dan mengandung 7 bulan), saya perlu menguruskan masa saya dengan betul supaya saya dapat menjaga mereka yang paling saya sayangi. Mempunyai jadual yang dapat saya ikuti membantu. Mengutamakan yang penting, mempunyai sistem sokongan yang kuat, dan jumlah masa yang tepat untuk diri sendiri adalah kunci dalam menghadapi cabaran pengurusan masa.

Banyak yang saya perlu uruskan; keluarga, kerja, jadual yang perlu dijaga, sekurang-kurangnya saya tahu dengan Bio-Oil saya tidak perlu risau. Saya biarkan ia memainkan peranannya dan biarkan ia menjaga kulit saya dengan kelebihan minyak semulajadi. Selain penggunaannya untuk menyegarkan dan menyuburkan kulit, saya menggunakannya pada perut saya untuk menghindari kesan regangan, sebagai langkah pencegahan untuk mengelak tanda regangan. Ia melembap dan apa yang saya sukai ialah ia tidak meninggalkan kesan berminyak. "- Elaine Daly


Nadia Hasbi, Pengasas Fit Rebel

"Membuat penghijrahan dari dunia korporat ke perniagaan, mereka pakaian sukan saya sendiri dan membina jenama sendiri dari bawah merubah kehidupan saya dan memberi saya banyak pengajaran.

Pengajaran paling penting saya pelajari ialah setiap seorang daripada kita mesti mempunyai keberanian untuk mengejar impian kita tanpa rasa takut. Ini boleh menjadi sesuatu menakutkan kerana kadang-kadang, impian kita begitu besar dan luar biasa. Saranan saya adalah untuk mengambil impian anda dan memecahkannya kepada tugasan kecil. Sedikit demi sedikit, anda ambil langkah-langkah untuk menuju ke tempat yang anda inginkan.

Pengajaran kedua yang saya pelajari ialah kegagalan adalah perkara yang baik. Apabila saya membuat keputusan bahawa saya mahu mencipta pakaian sukan yang paling cantik di dunia, saya tidak tahu apa yang saya lakukan. Saya gagal berkali-kali. Tidak lama kemudian saya sedari bahawa kegagalan adalah sesuatu yang hebat, kerana selepas setiap kegagalan, saya belajar dan saya menjadi lebih baik. Setiap kegagalan telah menjadi satu langkah ke hadapan.

Bio Oil adalah minyak penjagaan kulit pakar yang hebat yang menyokong wanita dengan memberi penjagaan yang terbaik untuk kulit kita. Ia sama seperti minyak bayi, tetapi baunya mengagumkan, ringan, tidak berminyak dan mudah diserap. Saya syorkan untuk semua! "- Nadia Hasbi


Madam Molly Khoo, Pengasas Heritage Village Restaurant

"Adalah penting untuk sentiasa berfikiran positif dan mencari sisi positif setiap perkara. Kehidupan adalah sukar secara sedia ada; kita tidak boleh membiarkan pemikiran negatif membawa kita ke bawah. Akan ada hari-hari yang akan membuat anda berasa seperti ingin menyerah kalah. Jadilah kuat dan ingat bahawa pasti ada sinar cahaya dipenghujung terowong paling gelap. Membesarkan empat orang anak adalah perkara paling sukar yang pernah saya lakukan. Perancangan dan pengurusan masa yang baik adalah perkara yang paling penting untuk membantu saya melalui masa yang sukar.

Bio-Oil membantu saya kelihatan muda selama boleh. Ia membantu dengan masalah kekeringan dan melembab kulit saya tanpa meninggalkan kesan berminyak. Saya lebih yakin dan selesa dalam kulit saya sendiri! "- Madam Molly Khoo


Jesrina Arshad, Pengasas & CEO of PurelyB

"Jangan sekali-kali memandang rendah kuasa kepercayaan diri dan berfikiran positif. Jika anda memanfaatkan minda yang positif, menakluki segala keraguan, ketakutan dan benar-benar percaya kepada diri sendiri dan keupayaan anda, anda boleh berbuat apa saja! Hanya ingat bahawa apa saja kesusahan yang mungkin hadapi adalah untuk membantu anda belajar, berkembang dan akhirnya mencapai kejayaan yang sebenar. Jadi jangan menyerah! Teruskan bekerja keras, bertahan dan jangan pedulikan pengkritik dan tidak lama lagi impian anda akan menjadi kenyataan.

Saya sendiri telah bergelut dengan keyakinan diri dan rasa tidak puas hati dengan keupayaan saya, merasakan diri tidak layak terutama sebagai usahawan kali pertama dalam industri teknologi yang dikuasai lelaki. Tetapi apabila saya mengubah set minda saya, menguatkan keyakinan dalam diri saya dan mengambil tanggungjawab untuk kejayaan saya, saya tidak lagi rasa takut. Saya tahu saya mampu menakluk setiap cabaran yang mendatang. Peralihan pemikiran boleh melakukan keajaiban dalam menjadikan diri anda benar-benar bergemerlapan.

