NASI AYAM HAINAN SAMBAL MERAH DI SOUPER CHEF | TEMPAT MAKAN MENARIK DI PULAU PINANG - LIFESTYLE BLOGGER

Rabu, 18 April 2018

NASI AYAM HAINAN SAMBAL MERAH DI SOUPER CHEF | TEMPAT MAKAN MENARIK DI PULAU PINANG

Ingin merasa keenakan NASI AYAM HAINAN SAMBAL MERAH yang HALAL, anda boleh cuba hidangan Nasi Ayam Hainan Sambal Merah dari Souper Chef.

Tempat makan menarik di Pulau Pinang | Minggu lepas El sekeluarga dan rakan blogger yang lain meredah hutan simpan di The Habitat Penang Hill (yang ini El akan ceritakan kemudian). Selesai meredah hutan, kami terus ke Queensbay Mall untuk makan tenghari. Katanya ada Nasi Ayam Hainan yang sedap dan halal di situ. Apa lagi jom kita terjah






Untuk pengetahuan anda, Souper Chef ini terletak di Tingkat 3, Queensbay Mall, bahagian food court. Rata-rata ada diantara anda yang was-was untuk makan di sini. Jangan risau, kedai Souper Chef ini mempunyai sijil halal penyembelihan ayam yang telah disahkan oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang. So, apa tunggu lagi boleh makan puas-puas hihi


Di Souper Chef ini, anda boleh menikmati Nasi Ayam Hainan Sambal Merah yang mempunyai pelbagai menu ayam. Antaranya Ayam kicap, Ayam BBQ Bermadu, Ayam Rebus dan Ayam Kampung


Ayam Kampung




Ayam BBQ Bermadu




Ayam Kicap




Ayam Rebus


Yang menarik selera El di Souper Chef ini adalah kewangian bau nasi ayam dia memanggil-manggil untuk datang lagi. Dan pilihan menu ayam El semestinya Ayam Kicap. Sangat juicy


Selain dari menu Nasi Ayam, anda juga boleh menikmati menu Ipoh Taugeh, Bok Choy, Sliced Chicken Hor Fun, Telur Rebus Kicap. 


Ipoh Taugeh


Bok Choy


Sliced Chicken Hor Fun
1st time rasa menu ini, kuahnya ada rasa udang sikit. Menurut tuan kedai ini, kuah Hor Fun ini menggunakan minyak udang 


Telur Rebus Kicap


Senarai Menu dan Harga

Whole Chicken (Ayam Seekor):
Free Range Chicken (Ayam Kampung) – RM70
Soya Sauce Braised Chicken (Ayam Kicap) – RM60
Poached Chicken (Ayam Rebus) – RM52

Chicken (1/2 bird):
Free Range Chicken (Ayam Kampung) – RM35
Soy Sauce Braised Chicken (Ayam Kicap) – RM30
Poached Chicken (Ayam Rebus) – RM26

Chicken (Ala carte):
Soy Sauce Braised Chicken (Breast/Wing) – RM6.90 per plate
Soy Sauce Braised Chicken (Drumstick) – RM7.90 per plate
Poached Chicken (Breast/Wing) – RM5.90 per plate
Poached Chicken (Drumstick) – RM6.90 per plate
Honey Grilled Chicken (Ayam BBQ Bermadu) – RM7.90 per plate


Set Meal:
Sliced Chicken Hor Fun – RM6.90 per bowl

Special Set Meal
Terms & Conditions apply
Nasi Ayam Hainan Sambal Merah – RM6.90
·         Like FB Page “梁记河粉 Souper Chef” and show at counter to be eligible to purchase. 
Applicable for all subsequent visits.
·         RM0.50 for each extra Sambal Merah



Add-ons:
Chicken Flavoured Rice – RM2.50 per bowl
Plain Hor Fun with Soup – RM4.50 per bowl
Blanched Ipoh Taugeh – RM3.90 per plate
Blanched Bok Choy – RM3.90 per plate
Soy Sauce Braised Hard Boiled Egg – RM1.20 each

Jom apa tunggu lagi. Terjah Souper Chef Nasi Ayam Sekarang!!

Alamat:
3F-08(23) Queens Hall, Queensbay Mall,
100 Persiaran Bayan Indah, Queens Bay,
11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Contact: +6012-428 8066

Business Hours: 10.30am-9.30pm daily


13 ulasan:

  1. Nampak lazat je semua menu tu El.. sayur tu lagilah TB ni memang gigil tengok sayur.. bila la dapat makan kat sini juga

    BalasPadam
  2. Bok coy, telur rebus uikshh sedapnya lah..harga murah mmg blh bawak fmly la gi makan hihi

    BalasPadam
  3. Nyum nyum sedapnya nampak nasi ayam ni Kak El. Kalau Rose, mungkin pilih ayam madu tu kot.. :)

    BalasPadam
  4. Ya ampunn...Sally suka gila nasi ayam Hainan...nnt nak singgah la kalau g Penang

    BalasPadam
  5. Suka nasi ayam hainan sebab rasa nasi ayam yang light je.

    BalasPadam
  6. Lepas baca entry ni. Tetibe rasa nk makan nasi ayam. Nmpk sedap gila. Tpi bilanya nk pegi penang ni. Huhu. Next trip, tmpt ni dlm list

    BalasPadam
  7. Banyak pilihan nasi ayam kat sini, Kak Sue suka sangat sayur tu ha.. nampak sedap..

    BalasPadam
  8. nasi ayam mmg fav... klauhainan lagi la fav..hihihi

    BalasPadam
  9. Nasi ayam antara fav Marsha...nyum nyum sedapppp

    BalasPadam
  10. Ayam BBQ kat sini memang terbaik lah..

    BalasPadam
  11. Kulit ayam th yang buat nampak keseluruhan ayam tuh nampak sedap

    BalasPadam