KERETA TAK BOLEH START HUBUNGI BATERIKU.COM | BATERI KERETA KONG - LIFESTYLE BLOGGER

Jumaat, 6 April 2018

KERETA TAK BOLEH START HUBUNGI BATERIKU.COM | BATERI KERETA KONG

Pernah tak pagi-pagi anda tergesa-gesa untuk pergi kerja, bila start kereta, kereta tak boleh start?Saya sendiri juga pernah mengalami banyak kali. Tetapi mujur encik suami yang tolong handle semua masalah itu. Saya memang tidak ambil peduli langsung pasal hal-hal kerosakan kereta ni..tahu pandu sahaja hihi

Tetapi malangnya baru-baru ini memang terjadi pada diri saya sendiri. Ketika itu saya tergesa-gesa untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Tahu sajalah pagi-pagi, mak-mak ni memang sibuk nak prepare breakfast lagi, nak tengokkan si anak bersiap lagi kan. Memang hari tu saya kena menghantar anak-anak ke sekolah memandang encik suami berada di Hatyai

Setelah semuanya sudah bersiap, kami terus menuju ke parking kereta. Sesampai di kereta anak-anak dah ready berada di dalam kereta, saya pun macam biasa start enjin kereta. Sekali start tak boleh. 2 kali start pun tak boleh..start punya start bunyi krik krik hahaha. Aduhai time ni lah dia datang problem. 

Alahai nak nak minta tolong dengan jiran-jiran, pepagi mesti diorang semua sibuk pergi kerja, hantar anak sekolah kan, so tetiba baru El teringat sebelum ini El ada terbaca di internet tentang kereta tak boleh start call saja Bateriku.com di 1300-22-2324. Tanpa membuang masa terus menghubungi mereka. Alhamdulilah kebetulan krew Bateriku.com berada di kawasan berdekatan dengan rumah El dan mereka menasihati untuk menunggu sampai mereka sampai.

Kereta tak boleh start hubungi Bateriku.com


Bateriku adalah satu lagi perkhidmatan yang ditawarkan oleh Green Inisiatif Sdn Bhd (GISB) untuk berkhidmat kepada pelanggan di tempat kejadian, di mana sahaja anda berada. Bateriku adalah milik syarikat tempatan dan mengendalikan penghantaran dan penggantian bateri kenderaan secara mobil di Malaysia

Bateriku menawarkan perkhidmatan di lokasi, pembaikan automotif dan elektrik mobil sepenuhnya yang datang kepada anda pada masa dan tempat, yang menjadikan ia mudah, menjimatkan mudah masa dan wang. Samada kereta diservis di rumah atau di tempat kerja, tidak akan memberi kesan kepada jaminan pengeluar kereta. Bateriku.com beroperasi untuk memenuhi spesifikasi pengeluar dan hanya menggunakan bahan-bahan berkualiti yang diluluskan dan bateri-bateri terpilih
Selalunya jika berlaku kes kereta tak boleh start atau bateri kong di tengah jalan, di highway atau dimana sahaja, ramai pengguna masih lagi mengambil langkah penyelesaian dengan memanggil trak penunda untuk menarik kereta ke bengkel sebagai jalan terakhir. 
Kos untuk menunda kereta pula mahal bergantung pada jarak kereta tersebut ditunda sehingga ke bengkel. Dah lah kena bayar kos tunda, manalah tau malang tidak berbau mereka menipu dengan pelbagai macam kerosakan pada kereta anda pula. Kes sebegini memang selalu berlaku.
Kelebihan Bateriku.com terletak pada servis perkhidmatan yang dibuat secara percuma di mana pelanggan hanya perlu membayar kos bateri baharu yang ditukar.
So anda tidak perlu risau lagi jika terjadinya kes kereta tak boleh start ataupun bateri kong!
Pengalaman menggunakan servis Bateriku.com



Tidak sampai 30 minit, krew Bateriku.com pun sampai di tempat letak kereta di kawasan rumah El. Terus krew Bateriku.com memeriksa apakah masalah yang dihadapi oleh kereta El tu
Terdapat beberapa sebab enjin kereta tak boleh start antaranya: -

1. Bateri Kereta Lemah / Kong
2. Gear LEVER bukan pada P atau D
3. Minyak petrol tak sampai
4. Steering lock!!
5. Spark plug bermasalah
6. Ignition coil bermasalah
7. Starter bermasalah.
8. Timing belt bermasalah.
9. Aircond compressor jammed
10. ECU bermasalah.

Apa yang krew Bateriku.com beritahu yang bateri kereta masih baik cuma mengalami masalah air bateri kering. Barulah El teringat, Encik suami ada beritahu bulan lepas yang kereta kami ni dah bertukar dari bateri kering kepada bateri basah. So kalau kerap menggunakan kereta, 2 minggu sekali kena topup air atau selalu check air bateri cukup atau tidak. Alamak ni sure kes masing-masing laki-bini mengalami kes kelupaan teruk haha.