Saya menggunakan Bio-Oil sebagai pelembap badan kerana ia membantu melembabkan kulit kering dan memastikan tona kulit saya sekata. Saya suka bagaimana ia adalah jenama yang sangat baik yang membantu wanita meningkatkan keyakinan diri! "- Jesrina


Stephanie Looi, Pengasas dan CEO of PurelyB

"Selalu pastikan diri anda adalah keutamaan dan jaga diri sendiri; tidur dengan cukup, makan dengan baik, bersenam dan lakukan perkara yang anda suka, dan luangkan masa untuk diri sendiri. Anda tidak berguna kepada sesiapa jika anda sakit atau lesu upaya. Fikiran perlu positif, kerana pemikiran negatif boleh memusnahkan wanita yang paling kuat. Siapa yang akan menjadi ketua pasukan sorak anda apabila anda tidak bersorak untuk diri sendiri? Sejujurnya, saya mempunyai masa yang sukar 'melakukan semuanya'. Menjadi ibu dan bos sangat meletihkan. Tetapi satu perkara yang saya pelajari adalah meminta bantuan dan berkata "TIDAK". Kadang-kadang anda tidak boleh menggembirakan semua orang. Jadi, lakukan yang terbaik untuk diri sendiri.

Saya menggunakan Bio-Oil ketika kedua-dua kehamilan saya. Menjadi ibu ketika kali pertama dan bimbang tentang kesan regangan, saya menggunakannya dengan tetap dan saya gembira mengatakannya, saya tidak mempunyai sebarang tanda regangan langsung. Begitu juga ketika melahirkan anak kedua, saya menggunakannya sekali lagi dengan hasil yang sama. Bio-Oil memberi saya keyakinan dan ketenangan minda sepanjang kehamilan saya. Ini penting kerana sebagai ibu hamil, anda sudah mempunyai sejuta perkara di fikiran anda, sekurang-kurangnya anda tahu ada yang dijaga! - Stephanie Looi


Aamal Farhain, Managing Director of Foby Houz

"Sentiasa lakukan yang terbaik dan ikhlas dalam semua yang anda lakukan. Saya percaya bahawa jika kita ikhlas dalam apa yang kita lakukan, perkara-perkara yang baik akhirnya akan berlaku kepada anda. Selain itu, jadilah diri anda sendiri. Jangan cuba menjadi orang lain. Jadilah yakin dengan diri anda sendiri, ikuti keghairahan anda dan bekerja keras untuk mencapai impian anda. Saya melakukan apa yang saya lakukan hari ini adalah kerana ia adalah keghairahan saya. Ramai yang menganggap tidak mungkin seorang wanita muda seperti saya berjaya menjalankan perniagaan saya sendiri. Sukar untuk tidak terasa terganggu dengan apa yang difikirkan oleh orang lain tetapi dengan sokongan yang saya ada dari keluarga, rakan-rakan dan pekerja saya, saya mengubah impian saya menjadi kenyataan.

Bio-Oil memberi inspirasi kepada saya untuk memperbaiki diri saya, tetapi tetap diri saya sendiri.
Ia menyakitkan untuk melihat parut tetapi dengan Bio Oil, ia membantu menjadikan parut saya kelihatan lebih baik, ia membantu saya mendapatkan semula keyakinan. Jangan biarkan parut (nyata atau kiasan) membawa anda ke bawah. Dengan semua halangan dan kesusahan yang saya hadapi selama ini, ia membantu saya belajar dan menjadi lebih matang dan juga mendapatkan keyakinan saya untuk menghadapi segala cabaran. Yakin dengan siapa diri anda. Sebagai wanita, kita semua harus belajar untuk merangkul keunikan kita dan mencari kemenangan dalam setiap masa dan perjalanan kehidupan.“ Aamal Farhain



10 ulasan:

  1. Suka Bio oil..dari masa preggy kan Dania dulu guna ni...sapu kat stretchmark..

    BalasPadam
  2. Ana sejak belajar lagi guna dah bio oil ni. Memang boleh hilangkan parut tapi kena pakai secara consistent.

    BalasPadam
  3. Nani pun guna bio oil ni. Bila konsisten pakai, memang boleh hilangkan scars tu semua :)

    BalasPadam
  4. Bio Oil ni memang elok untuk hilangkan parut.. TB pernah guba jugak..

    BalasPadam
  5. Zaza pernah pakai gak bio oil ni.. Masa tu parut jerawat hitam.. Sapu ni.. Produk bio oil mmg ramai pengguna dan berkualiti

    BalasPadam
  6. Nak kena pakai gak bio oil ni untuk bagi hilang parut ni

    BalasPadam
  7. Ros pernah pakai dulu.. memang berkesan dengan Ros.. hilang parut.. tapi ambil masa sikit

    BalasPadam
  8. selalu standby bio-oil dekat bilik,
    lmbat sikit dia nk bertindak, tapi ok la dri produk2 lain..

    BalasPadam
  9. Ciksue pakai waktu mengandung.Untuk elak stretchmark. Suka bau dia yang wangi.

    BalasPadam