BUKA PUASA DI LEXIS SUITES PENANG | SAJIAN LAUT, SELERA KAMPUNG NELAYAN - LIFESTYLE BLOGGER

Khamis, 19 April 2018

BUKA PUASA DI LEXIS SUITES PENANG | SAJIAN LAUT, SELERA KAMPUNG NELAYAN

Buffet Ramadan di Lexis Suites Penang dengan tema Sajian Laut, Selera Kampung Nelayan memang memberikan satu hidangan yang cukup menarik kepada pengunjung yang ingin menikmati hidangan buffet berbuka puasa pada tahun ini.

Lagi 3 minggu lebih sahaja lagi kita bakal menyambut bulan ramadan. Tentunya semua terasa teruja. Di sini El ingin berkongsi dengan anda kepada mereka yang ingin bertukar selera berbuka di luar, anda boleh cuba menu buffet ramadan dari Lexis Suites Penang. Ini kali ketiga El menikmati hidangan buffet ramadan di sini. Sebenarnya, kalau anda nak tahu, El sangat teruja sebab masih teringat-ingat kesedapan Char Kuey Teow, Rojak dan Sup Gear Box mereka memang sedap. 



Sajian Laut, Selera Kampung Nelayan di Lexis Suite Penang

Bermula dari 17 Mei 2018 hingga 14 Jun 2018 dari jam 6.30 malam hingga 10 malam, pengunjung akan memulakan hidangan bufet Ramadan yang disiapkan oleh Chef Eksekutif, Chef Johnno Fong dan pasukan kulinernya untuk menarik pengunjung dalam suasana berbuka puasa dengan sesama keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan.


Kali ini Lexis Suites Penang menyediakan lebih daripada 100 hidangan dari masakan tempatan dan antarabangsa. Selain itu juga mereka juga menyediakan hidangan panas-panas dengan aksi memasak secara live. 

Mulailah pengembaraan anda dengan makanan pembuka selera dengan pelbagai salad tempatan yang dikenali sebagai ulaman dengan sambal pedas aromatik untuk memberikan rasa yang unik, aneka kerabu, rojak mambo dan hidangan 'must have' ketupat dan lemang. 




Seterusnya pengunjung boleh menuju ke sudut sup di mana mereka dapat menikmati Sup Gearbox dan Sup Seafood Emperor. Kemudian pengunjung dapat merasai juga sate ayam / daging dengan nasi impit serta Kambing Golek Beratur Panjang, semuanya disediakan dengan rempah dan sos buatan Chef itu sendiri untuk menghasilkan rasa unik yang berbeza




Selain itu juga pengunjung dapat merasai menu yang paling istimewa iaitu Kampung Melayu Bubur Lambuk di mana pelbagai bahan rempah digunakan di dalam menu ini



Hidangan utama kali ini memang havoc sekali. Terkejut dengan presentation Gulai Kawah Udang Galah dari Lexis Suite. Sedap juga dimakan dengan roti Benggali. Selain itu terdapat menu-menu utama yang lain seperti ayam percik, siput sedut, masak lemak cili padi, daging kuzi daun pudina, ikan tenggiri gulai kampung, paru-paru masak berlada dan banyak lagi










Tentu saja, pengunjung juga dapat menikmati hidangan "street food" seperti laksa, mee goreng mamak, koay teow goreng dan putu mayam dan makanan ringan seperti goreng pisang, karipap, cekodok pisang, keropok lekor dan papadam




Untuk pencuci mulut, nikmati kuih-muih tempatan seperti biskut badam london, biskud badam coklat, biskut dam aji, ondeh-ondeh, kuih lapis, kuih talam dan kek wortel dengan frosting keju. terdapat juga pelbagai buah-buahan tempatan segar, ais kacang, air pancut coklat dan batang ais krim.T erdapat 3 jenis nasi disediakan, nasi putih, nasi hujan panas dan nasi beriani.  














 HARGA BUFFET RAMADAN LEXIS SUITE PENANG

RM98 nett (adult)
RM70 nett (senior citizen)
RM50 nett (child) 



Early bird Promotion
RM70 nett (adult)
Bermula tarikh 17/5/18-23/5/18
RM78.40 nett (adult)
Bermula tarikh 24/5/18 - 30/5/18



Bagi pengunjung yang tidak sempat mendapatkan early bird promotion, mereka juga boleh reserve dengan menggunakan QR code dan layak menikmati diskaun 10% apabila berbuka puasa dari tarikh 31/5/18 - 14/6/18.

Lexis Suite Penang juga ada menyediakan buffet lunch sempena Hari Raya pada 14-15 June dengan harga RM78 nett (adult), RM50 nett (senior citizen) dan RM40 nett (child)

Untuk in-house guest pula, mereka layak menikmati 20% diskaun untuk Buffet Ramadan dan 15% diskaun untuk Hari Raya Buffet Lunch

Dalam usaha untuk menyumbang kepada komuniti, RM2 akan didermakan kepada rumah anak yatim yang dipilih 

Cabutan bertuah

  Semua pengunjung layak menyertai cabutan bertuah harian dan bulanan serta berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah.

Hotel ini juga mempunyai kemudahan Surau untuk membolehkan tetamu yang beragama Islam menunaikan solat terutama mereka yang mengunjungi bufet Ramadan di Lexis Suites Hotel untuk berbuka puasa dengan selesa.




Kami (pihak media dan bloggers) sangat enjoy dengan hidangan dan layanan yang diberikan oleh pihak pengurusan Lexis Suites Penang. Terima kasih atas jemputan 

Untuk sebarang pertanyaan anda boleh terus menghubungi: -

 Lexis Suites Penang
28 Jalan Teluk Kumbar,
Mukim 9 Daerah Barat Daya
11920 Bayan Lepas, Penang

11 ulasan:

  1. nyum..nyum..sedapnya hidangan yang di sediakan...siap ada cabutan bertuah pulak tu...bagusnya

    BalasPadam
  2. Fuhhh..kecur air liur tengok menu sedap sedap ni

    BalasPadam
  3. Peh nmpk sedap gila weh. Terliur tgk. Boleh la plan dgn family nk makn dkt sini nnti.

    BalasPadam
  4. Terliur tengok menu sedap sedap belaka. Yang dekat tu haruslah grab promo bufet Ramadhan ni.

    BalasPadam
  5. kak el! kite da la lapa..tgk pulak gamba makanan..saje je nak wat kite tergolek...wuaaaa

    BalasPadam
  6. Sedap semua makanan kat sini, harga pun berbaloi sangat kan El..

    BalasPadam
  7. Fuhhh macam macam menu ada, harga pun berpatutan.

    BalasPadam
  8. mmg mewah dan sedap je foods dkt lexis penang ni...

    BalasPadam
  9. Menu dia sangat variasi...sedap sedap pula tu nampak...lapoo

    BalasPadam
  10. Lexis ni memang pilihan makanan yng sedap dan berbaloi dengan harga.

    BalasPadam
  11. Sedapnya.banyak pilihan menu yang ada.rambang mata nak pilih

    BalasPadam