Kenapa Pilih Bateriku.com?
- Kami melakukan penghantaran, memeriksa dan pemasangan percuma
- Bayar hanya harga bateri yang baharu dipasang
- Kawasan liputan yang besar - Lembah Klang & Shah Alam8:00 pagi-11:00 malam, 365 hari setahun
- Bilangan Kru Trooper dan Aset yang besar
- Lebih daripada 4,000 pelanggan yang berpuas hati
- Penghantaran ke lokasi kejadian, di pejabat atau ke rumah dan lain-lain tempat.
- Kami menawarkan banyak bateri berkualiti pada harga yang berpatutan
- Kami menyediakan bateri apung ketika memeriksa bateri lama anda


Kos membaiki kerosakan kereta anda?
Bergantung jenis bateri kereta yang anda gunakan
Penghantaran, diagnosis dan pemasangan percuma, Anda hanya perlu bayar harga bateri sahaja.

NS40Z/L
MYR185.00 * - Century Marathoner MF 12 month warranty
MYR195.00 * - Amaron Go MF Promotion 18 month warranty


Zon Perkhidmatan Bateriku.com
Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Pahang



Cara pembayaran?
Tunai, Online Banking/Bank Transfer, Kad Debit/Kad Kredit

Waktu Operasi ?
8:00 Pagi hingga 11:00 malam 365 hari setahun.


Terima kasih Bateriku.com menyelamatkan keadaan. Selepas ini El tak perlu panik dan risau tentang masalah kereta tak boleh start. Hubungi sahaja Bateriku.com dan mereka sedia membantu walaupun hanya air bateri sahaja yang kering hihi. Untuk kes kereta El ini mereka tidak mengenakan sebarang cas. Macam tak percaya je. Terbaiklah Bateriku.com

El sangat2 berpuas hati dengan perkhidmatan Bateriku.com dan rekemen untuk anda juga supaya jangan lupa save nombor mereka. Lebih-lebih lagi kepada pemandu wanita, jika memandu bersendirian dan mengalamai kerosakan bateri kong atau kereta tak boleh start boleh terus hubungi Bateriku.com. Membantu anda dimana sahaja. Save nombor tau :)

Anda yang ingin mendapatkan perkhidmatan Bateriku.com boleh Hubungi sekarang!!

1300-22-2324 (Toll Free)
+6012 245 8027 (WhatsApp Only)

Ataupun anda boleh muat naik applikasi di telefon pintar anda











25 ulasan:

  1. Risaunya kalau kereta mati time kita sorang-sorang. Bagus ada servis macam Bateriku ni.

    BalasPadam
  2. Kalau bateri kong senang sikit boleh hubungi beteri.com saya penah kereta tak boleh start taktau apa rosak tp bukan bateri bila gi bengkel katanya alternator

    BalasPadam
  3. Memang kene save no diaorang ni. Pernah terjadi kereta tak boleh start nasib baik husband blom outstation masa tu.

    BalasPadam
  4. bagus ada perkhidmatan sebegini. kena simpan no ni untuk mudah dihubungi.

    BalasPadam
  5. wah.. hanta bayar harga bateri yang ditukar baru je yea. bagus macam ni. TB pun nak guna khidmat diorang lah

    BalasPadam
  6. Dekat penang pun ada..kan??Ke untuk kawasan lembah klang je..? bagus la ada servic macam ni..memandangkan sekarang banyak bengkel cekik darah , baik kita pilih bateriku.com

    BalasPadam
  7. memang penyelamat lah bateriku.com ni. mama pun pernah guna

    BalasPadam
  8. Baguslah bateriku.com ada.memang oenyelamat kaum wanita di kala kereta buat hal kan

    BalasPadam
  9. Good info so kalau tiba2 kereta mati bolehlah call service ni .

    BalasPadam
  10. Senang, mudah bila ada bateriku.com ni. Takdela risau sangat bila kereta tak hidup

    BalasPadam
  11. Wahhh, bagus ni. Memudahkan. Nanti nk share kt kwn2 la

    BalasPadam
  12. Bagusnya perkhidmatan ini..memudahkan urusan pengguna kereta terutama kaum wanita seperti kita ni..

    BalasPadam
  13. Mmg bagus sekali servis bateriku.com ni sangat membantu kaum wanita yg zero perihal bateri kereta

    BalasPadam
  14. Lia dah dua tiga kali menggunakan khidmat Bateriku.com ni dan juga pernah syorkan dekat kawan2 jugak. Servis dia memang terbaik.

    BalasPadam
  15. Selamat ada bateriku.com ye el. Cepat dan bagus service dorang. Coverage pun meluas. Memang wajib simpan no bateriku.com ni in case bateri kong tetiba.

    BalasPadam
  16. bagus ada bateriku.com ni tak payah pening kepala dah

    BalasPadam
  17. Sal dah siap simpan contact no..takut gak kan kot tengah drive keta probs..hehehe

    BalasPadam
  18. serive bateriku.com memang bagus dan sangat-sangat membantu bila bateri buat hal. xde lah runsing nak memikir

    BalasPadam
  19. Senang kan ada servis macam nie..

    BalasPadam
  20. Bila ada servis bateriku.com nih memudahkan kita bila berlaku kerosakan bateri

    BalasPadam
  21. Marsha pun pernah guna servis bateriku.com ni memang best dan pantas

    BalasPadam
  22. kita pernah sekali start jer bateri meletup terus.. sampai berasap. tp kenapa kita call bateri2u ni dia tak nak hantar alasan takder staff.. huwaaa

    BalasPadam
  23. mudahnya ada aplikasi sekali.

    BalasPadam
  24. Bateri.com ni memang bagus, servis pun tip top :)

    BalasPadam
  25. Heheh ada bateriku senang laaa 😊

    BalasPadam